marzuna

Monday, July 23, 2012

RAMADHAN 1433H

Salam Semua,

Harap masih belum terlewat saya & keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak. Maafla....agak sibuk sikit sampai dah masuk 3 hari puasa baru nak ucap......




Salam Ramadhan
Kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadahn Al Mubarak kepada pelawat2 laman blog kami.... 

Friday, July 13, 2012

Bekalan Hannah Ke Nursery

Bekalan Ke Sekolah
Assalammualaikum..

Hari ni genap hannah 9 bulan. Kejap aje masa berlalukan..
Perkembangan Hannah lak, semakin aktif tak nak duduk diam.. Dah pandai nak panjat2 kerusi kat rumah tue... Tetap peramah tapi jgn ambik/pegang dia.. Sure menangis.. Aduh!! yang paling memeningkan kepala saya, tak boleh berenggang langsung dengan saya.Kalau dekat rumah dia tak nampak kelibat saya, dia akan menangis sekuat hati dengan air mata yg mencurah-curah cam air hujan dan bila saya dekat dengan dia..terus senyum2 dan gelak2... sekelip mata aje emosi dia berubah..Sabar aje la budak cute tue...

Bubur Nasi Sedap.. hikhikhik
Susu Untuk Hananh
Entry kali ni saya nak cerita bekalan hannah ke nursery. Sekarang hannah bawak bekal 3 susu botol dan satu bekas bubur tiap-tiap hari.
Seronok sebab saya dapat sediakan makanan hannah sendiri. Masa Mya dulu, makanan tidak dibenarkan di bawa ke nursery. Memang letih kena bangun awal untuk masak bubur tp kepuasan tue plg penting.Kadang-kadang pening gak kepala nak piki Menu untuk Hannah. Yer la.. takkan nak bagi bubur yg sama aje tiap2 hari..Sure tak lalunyer.. Kita yang dah tua ni pun kalau makan benda sama tiap-tiap hari pun
jemu..inikan pulak budak tomei tue.. :)

Hari ni saya masakkan Hannah Bubur Nasi + Brokoli + Ikan Tenggiri  + Puri Carrot. Saya tak blend dah bubur Hannah sejak gigi sebatang dia tue tumbuh. Saje aje nak ajar dia makan makanan yg lebih kasar sikit..Kalau gigi dah banyak sikit nanti, baru saya ajak makan nasi lembik lak...

Malam-malam lak saya suka buatkan Hannah Oat+Stok Ayam(yg direbus sendiri)+sayur(Bayam/brokoli/carrot/daun sup je).
Minggu ni saya nak ajar dia makan daging ayam lak.. :)

Thursday, July 12, 2012

Pic Mya ke Kebun

Mya Omei mengomel sbb byk nyamuk......

Terjerit-jerit suh Mummy temankan Mya Omei

Mya nk tolong Daddy

Wednesday, July 11, 2012

McD Chicken Foldover Promotion ( Buy 1 Free 1)

Assalammualaikum...

Jom Kawan2.. kita p Mc D.. Beli satu percuma Satu..

Sape2  yang beli tur... bagi yang free pada saya  ek :)


korang leh ambik coupon tue kat Sini : coupon buy 1 free 1



Pengalaman Pertama Kali ke Kebun

Assalammualaikum..

Kisah ni dah lama, saje je nak update. Mana la tau, sok Mya dah besar, dpt gak dia baca kenangan dia first time pergi kebun.

Mula-mula kami [ saya dan encik Suami ] planning berdua aje, tapi Mya Omei menangis2 bagai nak rak nak join kami, dengan terpaksa rela..saya terpaksa la bawak Mya Omei sekali. Hannah saya terpaksa la tinggalkan.Kalau nak bawa juga memang tak jadi kerja la[ihiihih.. saya tak buat kerja pun sebenarnya..lawat kawasan aje]

Sampai2 aje kebun, Mya dah cuak.. Mulut tak abis-abis cakap:
1. Kat mana ni Mie?
2. Buat apa Sini?
3. Eeee... Totornyer[kotornyer]...
4. Mie!!!..ada cemut la(dengan nangis sekuat2 hati dia)

huuhuhu..bersabar aje la saya dengan situasi dia.. tapi dalam 10 minit dia dah ok..Dah boleh la main kayu kat kebun tu... tapi tak bertahan lama, bising pulak...panas... aduh..Mya2.. tak yah ngada2 nak ikut mummy ngn daddy pergi kebun lepas nie..

Tapi sekarang ni, kalau kami cakap nak pergi kebun, dia faham dan tak nak ikut lagi.. dah serik la tue... :)

Wednesday, July 4, 2012

Sekolah Terbaik untuk Anak

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Hari ni saya agak meroyan bila memikirkan sekolah mana nak hantar Mya tahun depan. Mya akan berumur 4 tahun, tahun hadapan, walaupun hakikatnyer dia belum masuk umur 3 tahun lagi pada hari ini.

Pilihan sekolah untuk Mya [atas perbincangan saya dengan encik Suami] kami mahukan sekolah yang islamic , full day dan menggunakan bahasa inggeris sebagai medium pertuturan. Almaklumlah, saya ni tersangat la "fluent"  bahasa inggeris, so saya tak nak la anak-anak saya mengikut langkah saya bab yang satu tue... :(

Banyak gak sekolah yang kami survey [ bukan sekolah ye kawan-kawan, tapi playschool]. Saya suka menggunakan perkataan sekolah@school bila bercakap ngn Mya. Nak biasakan dia dengan perkataan sekolah@school itu sebab tak nak la dia buat2 terkejut dan tak tahu apa-apa dan macam mana keadaan benda yang dipanggil sekolah itu. Lagi haru kalau dia nangis sebab takut n tak biasa dengan environment sekolah. Padahal sejak umur 1 bulan +++ dah duduk nursery.

Saya suka CIC tapi banyak halangan pulak nak masukkan mya ke sekolah tue. CIC paling dekat ngn opis saya kat area Bangsar tetapi tersangat la mahalnyer untuk fee full day. Almost 8K~9K.. Saya tak la semampu itu. :(....
Kalau saya hantar ke CIC kota damansara pulak, siapa nak hantar dan ambik dia kat school. Maklumlah..saya sampai rumah pun dah nak masuk maghrib. Nak ke kota damansara lagi???? ish..mahu pukul 8.00 baru saya leh ambik mya kat sekolahnyer.. Cikgu pun sure tarik muka 40 kalau ambik anak lewat camtue tiap2 hari..

Genius Aulad lak half day aje..takde full day.. Saya agak risau nak bagi Mya naik Van sekolah. Rasanya saya memang tak bersedia lagi untuk melepaskan Mya pergi dan balik sekolah sendiri.

Seronoknyer..andai saya dapat rezeki jatuh berdebuk dari langit. Dengan itu saya dapat hantar mya sekolah dekat ngn opis saya. Senang sikit saya nak ambik dia. Sekitar opis saya ni semua mahal2..maklumlah di KL Sentral..Tempat elit kan..[ye ke elit?]..huuhuhuuh :(

~~ Bukan senang nak senang  kan %%%%%%%%%%%%%%%%% mood - risau n sedih ~~

Tuesday, July 3, 2012

Nasi Ambang @ Nasi Ambeng

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Harini nak citer sikit pasal kenduri 23 Jun 2012 tempohari kat kampung Daddy @ Kampung Batu Laut kenduri sempena menyambut Ramadhan 1433H. Tiap2 tahun sure atuk x ketinggalan untuk wat kenduri ni. Ramai gak la orang yang datang kenduri.....maklumla otai kt kampung la katakan.

masing-masing mengambil tempat untuk makan
ada lebih kurang 50 orang gak lah yang datang kenduri ni...antaranya orang2 kampung & orang2 masjid Kampung Batu Laut

Nasi Ambeng Kampung Batu Laut
Menu utama kenduri kali ini - macam biasala nasi ambang @ nasi ambeng

Hah....kalau korang nak tau keluarga belah arwah mak daddy ni keturunan jawa.....so dh tentula pilihan makanan yang ada berkonsepkan jawa.....hehehehhehe
Apa tu nasi ambang @ nasi ambeng???? Jom kita tengok apa maksudnya mengikut wikipedia....
'' Nasi ambeng adalah hidangan khas Jawa berupa nasi putih yang diletakkan di atas tampah dan diberi lauk pauk di sekelilingnya. Lauk pauk dapat berupa perkedel, ikan asin goreng, rempeyek, sambal goreng, telur rebus, tempe goreng, urap, bihun goreng, danopor ayam.
Nasi ambeng adalah hidangan yang disajikan dalam selamatan sebagai sebagai lambang keberuntungan. Nasi dimakan beramai-ramai oleh empat hingga lima orang dewasa. Nasi dimakan dengan memakai dengan tangan telanjang, tanpa sendok dan garpu. Penyajian nasi ambeng mengandung permohonan agar semua pihak yang turut serta dikaruniai banyak rezeki.
Nasi ambeng juga populer di Malaysia, terutama di kalangan orang Malaysia keturunan Jawa, dan juga dikenal dengan nama nasi ambang.[1] Hidangan ini juga dapat dijumpai di Singapura. Lauk wajib nasi ambeng di Malaysia adalah serundeng kelapa. Di Malaysia, lauk nasi ambeng yang populer adalah daging ayam masak kecap, mi goreng, dan sambal goreng.[2] Penyajian nasi ambeng di Malaysia hampir sama dengan penyajian nasi ambeng di Jawa. Nasi dan lauk pauknya diletakkan di atas talam untuk dimakan bersama-sama.''
bestnyer banyak makanan
 Selain nasi ambang ada gak la pelbagai kuih muih, sup cendawan & roti sebagai makanan ringan untuk orang2 kenduri.
proses pertama membahagikan nasi ambeng
Salah sorang akan diwakilkan untuk membahagi-bahagikan nasi ambang tu kepada 4-5 orang untuk dibungkus & di bawa pulang. Maklumla banyak kenduri....so x sempat dorang nak makan. terpaksalah bungkus.....
lepas bahagi2kan ayam....asingkan lak mee, meehoon

lepas dah bahagi sama rata (agak2 je) amik daun pisang untuk bungkus

Dah siap....tinggal nak bungkus je...
selesai bahagi-bahagi untuk beberapa bahagian ....apalagi kasi bungkus la....

Syukur Alhamdulillah kenduri dapat berjalan ngan lancar seperti yang di harapkan. Terima kasih buat semua warga Kampung Batu Laut atas kerjasama bagi melancarkan kenduri tersebut.....