marzuna

Tuesday, December 28, 2010

Buli Balik??

Mya dah pandai buli balik?? Tak tahu macam mana dia belajar dan dekat mana dia belajar untuk buli orang lain.
Contohnya kalau kanak-kanak lain jerit kat dia, dia akan jerit semula kat orang tue.Kalau orang  lain tolak dia, dia akan tolak orang tue semula.Tu belum lagi dia akan tampar kanak-kanak lain kalau peluk-peluk dia.huhuhuuh..Ganas sungguh Mya sekarang. Saya tak nak la Mya ganas sangat.Biar la lemah lembut sikit.
Minggu lepas, nursery dia mengadu, dia dah mula nakal.Sebelum ni dia akan "popok" baby lain tuk tidurkan baby tue [sanggup tak tidur siang, semata-mata nak mengasuh baby yang lain, baik-kan Mya Omei saya]tapi khamis lepas dia pukul semua baby tue..huhuuhuh...tak pernah lagi saya dan daddy dia pukul dia.Tak tahu la, mana pulak dia belajar semua ni. Nak kata tgk cartoon, dia tak suka tgk cartoon..Tgk tv pun kurang..
Minggu ni takde lagi aduan yang diterima.Hopefully semuanya baik-baik belaka..Tapi alhamdulilah dia tak menangis dah masa saya tinggalkan dia dekat nursery waktu pagi-pagi. Agaknya dah letih dia menangis tapi tetap kena tinggal kot.Pagi-pagi skrg pun, dia dah boleh menyanyi ikut lagu kat radio.Kalau sebelum ni, asyik merengek-rengek aje[sebab dia tahu, kena p nursery/school].
Hopefully keadaan ni akan berlanjutan sampai bila-bila.Mummy and Daddy Syg Mya Omei. :)
Gambar kat bawah ni saya captured masa p IKEA 2 minggu lepas.
Muka  budak nakal - Nak turun dr stroller.

Naik Troli pulak

Tgk sofa mana yg best - tapi takde duit nak beli..kihkihkih

Wednesday, December 15, 2010

Perkembangan Mya :1 Tahun 3 Bulan :

Alhamdulilah, mya dah berumur 1 tahun 3 bulan pada 7/12/2010 lepas dan pada hari ni [hari ni dlm sejarah] Mya tak nangis masa saya tinggalkan dia dekat Nursery tadi.Hopefully keadaan ini akan berlanjutan sampai bila-bila. :)

http://mybabyomei.blogspot.com/

Wednesday, December 1, 2010

Blog Baru Saya : http://mybabyomei.blogspot.com/

http://mybabyomei.blogspot.com/ adalah blog baru saya untuk menjual barangan baby. Oleh kerana saya suka sgt tgk blog jualan online orang lain, saya cuba-cuba juga la buat blog ini untuk jual barangan baby.Nape saya pilih untuk jual barangan baby? Nape saya tak pilih jual barangan lain cam pinggan mangkuk ke, makanana ke..Jawapan nyer sangat la mudah sebab kalau stok tak habis jual, saya boleh bagi dekat Mya..hihihiih.. [sian mya, dpt baju yang orang dah tak nak] oppss.. bukan semua ye baju yang tak habis dijual je saya bagi kat  mya, kadangkala saya dah pilih yang paling cantik[ atas kaca mata saya] khas tuk Mya. Macam mana la nak untung, bak kata encik Hubby saya.Jual satu tapi bagi anak dua..hahahha.. Takpe la, asalkan saya gembira[syok sendiri]

Kawan-kawan..jgn lupa beli dr blog saya ek dan jangan lupa hebohkan pada kawan kepada kawan awak semua. Tq