Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Lagi dua hari umat islam di malaysia akan menyambut kedatangan Syawal .. insyaAllah...
Dikesempatan ini, keluarga kami (saya, encik Suami, Mya Dan Hannah) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Kami juga ingin memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa, menguris perasaan sesiapa sahaja selama ini.
Mohon untuk menghalalkan segala yang terambil atau terguna. Kami hanya manusia biasa yang selalu melakukan kesalahan.:(
Untuk yang akan memandu pulang ke kampung, pandulah berhati-hati. Sentiasa ingat orang tersayang. :)
SALAM AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR DAN BATIN UNTUK SEMUA.
marzuna
Showing posts with label Ibadah. Show all posts
Showing posts with label Ibadah. Show all posts
Tuesday, August 6, 2013
Wednesday, July 10, 2013
Salam Ramadhan.
Assalammualaikum dan salam sejahtera..
Itulah ragam anak-anak. :)
Salam Ramadhan untuk semua umat islam.
Ramadhan datang lagi dan alhamdulilah kita masih berpeluang untuk menyambut ramadhan kali ini.
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan-ramadhan sebelum ini.
Hari ini, Mya cuba untuk berpuasa. Setakat pukul 12.00 tengahari tadi dia masih mampu melawan
nafsu lapar dan dahaga. Tiada paksaan untuk Mya, saya dan encik suami hanya bercerita pada dia
apa itu puasa dan dia sendiri yang hendak puasa. Tiada habuan yang dijanjikan cuma mungkin penghargaan kecil yang saya dan encik suami akan berikan sekiranya dia boleh puasa penuh. Penghargaan itu pun kami belum fikirkan lagi.
Hannah walaupun tak puasa tetap bangun sahur. Tetap sibuk nak makan walaupun tak makan.
Itulah ragam anak-anak. :)
Salam Ramadhan untuk semua umat islam.
SALAM RAMADHAN
DARI
MYA DAN HANNAH
Friday, August 26, 2011
Dah Bayar Zakat Ke Belum?????
Salam Semua……
Hari ni dah masuk 26 Ramadhan 1432H. Tinggal beberapa hari lagi nak masuk bulan Syawal….
Puasa…puasa gak….tapi….Korang dah bayar zakat lum???
Pastikan segala tanggungjawab korang dah selesai yek!!!
Sebelum Ramadhan berakhir, baiklah korang p bayar zakat cepat-cepat nanti takde la kelam kabut nak buat persiapan raya, nak bayar zakatnya lagi. Jangan kang nak sembahyang raya barulah terhegeh-hegeh nak bayar lak.
Sekarang ni pun dah banyak dah tempat nak bayar zakat, shopping center ada, kat bazaar-bazaar ada, online pun ada dah sekarang…
Saya lak, Alhamdulillah Encik Suami dah p bayar zakat minggu lepas. Bukan mahal pun RM 7.00 je sorang….
![]() |
| Nie Resit Zakat Fitrah Saya - Mya Omei |
![]() |
| Resit Zakat Fitrah - Wilayah Persekutuan |
‘’ BERZAKAT MENYUCIKAN HARTA DAN JIWA’’
Kadar Zakat Fitrah 2011/1432H Mengikut Negeri
Labels:
Ibadah
Wednesday, July 27, 2011
Ramadhan Menjelma Kembali
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Next week seluruh umat islam akan menyambut bulan ramadhan yang mulia.Sure ramai yang tertunggu kedatangan ramadhan kali nie. Ramadhan kali ni saya akan sambut berempat[seorang dalam perut] :).
Saya akan berusaha untuk berpuasa penuh tahun ni. Tak tahu la mampu ke idak tapi semangat dan niat perlu ada. Ingat lagi time mengandungkan Mya Omei dulu, saya memang tak pose sebulan. Masa tue dah sarat sangat dan saya takut kalau saya puasa saya takde tenaga nak teran time nak bersalin
[Mya Omei lahir time lan pose]. Disebabkan takut memudaratkan diri dan Mya Omei , saya dengan terpaksa rela, mengorbankan puasa saya.
Oleh kerana Encik Suami leh balik awal[pukul 5 ptg] saya plan nak masak jer kat rumah.Maybe yang simple2. Yang kami 3 beranak boleh makan. Kalau nak special maybe kena tunggu hari minggu [kalau tak balik klang@chemomoi]. Birthday encik Suami pun jatuh bulan pose tahun ni. Tengah berpiki nak belanja encik Suami bukak pose kat mana.Susah sangat saya masak aje Nasi Ayam[cam tahun lepas].Simple dan mudah dan yang paling penting..JIMAT.:)
Untuk kawan-kawan semua, Selamat Berpuasa Saya dan Family ucapkan. Semoga Ramadhan kali ni lebih baik dari ramadhan sebelum-belumnya. Jgn lupa Puasa Penuh tau !!!

Tuesday, April 5, 2011
Cara Wardina Latih Anak lekat Solat 5 Waktu...
BERBALOI PENAT LELAH KU...
by Wardina Safiyyah OfficialPage on Friday, March 11, 2011 at 8:47pm
Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda...
I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all
my penat lelah paid off...
I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th
birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi
dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat
since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is
SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very
important to keep this in mind:-
1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong
signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun
lambat
2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau
tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu
Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) -
lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and
say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her
never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik
cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni
melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik
cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"
3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how
we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita,
bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK
solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua
kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat!
I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will
NEVER miss our solat.....
4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask
her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do
it with LOVE diselang seli dgn strictness)
5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak
tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love
her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3
kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar
dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau
TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.
Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna
solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for
her..and guess what????
She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i
wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy
and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi
cakap".....cair nya hatiku ini.
Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im
sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims
that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the
world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!
And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as
how Rasulullah asked us!
I love you all!!! Good night.....
But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak
boleh diajar berjalan terus...fahamkan?
*Hari ni saya nak kongsikan bagaimana Wardina membimbing anaknya bersolat..saya rasa tersentuh....& tertarik dengan caranya ..sebab tu saya nak kongsikan dengan kengkawan semua .....
Wednesday, August 11, 2010
Ramadhan Datang Lagi..
Ramadhan datang lagi..Seronok pula rasa nak sambut ramadhan..Tahun lepas tak boleh puasa atas sebab-sebab yang tidak dielakkan.
Pagi tadi bangun sahur pukul 430 pagi.Encik Hafez dah kunci jam.Mula-mula terbangun pukul 130.pagi..Masa tu mya terjaga, drypers dia dah basah, minta ditukar, dah merengek2, tak selesa agaknya..Terkejut juga tengok jam masa tue, ingatkan pukul 6.00 pagi.hihiih..mata mengantuk..Cakap dengan Encik hafez,alamak..dah pukul 600 la abg..Dia pun tgk sama jam tue, "dia ckp, eh tak lah..baru pukul 0130 pagi"..hihihiihih...
Menu pagi tadi simple aje, nasi putih+telur dadar+ikan goreng+sayur goreng.Mata mengantuk, takde la selera sangat nak makan.Nasib baik si kecik tue tak bangun sahur sama, dia tu pantang orang terjaga, sure dia nak join sekali.
Hari ni tak tahu lagi nak masak apa untuk berbuka.Dalam peti ada ikan bawal.Rasanya nak masak kari ikan bawal aje.Goreng sayur dan rebus telur masin.Kuih nanti beli la 1-2 jenis.Tak boleh banyak-banyak, nanti membazir pula.
Kawan-kawan, Selamat Berpuasa.Azam saya ramadhan kali ni nak Puasa penuh.Doakan saya eh :)

Thursday, June 24, 2010
Ganti Puasa
Puasa Ganti? erm..tahun ni aku perlu ganti puasa sebanyak 30 hari.Maksudnya sebulan ramadhan aku tidak berpuasa pada tahun lepas.Bukan sengaja untuk meninggalkan ibadah itu tapi aku telah mendapat lampu hijau..hihiihih..Masa tu aku telah melahirkan puteriku yang comel ~Nur Dameea Maisarah~.
huhuhu..sekarang dah masuk bulan rejab.Puasa tak habis berganti lagi ni.Nak puasa direct tak boleh sebab nak pam susu mya.nanti mya tak cukup susu pulak..erm..takpe la..plan2 kayuh..insyaAllah..sempat.
kat bawah ni adalah pendapat mengenai ganti puasa:
~~Sekiranya ditangguhkan qadha’ ramadhan sehingga tahun berikutnya, disebabkan oleh uzur seperti sakit sepanjang tahun, atau hamil, atau menyusu sepanjang tahun, maka tidak dikenakan fidyah. Yang wajib hanyalah puasa.
Tapi kalau menangguhkan puasanya tanpa uzur, ada 2 pendapat:
Pertama: Wajib membayar fidyah, iaitu memberi makan kepada seorang untuk satu hari. ini pendapat jumhur ulama, Maliki, Syafie, Hanbali, dan diriwayatkan daripada sebahagian sahabat dan tabien.
Kedua: Tidak perlu membayar fidyah. ini pendapat mazhab Hanafi. Dan ditarjihkan oleh Syeikh Soleh Uthaimin, kerana tiada dalil sahih yang mewajibkan membayar fidyah. Maka kembali kepada hukum asal, iaitu tidak dikenakan apa-apa fidyah. ~~
so kawan2 ramadhan nak dekat dah ni.Marila sama-sama kita ganti puasa.

Monday, August 24, 2009
Minggu ke 38
Checkup minggu ke 38
Hari ni wat rutin checkup macam biasa.Ambik berat+tekanan darah+urine.Lepas tue p jupe nurse.Masa jupe nurse..nurse tanya ada tak tanda2 sakit nak bersalin.Aku kata cam takdek aje...Berat badan lak naik mendadak.Naik 1.5 kg.. lbh 1kg dr yg sepatutnya.. Nurse tu ckp..kalau next week tak bersalin lagi dan berat naik mendadak lagi..Dia paksa bersalin ajer.. So...minggu ni kena jaga makan sikit...
Abis checkup pukul 0845pagi.
Berpuasa Dan Bersahur
Ramadhan kali ni first time kita orang sambut sebagai suami isteri. Hari ke tiga berpuasa, kita orang bersahur ngn mak.Mak dtg dari kg, semata2 nak teman aku kat rumah.Dia kata dia risau kalau aku duk kat umah sensorg nanti time my hubby p keje..Tq mak..Jasamu Tak Mungkin dpt kubalas.Pagi tadi kita org bersahur simple aje..Makan nasi + sambal goreng tempe + sayur taughe + telur dadar. Bukak pose nanti..tak tahu lagi nak masak apa...
Bila Nak Bersalin
Sekarang ni dah minggu ke 38...Selalu gak tertanya2..bila la..aku nak bersalin ni..Bukan tak sabar..tapi cam lagi lama aku menunggu..lagi menakutkan lak asenyer..

Bayi,
Dameea Maisarah,
Ibadah
Monday, July 13, 2009
-Doa Selamat (11072009)-
03.15 am -Jam hp berbunyi. Nasib dah set jam awal-awal.Kalau ikutkan mata nak aje aku sambung tidur tapi tak boleh sebab nak pergi pasar PUDU beli barang-barang nak buat kenduri.Kejutkan hubby.Dia kata 5 minit lagi dia bangun(ayat yg selalu dia guna).Lepas my hubby mandi, kejutkan pulak adik(Anis).Suruh dia siap secepat yang boleh.
04.00 am -Kita orang semua dah berada dalam kereta.Nak bergerak ke PJ dulu.Nak ambik adik aku yg seorang lagi(Ayu).Jalan pagi tue lengang aje.Ye la baru pukul 4 pagi.Majoriti semua orang masih diulit mimpi.My hubby suruh tidur dulu, nanti sampai PUDU dia kejutkan tapi dah terbiasa susah nak tidur kalau dia drive.Kesian dekat dia kena drive sensorg lak nanti.Takde sape nak borak.Sampai kat PJ(rumah sewa adik)pukul 0415.Jalan tak jem,cepatla sampai.Kalau tak jgn harap la nak sampai dalam masa 15 minit. Sampai2 aje terus call adik suruh turun, tp dekat 5 minit gak dia tak turun2..rupanyer kita org terslh berhenti dekat rumah org..Berhenti dekat rumah jiran sebelah rumah dia...hiihihi..kelakar gak masa tue..
04.30 am -Kita orang sampai Pasar Pudu.Ramai gak org time tue. Beli aje semua brg cepat2.Nasib baik kita orang dah survey harga2 semua barang jumaat lepas, so senang aje buat perbandingan harga dan beli.
05.15 am -Dah siap beli barang, kita orang bergerak pulak ke Kg Pandan untuk ambik kak Cik aku.Mata dah segar bugar.Tak ngantuk dah.Baby pulak aktif menendang masa tue.Tak tahu la nape..Maybe dia letih sebab aku tak cukup tidur.Sorry Baby.. Maybe jugak dia dah boleh dgr bunyi2 bising, sebab aku perasan kalau pergi tempat ramai orang cam kenduri ke mesti dia kuat menendang.Bak kata husband aku, dia suka time org ramai(teori kami sendiri).
05.30 am -Kita org sampai Kg pandan.Kakak aku dah siap2..Anak2 buah aku(Haziq & Hadif) pun dah bgn.So..kita orang terus bergerak balik kg. Sepanjang perjalanan aku tak tidur pun.Tak ngantuk pulak..So temankan la my hubby drive.
07.30 am -lbh kurang pukul 0730 kita orang sampai kat kg.Lepas angkut semua barang dari kereta masuk ke dalam rumah.Aku ngn husband pun masuk bilik dan sambung tidur.Masa tu baru rasa ngantuk. Sepatutnya tak boleh tidur dah tapi mmg tak leh tahan mata..terpaksa la..aku tidur gak wpun tahu tak elok tidur time matahari naik.Nak solat subuh pun, dah subuh gajah..uhuhuhuhu
9.30 am Jiran-jiran dah mula datang, tapi tak ramai pun sebab mak wat kenduri selamat kecik2 aje.
12.30 pm Orang yang menolong dah start makan tengahari dan beransur pulang.Dia kena balik siap2 pulak sebab pukul 2++ majlis akan bermula.
2.30pm Majlis bermula.
0530pm Majlis tamat kira-kira pukul 0530pm. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar.
0930pm Aku tidur awal malam tu.Ingat nak baca novel sampai habis tapi mata dah semakin memberat. Baby pun mcm penat aje, tak byk pulak wat aktiviti tariannya.

Saturday, September 15, 2007
Adab-adab puasa Ramadan
- Diriwayatkan dari Umar bin Khaththab r.a. telah bersabda Rasulullah
saw: Apabila malam sudah tiba dari arah sini dan siang telah pergi dari
arah sini, sedang matahari sudah terbenam, maka orang yang puasa boleh
berbuka.(H.R.: Al-Bukhary dan Muslim) - Diriwayatkan dari Sahal bin Sa?ad: Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah
bersabda: Manusia (ummat Islam) masih dalam keadaan baik selama
mentakjilkan (menyegerakan) berbuka. ( H.R.: Al-Bukhary dan Muslim) - Diriwayatakan dari Anas r.a., ia berkata: Rasulullah s.a.w. berbuka
dengan makan beberapa ruthaab (kurma basah) sebelum solat, kalau tidak
ada maka dengan kurma kering, kalau tidak ada maka dengan meneguk air
beberapa teguk. (H.R.: Abu Daud dan Al-Hakiem) - Diriwayatkan dari Salman bin Amir, bahwa sesungguhnya Nabi saw.
telah bersabda : Apabila salah seorang diantara kamu puasa hendaklah
berbuka dengan kurma, bila tidak ada kurma hendaklah dengan air,
sesungguhnya air itu bersih. ( H.R : Ahmad dan At-Tirmidzi) - Diriwayatkan dari Ibnu Umar : Adalah Nabi saw. selesai berbuka
Beliau berdo'a (artinya) telah pergi rasa haus dan menjadi basah semua
urat-urat dan pahala tetap ada Insya Allah. ( H.R : Ad-Daaruquthni dan
Abu Daud hadits hasan) - Diriwayatkan dari Anas, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah saw:
Apabila makan malam telah disediakan, maka mulailah makan sebelum
shalat Maghrib, janganlah mendahulukan shalat daripada makan malam itu
( yang
sudah terhidang ). ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim ) - Diriwayatkan dari Anas bin Malik ra: Sesungguhnya Rasulullah saw.
telah bersabda : Makan sahurlah kalian karena sesungguhnya makan sahur
itu berkah. (H.R : Al-Bukhary ) - Diriwayatkan dari Al-Miqdam bin Ma'di Yaqrib, dari Nabi saw.
bersabda : Hendaklah kamu semua makan sahur, karena sahur adalah
makanan yang penuh berkah. ( H.R : An-Nasa'i ) - Diriwayatkan dari Zaid bin Tsabit t berkata : Kami bersahur bersama
Rasulullah saw. kemudian kami bangkit untuk menunaikan shalat ( Shubuh
). saya berkata : Berapa saat jarak antara keduanya ( antara waktu sahur
dan waktu Shubuh )?Ia berkata : Selama orang membaca lima puluh ayat. ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim ) - Diriwayatkan dari Amru bin Maimun, ia berkata : Adalah para sahabat
Muhammad saw. adalah orang yang paling menyegerakan berbuka dan
melambatkan makan sahur. ( H.R : Al-Baihaqi ) - Telah bersabda Rasulullah saw: Apabila salah seorang diantara kamu
mendengar adzan dan piring masih di tangannya janganlah diletakkan
hendaklah ia menyelesaikan hajatnya ( makan/minum sahur ) daripadanya.
(H.R : Ahmad dan Abu Daud dan Al-Hakiem ) - Diriwayatkan dari Abu Usamah ra. ia berkata : Shalat telah di'iqamahkan, sedang segelas minuman masih di tangan Umar ra. beliau
bertanya : Apakah ini boleh saya minum wahai Rasulullah ? Beliau r.a menjawab : ya, lalu ia meminumnya. ( H.R Ibnu Jarir ) - Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra. ia berkata : Adalah Rasulullah
saw. orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada
bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya, dan Jibril menemuinya pada
setiap
malam pada bulan Ramadhan untuk mentadaruskan beliau saw. al-qur'an dan
benar-benar Rasulullah saw. lebih dermawan tentang kebajikan( cepat
berbuat kebaikan ) daripada angin yang dikirim.(HR Al-Bukhary ) - Diriwayatkan dari Abu Hurairah, ia berkata : Adalah Rasulullah saw.
menggalakkan qiyamullail (shalat malam ) di bulan Ramadhan tanpa
memerintahkan secara wajib, maka beliau bersabda : Barang siapa yang
shalat malam di bulan Ramadhan karena beriman dan mengharapkan pahala
dari Allah, maka diampuni baginya dosanya yang telah lalu. ( H.R :
Jama'ah ) - Diriwayatkan dari Aisyah ra. Sesungguhnya Nabi saw. apabila
memasuki sepuluh hari terakhir ( bulan Ramadhan ) beliau benar-benar
menghidupkan malam (untuk beribadah ) dan membangunkan istrinya ( agar
beribadah ) dengan mengencangkan ikatan sarungnya (tidak mengumpuli
istrinya ).( H.R : Al-Bukhary dan Muslim ) - Diriwayatkan dari Aisyah, ia berkata : Adalah Nabi saw.
bersungguh-sungguh shalat malam pada sepuluh hari terakhir ( di bulan
Ramadhan ) tidak seperti kesungguhannya dalam bulan selainnya. ( H.R :
Muslim ) - Diriwayatkan dari Abu salamah din Abdur Rahman, sesungguhnya ia
telah bertanya kepada Aisyah ra: Bagaimana shalat malamnya Rasulullah
saw di bulan Ramadhan ? maka ia menjawab : Rasulullah saw tidak pernah
shalat malam lebih dari sebelas raka'at baik di bulan Ramadhan maupun
di bulan lainnya, caranya : Beliau shalat empat raka'at jangan tanya
baik dan
panjangnya, kemudian shalat lagi empat raka'at jangan ditanya baik dan
panjangnya, kemudian shalat tiga raka?at. ( H.R : Al-Bukhary,Muslim dan
lainnya ) - Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Adalah Rasulullah saw.
apabila bangun shalat malam, beliau membuka dengan shalat dua raka'at
yang ringan, kemudian shalat delapan raka'at, kemudian shalat witir. (
H.R : Muslim ) - Diriwayatkan dari Ibnu Umar ia berkata : Ada seorang laki-laki
berdiri lalu ia berkata : Wahai Rasulullah bagaimana cara shalat malam
? Maka Rasulullah r. menjawab : Shalat malam itu dua raka'at dua
raka'at. Apabila kamu khawatir masuk shalat Shubuh, maka berwitirlah
satu raka'at. ( H.R : Jama'ah ) - Dari Aisyah ra. ia berkata : Sesungguhnya Nabi saw shalat di
masjid, lalu para sahabat shalat sesuai dengan shalat beliau (
bermakmum di belakang ), lalu beliau shalat pada malam kedua dan para
sahabat
bermakmum dibelakangnya bertambah banyak, kemudian pada malam yang
ketiga atau yang keempat mereka berkumpul, maka Rasulullah saw tidak
keluar mengimami mereka. Setelah pagi hari beliau bersabda : Saya telah
tahu apa yang kalian perbuat, tidak ada yang menghalangi aku untuk
keluar kepada kalian ( untuk mengimami shalat ) melainkan aku khawatir
shalat malam
ini difardhukan atas kalian. Ini terjadi pada bulan Ramadhan. ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim ) - Dari Ubay bin Ka'ab t. ia berkata : Adalah Rasulullah saw. shalat
witir dengan membaca : Sabihisma Rabbikal A'la )dan ( Qul ya ayyuhal
kafirun) dan (Qulhu wallahu ahad ). ( H.R : Ahmad, Abu Daud, Annasa'i
dan Ibnu Majah ) - Diriwayatkan dari Hasan bin Ali t. ia berkata : Rasulullah saw.
telah mengajarkan kepadaku beberapa kata yang aku baca dalam qunut
witir : ( artinya ) Ya Allah berilah aku petunjuk beserta orang-orang
yang telah engkau beri petunjuk, berilah aku kesehatan yang sempurna
beserta orang yang telah engkau beri kesehatan yang sempurna, pimpinlah
aku beserta orang
yang telah Engkau pimpin, Berkatilah untukku apa yang telah Engkau
berikan, peliharalah aku dari apa yang telah Engkau tentukan. Maka
sesungguhnya Engkaulah yang memutuskan dan tiada yang dapat memutuskan
atas
Engkau, bahwa tidak akan hina siapa saja yang telah Engkau pimpin dan
tidak akan mulia siapa saja yang Engkau musuhi. Maha agung Engkau wahai
Rabb kami dan Maha Tinggi Engkau. ( H.R : Ahmad, Abu Daud, Annasa'i,
At-Tirmidzi dan Ibnu Majah ) - Dari Abu Hurairah ra. bahwa Nabi saw. bersabda : Barang siapa yang
shalat malam menepati lailatul qadar, maka diampuni dosanya yang telah
lalu. ( H.R : Jama'ah ) - Diriwayatkan dari Aisyah ra. Sesungguhnya Rasulullah saw. telah
bersabda : berusahalah untuk mencari lailatul qadar pada sepuluh malam
terakhir. (H.R : Muslim ) - Diriwayatkan dari Ibnu Umar ra. ia berkata : Dinampakkan dalam
mimpi seorang laki-laki bahwa lailatul qadar pada malam kedua puluh
tujuh, maka
Rasulullah saw. bersabda : Sayapun bermimpi seperti mimpimu, (
ditampakkan pada sepuluh malam terakhir, maka carilah ia ( lailatul
qadar ) pada malam-malam ganjil. ( H.R : Muslim ) - Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Saya berkata kepada
Rasulullah saw. Ya Rasulullah, bagaimana pendapat tuan bila saya
mengetahui lailatul qadar,apa yang saya harus baca pada malam itu ?
Beliau bersabda : Bacalah ( artinya ) Yaa Allah sesungguhnya Engkau
maha pemberi ampun, Engkau suka kepada keampunan maka ampunilah daku.
(H.R : At-Tirmidzi dan Ahmad ) - Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Adalah Rasulullah saw
mengamalkan i'tikaf pada sepuluh hari terakhir pada bulan Ramadhan
sampai beliau diwafatkan oleh Allah Azza wa Jalla. ( H.R : Al-Bukhary
dan Muslim ) - Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Adalah Rasulullah saw.
apabila hendak beri'tikaf, beliau shalat shubuh kemudian memasuki tempat
i'tikafnya.......... ( H.R :Jama'ah kecuali At-Tirmidzi ) - Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Adalah Rasulullah saw.
apabila beri'tikaf , beliau mendekatkan kepalanya kepadaku, maka aku
menyisirnya, dan adalah beliau tidak masuk ke rumah kecuali karena
untuk memenuhi hajat manusia ( buang air, mandi dll... ) ( H.R :
Al-Bukhary dan Muslim ) - Allah ta'ala berfirman : ( artinya ) Janganlah kalian mencampuri
mereka( istri-istri kalian ) sedang kalian dalam keadaan i'tikaf dalam
masjid. Itulah batas-batas ketentuan Allah, maka jangan di dekati... (
Al- aqarah : 187 ) - Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Telah bersabda
Rasulullah saw: Setiap amal anak bani Adam adalah untuknya kecuali
puasa, ia adalah untukku dan aku yang memberikan pahala dengannya. Dan
sesungguhnya puasa itu adalah benteng pertahanan, pada hari ketika kamu
puasa janganlah berbuat keji , jangan berteriak-teriak ( pertengkaran
), apabila seorang memakinya sedang ia puasa maka hendaklah ia katakan :
" sesungguhnya saya sedang puasa" . Demi jiwa Muhammad yang ada di
tanganNya sungguh bau busuknya mulut orang yang sedang puasa itu lebih
wangi disisi Allah pada hari kiamat daripada kasturi. Dan bagi orang
yang puasa ada dua kegembiraan, apabila ia berbuka ia gembira dengan
bukanya dan apabila ia berjumpa dengan Rabbnya ia gembira karena
puasanya. ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim) - Diriwayatkan dari Abu Hurairah ia berkata : Sesungguhnya Nabi saw.
telah bersabda : Barang siapa yang tidak meninggalkan perkataan bohong
dan amalan kebohongan, maka tidak ada bagi Allah hajat ( untuk menerima
) dalam hal ia meninggalkan makan dan minumnya. ( H.R: Jama'ah Kecuali
Muslim ) Maksudnya Allah tidak merasa perlu memberi pahala puasanya. - Bahwa sesungguhnya Nabi saw. bersabda kepada seorang wanita Anshar
yang sering di panggil Ummu Sinan : Apa yang menghalangimu untuk
melakukan haji bersama kami ? Ia menjawab : Keledai yang ada pada kami
yang satu dipakai oleh ayahnya si fulan (suaminya ) untuk berhaji
bersama anaknya sedang yang lain di pakai untuk memberi minum anak-anak
kami. Nabi pun bersabda lagi : Umrah di bulan Ramadhan sama dengan
mengerjakan haji atau haji bersamaku. ( H.R : Muslim) - Rasulullah sw. bersabda : Apabila datang bulan Ramadhan kerjakanlah
umrah karena umrah di dalamnya (bulan Ramadhan ) setingkat dengan haji.
( H.R : Muslim)
KESIMPULAN
Ayat dan hadits-hadits tersebut di atas memberi pelajaran kepada kita
bahwa dalam mengamalkan puasa Ramadhan kita perlu melaksanakan
adab-adab sbb :
- Disegerakan yakni sebelum melaksanakan shalat Maghrib dengan
makanan yang ringan seperti kurma, air saja, setelah itu baru
melaksanakan shalat. ( dalil : 2,3 dan 4 ) - Tetapi apabila makan malam sudah dihidangkan, maka terus dimakan, jangan shalat dahulu. ( dalil : 6 )
- Setelah berbuka berdo'a dengan do'a sbb : Artinya : Telah hilang
rasa haus, dan menjadi basah semua urat-urat dan pahala tetap wujud
insya Allah. ( dalil : 5 )
- Dilambatkan sampai akhir malam mendekati Shubuh. (dalil 9 dan 10 ) Apabila pada tengah makan atau minum sahur lalu mendengar adzan Shubuh, maka sahur boleh diteruskan sampai selesai, tidak perlu dihentikan di tengah sahur karena sudah masuk waktu Shubuh. ( dalil 11 dan 12 ) * Imsak tidak ada sunnahnya dan tidak pernah diamalkan pada zaman sahabat maupun tabi'in.
Dan shalat Tarawih ini lebih digiatkan lagi pada sepuluh malam
terakhir( 20 hb. sampai akhir Ramadhan). (dalil : 14,15 dan 16 ) Cara
shalat Tarawih
adalah :
- Dengan berjama'ah. ( dalil : 19 )
- Tidak lebih dari sebelas raka'at yakni salam tiap dua raka'at
dikerjakan empat kali, atau salam tiap empat raka'at dikerjakan dua
kali dan ditutup dengan witir tiga raka'at. ( dalil : 17 ) - Dibuka dengan dua raka'at yang ringan. ( dalil : 18 )
- Bacaan dalam witir : Raka'at pertama : Sabihisma Rabbika. Roka't
kedua : Qul yaa ayyuhal kafirun. Raka'at ketiga : Qulhuwallahu ahad. (
dalil : 21 ) - Membaca do'a qunut dalam shalat witir. ( dalil 22 )
terakhir, terutama pada malam-malam ganjil. Bila dirasakan menepati
lailatul qadar hendaklah lebih giat beribadah dan membaca : Yaa Allah
Engkaulah pengampun, suka kepada keampunan maka ampunilah aku. ( dalil
: 25 dan 26 )
Cara i'tikaf :
- Setelah shalat Shubuh lalu masuk ke tempat i'tikaf di masjid. ( dalil 28 )
- Tidak keluar dari tempat i'tikaf kecuali ada keperluan yang mendesak. ( dalil : 29 )
- Tidak mencampuri istri dimasa i'tikaf. ( dalil : 30)
---sumber dr berita harian----
Labels:
Ibadah
Subscribe to:
Posts (Atom)