marzuna

Monday, May 28, 2012

Hadiah untuk Mummy

Hadiah utk Mummy sempena Hari Ibu tempohari......


Published with Blogger-droid v2.0.4

Kenduri Perkahwinan Orang Jawa

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Ahad lepas encik suami, saya dan anak-anak telah menghadiri kenduri perkahwinan sepupu encik Suami di Kg Batu Laut, Banting.

Bangun punya la awal ahad tue, tapi siap punya bersiap, pukul 11 juga kami bertolak dr rumah MIL saya di klang.Maklumlah..kena siap2 kan keperluan kanak-kanak 2 orang tu, sediakan makanan tengahari hannah..Sian pulak hannah takde makanan nanti..

Yang bestnya kenduri orang jawa ni, meriah dengan makanan..Rasa macam pergi pasar malam.
Air aje berjenis-jenis. Ada station khas untuk air - Air ABC, Cendol, Cincau, Air Jambu Batu, Honey Dew..aiskrim pun ada [nasib baik mya tak tertarik dengan aiskrim tp dia tertarik dgn air jambu batu lak huhuhu..sama aje sejuknya dan mengundang kepada penyakit batuk..]

Makanan lak -lauk berjenis2..Rendang ayam, ayam masak merah, kurma daging,ikan masin, sambal tempe, gulai rebung, apa tah lagi..sampai saya pun tak ingat.

Kuih  Muih..rasa-rasanya ada dekat 10 jenis..tapi banyak juga kuih yang saya tak kenal tapi saya makan juga.Nak rasakan...memang best..ditambah pulak berbagai jenis kerepek..

Buah-buahan lak ada honey dew, jambu batu dan acar buah..

Yang paling best..station roti canai..roti telur pun ada...huuhuhuh.. mmg takde "chan" la nak berdiet [mmg tak leh tahan selera pun..]

kanak-kanak comel berdua tue~ erm...hannah asyik nangis sebab panas.. Almaklumlah..biasa duduk dalam aircond[di nursery]..mmg tak leh tahan panas langsung. Kesian kat hannah..dia nak main2..sambil golek2..tapi keadaan tak selesa... Mya lak.. malu2 nak kawan ngn "makcik2 dia" [sepupu encik Suami, umur muda2 lagi tapi kerna pangkat terpaksa la panggil auntie n uncle ].Dalam malu2 berkawan tue sempat lagi declare masa dalam kereta.."kawan Mya Ramai kan mummy, kawan mummy pun ada..seronok"..[malu tapi mahu berkawan].

Kami bertolak dr banting pun dah petang.Anak-anak memang lena sepanjang perjalanan...

Keletihan ~Kesian anak2 mummy...

Kesian Puteri-Puteriku....

Mya & Hannah keletihan (tertidur dlm kereta) selepas penat merewang @ Kampung Batu Laut

Wednesday, May 2, 2012

Jimat tanpa diapers

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Jimat tanpa diapers? Semua orang pun tahu kan, sure la leh berjimat kalau tak yah bazirkan duit beli diapers. Alhamdulilah, Mya dah tak pakai pampers waktu siang@malam. Walaupun agak lewat [Mya Omei dah berumur 2 tahun 6 bulan ] tapi saya tetap berbangga dengan Mya Omei. Seminggu sahaja saya ajar dia, tanpa perlu dipukul@dirotan@dimarah, Mya Omei akan beritahu kalau mahu ke toilet. Of course buat masa ni, saya@encik Suami@cikgu kat Taska Raihana perlu menghantar dia ke toilet. Dia masih takut untuk ke toilet seorang diri. Waktu malam pula, dia memang jarang nak ke toilet tapi bila dia nak ke toilet, Mya Omei akan kejutkan saya atau encik Suami. Sekiranya kami berdua tidur "mati" , dia akan jerit kuat2 sampai la kami bangun.

Yang haru bila tak pakai pampers ni, time pergi berjalan-jalan. Lagi-lagi untuk distance yang jauh. Maklumlah public toilet kat malaysia ni kan terkenal dengan "kebersihannyer". Mya Omei akan menjerit-jerit ~ "kotor,kotor ..tak nak kencing".. terpaksa la paksa juga dia kencing dan dalam tak nak kencing tue.. dia kencing juga ~ tak tahan, menahan agaknyer...

Sekarang ini saya cuba pula pujuk dia untuk tidur di bilik sendiri. Ini agak sukar kerana Mya Omei agak penakut, tapi yang peliknya ~ tengok tv sensorg kat ruang tamu boleh pula~...