marzuna

Showing posts with label Jalan-Jalan Cari Makan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-Jalan Cari Makan. Show all posts

Wednesday, November 27, 2013

Jus Pati Buah Delima

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..


Harini lepas je lunch kt food court The Intermark...macam biasa mesti nak singgah ke kedai2 berhampiran. Ada yg nak p beli roti la, p beli kudap2 la, saya pun apa lg....amik la kesempatan ni p singgah Jaya Grocer survey2 barang mana la tau ada yg berkenan ke.

Sedang elok memerhati...ternampak la pulak sorang mamat arab ni jual barang...nampak menarik tu yg singgah jap...Rupa2 nya jual jus Delima dari Turki....apalagi...sambar la satu memandangkan buah delima tu dia perah depan mata.....confirm2 la pure jus dia...hehehehe
Buah Delima yg sedang diperah utk dijadikan Jus

Hasilnya dari sebiji setengah buah delima
Apa itu pokok Buah delima versi wikipedia :

Pokok delima (Punica granatum) merupakan sejenis pokok renek atau pokok kecil daun luruh yang berbuah dan boleh membesar sehingga ketinggian lima hingga lapan meter. Pokok delima berasal daripada Asia Barat Daya dan telah ditanam secara semulajadi di seluruh kawasan Lembah Mediterranean dan Kaukasus sejak zaman purba. Ia ditanam secara meluas di seluruh Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria, Turki, bahagian-bahagian lebih kering di Asia Tenggara, Semenanjung Malaysia, India Timur, dan kawasan bertropika di Afrika[1]. Pokok delima telah dibawa masuk ke Amerika Latin dan California oleh para peneroka Sepanyol pada tahun 1769. Pokok delima kini ditanam di sebahagian kawasan California dan Arizona untuk pengeluaran jus.

Di Hemisfera Utara, pokok delima biasanya berbuah bermula dari bulan September sehingga Februari.Manakala di Hemisfera Selatan, pokok delima berbuah dari bulan Mac sehingga Mei.

Buah delima telah banyak diperihalkan dalam beberapa teks-teks / kitab-kitab keagamaan, antaranya Kitab Keluaran dalam Perjanjian Lama, Homeric Hymns dan Al-Quran.sejak tahun-tahun kebelakangan ini, buah delima dilihat telah mencapai permintaan yang memberangsangkan khususnya untuk jualan dalam pasaran komersial di Amerika Utara dan Hemisfera Barat.

Khasiat Buah delima untuk kesihatan

- Buah delima  mengandungi antioksidan Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi Antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita.  Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah  kanser, penyakit jantung dan alzheimer.
- Buah delima   dapat Melindungi jantung kita kajian Proceedings of the National Academy of Sciences menyatakan  jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri dan buah delima juga dapat meluruhkan tompokan plak yang terlekat diarteri. Dalam Journal of Cardiology menyatakan pesakit  koroneri  (PJK) yang jus buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 1 %. Aliran darah menurun sebesar 18%.
- Buah delima   dapat  Menurunkan kadar kolesterol dalam darah Menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).
- Buah delima dapat  Mencegah dan mengubati kanser , Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser: Jus  buah delima dapat menghancurkan sel-sel kanser payudara dan dapat membiarkan sel-sel sehat. Buah delima juga dapat mencegah pembentukan sel kanser payudara.

– Ekstrak biji delima yang kaya polifenol dapat memulihkan  sel-sel leukemia kembali menjadi normal.
– buah delima  membantutkan perkembangan kanser paru-paru dan kanser prostat. Dalam sebuah penelitian terhadap 50 lelaki  yang telah menjalani pengubatan kanser prostat yang minum 205g  jus delima setiap hari dapat melambatkan penggandaan PSA (ukuran perkembangan kanser prostat) dan dapat mengurangkan rawatan seperti kimoterapi atau terapi hormon.

- Buah delima mungkin mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer. Dalam sebuah studi, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima. Mereka mengakumulasi plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik

- Buah delima   Sumber nutrisi Sebiji  buah delima memiliki sekitar 40 % vitamin C harian untuk orang dewasa, bersama dan ianya juga mengandungi  folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.

Khasiat Buah delima untuk kecantikan kulit

- sumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima memberi kesan semula jadi kerana dapat merangsang, menyaktoksid dan meningkatkan kecantikan kulit semula jadi.
- Kandungan gula Buah delima   mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu.
- Lagi satu buah delima juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat caranyer sangat mudah Ok ….lepas makan buah delima jangan buang kulitnyer ambik kulit buah delima jemur sehingga kulitnyer kecut…kemudian kisar atau kalau rajin tumbuk sampai lumat sehingga ianya menjadi serbuk…kemudian simpan dalam bekas..dan apabila nak digunakan ambik sedikit serbuk tadi tambahkan sedikit air perahan limau nipis dan sapukan pada wajah..biarkan ianyer kering kemudian basuh…

Khasiat Buah delima untuk ibu mengandung

- Buah delima  Melindungi otak bayi semasa kelahiran dalam Sebuah kajian dalam Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.
- Jus buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas., Bagi ibu yang mengandung Buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ianya kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.
- Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.

Tip memilih buah delima

- Ketika membeli buah delima, pilih buah delima yang berat dan kulitnyer bersih tampa cela wah memang segar betulla dan kulit  tak merekah-rekah. Buah Delima boleh tahan selam a 6 bulan kalau disimpan dalam peti ais…lamakan

- Untuk makan buah delima terlebih dahulu kopek kulitnyer dan hiris kulitnya dari atas ke bawah pada tiga atau empat bahagian. Dan mulakan aktiviti mengutil isi buahnya ke dalam mangkuk dan nikmatinyer keenakannyer…..
info dr Laman Web Rasmi Hospital Taiping

SALE!! SALE!! Jom Serbu...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Pagi tadi masa nk p keje terpandang la satu banner nie....Huh!!!
Ada warehouse SALE la....Karnival Jualan Coklat...kat kilang dia di Shah Alam. Memang betul2 dekat je ngan umah....macam ada harapan je nk p sana nanti ....hehehehe

Jom Mummy....kita bawak anak2 layan coklat....



Kalau x silap ada banyak juga brand under company ni....
Crispy
Tudor Gold
Kiddies
Minis
Tango
Soreign

Monday, July 22, 2013

Berbuka Di SACC

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Salam ramadhan.. Dah masuk hari ke 13 hari ini, umat islam di malaysia berpuasa.
Alhamdulilah, kita masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menunaikan ibadah puasa kali ini.

Pada hari sabtu 13/07/2013 yang lepas, saya sekeluarga telah berbuka puasa di SACC (Shah Alam Convention Centre). Beli pun dekat groupon jer..

Pukul 6 lbh baru kami bertolak dari rumah. Nasib baik jln tak jem. Masa sampai tu, 
kena beratur panjang sebab nak dapatkan nombor meja. Nasib baik saya ni cekap potong line...hiihihihih..[tak sebenarnya, tiba2 aje dia orang buka kaunter baru, dan panggil saya.. Alhamdulilah, tue namanyer rezeki dan bernasib baik.. :) ]

Tempat berbuka kali ni, keadaan dia macam dewan. Luas dan senang nak ambik makanan. Nasib baik meja kami berada didepan, takde la susah sangat nak bergerak. Al maklumlah dengan kanak-kanak dua orang tue.. Kejap-kejap nak jalan@dukung nak tgk makanan. Hannah tak padan yang kecik.. nak jugak ikut kalo kita orang pergi ambik makanan (tak nak duduk lama2 kat baby chair).

Makanan pulak agak banyak. Tak boleh nak rasa semua pun. Sejak puasa ni perut jadi kecik.Makan sikit dah kenyang..sebabnya minum air bergelas2.. lagi2 air batu kan...

16hb hari tu,  saya join geng2 opis hubby berbuka di Zone KL pulak. Nanti saya update ek...

Berbuka Di Sacc.