marzuna

Showing posts with label Impian. Show all posts
Showing posts with label Impian. Show all posts

Tuesday, July 27, 2010

Kereta Idaman

Bercakap pasal kereta idaman, aku selalu berharap aku akan dapat kereta yang cantik tapi kecik..Tapi masalahnya, semua kereta yang aku suka~~~ cantik, mahal tapi takde la kecik mana..
Masa aku study dekat 'U' dulu, aku sangat berminat dengan Honda CRV.Kereta ni dah la besar, amat tak sesuai dengan orang yg kecik cam aku ni tapi tah macam mana aku terminat lak kereta tu...
Habis study, masa aku mula2 keje pulak, aku tersuka dengan Honda Jazz, mmg kecik dan sangat cantik.Walaupun tak de la mahal sgt, tapi aku masih tak mampu nak membelinya.Aku hanya mampu Myvi aje..hihiihih..Alasan aku beli MYVIsebab rupa MYVI tue lbh kurang honda Jazz..hahahhahah...(ni nak sedapkan hati aje). Setelah Myvi aku hilang, aku tawar hati pulak nak beli kereta, tumpang aje la kereta encik suami..hihihihi..
Baru-baru ni aku ternampak kereta yang agak menarik.search+google dan aku terjumpa la kereta itu.Setelah terjumpa secara tak sengaja, aku telah terminat kereta tersebut...huhuhuuh..tapi harganya cukup "memberangsangkan" dan sekali lagi aku berfikir...aku tak akan mampu memilikinya...Tapi takpe, kalau ada rezeki aku , Tuhan nak bagi, InsyaAllah....suatu hari nanti aku akan dapat belinya jugak..hihihiihihi.
                                                Volkswagen Polo GTI 1.8l
                                                   Harga :    RM138,888.

p/s : Encik Suami..bila nak belikan saya kereta ni?Kan seronok dapat hadiah ni untuk ulangtahun perkahwinan kita..hihihihiihihi

Tuesday, July 6, 2010

Rumah

Alangkah seronoknya kalau semua yang kita hajati akan termakbul.hihiihih..Tapi realitinya hidup di dunia ini, tiada siapa pun akan terlepas dari cabaran dan dugaan.Tidak semua yang kita inginkan akan kita dapat..Tapi semua yang berlaku ada kebaikan dan keburukan.Sebagai hamba Allah yang lemah, kita harus yakin bahawa semua yang berlaku ada hikmahnya...Semoga ada hikmah disebalik aku lambat di tetapkan dalam jawatan..Amin..
Andainya aku telah ditetapkan jawatan, perkara pertama aku nak buat adalah beli rumah sendiri.Jelesnya tengok rumah kawan-kawan.Cantik, luas dan selesa.Sian dgn mya, rumah yang kami duduk sekarang agak sempit.Dia nak merangkak pun takde kawasan.Terpaksa la dia merangkak bawah meja makan sebab takde ruang..huhuhuhu..

Rumah aku tu nanti, aku berangan nak design bentuk-bentuk seperti gambar kat bawah ni:

Dapur



Ruang Tamu 1


Ruang Tamu 2


Cantik-cantik kan design dia..erm..walaupun hubby aku cakap,
"mahal sgt design tu..mana la kita mampu"
tapi aku tak kisah.Nama pun angan-angan aka impian.Tak kan nak impikan yang biasa-biasa pulak.Mesti la nak impikan yang cantik2 walaupun diluar kemampuan dan kebolehan..hiihhi. Mana la tau, satu hari nanti impian aku akan tercapai.bak kata orang "tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu"..~ayat nak sedapkan Hati~...hiihihihihi

Tuesday, December 1, 2009

perubahan hidup

0112009.Lagi sebulan nak melangkah ke tahun baru.Macam2 benda berubah sepanjang tahun 2009 ni.Perubahan paling ketara adalah aku mempunyai seorang anak dan menjalani kehidupan sebagai mummy.Seronok ada anak
ecik ni tp kalau dia meragam tue yg jadi tak seronok.Kdg2 tak tahu nak buat pujuk macam mana.Alhamdulilah setakat ni Dameea Maisarah tak pernah lagi meragam teruk sangat.Sikit2 tue normal la untuk baby..

Perubahan kerja pulak- macam takde yg berubah.Sebelum ni dalam kehidupan aku kerja no 1 tapi skrg dah tak
tahu jatuh no berpa.Cuma harapan aku kerjaya aku dekat sini akan menjadi semakin baik hari demi hari..Urat dah banyak terputus ni, wat programming pun kdg2 benda basic pun cam lupa lak...huuhuhuhu..

Perubahan yang paling teruk aku rasa ialah berat badan aku naik mendadak dan tak nak turun2...huuhuhuh...camner nak kuruskan badan.Ada sape2 leh tolong tak? turunkan badan tanpa kurangkan makan...Kalau kurang makan nanti susu lak takdek, sian pulak dekat Dameea maisarah..

Sekarang ni rasa masa cepat sangat berlalu.Rutin harian pun dah berubah.Pagi2 bgn pam susu, siap2 pergi kerja, siapkan anak (susu+tukar baju) tuk hantar rumah nursery.nasib baik la hubby banyak membantu.Kesian kat dia..Terima kasih banyak2 kat dia. Bangun pagi2 sama2 tolong kemaskan dan sediakan beg pam susu tuk bawak pergi ofis,sediakan + labelkan tuk susu Dameea Maisarah.kalau dia tak membantu mmg tak cukup tangan rasanya.

Apa pun setiap perubahan ni membuatkan aku jadi lebih bahagia danSetiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya..