marzuna

Showing posts with label Work. Show all posts
Showing posts with label Work. Show all posts

Friday, April 20, 2012

steambot oh steambot

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Pada hari rabu (11/04/2012) yang lepas, geng ofis encik suami bertandang ke rumah saya untuk buat pot-luck. Menu utama hari tu adalah steamboat.

Saya hanya prepare kuah untuk steamboat dan Sos nya sahaja. Bahan-bahan lain beli aje kat tesco. Rebus.Mudah sesangat.

Bahan-bahan untuk menu Steamboat. Memang banyak n best. Lain kali boleh buat lagi :)









Sempat lagi posing sambil makan-makan. Memang sporting dia orang ni ;)






Baik pulak Mya Omei dengan auntie kakak Priya kali ni. Kadang-kadang tak nak langsung walaupun berkali-kali dah jupe.







Ni selepas kekenyangan, berehat-rehat sambil
menunggu aktiviti 'surprise' yang selanjutnya.
  


 Ini la surprise yang geng encik Suami nak buat untuk salah seorang geng dia.. Ms Mei. Happy Birthday yang ke ** rahsia




Tuesday, December 13, 2011

Kembali bekerja..

Nur Hannah Maisarah
Hari ni 13/12/2011 hari ke dua saya kembali bekerja setelah 2 bulan cuti bersalin.

Banyak kejadian yang seronok dan tak seronok sepanjang saya bercuti. Yang pertamanya bos saya akan berhenti hujung bulan ni. Risau jugak dapat bos baru. Hopefully lebih baik la kan.CEO saya pun telah ditukarkan.Saya tak kisah pun siapa CEO tapi kali ni saya kisah sebab kenaikan gaji saya akan lewat untuk tahun 2012. Selalunyer dapat bulan 1 tapi sekarang dapat lan 2.ish2...byk effect tue.

Hannah ngn Mya saya dah start hantar nursery minggu lepas. Mya saya hantar hari isnin lagi tapi hannah saya hantar hari khamis. Nak bagi dia orang biasakan diri duduk nursery.Setakat ni alhamdulilah, hannah dan mya ok.Mya tak nangis dah pagi2 masa saya tinggalkan.Pagi2 dekat rumah, masa saya dan encik suami tgh bersiap-siap nak pergi kerja.Dia akan tanya saya nak pergi mana.Bila saya jawab nak pergi work  dan Mya kena pergi school dia akan merengek2 sambil ckp 
Hannah dan Mya
" taknak...taknak..". Senang aje nak pujuk dia..Saya cakap aje.."Mya kena pergi school, tolong mummy jaga adik.Nanti kalau adik nangis sape nak tolong jaga". Tak tahu la dia faham ke tak tapi dia akan berhenti merengek2..Hannah tak tahu apa-apa2 lagi. Of course la dia lagi tak nangis nak mengikut.Tunggu la 3-4 bulan nanti, tengok macam mana, masa tu dia dah kenal orang. Hopefully dia tak ikut perangai kakak dia yang menangis kat nursery.

Pagi-pagi saya agak terkejar2 juga sekarang ni. Tengah biasa kan diri menguruskan anak sambil bersiap2 nak pergi kerja. Mujurlah encik suami banyak membantu. Kalau encik suami takdek mau tunggang terbalik rumah kami agaknya. Alhamdulilah, encik suami mmg suami dan ayah yang baik..."Thank you, abang cyg..Kalau rajin malam2 tolong masak sekali eh :..ihihihihiih "

Tuesday, July 26, 2011

Perkembangan Kehamilan Minggu Ke 29

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Kandungan saya dah memasuki minggu ke 29.Alhamdulilah dah masuk trimester ke 3. Hopefully semuanya selamat. Bayi dalam perut saya pun semakin aktif. Kalau saya tunduk sikit, sure dia tendang-tendang. Terpaksa la saya duduk tegak. Perut saya kecik agaknyer.Dia tak banyak space duduk dalam perut tue.
Saya belum buat apa2 persiapan lagi nak sambut si tomei nie. Baju lama Mya Omei pun saya tak basuh lagi.Maybe hujung minggu ni baru nak basuh dan beli apa yang patut dan sentiasa berdoa baby tomei ni tak lahir awal.Kalau lahir awal memang haru la, sape pulak nak p beli barang-barang dia.

Minggu lepas saya duduk hotel seminggu ++.Memang penat.Jadi demam dibuatnya. Terpaksa la saya tinggalkan Mya Omei dengan Daddy@Encik Suami. Terima Kasih banyak2 encik Suami sebab mampu jaga Mya Omei dengan baik.Memang tak senang hati tinggalkan Mya Omei.Masa tue encik Suami dan Mya Omei demam. Kesian..tapi terpaksa la.Bukan saya suka2 nak tinggalkan mereka, saya perlu bekerja.;(

Hari sabtu Mya Omei ngn Encik Suami datang teman saya kat hotel. Petang tue bawak Mya Omei p swimming pool.Mya Omei punya la excited nak join kawan2 berendam dalam air tapi saya tak benarkan.Demam dia still tak ok.Saya tak nak menambahkan lagi demam dia. Mya Omei tgk dari jauh je la budak2 lain main air.Kesian Mya Omei [lain kali kita p mandi swimming pool ek.Suruh daddy belanja ek :) ]

Thursday, April 14, 2011

Annual Dinner Di Sime Darby Convention Centre

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Malam semalam [13/04/2011] Company saya telah telah mengadakan Annual Dinner DI SDCC.Konsep pada malam tue evening dress and tuxedo. Memang glamour giler tapi saya ngn encik suami pakai baju biasa2 aje. Encik Suami tak ikut tema pun. Tak cukup masa nak carik baju encik Suami. Almaklumlah encik Suami saya tu dah berubah saiznya.Semua baju masa muda-muda dulu dah kecik[baju kecik ek, bukan orangnyer ke yg dah bertambah saiz?]

Gambar Gelap - Guna Hp
Desert - Hanya gambar desert dapat di"snap".Juadah utama tak sempat sebab terlalu lapar
Cub teka apa ada  dlm kotak ini?


Oleh kerana adik saya datang rumah, dia la menjadi mangsa untuk menjaga Mya Omei. Kesian jugak kat Mya Omei kena tinggal.Nasib baik la dia senang dipujuk tapi bila nak tidur tu agak problem sikit.Selalunyer kalau nak tidur, dia mesti nak saya dan kalau saya takde daddy dia ada.Malam tadi first time Mya Omei tidur tanpa kami[mummy dan daddy] atau salah seorang dari kami.

Kesimpulan dari majlis malam tadi, saya bagi 3 bintang dari  5 bintang.Kenapa sikit sangat?Banyak sebab tapi malas nak taip.Nasib baik la ada Nabil dan Angah [ raja  lawak] yang dapat menghidupkan suasana.Persembahan Nora pun best.Memang mantap suara dia. Saya balik awal [ dlm pukul 10.30++]  sebab mata saya agak mengantuk [saya memang selalu tidur awal].

Sampai rumah pukul 11.00 malam.Nasib baik Mya Omei tak terjaga.Dia tidur dengan lena.
Ingatkan Mya Omei akan terlena sampai ke pagi tapi hanya impian saya saje..Dia terjaga dalam pukul 4.00 pagi.Dia boleh tersenyum2 tengok saya dan mintak didukung.Saya malas nak layan[mmg tak larat] tapi dia terus menunjukkan perasaan dia dengan menangis sekuat hati.Terpaksa la saya dukung dia dan Encik Suami buat susu.Nak minum berpangku.Lepas habis minum nak bukak peti ais pulak.Dia selongkar apa yang patut dan akhir sekali nak makan coklat.Habis coklat  saya suruh Mya Omei tidur tapi dia taknak tidur.Last sekali terlelap jugak.Itupun dah pukul 05.30. pagi .Saya ada 30 minit jer lagi, nak sambung tidur.

Kesan dari semua perkara diatas, saya amat mengantuk sekarang ini, kepala saya amat berat dan mata saya hampir-hampir tertutup sahaja. zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz


Thursday, March 10, 2011

Outstation Dari Selatan Ke Utara Part 2

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Entry kali ni saya nak cerita pasal outstation ke utara pulak.Cam biasa la, setiap outstation, saya akan disertai encik Suami aka Encik Hafez bersama-sama Mya Omei. Kesian Encik Hafez terpaksa ambik cuti lagi. Alamatnya semua cuti encik hafez akan habis mengikut saya ke outstation saje. Sorry ek Abg Cayang and Thank you very much..

Kami bertolak dari KL kira-kira pukul 5.30.Ambik Pn Idaayu dulu kat opis kl Sentral n then ikut highway Utara Selatan.Singgah rehat kat hentian Sg perak.Sampai kat hotel kira-kira pukul 10.00++..Banyak gak la makan langsat.Salah masuk simpang la, tak perasan simpang la..Namun alhamdulilah kami sampai juga di hotel Sunway Seberang jaya tersebut.

Hotel tue mmg cantik, 4 star tapi yang tak berpa bestnya takde gak swimming pool.View Bilik kami menghadap ke bangunan kwsp. Bilik kami bersambung ngn bilik idaayu.Malam tue Mya Omei sembelit la pulak.Auntie Ayu nyer cakap boleh dengar suara dia menangis.Sorry la ayu, nak wat camner, budak2 ngn menangis tak dpt dipisahkan.Kita orang mmg suruh Mya Omei nangis supaya ko boleh teringat kat Uyins..ihihihi :)
Muka Ceria-sebelum kena sembelit

Nasib baik kami dpt siapkan kerja cepat.Boleh la kami jalan-jalan ke Pulau.Walaupun saya duduk kat penang tue 3 tahun ++ tapi saya tetap tak tahu nak pergi mana..Ayu pun sama.2*5 cam saya.Last-last kali kita org decide pergi batu Feringgi je.Dalam masa yang sama dapatla saya tgk USM kesayangan saya.Banyak kenangan kat sana.Kat Feringgi saya snap la 2-3 picture Mya Omei ngn Daddy dia.Tak lama pun kat situ sebab tak tahu nak buat apa.Lagi pun byk sgt burung.Takut terkena bahan buangan depa pulak.Dari Feringgi kami p pasar yang ada jual jeruk-jeruk tapi tak beli banyak pun.Hari hujan.Susah nak bawak barang.


 
Daddy wat tanda peace ke tue?? :)

Antara burung yang berkeliaran di Pantai Feringgi.
Waktu malam lak, kami dibawa makan ke kedai Char Kuey Tiaw.Mmg best.Terima kasih ek Pn Bainey.Comel betul baby awak.Cam budak jepun.Tapi tak boleh borak lama dengan Bainey sebab anak dia meragam.

Kami bertolak dari Penang untuk pulang ke KL kira-kira pukul 12.00 tengahari.Ingat nak singgah makan nasi Kandar tapi bfast lambat jadinya perut masih kenyang.Kami batalkan niat tersebut dan singgah di Hentian Tapah tuk mengalas perut.Sampai rumah kira-kira pukul 530 petang.Sempat jugak singgah pasar malam.Beli makanan dan durian.

Banyak jugak benda yang kami nak tapi tak sempat n tak tahu nak carik dekat mana.Antaranya pasembur.Orang cakap kalau pergi Penang tak perkena Pasembur mmg tak sah atau tak lengkap.Tapi nak buat mcm mana, saya budak baik masa study dulu[masuk bakul angkat sendiri, jgn muntah eh] so saya tak tahu jalan-jalan kat penang tue.Dunia saya hanya di kampus..huhuuhuh..Saya memang baik[sebenarnya nak jimat duit].Takpe la, maybe next time saya dan keluarga akan ke Penang lagi untuk bercuti dan bukannyer untuk bekerja.Masa tu baru bleh pergi tempat-tempat yang lebih menarik. :)

Wednesday, March 9, 2011

Outstation Dari Selatan Ke Utara Part 1

Assalammualaikum..

Bulan March adalah bulan yang plg byk saya travel.Awal-awal bulan aritu saya ngn encik Suami dan tentulah bersama-sama dgn mya omei telah pergi ke Muar.Kita orang bergerak dr rumah kira-kira pukul 9.00 malam++.Singgah kat opis kejap ambik Siti Zarina.Sampai kat Muar[Hotel Muar Traders] tepat pukul 12.00 Malam.Jadi Cinderella la kami malam tue.Nasib baik baju yang kami pakai tak berubah menjadi buruk atau kereta yang kami naik bertukar menjadi tikus.Kalau itu berlaku haru jugak la..hihiihihih.

Mya seperti biasa, akan tidur sepanjang perjalanan.Memang bertuah tapi yang tidak berpa bestnya dia terjaga masa sampai dekat hotel.Pukul 2.00 pagi ++ juga baru dia nak lena.Itupun dah berapa kali dia cungkil mata saya dan Daddy dia, tak bagi tidur[Kita orang mmg mengantuk sesgt, mmg terlelap..terlena jugak rasanya].Kesian kat Mya tapi nak buat macam mana, saya bukan datang nak makan angin atau bersenang lenang tapi saya ke sana untuk bekerja.

Hotel Muar Traders boleh dikategorikan ok.Sesuai dengan harganya.Bilik agak besar dan view jugak cantik tapi yang tak bestnya takde swimming pool,bath tab dan almari baju.Tapi tak per la..Oleh sebab dah sampai ke Muar kami pun perkena la Mee Bandung.Tak sempat nak snap picture sebab mood saya kurang baik pada hari tue..Badan tak berpa sihat dan kepala agak tiong, tiong sikit.Walaupun bapa mertua saya orang Muar dan secara automatik encik suami saya ada darah keturunan Muar tapi dia tetap fail jalan-jalan di pekan Muar.Beberapa kali jugak la, kita orang makan langsat[maksudnya sesat] semata-mata nak cari kedai Mee Bandung yang keluarga mertua saya selalu makan.Nasib baik la ada pakcik gps[siti zarina yang punya].Siap marah-marah lagi pak cik gps tue.Garang betul
Gambar yang ditangkap semasa bfast di Hotel Muar Traders
Pemandangan Muara Sg Dr Cafe Yang kami bfast.

Hari ke dua lak, saya kena turun site ke segamat.Jalan agak mencabar dan meletihkan.Ikut belakang lori.Jalan pun satu line jer..so agak sukar untuk memotong.Kita orang stay kat situ sampai kul 2.00++ dan bertolak balik ke KL.Sampai KL jalan dah start jem.Penat tak yag cerita la.Mya pun dah ngamuk-ngamuk.Kesian kat dia, kita yang dah tua ni penat sure la dia lagi penat.
Sampai rumah pun dah pukul 6.00 petang.Sampai skrg penat outstation tak abis lagi ni.

Nanti saya sambung outstation ke Utara pulak.Nak kena stop dulu sebab dah pukul 0515.Nak p ambik Mya omei kat nursery..Tata..

Friday, November 19, 2010

Alkisahnya Di Bulan November

Hari ni saya dan Application team telah berpindah ke tingkat 22 dr tingkat 23. Letih mengangkat barang.Ingat petang baru nak pindah tapi owner baru rumah semi-d saya kat tingkat 23 tue tak sabar-sabar nak masuk dan dengan terpaksa rela saya mengangkat semua barang saya pagi tadi , sebelum tengahari saya telah berjaya masuk ke rumah baru saya sekarang.Rumah baru saya ni tak menarik sgt berbanding rumah semi-D saya tue.Rumah baru ni hanya Cluster dan berada di tengah-tengah.Tak dapat la saya nikmati pemandangan jalan raya, deretan rumah banglo kat jalan travers tue lagi.Sedih juga saya meninggalkan workstation saya tue..huhuuhhu(emosional la pulak).

Nasib baik barang saya tak banyak.Ingat nak dekorate workstation saya ni cantik2..tapi bila piki balik membazir ajer sebab tak tahu la berpa lama duduk sini.Maybe tahun 2012 pindah tingkat 23 semula.Saya decorate ala-ala taska aje..hihihiih..sebabnya barang mainan Mya ada kat bawah meja saya. Saya letakkan alas supaya senang Mya nak main.Lepas ni susah la saya nak bawak Mya duduk kat sini sebab bilik Bos saya depan workstation saya ni aje.Terpaksa la saya duduk kat surau sementara menunggu en Hafez balik dari kerja.Saya upload beberapa gambar Mya Omei masa dia main troli (ditolak oleh Auntie Ayu) pada hari selasa lepas.Lepas ni Mya tak leh main tolak troli kat tingkat 23 lagi.Kat tingkat 22 pun macam tak boleh aje.Macam Sempit  je kawasan ni.




Sebelum saya terlupa, saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada En Hafez sebab hadiahkan Bunga sempene Anniversary perkahwinan kami yang ke-2 baru-baru nie.Bunga tue dia letak atas meja lepas saya tidur,bangun-bangun pagi2 saya ternampak bunga tue.Pelik gak aka tgh mamai sebenarnya..hiihih..Ingat bunga apa.Bila dah boleh berpiki ngn waras, baru la tau sempena Anniversary.
Mummy love Daddy n Mya so much...


                                                                       

Thursday, July 15, 2010

Outstation

Outstation????.Tak bestnya rasa sebab perlu meninggalkan puteri kesayangan aku selama 3 hari.Memang tak lama bagi sesetengah orang tapi bagi aku tersangat la lamanyer sebab Mya breastfeed..Tidak pernah lagi aku tak bersama Mya diwaktu malam.Memang sedih..tapi nak buat macam mana, kerja juga penting dalam hidup aku.Kalau aku tak kerja, susah jugak untuk merealisasikan semua impian aku..Benar, rezeki itu ada dimana2 tapi kita tetap kena berusaha untuk mendapatkanya.

Tak tahu la macam mana Daddy Mya nak jaga mya selama 2 malam tue.Hopefully semua berjalan lancar.Yang pastinya mya akan tidur sambil berdukung sebab dia takde "N***N".Kalau ikutkan hati nak aje aku bawak Daddy&Mya ikut aku sekali tapi malangnya bilik tak dapat satu seorang.Kena berkongsi dgn staf lain..huhuhuuh..

Erm..walaupun lambat lagi(21-23)..rasa sedih+risau tu dah mula terasa.Kalau la aku boleh excuse kan best.."Mya..mummy sayang mya, tapi mummy need go to work" ~~~ayat yang selalu aku cakap kat Mya time pagi2 nak hantar dia dekat nursery~~~~

Mya tak mau nakal2 ek duduk dengan daddy.Jaga diri elok2...tak mau lasak sangat, tak mau main kat tempat berabuk,jangan demam sebab rindu mummy + rindu N****N..Mya kena jadi anak yang baik + kuat...Mummy Sayang & Rindu Mya selalu...♥♥♥♥♥

Monday, March 29, 2010

Perubahan (29062010)

dah lama tak menulis kat sini.
Ada beberapa perubahan.yang pertamanyer ofis aku dah berpindah ke kl sentral.Bangunan baru..kita org dr tingkat 16 the mall naik tingkat 23 kat kl sentral ni. Dr tempat aku leh nmpk permandangan sekitar bangsar.Seronok gak, sesekala leh tgk permandangan kalo tension ngadap programming ni...hiihihiih
Dameea lak dah bertambah besar.dah nak masuk 7 bulan.Dah pandai mengengsot..Laju ajer dia ngengsot kalo nak ambik brg..Dia pun dah pandai nak manja2..Sekarang ni ari isnin sure menangis kalau hantar nursery.Mmg berat hati nak tinggalkan tapi dah terpaksa..nak wat mcm mana..huuhuhuh

Tuesday, December 1, 2009

perubahan hidup

0112009.Lagi sebulan nak melangkah ke tahun baru.Macam2 benda berubah sepanjang tahun 2009 ni.Perubahan paling ketara adalah aku mempunyai seorang anak dan menjalani kehidupan sebagai mummy.Seronok ada anak
ecik ni tp kalau dia meragam tue yg jadi tak seronok.Kdg2 tak tahu nak buat pujuk macam mana.Alhamdulilah setakat ni Dameea Maisarah tak pernah lagi meragam teruk sangat.Sikit2 tue normal la untuk baby..

Perubahan kerja pulak- macam takde yg berubah.Sebelum ni dalam kehidupan aku kerja no 1 tapi skrg dah tak
tahu jatuh no berpa.Cuma harapan aku kerjaya aku dekat sini akan menjadi semakin baik hari demi hari..Urat dah banyak terputus ni, wat programming pun kdg2 benda basic pun cam lupa lak...huuhuhuhu..

Perubahan yang paling teruk aku rasa ialah berat badan aku naik mendadak dan tak nak turun2...huuhuhuh...camner nak kuruskan badan.Ada sape2 leh tolong tak? turunkan badan tanpa kurangkan makan...Kalau kurang makan nanti susu lak takdek, sian pulak dekat Dameea maisarah..

Sekarang ni rasa masa cepat sangat berlalu.Rutin harian pun dah berubah.Pagi2 bgn pam susu, siap2 pergi kerja, siapkan anak (susu+tukar baju) tuk hantar rumah nursery.nasib baik la hubby banyak membantu.Kesian kat dia..Terima kasih banyak2 kat dia. Bangun pagi2 sama2 tolong kemaskan dan sediakan beg pam susu tuk bawak pergi ofis,sediakan + labelkan tuk susu Dameea Maisarah.kalau dia tak membantu mmg tak cukup tangan rasanya.

Apa pun setiap perubahan ni membuatkan aku jadi lebih bahagia danSetiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya..

Tuesday, March 18, 2008

18.03.2008...

dah lama dah tak menulis kat sini.Bukan Takde masa nak menulis tapi tak tahu nak cerita apa, sebabnya takde perkara yang menarik yang berlaku kebelakangan ni.
Tempat kerja aje yang berubah,tapi tak tahu la company ni ok ke tak.Setakat ni ok la..harap-harap keadaan ni akan kekal selamanye.Yang paling aku suka kat sini, aku leh balik awal. Mula2 cam janggal gak, balik ontime.Cam Pelik pun ada, sebab pukul 0530 aje semua org dah berkemas2 nak balik.Maybe tak biasa kot dengan suasana camtue.Yela..ofis lama dulu semua orang balik lambat..Yang janggalnye bila orang balik awal..hihihii..
kadang2 cam rindu aje ngn kawan2 kat xybase(walaupun hampir semua dah benti).

Friday, February 15, 2008

Last Day With Utm Team..

09022008..aku jadi tunangan orang. ...tak ramai pun yang tahu aku bertunang. sorry ek kawan2, jangan kecik hati lak.Bukan aku tak nak bagi tahu, tapi saje je nak buat "surprise", hiihihiihi..nanti aku nak kahwin aku jemput la korang...

ari nie last day bersama projek utm, akhirnya aku benti jugak dari xybase nie.. tapi aku tak buat keputusan lagi nak pergi company mana.. dagang net or scope international. satu anak syarikat uem, satu lagi anak syarikat standart chartered.2-2 company besar, gaji pun lbh kurang..pening gak pala nak piki. tgk je la 25 nie aku p ofis nie.Hopefully pilihan aku tepat la kali ni...amin

Sedih jugak nak benti walaupun sebelum ni mmg nyampah dah wat projek nie.Walaupun aku tak berpa suka, tapi melalui projek nie aku mmg belajar banyak, especially dalam skill java.Dari tak tak tahu apa-apa pasal struts aku dah jadi mahir gak dlm framework.Sure aku rindu suasana keje  kat bilik ict, berjaga sampai ke pagi sambil mkn free order from mcD.ehhehehhe...

Apa-apa pun, hidup perlu diteruskan...



sekali dah buat keputusan untuk melangkah kehadapan.. kita harus teruskan..


Utm Team.. i will miss u all...

Thursday, December 13, 2007

Jumaat(14.12.2007)-3.00 am

waaaa....aku kena mai jugak ofis walaupun dah pukul 2++..
ngantuknya mata..nape la ada error lak invois nie...
syok2 tidur(dah seminggu dah tak tidur mlm nie..huhkuhkhuk)
wan call mintak tolong dtg, nak tak nak..dtg jugak la..

ada budak2 yang dah balik kl mlm tadi, aku? terpaksa la tunggu..module aku tak siap regress lagi..huhuuhuh...
dah rindu dah nie ngn bujal, katil, bear kat umah tue.
seronoknya kalau skrg tgh tidur kat rumah.tak bestnya kalo kena outstation camnie..

pas ni balik ofis,david dah takdek..huhuuhuhuhu..satu lagi hal yang tak best..
sape pulak nak ngajar dan nak bertekak ngn aku pas nie..
takpe la, masing2 ada problem tersendiri..hope david success dlm kerjaya dia..
waaaaaa....tak bestnya..byk sgt hal yang tak best berlaku 1-2 minggu ni..
harap2 minggu2 dpn, takde la hal2 yang tak best camnie berlaku...

Saturday, December 8, 2007

keje kat utm...

hari pertama outstation kat utm.. mata still ngantuk nie..walaupun dah pukul 10.30..mana taknya, dah le tidur kul 5++..bgn lak kul 8..mana cukup tidur..waaaaaaaa...


Malam tadi lebih kurang kul 9..walaupun plan asal kul 8...kita org amai2 konvoi dr ofis ke utm ...bahaya gak dlm perjalanan.. ni sebab si huda ngantuk  la ni...perjalanan jauh..lori lak banyak..mmg bahaya. sepanjang perjalanan tak leh lelapkan mata..
Sampai utm lbh kurang pukul 1++.. kena set-up p.c lak.. Dgn pc aku wat halnya...mata dan badan dah penat... mmg menguji keimanan...



hari ni...regression untuk finance..harap2 tak banyak la or..kalau tak..kena stay back jugak la mlm ni..tak tahu la boleh tidur pukul berpa lak..yang pastinya
aku tak sabar nak balik damansara(walaupun lambat lagi boleh balik..huhkhuhk).Maybe seminggu kena stay sini..sabar je la..nama pun keje....

Monday, October 22, 2007

Kembali Ke Ofis

setelah seminggu cuti raya..aku terpaksa gak menghadirkan diri ke ofis nie..kalau ikut hati nak aje benti terus...hehehehhe..tapi apa kan daya ..sapa nak bayar hutang yang berlambak tue..nak tak nak..terpaksa gak la dtg....huhuhuuhuhu...

bila la aku nak jadi org yang bermotivasi ...org yang rajin keje..dan org yang sayang pada company nie..(ada ke? )..semakin hari semakin malas...apa nak jadi tah..aku pun tak tahu.. ya tuhan...kuatkan ka la aku menghadapi dugaan idup duk kat sini...waaaaaaaaaaawaaaaaaaaaa

dah hampir kul 0830..tp tak ramai pun dtg lagi...lengang aje ofis nie..ke hari nie cuti..nape aku tak tahu??? maybe hujan kot..so org mls bgn...sure amai yang tidur terlajak2 nie...ish2 diaorg ni, tak nak dtg ,bgtahu la aku sekali..leh aku join sekaki...hukhukhuk...

Monday, October 1, 2007

11 days to go....

15 days to go...tipu aje..
nanti extand lagi...baik toksah wat countdown...
menyakitkan hati aje...
penat meletak kan harapan...
pas tu..sampai time tu...kena extand lagi...




tadi cancel dan apply baru cuti raya..sebelum ni ingat nak apply 3 hari aje...
tapi semalam piki baik apply 5 hari...heheheh...raya sakan la tahun ni..
tapi tak tahu la leh approve ke tak..harap2 approve la...

semalam p jln2 kat masjid india...ramainya org..walaupun cuaca tak berpa panas.tapi
nak pengsan ase..maybe rimas+letih dan serabut ngn orang ramai2 kat situ..
lagi pun bwk kanak2 yang aktif wpun pose..penat betul nak jaga diaorg...tak tahu la..
mana dia org dpt tenaga sebyk tu...



11 hari lagi nak raya...tak sabar rasanya...lagu raya pun dah banyak kat radio..wpun puasa pertama umie dah pasang lagu raya..
tapi bila dgr lagu raya kat radio ni..leh jadi emo jup...waaaaaaa...nak lik kg!!!!

selamat hari raya..meh sama2 kita wat countdown..hehehhehe
(nak raya wat countdown takpe...sebab mmg confirm tarikh raya..tak cam utm ni...)

Tuesday, September 11, 2007

Epie Birthday

Imgp0245
epie birthday pada diri sendiri...dah tua dah aku rupanya..
dah suku abad dah...huhkhuhk...

thank you pada semua yang wish epie birthday n especially
yang hadiahkan bunga..thank you so much..
cantik bunga tu..hehehehe..
walaupun malu2 gak nak bwk turun..
kalau kecik leh gak sorok2..tp...

sempena menyambut hari tua ni..
aku berharap agar segala impian aku akan tercapai
dan semoga allah memudahkan segala urusanku untuk didunia
dan akhirat..amin...

Saturday, September 8, 2007

Selamat Berpuasa...

hari sabtu mcm sabtu yang mcm lepas2 jugak ..kena dtg kerja.

sampai pagi tadi terus check table..dengan harapan link antara table
dah ada tapi..hampa betul sebab sa tak masukkan lagi...waaaaaaaaaaa...



pagi tadi cam semngat sikit nak p keje..sebab tidur cukup hari ni..balik awal mlm tadi..so boleh tidur awal dan bgn lambat pulak tue..
tidur lbh  8 jam....hehehehe..
kalau ikutkan hati..cam mls aje nak bgn...bestnya kalau leh tidur sepanjang hari..tp sakit pala lak nanti ,kalau terlebih tidur..

tidur lbh pun pening pala..tak cukup tidur pun pening pala..
tapi better kurang tidur drpd lbh tidur..maybe dah terbiasa tidur 5-6 jam kebelakangan ni..



esok nak p shoping..maybe window shoping je la..sebab dah spend byk duit beli baju raya tuk family ..
bulan dpn pun sengkek gak..nak spend duit tuk kuih raya n duit raya...kereta pun nak kena servis..
sian kat bujal...asyik guna aje dia tapi tak nak jaga dia elok2.....



pose pun tak lama lagi..so.kesempatan ni nak ucapkan selamat berpuasa dan  memohon maaf atas segala kesalahan yang disengajakan atau tak sengajakan
pada semua org disekeliling terutama sekali tuk family, XXX dan sesiapa yang sudi baca blog ni(ada ke??)...semoga ramadhan ini adalah ramadhan yang terbaik untuk kalian..

Friday, September 7, 2007

Aku Semakin Tension...........

tension nya hari ni..structure table tak betul2 lagi..dah seminggu dah tunggu sa betulkan structure
table tapi sampai ke hari ni tak settle2 ag.
camne nak proceed development kalo gini....huhkhuhk...


2-3 hari ni takde mood la nak buat kerja..maybe sebab tak tahu nak buat apa...
bukan sebab takde keje tapi banyak sangat keje dan tak leh nak proceed sebab requirement tak cukup..
bila piki keje yang banyak tapi tak leh nak buat mula la ase tension semcm...
bila tension camnie mula la rasa sikit kesal sebab tak dgr ckp mak dulu..
tapi mmg  tak berpa minat nak jadi cikgu..nak wat camner??..
maybe sebab ketinggian tak cukup kot..susah nak tulis dkt papan putih@hitam tu  nanti..
tak sampai..camne nak ngajar..hehehehe(alasan yang selalu diberikan pada mak  kalo disuruh ambik pendidikan)


rindu pulak time study dulu...time sekolah rendah ngn men..
takde tension sgt camnie..nak buat apa2 pun tak yah piki effect dia...tapi dah besar n kerja ni..semua kena piki..
walaupun kdg2 tak larat nak buat tapi kerna tanggungjawab terpaksa jugak la teruskan...
waa...bestnya kalo leh balik semula zaman dulu...lagi best kalo leh duk umah..
rehat2..tgk t.v..n p shoping dan beli sesuka hati...;~)

Friday, August 31, 2007

Selamat Hari Merdeka..Tapi aku Tak Merdeka Lagi...Hukhuk...

Semalam pukul 4++ aku dapat satu berita gembira... last day bersama2 utm..gumbira betul ase... tapi kegembiraan tu kejap aje.. coz kul 5++ david dpt call kata aku ngn dia kena masuk semula projek utm.. wah...sedihnya...ase nak nangis n nak marah aje.. sebabnya........ aku tak leh balik kg... kena stay untuk siapkan OR pembayaran...betul2 ase hampa.. ase nak tukar keje aje time tue..tapi piki semula..keje sbg programmer ni..mmg mcm nie...tak kira aku duk company mana pun ...semua sama.

solution yang aku kena ambik kalau tak nak kena kerja mcm ni..adalah tukar career bukan tukar company..tapi aku syg lagi kerja sbg programmer ..huhkhuhk...tapi aku tak  larat dah!!!!!!!!!

org lain sure tgh gembira sambut merdeka..ada p vacation la..balik kg..shoping...bestnya leh merehatkan diri....



mesti mak aku sedih sebab aku dah janji nak balik kg..semua family aku tgh berkumpul kat kg skrg ni.sebab nak buat kenduri arwah+cukur jambul aliesha....orang tu pun balik kg....sedihnya kena duk kl ni sensorg...waaaaaaaaaa nak lik kg gak....