marzuna

Monday, November 30, 2009

Nur Dameea Maisarah

Dah lama tak menulis. Busy sikit skrg ni. Maklumlah baru jadi mummy, tak pandai nak uruskan masa lagi..
Byk benda nak cerita tp tak tahu nak mula dr mana.
Buat pengetahuan semua, Aku telah selamat melahirkan baby girl pada 07.09.2009. 3 hari sahaja dr ulangtahun kelahiran aku.Nama Puteri kesayanganku Nur Dameea Maisarah.
Alahamdulilah, Allah memudahkan proses kelahiranya.Dalam pukul 12.30 mlm 06.09.2009 tu, aku pergi ke hospital setelah kontraksi 5 minit sekali. SaKIT KONTRAKSi tue dah bermula sejak pukul 10 mlm lagi tapi sakitnya takde la kuat sgt. masa kontraksi setiap 5 minit tu pun sakitnya tak kuat mana tapi my hubby paksa gak pergi spital.Dia dah gabra agaknyer, dia ckp dr kan suruh pergi setelah kontraksi 5 minit sekali.nak tak nak terpaksa la pergi gak..Tak leh saat2 kelahiran ni melawan kata husband..nanti susah nak bersalin..hihihiih..
Aku sampai spital kira2 pukul 0100 pagi.nasib baik jln tak jem,iyela tengah2 mlm..kete mana la byk.. cuba tgh2 hari sure jalan jem gila.
sampai2 kat spital aje, aku dimasukkan ke wad treatment dulu.Cam biasa nurse2 pelatih tue check tekanan darah.Dr kata baru 2cm bukaannyer.So lambat lagi la nak bersalin.Sian mak terpaksa tidur kat sofa kat situ.Nasib baik gak la Sofa bed tue selesa tuk tidur..Masa sampai spital kontraksi dah jadi 2 minit sekali.Dalam nak menunggu bukaan tue, sempat gak la tertidur tp mana nak lena sgt, kalau sakit mesti terjaganyer.
Dalam pukul 0300 pagi, sakit semakin kuat.Mmg tak leh tidur.Semua Doa memudahkan bersalin aku dan hubby baca.Muka dia pun dah macam dia sakit sama.Nurse yang senior dtg check semula.Dia ckp baru bukak 3cm.lambat lagi..
Pukul 0430 aku suruh my hubby p beli makanan tuk sahur.Sian lak kat mak kalau dia orang tak bersahur.Dalam masa tue mak pulak jadi tempat nak berpaut kalau sakit dia kuat sgt...
Pukul 0645 nurse dtg check semula bukaan dia kata, dia kata baru 6cm..lambat betul bukaan dia.. Tp dia kata dah boleh masuk bilik bersalin.First time dlm hidup aku naik kerusi roda..hihihihi..
Masa dlm tue,baru air ketuban dipecahkan.Masa tu mmg tak ingat apa dah.Ingat nak teran ajer tapi nurse tue ckp jgn teran dulu..
2 kali teran akhirnya lahirla Puteri yang kami tunggu2 selama ini dengan berat 2.79.Nasib baik proses meneran tue tak sukar..Gembira mmg tak terkata masa tue..Bersyukur sesangat2..
Hari ke 2 baru aku + baby keluar hospital.Dr benarkan kita org balik ari pertama lagi tapi kita org saje je nak duduk lama2 kat situ..senang kalau berlaku apa2 dr + nurse boleh tolong..
Sekarang Dameea Maisarah dah 2 bulan 25 Hari.Semoga dia jadi anak yg berjaya dunia dan akhirat.Amin