marzuna

Showing posts with label Nur Hannah Maisarah. Show all posts
Showing posts with label Nur Hannah Maisarah. Show all posts

Friday, November 8, 2013

Sambutan Birthday Hannah

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Sambutan birthday Hannah Maisarah dibuat di taska pada 18/10/2013. Wah...lama dah..baru nak update. Maklum la... mummy agak bizi..Sorry ye Hannah..

Majlis bermula pukul 430 ptg. Selalunyer waktu gini, kanak-kanak kat taska tu, minum petang.
Menu hari tue simple jer.. air kotak Milo, kek harijadi Hannah dan ayam KFC.

Goodies Bags dan Kek HariJadi 



Daddy ambik cuti khas untuk sambutan birthday Hannah kali ni. Asyik suruh daddy ngn  Kak Mya nyanyi lagu birthday tuk dia kalau dalam kereta. Kalau tak nak nyanyi, sure nangis. hannah..hannah..
Alhamdulilah..akhirnya dapat jugak buatkan Hannah birthday Party walaupun tarikh terpaksa diubah banyak kali.. Lepas buat birthday party aritu, kurang sikit dia minta orang nyanyikan lagu happy birthday tuk dia..Nasib Baik..:)

Jom Tiup Lilin

Semoga Hannah jadi anak yang baik, berjaya dunia dan akhirat.Mummy, Daddy dan kak mya sayang Hannah.. Love u :)
Hannah Yang Comel Di Mata dan Hati Saya :)





Tuesday, August 6, 2013

Salam Aidilfitri 1434H

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Lagi dua hari umat islam di malaysia akan menyambut kedatangan Syawal .. insyaAllah...

Dikesempatan ini, keluarga kami (saya, encik Suami, Mya Dan Hannah) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Kami juga ingin memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa, menguris perasaan sesiapa sahaja selama ini.
Mohon untuk menghalalkan segala yang terambil atau terguna. Kami hanya manusia biasa yang selalu melakukan kesalahan.:(

Untuk yang akan memandu pulang ke kampung, pandulah berhati-hati. Sentiasa ingat orang tersayang. :)

SALAM AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR DAN BATIN UNTUK SEMUA.


Wednesday, July 10, 2013

Salam Ramadhan.

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Ramadhan datang lagi dan alhamdulilah kita masih berpeluang untuk menyambut ramadhan kali ini.
Semoga  Ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan-ramadhan sebelum ini.

Hari ini, Mya cuba untuk berpuasa. Setakat pukul 12.00 tengahari tadi dia masih mampu melawan 
nafsu lapar dan dahaga. Tiada paksaan untuk Mya, saya dan encik suami hanya bercerita pada dia 
apa itu puasa dan dia sendiri yang hendak puasa. Tiada habuan yang dijanjikan cuma mungkin penghargaan kecil yang saya dan encik suami akan berikan sekiranya dia boleh puasa penuh. Penghargaan itu pun kami belum fikirkan lagi.

Hannah walaupun tak puasa tetap bangun sahur. Tetap sibuk nak makan walaupun tak makan.

Itulah ragam anak-anak. :)

Salam Ramadhan untuk semua umat islam.

SALAM RAMADHAN 

DARI 

MYA DAN HANNAH


Monday, March 18, 2013

Warded Di DEMC

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Dah lama giler tak update blog.. dah bersawang-sawang dah..huhuh

Hari ni nak tulis pasal hannah warded ahad lepas (17/03/2013). Sebab hannah warded dia kena cirit birit dan muntah-muntah.. Cirit- birit mmg biasa bagi hannah, tapi kali ni agak luar biasa sebab dah 4 hari tiada tanda-tanda cirit birit dia nak sembuh.. Yang merisaukan saya.. dia agak lemah dan tak bermaya...dan sehari hanya sekali dia kencing.. Saya takut badan dia kurang air aje.. Nak tak nak saya dan daddy hannah decide warded kan hannah[atas nasihat doktar].

Oleh kerana ini first time hannah ditahan wad..menyerit2 la kanak2 tue time kena cucuk nak masukkan salur air kat tangan.. Sampai takde suara..Kesian pulak tengok..Mmg tahap fobia lah, sebab setiap kali nurse masuk dia akan menangis sekuat hati..huhuuh..sabar ajer lah..Si Hannah ni..

Malam tadi kami 4 beranak tidur kat hospital.. Tanda sokongan kami pada Hannah[erm...padahal mummy dia yang takut dok spital :)]

Hopefully Hannah cepat sembuh

Nangis... Kesian Hannah

Friday, November 30, 2012

Konsert Taska Raihana 2012

bawbaw
Salam,

Dah lama tak update blog.Rindu pulak nak menulis.. uhuhuhuuh...

Semalam, Jumaat 30/11/2012, Mya dan Hannah telah terlibat dengan persembahan di konsert Taska Raihana 2012. Mummy dan Daddy gigih la, apply cuti untuk turut serta dalam majlis tue.. Support aktiviti anak2 la katakan.. hihiihih.. :)

Konsert tu terbahagi kepada 3 kumpulan. Bayi@Kanak-kanak berumur 1-2 tahun terlibat dengan pakaian kostume alam sekitar(flora dan fauna).Jadinyer hannah termasuk dalam kumpulan itu. Hannah pakai baju Bee..Cute..Ramai baby yang pakai baju Bee..Kalau tak silap, ada 3-4 orang yang pakai baju Bee...
Hannah dengan Kawan-Kawan

Hannah sentiasa gembira. tapi bila time nak catwalk kat atas pentas.. Boleh pula dia tertidur. Saya cuba bangunkan dia tapi tak berjaya.. tak apa la Hannah, cuba lagi tahun depan yaaa!! :)
Hannah Yang Cute :)


























Kakak Mya pula terlibat dengan aktiviti tarian tapi kak Mya omei tue menangis sepanjang persembahan. Dia tak nak nyanyi pun.. Dan tak nak pakai pun flower yang cikgu dia buat.Reason dia.. dia nak berkepit dengan saya.. Aduh Mya Omei..Tak tahu la bila akan berubah.Hopefully tahun dia dpt join konsert dengan jayanyer...
Kalau tgk gambar mya kat sebelah ni, tak nampak pun gaya-gayanyer dia akan menangis, ceriakan dia.. tapi... huhuhuuhu...
Mya Omei- masa persediaan untuk ke konsert.

Gambar Mummy dan Daddy dan anak2...


Mummy dan Daddy memang suka menyibukkan diri dalam aktiviti anak2.. hihihiih.. Mummy dan daddy pun pakai baju ala2 Bee Gak... :)

Taska Raihana Concert 2012.






Akhir sekali, tanpa disangka-sangka kami dapat anugerah Ibu Bapa Komited.. ihihihih.. Terima Kasih kepada guru-guru dan Pengetua Taska yang mendidik dan menjaga anak2 kami.. Hanya Allah dapat membalas jasa anda semua.. :)



Thursday, October 11, 2012

IBU LEGA, MAJIKAN GEMBIRA

Assalammulaikum..

Dah lama giler tak update blogkan.. Dah bersawang-sawang blog saya ni..
Banyak benda nak update tapi mood malas lagi banyak.. huhuuhuh..

Utusan 11/10/2012.
Hari ni gambar Hannah ada masuk surat khabar Utusan. Bukan cerita pasal Hannah pun. Hanya ada gambar budak tecik tu aje. Tajuk berita nyer - IBU LEGA, MAJIKAN GEMBIRA. Cerita pasal taska di tempat kerja.

Secara kesimpulannyer, (cepatnyer kesimpulan ek,cerita baru 3 ayat.. hik hik) kewujudan taska di tempat kerja ini memang banyak membantu. Ibu bapa tidak perlu tergesa-gesa untuk pulang awal dan kebajikan anak-anak sentiasa dan boleh dipantau pada bila-bila masa. Pada ibu yang menyusukan anak juga, ibu boleh direct breastfeeding kerana tempat breastfeeding disediakan. Selalunyer taska yang diwujudkan di tempat kerja akan diselenggara oleh pihak majikan sendiri. Ini bermakna pelbagai kemudahan dapat disediakan untuk keselesaan anak-anak.

Saya  bersyukur taska diwujudkan di Opis saya. Terima kasih kepada opis saya,taska Raihana Childcare , terutama guru-guru taska kerana menjaga anak saya dengan baik... :)

~~~ Entri Skema ~~~

Friday, July 13, 2012

Bekalan Hannah Ke Nursery

Bekalan Ke Sekolah
Assalammualaikum..

Hari ni genap hannah 9 bulan. Kejap aje masa berlalukan..
Perkembangan Hannah lak, semakin aktif tak nak duduk diam.. Dah pandai nak panjat2 kerusi kat rumah tue... Tetap peramah tapi jgn ambik/pegang dia.. Sure menangis.. Aduh!! yang paling memeningkan kepala saya, tak boleh berenggang langsung dengan saya.Kalau dekat rumah dia tak nampak kelibat saya, dia akan menangis sekuat hati dengan air mata yg mencurah-curah cam air hujan dan bila saya dekat dengan dia..terus senyum2 dan gelak2... sekelip mata aje emosi dia berubah..Sabar aje la budak cute tue...

Bubur Nasi Sedap.. hikhikhik
Susu Untuk Hananh
Entry kali ni saya nak cerita bekalan hannah ke nursery. Sekarang hannah bawak bekal 3 susu botol dan satu bekas bubur tiap-tiap hari.
Seronok sebab saya dapat sediakan makanan hannah sendiri. Masa Mya dulu, makanan tidak dibenarkan di bawa ke nursery. Memang letih kena bangun awal untuk masak bubur tp kepuasan tue plg penting.Kadang-kadang pening gak kepala nak piki Menu untuk Hannah. Yer la.. takkan nak bagi bubur yg sama aje tiap2 hari..Sure tak lalunyer.. Kita yang dah tua ni pun kalau makan benda sama tiap-tiap hari pun
jemu..inikan pulak budak tomei tue.. :)

Hari ni saya masakkan Hannah Bubur Nasi + Brokoli + Ikan Tenggiri  + Puri Carrot. Saya tak blend dah bubur Hannah sejak gigi sebatang dia tue tumbuh. Saje aje nak ajar dia makan makanan yg lebih kasar sikit..Kalau gigi dah banyak sikit nanti, baru saya ajak makan nasi lembik lak...

Malam-malam lak saya suka buatkan Hannah Oat+Stok Ayam(yg direbus sendiri)+sayur(Bayam/brokoli/carrot/daun sup je).
Minggu ni saya nak ajar dia makan daging ayam lak.. :)

Friday, June 22, 2012

Anak - anak yg disayangi


Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Dah lama tak update pasal anak-anak. Busy skrg ni. Minggu ni baru nak bernafas sikit..

Hannah Maisarah dah masuk 8 bulan. Alhamdulilah banyak perubahan dari segi mental dan fizikal. Sekarang dah boleh merangkak, duduk dan belajar untuk memanjat [ berdiri kat bdn orang@ benda yang tinggi ]. Semua hannah cute nak buat serentak dan sesangat la aktif. Perangai yang saya rasa paling cute adalah suka sngt ckp ah!!.tak kira la suka ke, marah ke, nak tarik perhatian orang ke. Kalau masuk dlm lif dan dia akan tengok muka orang lain tue sampai orang tue tengok muka dia. Kalau dah penat  tgk org tue tapi org tue tak tgk2 kat dia gak, dia akan ckp "aah!!..aah!!..sampai la orang tue tgk dia.. ish2.. sabar jer la budak demok yang dah kurus tue.. :)


Mya Omei ~ tetap sama juga tapi dah pandai bertolak ansur dgn adik. Boleh diharap untuk minta bantuan apa2..agak2 mummynyer malas nak bangun, suruh jer mya omei..hihihi..[kesian mya omei kena buli] tapi dengan syarat, kena cakap elok2, kalau ckp kasar2..jgn harap la, dia wat tak dengar aje.


Last week saya kena outstation, tak jauh pun dalam kl juga tapi kena kerja sampai tgh malam dan encik Suami terpaksa la menjaga mereka di waktu malam[tq Encik Suami]. Kesian Hannah, nangis sampai tak de suara bile nak tidur malam. Maklumlah, first time kena tinggal waktu malam.. :)

****RINDU NGN MAISARAH BERDUA TUE******

Monday, May 28, 2012

Kesian Puteri-Puteriku....

Mya & Hannah keletihan (tertidur dlm kereta) selepas penat merewang @ Kampung Batu Laut

Wednesday, March 14, 2012

Perkembangan Hannah 5 Bulan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Hannah Yg Cute Di Hati Saya :)

Alhamdulilah, hari ini genap Hannah Cute berumur 5 bulan sehari. Hari ni hannah kena cucuk imunisasi. Sepatutnya kena pergi semalam tapi atas sebab2 tak dapat dielakkan, terpaksa la pergi klinik hari ni.

Sekarang Hannah dah pandai meniarap. Hannah pandai meniarap sebulan lepas lagi.Sehari sebelum dia masuk umur 4 bulan. Sekarang ni dah pandai mengengsot tapi mengundur. Tak boleh ke depan lagi. Hopefully dlm masa terdekat ni, hannah akan belajar mengengsot ke depan pula.

Berat? erm.. aritue baru 6.5 kg. Sekarang tak tahu la.. rasanya paling berat pun 7kg aje. Maybe juga tak naik sebab kes tak nak minum susu dan cirit birit aritu. kurang cute la Hannah kalau kurus ;).

Wednesday, February 29, 2012

Tempat Penyimpanan Susu

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Kejap aje masa berlalu, pejam celik, pejam celik dah berakhir bulan februari 2012. Rasanya baru je saya masuk kerja bulan disember hari tu. Erm...sekarang ni, kita yang kena kejar masa.Kalau kita lambat, kita kena tinggal la jawabnyer.Eh!!..Saya bukan nak cerita pasal masa,[tiba2 melalut pasal masa lak :) ]tapi saya nak cerita pasal deep freezer saya. Dah lama dah saya beli. Kalau tak silap, dah hampir sebulan.Saya beli yang biasa2 n kecik aje.Janji boleh simpan susu untuk Hannah Cute :).Peti ais saya dah tak mampu nak tampung bekalan stok susu Hannah lagi. Discuss dengan encik Suami dan dia bersetuju kami beli deep freezer. Takut jugak membazir tapi alhamdulilah setakat ni, deep freezer tue dah hampir penuh [~saya sangat gembira :) ]
Deep Freezer ~ hanya simpan susu Hannah Cute.
Stok susu yang hampir penuh.
Seronok bila tgk susu banyak :
Sekarang ni, freezer 2 pintu saya dah boleh digunakan untuk simpan bekalan lauk pauk pula.Erm.. kena penuhkan semula la freezer saya tu. Baru senang hati bila tgk stok susu untuk Hannah Cute banyak [tamak ke saya??..erm ada la sikit :) ]


Susu -Di dalam peti ais- Hanya tinggal bahagian atas sahaja.Bhgn bawah Hannah dah habiskan. :)

~~ Petua saya ~untuk banyakan susu~ Kena Makan Banyak2.. memang takde istilah diet [ perkataan diet hanya dlm mimpi dan dibibir aje huhuuhuhuhu...:( kena korbankan sesuatu jika hendak sesuatu ]

Monday, February 20, 2012

Kisah Botol Susu MAM

Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Post sebelum ni saya ada tulis pasal problem hannah tak nak hisap botol susu avent dia. Pening kepala memikirkan botol apa yang sesuai untuk Hannah. Mula-mula nak beli botol susu Tommee Tipee[eh??camne ke ejaan dia- lbh kurang la kot :) ] tapi takde pula stok dekat kedai yang saya pergi itu. Pilih-pilih punya pilih, saya dan en Suami decide belikan botol MAM saja untuk hannah. Beli satu sahaja dulu. Tengok kesesuaian Hannah. Sat lagi beli banyak2, Hannah cute tue tak nak.membazir pulak.
Botol Susu MAM  pertama Hannah -Pink Color
Sesi percubaan ambik masa 3-4 hari la jugak. Hannah minum guna botol MAM tu cam ok aje. Botol lama dia pun dia minum elok jugak. Aduh! Confius saya ngn masalah Hannah ni. Sebelum ni tak nak botol, lepas tue nak pulak kedua-dua botol [avent & MAM]. Bincang dengan encik Suami untuk tentukan botol mana yang Hannah perlu guna. Tak boleh guna dua-dua botol.Takut dia confius punting. Nanti timbul pulak masalah lain.

Malas nak pening-pening, saya decide aje Hannah guna botol MAM. Kena beli 2 botol lagi supaya senang pengasuh Hannah. Tak perlu terkejar-kejar nak basuh botol Hannah kalau hannah nak susu. Saya bekalkan 3 Botol Susu MAM dengan 5 Botol Susu Badan setiap hari untuk Hannah Cute. Hopefully lepas ni Hannah takde masalah dengan botol susu dia lagi.


Warna botol Hannah ~ Pink, Hijau, Purple..Cute macam Hannah jugak..~ Hannah mmg Cute :)
Color Hijau - Color Favourite- Mummy&Daddy



Color Ungu - Cute jugak :)

Thursday, February 16, 2012

Kisah Februari ~ Mya Omei Dan Hannah Cute~

Mya Omei
Hannah Cute
Assalammualaikum...

Mya Omei kena sembelit yang agak teruk baru-baru ni.Kesian dia, masa nak membuang sampai keluar2 air mata. Punya la keras najis dia dan yang paling sedih sekali ada ketulan kecil terkeluar [cam buasir]. Akibatnya, sampai ke hari ini , setiap kali Mya omei buang air besar dia akan menangis menjerit2 walaupun najis dia tak keras mana. Time nak basuh pun dia akan menjerit2 tak nak bagi orang basuhkan. Walaupun saya tak sampai hati nak basuh atau letak ubat [sebab dia akan menangis2 sampai basah muka dia] saya kuatkan dan keraskan juga hati saya.Memang terpaksa kalau saya biarkan lagi teruk keadaan Mya omei nanti.Saya pun pelik kenapa Mya Omei boleh kena sembelit. Mya Omei suka dan banyak minum air kosong. Suka makan sayur dan saya dah cairkan susu dia.Maybe sebab genetik.Saya juga selalu sembelit.. :(

Kisah Hannah Cute pula, selepas bercuti 3 hari dan saya hantar dia ke nursery seperti biasa.Kira-kira pukul 10.30++ cikgu dari nursery dia call bagitahu dia tak nak hisap botol susu..Saya tak tahu apa punca masalahnya.Terpaksa la saya turun susukan Hannah Cute. Kesian kat Hannah Cute, menangis sampai serak2 suara dan dia tak boleh tidur. Maybe dia kelaparan sebab tue tak tidur lena. Solution yang saya  buat adalah tukarkan botol susu dia. Nasib baik dia nak dan botol lamanyer juga dia boleh guna semula.erm..tak apa la, saya bazirkan duit beli botol baru asalkan Hannah nak minum susu. Saya tak nak la badan Hannah yang bam, bam tue susut gara-gara tak nak minum susu guna botol.

Semoga masalah anak2 saya tak berlarutan.Kesian pada mereka :(

Tuesday, January 3, 2012

Style Rambut Hannah yang baru

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Sudah jadi kebiasaan bagi keluarga di pihak saya, bayi yang dilahirkan akan dibotakkan kepalanya. Hannah Maisarah pun dibotakkan kepalanya selepas majlis cukur jambulnya.

Hannah mmg anak yang baik. Tak menangis pun masa atuk  botakkan kepala dia. Ayah saya ambik masa kejap aje nak licinkan kepala hannah. Gerun juga saya tengok pisau kecik tue bermain2 atas kepala hannah tapi Hannah sempat gelak2 lagi bila orang 'agah' dia. Kali ni encik suami ambik part sikit aje. Masa Mya dulu, encik suami kena licinkan kepala mya sendiri setelah ayah saya botakkan kepala mya separuh.


Comel aje muka hannah lepas kepala dibotakkan. Time ni hannah dah mula rimas dan tak selesa. Kesian pulak kat dia. Rambut pun hampir masuk ke dalam mulut.

Sekarang rambut hannah dah tumbuh sikit, nanti kalau rajin saya update picture terbaru hannah ngn Mya Omei. :)

Tuesday, December 27, 2011

Majlis Cukur Jambul Nur Hannah Maisarah

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Pada  17hb December 2011, majlis cukur jambul hannah telah dibuat di kg saya [Kg Chemomoi].

Ni gambar sebelum majlis bermula. Orang kampung bergotong royong siapkan makanan. Anak dara saya si Mya Omei sibuk main kucing. Sampai lembik kucing tu dia duk kejar..Menu pagi tu, mee goreng, roti jala, pulut dengan sambal dan kuih muih. Nasib baik Hannah Maisarah tak banyak ragam pagi tu. Kesian dia dan Mya  kena bangun pagi2 sebab kena  balik kampung pagi-pagi tu jugak.Kami bertolak  dalam pukul 6.00 pagi dan nasib baik sampai kampung pukul 7.30 pagi dan majlis tak bermula lagi. Orang kampung  dah start dtg pukul 830 pagi. Kalau la orang kampung datang dulu sebelum kami sampai mau haru jadinyer.. :(



Hannah Maisarah dah siap2 untuk majlis cukur jambul. Mya Omei? Memang susah nak tangkap gambar dia. Sibuk main dengan sepupu2 yang lain dan kejar kucing. Cari mummy ngn daddy bila nak susu aje. Time lain memang tak hairan kan kami.







Ini pulak Majlis Cukur Jambul Hannah Maisarah. Tgk la rupa Mya Omei.Muka keletihan.
Hannah pula sempat lagi tidur time orang cukur jambul dia. Alhamdulilah Hannah tak menangis dan majlis berjalan dengan lancar.


















Terima kasih kepada seluruh keluarga yang banyak membantu.. :)

Thursday, December 15, 2011

Detik-detik kelahiran Nur Hannah Maisarah

Detik-detik kelahiran Nur Hannah Maisarah

Assalammualaikum..

Dah 2 bulan saya bersalin tapi hari ni baru saya boleh update pasal pengalaman saya bersalin anak saya yang kedua ni.Maklumlah saya berpantang dkt kg saya yang tercinta tue dan u-mobile lak takde coverage kat sana.
Saya selamat melahirkan puteri saya yang kedua pada pukul 9.22 malam , hari khamis 13/10/2011. Saya dah start cuti pada hari selasa 11/10/2011. Malas nak cuti awal-awal sebab masa mya dulu saya cuti awal dalam seminggu lebih. Alih2 mya keluar lewat sehari dari due date dia. Punya la buhsan masa tue, sampai suruh mya keluar cepat2 wpun takut..huhuhu.

12/10/2011 saya ada check-up rutin kat demc. Walaupun saya dah sampai due date tapi bila timbang berat saya tak turun pun dan yang paling "best" berat saya masih lagi naik. Dr Norleen cakap masa tu berat Hannah dlm 2.8++. Kalau tak lahir dalam 2-3 hari lagii berat dia akan naik sampai 3.3++, sebab saat akhir sebelum bersalin, baby akan cepat membesar. Cuak gak la saya bila dengar dr ckp cam gitu. Dr Norleen buat pemeriksaan dan cuma terbuka 1 cm aje. Dia bagi cadangan kalau tak bersalin dalam masa 2-3 hari ni,kena induce. Kami kena pilih tarikh bila nak induce dan dengan terpaksa rela kami memilih 16/10/2011 untuk menyerahkan diri ini.

13/10/2011 Pagi2 bangun, tertunggu2 gak bila nak rasa tanda-tanda bersalin. Encik suami still pergi kerja sebab cuti dia dah tak banyak yang tinggal. Banyak kali gak encik suami tanya, "ada sakit tak?" dan banyak kali jugak la saya kena jawab "tak sakit lagi". Dia cam berat hati nak pergi kerja takut tak sempat nak nganta saya ke spital kalo saya tiba2 sakit nak beranak.
Pukul 11.00 pagi saya ada rasa cam sakit sikit, tapi sejam sekali.Anak kedua-so saya dah tahu dah, lambat lagi nak bersalin kalau sakit sejam sekali ni. Still leh kemas-kemas rumah, main dengan Mya, sms budak2 opis, gosip2..
Pukul 2.00 petang - kontraksi dah jadi setgh jam sekali.Tapi tak sesakit masa Mya dulu dan saya masih lagi cool.SMS encik suami, kata dah sakit 30 minit sekali. Dia cam kelam kabut nak balik tp saya ckp ngn dia lambat lagi ni.Tak yah tergopoh2 sgt.
Pukul 3.30 petang - saya sms encik suami kata dah kontraksi 15 minit sekali.Saya masih lagi cool[iya ke?].Encik suami terus nak balik rumah. Saya cool sebab tak sakit sangat berbanding Mya dulu. Maybe Mya dulu saya terbaring  aje kat katil, tunggu bukaan sampai 8 cm dan asyik piki sakit 2 aje, bertambah2 la sakitnya.
Pukul 4.30 Petang -Encik suami sampai rumah. Saya baru je nak mandi..huhuuhuh..sebakul la kena bebel[encik suami mmg cuak giler masa tue].Encik suami takut saya tak sempat sampai spital.Kena la mandikan.Sat g muntah lak Dr tue bau saya :).
Pukul 5.00 Petang- Saya keluar rumah..Nasib baik la tak jem.Dalam kereta cam sedih lak nak tinggalkan Mya kat rumah.Maklumlah ni first time Mya akan tidur sepanjang malam tanpa saya atau encik Suami.Sampai shah Alam dalam pukul 5.30 petang. Encik suami terus nak pergi spital tapi saya kata takper la.kita p GIANT Shah Alam dulu.Jalan-jalan.Senang sikit nak bersalin nanti.Sempat gak la shopping barang rumah lagi walaupun masa tue saya dah rasa kontraksi 5 minit sekali.Giler ke? giler gak la.. :)
Pukul 7.00 Malam - Saya ajak Encik Suami pergi spital sebab kontraksi dan jadi 2 minit sekali.10 minit jer spital ngn GIANT tue.Kami tak terus pergi wad bersalin tapi jalan2 lu kat lobby DEMC tue. Baca2 doa.Habis segala doa saya baca.Nasib dah print besar2.
senyum tapi sebenarnya tengah tahan sakit.

Pukul 8.00 Malam - Baru lah saya pergi labour room/wad bersalin.
Pukul 8.30 Malam - Nurse check bukaan dan bukaan dah jadi 8 cm.Masuk ubat bontot, buang air besar.Still baca macam2 doa.
Pukul 8.55 Malam - Nurse pecahkan air ketuban.Nurse cakap kalau rasa nak buang air besar[dah sampai waktu nak bersalin] , panggil dia .
Pukul 9.05 Malam - Tak sempat pun Nurse tue nak duduk, dah rasa cam nak bersalin.Doktor tak sampai lagi. Yer la, Dr baru je balik rumah maghrib tadi.
Pukul 9.15 Malam - Dr sampai dan saya rasa dr tue lambat sangat berjalan ke arah saya [perasaan saya je, maklumlah dah tak sabar nak keluarkan baby, sakit sangat masa menahan tue].Saya rasa nak je jerit cepat la Doktor..huhuuhuhuh
Pukul 9.22 Malam - Alhamdulilah, melahirkan Hannah agak senang seperti Mya juga dulu. Amat bersyukur dan terima kasih Allah atas kurniaan yang tidak ternilai itu.

**********Jutaan terima kasih pada Dr Norleen & staff DEMC yang membantu saya melahirkan Nur Hannah Maisarah********

Tuesday, December 13, 2011

Kembali bekerja..

Nur Hannah Maisarah
Hari ni 13/12/2011 hari ke dua saya kembali bekerja setelah 2 bulan cuti bersalin.

Banyak kejadian yang seronok dan tak seronok sepanjang saya bercuti. Yang pertamanya bos saya akan berhenti hujung bulan ni. Risau jugak dapat bos baru. Hopefully lebih baik la kan.CEO saya pun telah ditukarkan.Saya tak kisah pun siapa CEO tapi kali ni saya kisah sebab kenaikan gaji saya akan lewat untuk tahun 2012. Selalunyer dapat bulan 1 tapi sekarang dapat lan 2.ish2...byk effect tue.

Hannah ngn Mya saya dah start hantar nursery minggu lepas. Mya saya hantar hari isnin lagi tapi hannah saya hantar hari khamis. Nak bagi dia orang biasakan diri duduk nursery.Setakat ni alhamdulilah, hannah dan mya ok.Mya tak nangis dah pagi2 masa saya tinggalkan.Pagi2 dekat rumah, masa saya dan encik suami tgh bersiap-siap nak pergi kerja.Dia akan tanya saya nak pergi mana.Bila saya jawab nak pergi work  dan Mya kena pergi school dia akan merengek2 sambil ckp 
Hannah dan Mya
" taknak...taknak..". Senang aje nak pujuk dia..Saya cakap aje.."Mya kena pergi school, tolong mummy jaga adik.Nanti kalau adik nangis sape nak tolong jaga". Tak tahu la dia faham ke tak tapi dia akan berhenti merengek2..Hannah tak tahu apa-apa2 lagi. Of course la dia lagi tak nangis nak mengikut.Tunggu la 3-4 bulan nanti, tengok macam mana, masa tu dia dah kenal orang. Hopefully dia tak ikut perangai kakak dia yang menangis kat nursery.

Pagi-pagi saya agak terkejar2 juga sekarang ni. Tengah biasa kan diri menguruskan anak sambil bersiap2 nak pergi kerja. Mujurlah encik suami banyak membantu. Kalau encik suami takdek mau tunggang terbalik rumah kami agaknya. Alhamdulilah, encik suami mmg suami dan ayah yang baik..."Thank you, abang cyg..Kalau rajin malam2 tolong masak sekali eh :..ihihihihiih "