marzuna

Friday, November 19, 2010

Alkisahnya Di Bulan November

Hari ni saya dan Application team telah berpindah ke tingkat 22 dr tingkat 23. Letih mengangkat barang.Ingat petang baru nak pindah tapi owner baru rumah semi-d saya kat tingkat 23 tue tak sabar-sabar nak masuk dan dengan terpaksa rela saya mengangkat semua barang saya pagi tadi , sebelum tengahari saya telah berjaya masuk ke rumah baru saya sekarang.Rumah baru saya ni tak menarik sgt berbanding rumah semi-D saya tue.Rumah baru ni hanya Cluster dan berada di tengah-tengah.Tak dapat la saya nikmati pemandangan jalan raya, deretan rumah banglo kat jalan travers tue lagi.Sedih juga saya meninggalkan workstation saya tue..huhuuhhu(emosional la pulak).

Nasib baik barang saya tak banyak.Ingat nak dekorate workstation saya ni cantik2..tapi bila piki balik membazir ajer sebab tak tahu la berpa lama duduk sini.Maybe tahun 2012 pindah tingkat 23 semula.Saya decorate ala-ala taska aje..hihihiih..sebabnya barang mainan Mya ada kat bawah meja saya. Saya letakkan alas supaya senang Mya nak main.Lepas ni susah la saya nak bawak Mya duduk kat sini sebab bilik Bos saya depan workstation saya ni aje.Terpaksa la saya duduk kat surau sementara menunggu en Hafez balik dari kerja.Saya upload beberapa gambar Mya Omei masa dia main troli (ditolak oleh Auntie Ayu) pada hari selasa lepas.Lepas ni Mya tak leh main tolak troli kat tingkat 23 lagi.Kat tingkat 22 pun macam tak boleh aje.Macam Sempit  je kawasan ni.




Sebelum saya terlupa, saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada En Hafez sebab hadiahkan Bunga sempene Anniversary perkahwinan kami yang ke-2 baru-baru nie.Bunga tue dia letak atas meja lepas saya tidur,bangun-bangun pagi2 saya ternampak bunga tue.Pelik gak aka tgh mamai sebenarnya..hiihih..Ingat bunga apa.Bila dah boleh berpiki ngn waras, baru la tau sempena Anniversary.
Mummy love Daddy n Mya so much...


                                                                       

Tuesday, November 9, 2010

Perkembangan Mya Di usia 1 tahun 2 bulan

Mya telah berumur 1 tahun 2 bulan 2 hari pada hari ini.Besar dah budak kecik tu.

Mya dah boleh berjalan dengan lajunya sekarang, sekejap aje dia dah berada di dapur.Penat jugak nak kejar.Semua tempat dia nak pergi.Pantang "leepa" sikit terus ilang depan mata.Nasib baik la rumah tu kecik, kalau besar mau kurus badan saya.

Mya juga dah boleh mendengar arahan yang mudah.Contohnya mintak ambik barang dan tutupkan botol susu.Kalau suruh duduk, dia akan duduk tapi kejap je la.Dia akan bangun semula cepat-cepat dan terus jadi mandur, buat lawatan ke seluruh pelusuk rumah.Sekarang kalau dia nak apa2 jugak dia akan tunjuk benda tue dengan aksi muncungkan mulut dan luruskan jari telunjuk dia.Sebelum ni jari telunjuk dia tidak la selurus sekarang.

Kalau nak makan, Mya akan baca bismillah tapi terus "amin". Laju sesgt nak amin.Perkataan terbaru dia sekarang MINTAK.Kalau dia nak benda apa-apa pun dia akan sebut MINTAK.Perkataan tue dah jadi favourite dia skrg tapi rasanya-rasanya dia faham makna perkataan MINTAK tue.

Ada juga benda yang dia suka buat dulu, dia dah tak suka buat skrg.Contohnya salam dengan orang.Hanya orang tertentu saja dia nak salam dan bergantung pada mood dia.Kalau dulu semua org dia nak salam.Dia tak kisah sesiapa pun walaupun tak kenal.

Bab Makanan lak,alhamdulilah Mya dah boleh makan nasi biasa.Senang kerja saya, tak payah susah nak buat bubur dah. Mya sekarang nak suap sendiri pulak, tak nak saya suapkan. Dia akan makan lebih banyak kalau suap sendiri[dengan bantuan saya] tapi makanan yang tumpah ke bawah pun sama banyak juga dengan makanan yang dia makan.

Rasanya banyak lagi perkembangan dia tapi bila nak update ni selalu aje lupa..tapi takpe la, sok-sok kalau saya ingat saya update lagi la ek..

Tuesday, November 2, 2010

Jual-jual, beli satu dapat satu.. :)

Seronok pulak jadi penjual ni ek.Walaupun hasil jualan saya tak seberapa tapi saya tetap gembira :)

Hari ini saya telah berjaya menjual 2 busha pants.Terima Kasih pada ibu aatif dari http://muhammadaatif.blogspot.com/   dan mama hakim& haikal http://ejayhusin.blogspot.com/   kerana menjadi customer saya yang pertama.

Malam tadi pula, saya telah menyiapkan 3 balang biskut Conflakes yang ditempah oleh opismate En Suami aka Encik Hafez.Gembira betul sebab berjaya buat walaupun mengantuk.Lambat juga saya tidur malam tadi. Hampir pukul 2 juga la.Nasib baik Encik Hafez mampu menjaga Mya Omei.Terima Kasih Encik Hafez..Duit tue kita beli mixer ek.Senang mummy nak buat biskut@makanan lain... :)
Biskut Conflakes - 1 Balang RM22.00
Lepas ni saya nak buat blog untuk jual pakaian baby lak.Kawan-kawan jgn malu2 beli dengan saya ek..hihiihih..