marzuna

Showing posts with label Anak Kedua. Show all posts
Showing posts with label Anak Kedua. Show all posts

Tuesday, December 13, 2011

Kembali bekerja..

Nur Hannah Maisarah
Hari ni 13/12/2011 hari ke dua saya kembali bekerja setelah 2 bulan cuti bersalin.

Banyak kejadian yang seronok dan tak seronok sepanjang saya bercuti. Yang pertamanya bos saya akan berhenti hujung bulan ni. Risau jugak dapat bos baru. Hopefully lebih baik la kan.CEO saya pun telah ditukarkan.Saya tak kisah pun siapa CEO tapi kali ni saya kisah sebab kenaikan gaji saya akan lewat untuk tahun 2012. Selalunyer dapat bulan 1 tapi sekarang dapat lan 2.ish2...byk effect tue.

Hannah ngn Mya saya dah start hantar nursery minggu lepas. Mya saya hantar hari isnin lagi tapi hannah saya hantar hari khamis. Nak bagi dia orang biasakan diri duduk nursery.Setakat ni alhamdulilah, hannah dan mya ok.Mya tak nangis dah pagi2 masa saya tinggalkan.Pagi2 dekat rumah, masa saya dan encik suami tgh bersiap-siap nak pergi kerja.Dia akan tanya saya nak pergi mana.Bila saya jawab nak pergi work  dan Mya kena pergi school dia akan merengek2 sambil ckp 
Hannah dan Mya
" taknak...taknak..". Senang aje nak pujuk dia..Saya cakap aje.."Mya kena pergi school, tolong mummy jaga adik.Nanti kalau adik nangis sape nak tolong jaga". Tak tahu la dia faham ke tak tapi dia akan berhenti merengek2..Hannah tak tahu apa-apa2 lagi. Of course la dia lagi tak nangis nak mengikut.Tunggu la 3-4 bulan nanti, tengok macam mana, masa tu dia dah kenal orang. Hopefully dia tak ikut perangai kakak dia yang menangis kat nursery.

Pagi-pagi saya agak terkejar2 juga sekarang ni. Tengah biasa kan diri menguruskan anak sambil bersiap2 nak pergi kerja. Mujurlah encik suami banyak membantu. Kalau encik suami takdek mau tunggang terbalik rumah kami agaknya. Alhamdulilah, encik suami mmg suami dan ayah yang baik..."Thank you, abang cyg..Kalau rajin malam2 tolong masak sekali eh :..ihihihihiih "

Monday, June 27, 2011

Senarai Semak Keperluan Bayi



Bayi Comel

Mya -sejam selepas dilahirkan.
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulilah, kandungan saya dah masuk 6 bulan. Namun begitu perut saya still kecik yang kembangnya badan saya. Risau jugak kalau orang asyik tanya, "berpa bulan dah?....eh keciknya perut". Kadang-kadang saya asyik berpikir yang bukan-bukan sahaja. Pastu selalu ajak encik Suami 
pergi Scan. Doktor kat klinik tue cam biasa akan cakap.. [Ok jer perkembangan baby awak, kecik sikit tue biasa la. Kalau  semua budak sama je besarnya, semua orang kat dunia ni sama aje la , tak de la yg rendah, kecik, gemuk, kurus..huuhuhuh..sungguh sadis jawapan doktor tersebut. Nak ngata saya rendah aka comel la tue...:) ].

Oleh sebab dah masuk 6 bulan, saya pun saje-saje le search keperluan bayi. Maybe kandungan dah masuk 8 bulan nanti baru la saya shopping yang patut. Encik Suami,sila sediakan budget eh.. :)

Secara Kesimpulannya, barang-barang yang perlu dibeli:
Keperluan Bayi

Pakaian
  • baju lengan pendek/panjang
  • seluar pendek/panjang
  • sarung tangan & kaki
  • topi
  • lampin/lampin pakai buang
  • selimut
  • barut bayi
  • kain 
  • tuala mandi bayi
  • almari/bakul pakaian
  • sapu tangan
  • tikar getah bayi
  • beg bayi

Mandian
  • sabun bayi
  • bedak bayi
  • losyen bayi
  • syampu bayi
  • besen mandi bayi
  • putik kapas
  • bakul alatan mandian
  • pengalas mandian tidak licin
  • sikat/berus rambut


Penyusuan
  • botol susu
  • puting
  • berus botol susu
  • bekas simpan botol susu (warmer)
  • sterilizer
Tidur
  • bantal, bantal peluk dan tilam
  • sarung bantal dan tilam
  • katil bayi
Lain-lain
  • minyak kembung perut
  • tisu lembab
  • pemotong kuku
  • pembersih hidung
 Mya Omei cam biasa, dah semakin pandai memerintah itu dan ini. Yang paling kelakarnyer, dia tahu nak buat tangan "Kita Bakor" ajer. Tah sape lak yang ngajar dia. Kawan-kawan kat school agaknya. Cute pulak dia ckp.. [akar,akar]. Rindunyer dgn Mya Omei..