Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Malam semalam (26/11/2013) Encik Suami telah berjaya menunaikan permintaan Mya untuk makan Pop Corn.
Sebab hari tu pergi jalan-jalan, Mya nampak orang jual pop corn tapi Pop Corn tersebut dah habis.
Oleh kerana kesiankan Mya, gigih le encik Suami google resepi cara nak buat pop-corn.hikhik..Punya la gembira si Mya tu dapat benda yang dia nak :)..
Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat pop-corn:
2 sudu besar minyak jagung.
jagung kering secukupnya
garam secukup rasa
Tambah Karamel [Optional]
1 sudu mentega/margerin
3 -5 sudu besar gula pasir (ikut suka/byk mana pop corn yg ada)
Cara-cara dia pulak
1. Panaskan minyak dalam periuk
2. Masukkan jagung.
3. Tunggu beberapa minit, lepas tu akan dengar bunyi "pop".."pop". Bila bunyi dah berhenti, cepat2 keluarkan pop corn. Pop Corn boleh dapat penuh satu periuk..
![]() |
| Rupa Pop Corn Dah Siap. |
Begini ler rupa pop corn kalau dah siap.
![]() |
| Pop Corn Tanpa Rasa. |
4. Untuk buat karamel pulak, cairkan mentega dengan gula hingga cair dan bertukar warna coklat. Matikan api.
5. Masukkan Karamel tersebut ke dalam pop corn.
| |||
| Tambah Karamel Dalam Pop Corn. |
![]() |
| Dibakar dalam oven. |
![]() |
| Pop Corn Karamel |
Jagung kering banyak lagi.. boleh buat untuk anak2 lagi next time... boleh diperbaiki apa yang kurang..
















































