marzuna

Showing posts with label Bayi. Show all posts
Showing posts with label Bayi. Show all posts

Monday, September 7, 2009

Due Date

Hari ni (06092009) adalah due date bersalin baby yang aku kandung ini.Namun sampai ke saat ini, aku tidak juga bersalin2 lagi.
Pagi tadi ada turun darah sikit, tapi tak banyak.Dalam pukul 10.30, aku dan hubby pergi ke hospital untuk wat check-up.Kami tidak la kelam kabut sebab aku tak sakit sgt dan aku pernah baca, kalau turun darah..sesetengah orang akan ambil masa 2-3 hari untuk bersalin..So...kita orang still relaks lagi la..
Sampai kat hospital dalam pukul 11.00.Dr Ummul wat check-up.Dia kata belum lagi nak bersalin dan suruh kita orang datang semula esok dalam pukul 9.00 pagi..Tak tahu la esok aku akan bersalin ke tak..Yang penting bagi aku sekarang, baby dapat dilahirkan dengan selamat.Amin

Wednesday, August 26, 2009

Kelahiran

Lagi 11 hari aje lagi due date.Dah mula buhsan duduk rumah walaupun baru 2 hari bercuti.
Tak tahu la mcm mana nak mengharungi lagi 11 hari ni.Tak tahu nak buat dekat rumah.Asenyer dah habis khatam dah
semua majalah yang ada kat umah nie.nAK LAyan internet sepanjang masa pun buhsan gak.
Nak tgk tv pun, cam takde cerita...Nasib ada mak boleh gak borak2...

Hari ni pun takde tanda2 nak bersalin...Alhamdulilah sihat cam selalu..
Walaupun perut aku kecik tapi baby still ada ruang2 untuk mengerakkan kaki dan tangannya..Syukurlah...
Aku sentiasa berdoa semoga Allah memudahkan urusan kelahiran baby yang ku kandungan ini.Amin

gambar 9 bulan

Monday, August 24, 2009

Minggu ke 38

Checkup minggu ke 38
Hari ni wat rutin checkup macam biasa.Ambik berat+tekanan darah+urine.Lepas tue p jupe nurse.Masa jupe nurse..nurse tanya ada tak tanda2 sakit nak bersalin.Aku kata cam takdek aje...Berat badan lak naik mendadak.Naik 1.5 kg.. lbh 1kg dr yg sepatutnya.. Nurse tu ckp..kalau next week tak bersalin lagi dan berat naik mendadak lagi..Dia paksa bersalin ajer.. So...minggu ni kena jaga makan sikit...
Abis checkup pukul 0845pagi.

Berpuasa Dan Bersahur
Ramadhan kali ni first time kita orang sambut sebagai suami isteri. Hari ke tiga berpuasa, kita orang bersahur ngn mak.Mak dtg dari kg, semata2 nak teman aku kat rumah.Dia kata dia risau kalau aku duk kat umah sensorg nanti time my hubby p keje..Tq mak..Jasamu Tak Mungkin dpt kubalas.Pagi tadi kita org bersahur simple aje..Makan nasi + sambal goreng tempe + sayur taughe + telur dadar. Bukak pose nanti..tak tahu lagi nak masak apa...

Bila Nak Bersalin
Sekarang ni dah minggu ke 38...Selalu gak tertanya2..bila la..aku nak bersalin ni..Bukan tak sabar..tapi cam lagi lama aku menunggu..lagi menakutkan lak asenyer..

Tuesday, August 18, 2009

Proses Bersalin

TEKNIK PERNAFASAN KETIKA PROSES BERSALIN

Teknik Pernafasan Peringkat Pertama semasa permulaan dan penghujung suatu kontraksi, anda dikehendaki bernafas secara dalam dan tetap. Masuk melalui hidung dan keluar melalui mulut. Ketika kontraksi berada dikemuncak, cuba pernafasan yang lebih ringan dan cetek. Kedua-dua pernafasan sepatutnya melalui mulut. Jangan lakukan terlalu lama bagi mengelakkan anda berasa pening (hyperventilation).

Teknik pernafasan peringkat Transisi.
Sekiranya anda berasa hendak meneran terlalu awal, sebutlah “huf, huf, tuip” kepada diri anda sendiri sambil mengambil dua pernafasan masuk dan keluar yang pendek, diikuti satu hembusan yang panjang. Apabila desakan untuk meneran hilang, hembuskan keluar nafas yang lembut dan tetap.

Teknik pernafasan peringkat kedua.
Ketika hendak meneran (ia mungkin berlaku beberapa kali setiap satu kontraksi), tarik nafas yang dalam dan bertahan untuk satu masa yang singkat ketika anda menekan ke bawah. Adalah penting untuk melakukan gerakan dan pernafasan mengikut kehendak badan anda. Ketika meneran, ambil beberapa nafas tenang yang dalam. Apabila kontraksi reda, rehatkan diri perlahan-lahan.

TEKNIK MENERAN
Sebelum ini, mungkin kita menjangkakan hanya ibu yang terpaksa bekerja keras mengerah sepenuh tenaga untuk memastikan bayinya selamat dilahirkan. Sebenarnya tanggapan ini adalah salah sama sekali. Semasa peringkat pertama kelahiran, bayi dalam kandungan akan berputar untuk mencari jalan kelahiran. Manakala peringkat kedua kelahiran pula uterus akan mula menolak bayi keluar begitu juga si ibu. Dalam pada itu, bayi juga menolak dirinya keluar dari jalan kelahiran. Oleh itu memilih kaedah meneran yangs esuai dapat membantu melancarkan proses kelahiran. Ikuti beberapa tekbik meneran yang lazim digunakan dalam bilik bersalin.

“Overwhelming Urge“
Teknik meneran ini merupakan teknik yang tidak terkawal. Ada kalanya anda tidak perlu meneran apabila berlakunya kontraksi kerana pembukaan rahim masih belum terbuka dengan sempurna (10cm). Namun, setiap kali berlakunya kontraksi anda mungkin tidak mampu mengawal keinginan untuk terus meneran. Sekiranya tidak mahu berlaku sebarang koyakan, meneranlah sekuat hati setelah mendapat keizinan dari doktor. Tarikan graviti pada posisi semula jadi mungkin akan membantu ibu melahirkan bayi. Namun ada juga kemungkinan graviti tidak mampu meningkatkan tekanan atau desakan sekiranya kelahiran berlaku terlalu cepat.

“so-so urge“
Si ibu mungkin mempunyai keinginan untuk meneran setiap kali datangnya kontraksi atau ketika kontraksi berada di kemuncak. Bagaimanapun desakan ini mungkin juga berlaku pada peringkat awal fasa kedua yang mana bayi masih belum mencecah saraf-saraf yang menghantar isyarat agar si ibu mula meneran dengan kuat (overwhelming urge).

“No Urge“
Hampir sama seperti so-so urge, kali ini ibu tidak mengalami desakan, oleh itu posisi yang tepat semasa bersalin dan masa adalah jalan terbaik untuk membantu ibu-ibu yang menghadapi masalah meneran semasa proses kelahiran.

Teknik spontan
Kaedahnya amat mudah, si ibu hanya mengikut gerak bahasa tubuhnya dan akan meneran jika dia merasakan dia perlu untuk berbuat demikian. Ibu-ibu yang mempraktikan kedah ini biasanya tidak akan menahan nafas lebih dari 6 saat yang sekali gus menyalurkan lebih banyak oksigen kepada bayinya. Istimewanya kaedah ini banyak membantu mengurangkan tekanan pada ibu dan bayi, malah ia membantu menyingkatkan proses kelahiran. Secara umumnya, ibu yang mengikut naluri sebelum meneran harus menahan nafas untuk satu tempoh masa yang singkat dan merehatkan tubuh badan. Ingat, bahagian uterus akan membantu anda meneran walaupun anda tidak berbuat apa-apa.

Teknik Purple Pushing
Mengapa ia dipanggil Purple Pushing, ia kerana wajah ibu digambarkan seolah hampir kebiruan dengan mata yang besar cuba untuk menahan nafas sambil meneran hingga kiraan 10 berakhir. Teknik ini semakin popular, ia banyak membantu para ibu yang tidak mampu ‘mentafsir’ bahasa tubuh agar meneran dengan efektif. Teknik ini bermula dengan menarik nafas dalam-dalam, melepaskannya, menarik nafas semula dan tahan nafas tersebut, bongkokkan sedikit badan dan meneran seiring dengan kontraksi. Sementara itu, suami atau jururawat akan menjarit “PUSH!” dan mengira hingga angka 10 sebelum anda melepaskan semula nafas. Ulang teknik yang sama sehingga bayi selamat dilahirkan.

Teknik Laboring Down
Kaedah ini pula popular digunakan oleh doktor dan jururawat terhadap ibu-ibu yang disuntik epidural. Caranya mudah sahaja, biarkan tubuh meneran secara semulajadi tanpa perlu tolakan yang aktif dari anda. Biarkan sehingga kepala bayi mula kelihatan. Cara ini adalah lebih baik dan kurang meletihkan, malah sesuai dipraktikan oleh si ibu yang tidak mampu meneran

checkup minggu ke 37

Rutin checkup mcm biasa.Sampai klinik lbh kurang 0735am.orang dah ramai..nasib baik dapat angka giliran 2011..No 11..Hari ni berat dan tekanan darah,jururawat pelatih yang buat.Still lambat cam minggu lepas..Pukul 0810 baru nak start dan dengan terkial-kialnya jururawat pelatih dr Uitm tue menambahkan lagi kelembapan checkup hari ni.Tapi apa nak buat... kalau dia orang tak practice..lagi la,lambat, kalau dah keje nanti..
Masa jumpa nurse, nurse tu cakap baby dah engage..So bila2 masa saja boleh bersalin.Takut gak dengar..Lepas tue kena jumpa Dr lak.Last jupe dr untuk klinik kerajaan..Dr tanya 2 soalan aje.
1.Ada masalah kehamilan tak?
-Takdek
2. pernah minum air gula tak?
-Tak pernah
Berat tak naik lak minggu ni.Maybe pedih ulu hati yang dihadapi kebelakangan ni membuatkan aku cam mls nak mkn..keadaan bertambah teruk, bila ase semua makanan tue naik ke hidung...makan sikit ke..makan byk ke.. still hadapi masalah yang sama.. tak tahu nak buat mcm mana lagi...
Lagi 2 minggu++ aje aku nak bersalin..Doa2kan la aku bersalin secara normal dan semuanyer selamat..Amin..

Friday, August 14, 2009

Tanda-tanda Hampir bersalin

Hari ni saja-saja search kat internet cari info pasal tanda-tanda hampir bersalin.Kesimpulan yang aku dapat mengenai tanda-tanda hampir bersalin ialah:

Bayi turun ke bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Kita mungkin terasa:
* sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
* kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
* sakit perut, memulas
* kerap buang air besar
* kerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
* Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
* Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

Sakit belakang
* Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
* Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
* Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
* Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah air ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
{mosimage}Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis

Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi yang tetap dan berterusan

Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel "Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu"



Bila Perlu ke Hospital

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
* kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
* keluar air ketuban.
* pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
* keluar darah dari vagina.
* apa saja masalah yang dialami.

Sekarang ni dah 36 minggu 5 hari..Dah rasa berdebar2..Takut pun ada gak...Tapi piki macam mana sekalipun kena lahirkan gak baby ni..Hilang sikit takut(walaupun kejap).Selalu motivasikan diri sendiri..Orang lain boleh buat nape aku tak boleh...

My Hubby selalu cakap..Insyallah..semuanya akan selamat..Semoga doa dia untuk isteri dia yang kdg2 terdegil ni termakbul...Org cakap time mengandung...doa suami tue penting.Jangan buat suami marah...Kalau wat salah ngn suami, cepat2 mintak maaf.Kalau selalu wat salah ngn husband susah nanti nak bersalin..Hopefully abg maafkan ayg ek kalau ayg wat salah ngn abg...i'm so sorry...tak de niat pun nak degil...cuma kadang2 je terdegil...huuhuhuuhu...

Tuesday, August 11, 2009

minggu ke 36

Sekarang ni checkup dah seminggu sekali.Semalam aku p checkup kat klinik kerajaan.Rutin mcm biasa.Ramai jugak orang semalam...
Keadaan klinik nampak macam tak selesa.Ramai yang batuk2.. Risau jugak pasal H1N1 ni.Nasib baik aku dah pakai mask siap2 dr rumah...so..rasa selamat la sikit...

Semalam punya progress, semuanya ok..baby bergerak dgn aktifnya time nurse nak check denyutan jantung dia..Dia nak tunjuk skill pergerakan dia agaknya.Sampai nurse tue cakap..aktifnya dia...sampai terbojol2 semua bentuk...

lbh kurang 4 minggu++ aje lagi due date..Rasa takut tue, dah mula ada.Sebelum2 ni...tak de la rasa takut sangat..tp..semakin dekat..semakin takut lak...Preparation hampir semua dah siap kecuali pam susu..Tak tahu nak beli bila...Nak beli skrg, takut susu takde lak nanti..membazir aje pam susu tu..Kalau tak beli skrg..bila lak nak beli...My Hubby suruh beli awal2..dia kata senang...masa dlm pantang leh practice guna untuk baby...Tgk la mcm mana..maybe next week beli kot..Hopefully sempat la..

Skrg ni selalu ase sakit dada.asenyer normal untuk ibu mengandung.Tapi tak kisah la...tak sampai sebulan aje lagi nak tanggung semua ni..So kena la sabar..Yang penting baby dapat dilahirkan dengan selamat...Amin..

Friday, August 7, 2009

Minggu ke 35

Batuk
04.08.2009 - aku tiba-tiba dijangkiti virus batuk.Risau jugak sebab ibu mengandung adalah orang yang berisiko tinggi untuk dijangkiti H1N1...Jauhi lah drpd penyakit berbahaya tu..
Hampir separuh dr ofis aku batuk.. Mungkin musim demam agaknyer.. Semua orang cam risau aje..

Cuti bersalin
04.08.2009 - jugak aku dah apply cuti untuk bersalin.Saje plan bercuti awal.Minggu ke 38 aku akan start bercuti.Bermakna start bulan puasa..aku pun aku start bercuti...Ini semua gara-gara H1N1..
Rasa lebih baik duduk dlm rumah drpd terdedah kepada orang ramai.Maklumlah ofis aku dalam shoping kompleks..So mmg tempat yg jadi tumpuan, lagi2 mega sale dan nak raya ni.
Lagi 4 minggu@ sebulan aje nak bersalin.Takut gak kdg2 bila time dgr pengalaman orang lain.Diharapkan Allah memudahkan proses kelahiran baby yang aku kandung nie..Amin...


Check-up Minggu Ke 35.
Checkup Minggu ke 35..rutin cam biasa, ambik berat, tekanan darah, darah, urin test. Tapi hari isnin tue ada penambahan sikit.Kena jumpa dr. Dr cakap setakat nie semua ok..Alhamdulilah..


Training - Shell Programming

06.08.2009 - Training shell programming.Saja nak tambah pengetahuan.. Tapiyg kelakarnyer.. trainer kita org "lari" balik.Mengajuk + terasa.Tak faham gak..ada gak ek trainer yg berperangai mcm tu..
Takkan la..tak tahu nak jawab soalan...terus nak lari balik..tak nak teruskan kelas...

Perkembanga Minggu 35-36
Anda: Rahim anda telah membesar 1000x original sizenya. Kalau bayi anda telah mulai engage time nih, anda kurang merasa mengah lagi, tapi tekanan pulak pada pundi kencing membuatkan anda kerap ke tandas. Anda akan merasa senang sgt letih time nih, jalan pun dah macam penguin.
Bayi: Bayi anda sekarang seberat 2.5kg dan tumbesaran selepas ni jadi slow sikit; cuma 28g sehari. Pendengaran dia semakin baik (so boleh cakap2 dgn dia bila sapu minyak kat perut tuh, ngajikan dia and nasihatkan dia supaya menjadi anak yg soleh/ah). Bila perut semakin membesar, lapisan perut anda semakin tipis, jadi mata bayi da dah mula dapat membezakan malam dan siang.

Tuesday, July 21, 2009

minggu ke 33

Minggu 33-34
Anda: tangan, kaki, tumit anda senang membengkak bila dah petang atau penat, so dinasihatkan anda banyak2 berehat dgn keadaan berbaring dgn kaki lebih tinggi drp kepala (senang baring kat sofa, kaki letak kat tempat sandar lengan) untuk mengurangkan kumpul air kat kaki tuh (oedema). Minum byk2 air kosong. Tapi kalau bengkak tuh disertai dgn pening yg amat, atau pandangan kabur, cepat2lah ctc doktor anda, takut kena pre-eclampsia (darah tinggi). Bila angkat barang jaga tulang belakang anda, bengkokkan lutut bukan tulang belakang.

Bayi: bayi tgh tambahkan isi supaya comel dan tembam dan mula hilang bulu2 (lanugo) kat permukaan badannya. Masa dia tidur, mata dia dah mula bergerak2 laju (macam ita tidur bila ngigau..). Kalau ini anak pertama anda, baby dah mula engage ke dalam pelvis (tururn ke bawah) ready utk masa lahir.

--Check Up minggu Ke 33--
Rutin check-up macam biasa. Dapat no 2008. No 2 untuk ibu pregnant.Selalunyer sebelum pukul 8 dah start tp semalam teruk betul service.Nak dekat 0820 baru nak mula. Semua nurse kelam kabut. Senior nurse dah bising2 sebab orang dah ramai.
Mula-mula timbang berat dan ambik tekanan darah. Nasib baik kenaikan berat 1 kg aje. Normal..alhamdulilah...Risau gak mula2 ,sebab sabtu dan ahad lepas mmg mkn byk.Lepas ambik berat, terus pergi wat ujian air kencing dan ujian darah.Nasib baik kat kaunter tu cpt.. Kena tunggu nak jupe nurse lak lepas tu. Lamanya la menunggu.. .Mmg ramai org semlm… Asyik dgr baby nangis aje..Mmg keadaan mcm tak terkawal lak.. Rasanya semua ni berpunca lambat start.Iya la baby dah lama menunggu… sure dia org dah rimas.. sebab tue dia org asyik nangis aje..Selalunya pukul 0830 dah leh jupe nurse untuk dengar jantung baby & set new appoiment tapi semlm kena berdiri tunggu giliran sampai pukul 9..mmg letih..huhuhuh…
Kesihatan baby alhamdulilah-sihat.Next appointment 3.8.2009..Nurse nasihatkan basuh baju baby dan pastikan persiapan bersalin dah siap, sebabnya lagi sebulan nak bersalin..
Lepas jupe nurse, kena p ambik ubat lak.. lagi satu hal berlaku. System computer dia down pulak.. lama gak menunggu.Dekat 30 minit.. Mmg hari yang menguji kesabaran semlm… Kita orang sampai ofis pukul 10.20..Lambat betul..

Friday, July 17, 2009

perkembangan bayi dalam kandungan

Perkembangan bayi dalam kandungan a akan menjadi salah satu hal yang sangat menyenangkan dalam proses kehamilan

Minggu ke 1:
Pada minggu ini, menjadi menstruasi yang terakhir sebelum kehamilan. Perdarahan terjadi dan hormone-hormon ditubuh mempersiapkan sel telur untuk dilepaskan.

Minggu ke 2 :
Uterus (dinding rahim) menebal dan mempersiapkan untuk tahap ovulasi.

Minggu ke 3:
Merupakan masa ovulasi (pelepasan telur). Kehamilan terjadi pada saat ini. Pembuahan terjadi pada saat sperma dari pasangan anda bertemu dengan sel telur anda di tuba falopi. Pembuahan memerlukan waktu 4 hari, setelah telur dibuahi maka dinamakan zygote

Minggu ke 4:
Saat buat si zygote kecil untuk menemukan tempat didalam rahim anda. Dengan berakhirnya minggu ini, anda tidak mendapat menstruasi, dan menjadi tanda pertama kemungkinan kehamilan. Pada beberapa wanita mendapatkan sedikit perdarahan dan disalahartikan sebagai menstruasi, sebenarnya perdarahan yang sedikit itu karena implatasi dari zygote ke dinding rahim anda.

Minggu ke 5:
Ukuran bayi anda sekarang sekitar sebuah biji aple dan pada minggu ini disebut sebagai embrio. Bayi anda sudah mempunyai detak jantung sendiri, plasenta dan tali pusat sudah berkerja sepenuhnya pada minggu ini. Vesikel-vesikel otak primer mulai terbentuk, sistim saraf mulai berkembang.

Minggu ke 6:
Embrio terlihat seperti berudu. Pada minggu ini dapat mengenali kepala, ekor, tangan dan anggota badan masih seperti tunas.
Pada minggu ini pembentukan awal dari hati, pancreas, paru-paru,kelenjar tiroid dan jantung.

Minggu ke 7:
Jantung sudah terbentuk lengkap. Saraf dan otot bekerja bersamaan unutk pertama kalinya. Bayi mempunyai reflek dan bergerak spontan(anda belum dapat merasakannya). Akhir minggu ke ini otak akan terbentuk lengkap.

Minggu ke 8:
Embrio sekarang berukuran panjang sekitar 25-30 mm. Lengan dan kaki sudah terbagi menjadi komponen paha, kaki,tangan, lengan, bahu. Organ reproduksinya mulai terbentuk begitu juga dengan kartilago dan tulang. Telinga luar sudah terbentuk sempurna, mata membentuk pigmen. Didalam otak, jaringan saraf berhubungan dengan lobi penciuman di otak.
Jantung sudah memompa dengan kuat dan irama teratur

Minggu ke 9:
Pergerakan pertama fetus dapat dideteksi dengan USG. Pada minggu ini perut dan rongga dada sudah terpisah dan otot mata dan bibir atas terbentuk.

Minggu ke 10:
Tulang sudang menggantikan kartilago. Diafragma memisahkan jantung dan paru-paru dari perut. Otot leher terbentuk. Otak berkembang cepat dalam bulan terakhir ini sehingga proporsi kepala lebih besar daripada tubuh.

Minggu ke 11:
Organ seks luar sudah terbentuk, juga folikel-folikel rambut dan gigi. Bayi sudah dapat menelan cairan amnion dan mengeluarkan kembali(kencing).

Minggu ke 12:
Ukuran fetus anda sekarang sekitar 8 cm. Semua organ vital bayi sudah terbentuk.
Dengan signal dari otak, otot akan merespon dan bayi sudah dapat menendang.
Perkembangan bayi anda pada bulan kehamilan 13-28 minggu (trimester ke dua)

Minggu ke 13:
Panjang bayi sekitar 7,5 cm dengan trakea, paru-paru, perut,hati, pancreas, dan usus berkembang ke fungsi terakhir. Pita suara mulai terbentuk, dan tunas gigi muncul dengan 20 gigi bayi. Pada minggu ini jari tangan, telapak kaki, mulai terlihat.

Minggu ke 1 4:
Pada minggu ini organ seks bayi sudah dapat dibedakan antara laki dan perempuan. Denyut jantung bayi berdetak kuat (detak jantung hampir 2X lebih cepat dari anda) dan anda dapat mendengarkannya di dokter anda. Sudah memberi respon terhadap dunia diluar rahim ibu, bayi mungkin akan bergerak bila anda mengusap perut anda, tapi anda mungkin masih belum dapat merasakannya.

Minggu ke 15:
Bayi anda sudah mulai dapat mendengarkan anda, mendengarkan denyut jantung anda, suara perut anda, juga suara anda.
Sekarang bayi anda sudah mulai mempunyai rambut di kepalanya, juga bulu mata dan alis.
Ukurannya sekarang 114 gram dengan panjang sekitar 15cm.

Minggu ke 16:
Jika anda melakukan USG saat ini mungkin anda dapat mengetahui jenis kelamin. Otot bayi sudah berkembang dan menjadi kuat. Gerakannya semakin aktif. Mulai mengisap ibu jarinya, menguap, merenggangkan tubuhnya, sudah menelan-kencing dan cengukan.
Pada minggu ini jika sinar terang diletakkan diperut anda bayi akan mengerakkan tangan – matanya.

Minggu ke 17:
Masih banyak ruang dalam rahim anda bayi akan bergerak merasakan sekitarnya. Kulit bayi anda berkembang dan transparan. Terlihat merah sebab pembluh darah masih terlihat jelas.

Minggu ke 18:
Sekarang bayi sudah dapat mendengarkan suara dari luar tubuh anda, bayi akan bergerak atau melompat ketika mendengarkan suara keras.
Otot bayi sudah dapat berkontraksi dan relaks, bayi sudah dapat menendang atau meninju. Bergerak sangat aktif , dalam minggu ini mungkin anda sudah dapat merasakan gerakan putarannya untuk pertama kali.

Minggu ke 19:
Sekarang panjang bayi anda sekitar 23 cm. Jika anda belum juga merasakan bayi anda, mungkin anda akan mulai mersakan gerakkanya minggu ini.

Minggu ke 20:
Otot bayi anda semakin kuat tiap minggu. Jika anda masih belum dapat meraakan gerakkanya, anda pasti akan merasakan gerakkanya sekarang. Anda mungkin salah mengartikan gerakkanya pertama kali sebagai angin, karena terasa seperti letupan gelembung-gelumbung didalam.
Bayi anda bergerak sekitar 200 kali sehari , tapi anda hanya akan merasakan sedikit dari semua gerakan ini.

Minggu ke 21:
Panjang sekitar 28 cm. Anda akan merasakan lebih banyak gerakan bayi anda sekarang karena bayi makin aktif.

Minggu ke 22:
Bayi anda sadar akan lingkungannya dan bayi akan merasa tenang ketika mendengarkan suara dan sentuhan anda diperut. Tubuh bayi mulai memproduksi sel darah putih. Ini penting untuk bayi dalam melawan penyakit dan infeksi.

Minggu ke 23:
Panjangnya sekitar 23 cm. Sekarang ukuran kepalanya sudah sesuai dengan tubuhya . Saat ini bayi terlihat sama seperti akan lahir nanti tapi lebih kecil dan kurus saat ini.
Anda dapat mendengarkan detak jantung bayi anda dengan stestoskop.(letakkan stestoskop langsung diperut anda). Pertumbuhan otak sangat cepat.

Minggu ke 24:
Pendengaran bayi sudah terbentuk sempurna. Bayi akan bergerak dengan suara musik dari luar. Bayi membentuk pola kapan saat tidur dan kapan saat bangun, anda akan merasakan dengan suatu saat bayi bergerak terus, dan saat lain tidak.

Minggu ke 25:
Bayi mulai berlatih bernafas dengan menghirup dan menhembuskan cairan amnion, yang mana kadang membuat bayi cegukan—dan anda akan dapat merasakannya juga.

Minggu ke 26:
Bayi sudah mempunyai lemak dibawah kulit, yang akan membantu mengontrol suhu tubuhnya pada saat lahir. Wajah dan tubuhnya secara umum akan terlihat bayi saat lahir. Panjang sekitar 28-32 cm dengan berat sekitar 680 gram.

Minggu ke 27:
Matanya sudah terbuka dan melihat sekelilingnya untuk pertama kalinya. Bayi terlihat seperti bernafas tetapi sebenarnya bayi mengambil air bukan udara. Ini merupakan latihan yang baik untuk paru-parunya.

Minggu ke 28:
Pada bayi laki testis akan turun ke kantung skrotum.
Jaringan otak berkembang. Sekarang bayi anda dapat bermimpi.
Perkembangan bayi anda minggu ke 29-40 (trimester ke tiga)

Minggu ke 29:
Posisi bayi saat ini mempersipakan diri seperti posisi lahir dengan kepala kearah bawah. Jaringan lemak terus terbentuk.

Minggu ke 30:
Bayi anda mengisi hampir seluruh ruang di rahim anda. Ketika bayi menendang atau mendorong, anda dapat melihat kaki atau tangannya bergerak dibawah kulit perut anda.
Otak berkembang sangat cepat.

Minggu ke 31:
Bayi makin bertumbuh besar, maka ruangan rahim menjadi lebih sedikit, bayi akan berkurang gerakknya. Bayi kemungkinana dalam posisi melengkungkan badan dengan dengkul dilipat, dagu di dadanya dan tangan dan kaki saling
bersilang

Minggu ke 32:
Bayi berada dalam posisi kepala dibawah sampai nanti lahir. Bayi akan tetap menendang, gerakan rata-rata sehari meningkat 375 perhari, tapi anda tidak akan merasakan semuanya ini, 10 gerakan sehari sudah normal.

Minggu ke 33:
Anda akan makinmerasakan gerakknya karena bayi mengisi hampir seluruh ruang rahim. Gerakan akan menjadi aktif suatu waktu yang membuat anda tak nyaman,terutama ketika kakinya dibawah tulang rusuk anda.
Bayi mempunyai seluruh rambutnya pada minggu ini.

Minggu ke 34:
Pertumbuhan terutama pada otak dalam minggu –minggu ini.
Semua system tubuh sudah terbentuk sempurna, walaupun paru-paru masih tetap belum matang.
Bayi memberi respon terhadap suara yang familiar.

Minggu ke 35:
Bayi terus menambah cadangan lemak bawah kulitnya. Kepala bayi sudah mulai memasuki panggul.

Minggu ke 36:
Mulai dari minggu ini bayi sudah mempunyai ukuran dan kematangan yang siap untuk lahir. Jika bayi lahir pada minggu ini bayi lahir premature tetapi akan bayi akan baik saja.
Pada bulan terakhir kehamilan ini bayi akan mendapat antibody dari ibunya, seperti campak.
Lemak akan terus bertambah diabwah kulit bayi setiap hari.

Minggu ke 37:
Bayi akan terus berlatih untuk mengerakkan paru-parunya, karena bayi akan bernafas setelah dilahirkan.
Jika posisi kepala bayi dibawah maka kemungkinana kepala sudah memasuki panggul ibu pada minggu ini.

Minggu ke 38:
Reflek bayi sudah terkoordinasi, bayi sudah dapat mengedipkan mata, mengerakkan kepala, memegang, dan merespon suara, sentuhan, dan cahaya.
Bayi sudah dapat membedakan antara terang dan gelap.

Minggu ke 39-40:
Bayi sudah siap untuk lahir.
Bayi sduah terlihat cukup montok sekarang, dengan lemak yang terbentuk dibawah kulitnya, akan mampu mengatur suhu tubuhnya saat lahir.
Kulit bayi halus dan lembut. Berat bayi sekitar 2.7kg-3.2kg dengan panjang
sekitar 50 cm.

Selamat, saat ini setiap waktu anda akan menjadi seorang ibu!

Lilypie

Keperluan Baby

Hari ni teringat nak semak checklist keperluan baby. Rasanya benda yang penting semua dah beli.

Senarai keperluan baby:

1.Baju - long sleeve
- short sleeve
2. Seluar – panjang
- pendek
3. Barut
4. Napkin utk bedung
5. Mitten n booties
6. Tuala kecik utk lap mulut
7. Baby lotion
8. Baby oil
9. Minyak yu yee cap limau
10. Baby wipes
11. Bedak baby
12.Diapers
13. Bekas bedak baby
14. Baby bath / baby shampoo
15. Bottle – small
- medium
16. Extra putting susu
17. Teat brush
18. Termos
19. Bekas air masak
20. Basin mandi
21. Baby bath towel
22. Selimut
23. Bags and warmer
24. Cotsheet (alas lps mandi)
25. Tilam / bantal kepala / bantal peluk
26. Bedding set
27. Bakul besar utk letak brg2 baby
28. Bakul kecik utk brg lps mandi (e.q. lotion, bedak, vicks, etc.)
29. Bags and warmer

Rasanya banyak lagi barang kena beli tapi biarlah dia lahir dulu baru kita org shoping semula.Mak kat kg bising2 gak, jgn beli awal2 tapi kami risau kalau tak beli awal2 nanti terbersalin awal sape lak nak pergi membeli.

Barang untuk mummy aje tak beli lagi.Tak tahu nak pergi beli bila.Banyak gak brg2 yg ptg contohnyer:

1. Set lps bersalin - c/w bengkung
2. Maternity pad
3. Pad biasa xtra long
4. Nursing Bra
5. Breast pad
6. Breast pump

bulan depan dah kena beli semua barang keperluan mummy pulak. Takut tak larat nak pergi membeli nanti kalau dah masuk 9 bulan.

Erm.. tak sabar rasanya nak tunggu baby lahir…..

Tuesday, July 7, 2009

Checkup minggu ke-31

Perkembangan Minggu ke-31

Memasuki minggu ke-31. Bagi sesetengah wanita hamil akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perutnya. Manakala pada payu daranya pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g.

Details SCan

-Sabtu lepas (04072009) kita org wat fully scan dekat pusat perubatan dan bersalin Umra. Appoinment sepatutnye pukul 6.30 tp ditukarkan ke pukul 5. Yang tensionnya, kita org sampai 4.45 tp dia org entertain dekat 0530 gak.Letih + bosan menunggu kat situ. Doktor tue ckp baby ok, tapi kecil sikit. Camne aku nak buat eh..kalo aku mkn byk bukan baby yg besar tp.. aku yg jadi gemuk... Husband aku ckp, dah aku kecik tak kan la.. anak aku saiz dia besar lak... mesti la comel cam aku gak..hihihihi...(Ayat nak sedapkan hati). Ada satu lagi perkhabaran yang kurang enak, air ketuban aku tak berpa byk.. 8.3 aje.. Yang paling baik adalah atas 10.Tapi dr tue kata tak ape lagi..sebab kandungan baru minggu ke 31.

Bahagia + gembira betul time tgk muka baby, Dr yg scan tu ckp, muka baby skrg akan lbh kurang sama dgn muka dia lahir nanti.Awal2 lagi aku dah boleh cam, baby ikut bentuk mulut sape... Dr yang scan tue pun ckp, mulut baby kami sama dgn mulut daddynye. Tak apa ikut muka sape pun..yg ptg dia sihat , selamat lahir kedunia dan membesar menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat.Amin..

Checkup Di Klinik Kesihatan
pagi tadi kita org ada check-up kat klinik kerajaan lak.Sampai klinik dah pukul 0730.org pun dah ramai.Angka Giliran dapat no 2006. No 2 untuk ibu mengandung. Mcm Biasa Check Berat, buat Urine test, Hb tak perlu sebab baru je buat 2 minggu lepas. nurse tue kata sebulan sekali aje buat. Pukul 8.10 dah siap buat semua tue, tinggal nak jumpa Staf Nurse aje. Lama gak nak tunggu no dipanggil.Dekat gak 30 minit aku kena berdiri.Takde tempat kosong nak duduk sebab orang terlalu ramai lak masa tu.
Dalam pukul 845 baru la no aku kena panggil.Rutin biasa kat klinik kerajaan-Dengar denyutan jantung baby.Alhamdulilah baby sihat.Nurse tu ckp semua ok tp dia ada gak bising nape berat aku naik 0.5 kg aje.. sepatutnye kena naik 1 kg.Aku pun tak tahu nak jwb camne..Sebab 2 minggu lps takde selera sgt nak mkn.
next checkup 20.07.2009.Kena naikan berat bdn.nanti kena bebel lagi.uhuhuhu..

gambar tulang belakang

gambar baby