marzuna

Tuesday, July 7, 2009

Checkup minggu ke-31

Perkembangan Minggu ke-31

Memasuki minggu ke-31. Bagi sesetengah wanita hamil akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perutnya. Manakala pada payu daranya pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g.

Details SCan

-Sabtu lepas (04072009) kita org wat fully scan dekat pusat perubatan dan bersalin Umra. Appoinment sepatutnye pukul 6.30 tp ditukarkan ke pukul 5. Yang tensionnya, kita org sampai 4.45 tp dia org entertain dekat 0530 gak.Letih + bosan menunggu kat situ. Doktor tue ckp baby ok, tapi kecil sikit. Camne aku nak buat eh..kalo aku mkn byk bukan baby yg besar tp.. aku yg jadi gemuk... Husband aku ckp, dah aku kecik tak kan la.. anak aku saiz dia besar lak... mesti la comel cam aku gak..hihihihi...(Ayat nak sedapkan hati). Ada satu lagi perkhabaran yang kurang enak, air ketuban aku tak berpa byk.. 8.3 aje.. Yang paling baik adalah atas 10.Tapi dr tue kata tak ape lagi..sebab kandungan baru minggu ke 31.

Bahagia + gembira betul time tgk muka baby, Dr yg scan tu ckp, muka baby skrg akan lbh kurang sama dgn muka dia lahir nanti.Awal2 lagi aku dah boleh cam, baby ikut bentuk mulut sape... Dr yang scan tue pun ckp, mulut baby kami sama dgn mulut daddynye. Tak apa ikut muka sape pun..yg ptg dia sihat , selamat lahir kedunia dan membesar menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat.Amin..

Checkup Di Klinik Kesihatan
pagi tadi kita org ada check-up kat klinik kerajaan lak.Sampai klinik dah pukul 0730.org pun dah ramai.Angka Giliran dapat no 2006. No 2 untuk ibu mengandung. Mcm Biasa Check Berat, buat Urine test, Hb tak perlu sebab baru je buat 2 minggu lepas. nurse tue kata sebulan sekali aje buat. Pukul 8.10 dah siap buat semua tue, tinggal nak jumpa Staf Nurse aje. Lama gak nak tunggu no dipanggil.Dekat gak 30 minit aku kena berdiri.Takde tempat kosong nak duduk sebab orang terlalu ramai lak masa tu.
Dalam pukul 845 baru la no aku kena panggil.Rutin biasa kat klinik kerajaan-Dengar denyutan jantung baby.Alhamdulilah baby sihat.Nurse tu ckp semua ok tp dia ada gak bising nape berat aku naik 0.5 kg aje.. sepatutnye kena naik 1 kg.Aku pun tak tahu nak jwb camne..Sebab 2 minggu lps takde selera sgt nak mkn.
next checkup 20.07.2009.Kena naikan berat bdn.nanti kena bebel lagi.uhuhuhu..

gambar tulang belakang

gambar baby

Friday, June 26, 2009

Penipuan Kad Kredit..

Baru baru ini aku telah menerima satu panggilan telefon yang sungguh mendebarkan dan aku tertipu......
Kat sini aku nak kongsi pengalamaan aku kat korang..

1. Penipu tu menggunakan telefon bernombor 03-21788888 (sama dengan no. Ambank customer service )

2. Penipu akan menggunakan rakaman suara perempuan dan menyatakan bahawa kad kredit anda telah digunakan sebanyak bla,bla,bla...biasanya RM3600.00 dan penipu inginkan anda untuk mendail 1 utk kompem, 2 utk batal dan 5 utk bantuan dari customer service.

3. Aku dgn perasaan gabra + takut + kalut...tah apa2 lagi perasaan masa tue...terus tekan 5 dan panggilan aku dijawab oleh seorang yang pelat bahasanya mirip berbangsa Cina.

4. Aku ckp dgn orang tue - aku takde kad kredit ambank...camne aku nak wat transaksi rm3600 tue...dan aku nak la penjelasan drpd dia...(Bengongnyer aku masa tue..huhuuhuhuh)

5. Penipu tue ckp.. kad kredit tue dah di apply pada 02.04.20009 dekat branch mont kiara.. Had Limit dia rm14.000.Lagi la aku panik tahap cipan.. mati la aku nak membayar rm 14,000. mana aku nak cari duit.

6. Lepas tue, penipu tu terangkan kat aku.. no kad kredit tu...5455-1932-8653-2004..Mmg ase nak nangis masa tue...

7. Penipu tu mintak no telefon aku, dia ckp..maybe ada pemalsuan kad kredit dan akan sambungkan aku kepada Bahagian PEMALSUAN Kad Kredit BNM...

8. Dia mintak aku jgn tutup Hp atau buat panggilan luar sebab BNM akan call aku dlm masa 2-3 minit lagi.Masa tue mmg aku tak leh pikir..mmg kalut + panik sesgt....

9. Lepas 1-2 Minit..aku terima panggilan dr no +999...Mcm no polis pun ada...Seorang lelaki berbangsa Cina yang agak pekak badak sikit menjawab panggilan tersebut dan mengaku dia adalah staff Bank Negara.

10. Penipu tu bertanya berberapa soalan berserta aku janji yang begitu meyakinkan seolah-olah seorang yang membuat laporan palsu dan akan menggertak aku dengan mengatakan bahawa sebarang laporan palsu akan membuatkan aku meringkuk dalam penjara.

11. Penipu tue bertanya.." Cik ada akaun bank @ kad kredit lain tak?"

12. Aku dengan tanpa perasaan curiga terus menjawab ada. Dia minta semua nombor kad-kad kredit dan nombor akaun bank aku..huhhuhuh...aku yg lambat sikit berfikir masa tue...terus je bagi...(Bengong nyer..aku...)

13. Penipu tue minta aku untuk tidak menggunakan kesemua kad-kad tersebut dalam masa 3 hari. Ini bertujuan untuk kononnya memerangkap penjenayah itu dalam masa terdekat jika penjenayah itu ada menggunakan kad kredit.

14.Aku tanya dia.. aku nak kena call semua bank ke.. mintak dia orang block akaun aku..Penipu tue ckp tak perlu.Mereka akan bayar ganti rugi jika..penipu tue mengeluarkan/menggunakan duit aku...

- Setelah habis ckp ngn penipu tue.. baru aku tenang sikit dan boleh berfikir... tak kan la Bank Negara Malaysia Cust Service/Officer dia tak pandai sgt ckp bahasa Melayu.. Cepat2 aku call my hubby.. Dia lak tgh meeting masa tue..Selalunya jgn harap la dia nak angkat fon.. Tapi ari tue,...alhamdulilah aku call dia angkat lak...

-aku cerita la A-Z, dia cpt2 suruh aku block semua kad aku dan call semua bank yg aku ada....Tq Abg.. kalo tak habis la..gaji aku lan ni..huhuuhuh...tp sempat gak dia membebel..katanya..kan dah bgtahu byk kali..dan dah hantar email..penipuan kad kredit..dia tanya aku, nape la..aku leh tertipu lagi..Aku ckp la.. dah panik..bila dgr kad limit rm14,000... banyak tue... sape nak bayar..

-Aku call semua bank mintak dia org block kad2 aku...tak leh nak shoping la ...Hari ni baru nak p bank ambik kad baru..

Pada kenkawan semua..berhati2 la.. jgn tertipu cam aku..

Tips untuk kawan-kawan semua supaya tidak tertipu cam aku:
Bila terima panggilan seperti ini anda dinasihatkan supaya jangan panik. ada berberapa kesilapan yang dilakukan oleh penipu ini.

1.03-21788888 adalah nombor AMBANK. Nombor ini hanya boleh digunakan untuk panggilan dari pelanggan sahaja dan bukannya DARI STAFF BANK!.

2.Pengesahan belian kad kredit bukan dari panggilan rakaman tetapi adalah panggilan LIVE CALL.

3.Bank staff tidak boleh menyambungkan panggilan anda terus ke Bank Negara tetapi anda akan diminta untuk menghubungi BNM.

4.Staff BNM mahir fasih bertutur dalam Bahasa Melayu dan English. Bukannya seperti menalifon kedai nombor ekor.

5.BNM ada semua maklumat peribadi anda dan mereka tidak perlu bertanya sebarang nombor berkaitan akaun bank atau kad kredit anda.

6.Kalau anda tak boleh guna ATM kad seperti yang dipinta selama 3 hari.....nak makan apa kalau duit tadak?.

7.Sila buat pengesahan balik dengan menalifon bank anda dengan menggunakan nombor lain.

8.Jika anda terbagi sebarang nombor.....sila batalkan/menukar kad anda dengan segera.

Sunday, June 21, 2009

Mari Memasak

Semalam (20 06 2009) pagi2 lagi kita orang dah keluar pergi bfast dgn office mate & x-office mate husband aku...Saje je pergi jumpa2.Kebetulan 2 org office mate my husband tue pregnant gak. Seronok jumpa dia orang kongsi pengalaman masing-masing.

Tengahari kita orang tak buat apa2 pun.Duduk lepak aje kat umah.Petang baru la ada aktiviti iaitu masak untuk makan malam...Semalam kita orang masak nasi Ayam.Walaupun aku tak pandai masak sgt, tp..alhamdulilah..nasi ayam tue jadi jugak akhirnya..huhuuhuhu....

hari ni nak try wat spagheti goreng lak.. asyik2 buat spaghetti bolognise aje....hiihihih..

Ayam

Nasi Ayam

Wednesday, June 17, 2009

cemas..

Semalam adalah sangat yang mencemaskan. Selalunya baby akan bergerak pada pukul 9++ tapi semalam sampai pukul 1 dia tak bergerak2..Memang sangat2 merisaukan....Rasa nak nangis pun ada huhuhu..Telefon my hubby bagi tahu baby tak bergerak sgt. Dia ckp tunggu sampai ptg, kalau tak gerak jugak, balik kerja pergi klinik wat check-up. Alhamdulilah pukul 1++ dia dah mula menendang2 macam selalu.Gembira tak terkata masa tue. Terus bagi tahu husband, baby dah aktif macam selalu semula...hihihihihii... tak tahu kenapa, sejak pregnant ni mudah sgt risau...

Maybe aku puasa semalam..sebab tue baby mcm letih sikit.Tak tahu la, dah tanya dr dia kata boleh puasa.Nak tak nak kena gak la puasa sebab puasa ganti tak habis bayar lagi ni.Dah la lan puasa akan datang ni tak akan dpt puasa penuhnya..tapi takpe,Insyallah..nanti lepas bersalin boleh puasa..Leh turunkan berat badan yang semakin mengembang ni..huuhuhu..

Hari ni baby bergerak aktif macam selalu.Tak berani lak nak puasa lagi..Kesian lak kat baby..Rasa bersalah buat dia 'letih'..huhuuhuh..

Rasa macam lambat aje 06.09.2009... Walaupun rasa takut nak bersalin....tapi tetap rasa tak sabar nak tgk baby...hihiihihi

Sunday, June 14, 2009

first check-up di UMRA

14.06.2009.Aku dan husband buat first time check-up kat Pusat Perubatan Dan Bersalin UMRA.Tujuan utama kita orang pergi sana cuma nak wat registration.Dah penat gak survey hospital mana nak bersalin. Akhirnya my hubby tolong wat keputusan bersalin kat Pusat Perubatan dan Bersalin UMRA tu aje.

Masa sampai-sampai aje, tanya receptonist apa prosedur kalo nak bersalin dekat situ.Senang aje prosedur dia, register hari tu, pas tue buat first check-up and then secara automatik dah dianggap register untuk bersalin kat sana. Kita orang dah la, tak bawak duit..takut gak kalau feenya mahal..my hubby terpaksa la..bergegas cari mesin atm.Sian kat Dia.. Sorry abg.. terdegil lak..(Dia dah ajak p keluarkan duit tapi ckp kat dia tak payah....tanya dulu, nanti nak bayar baru keluarkan duit...ada ke camtu? nak bayar baru p keluarkan duit....huhuhu)

Yang paling kesiannya, my hubby tak sempat nak join masa Dr Ummul tu buat check-up(org kat mesin atm tu amai la pulak) tadi buat scan 4d. So boleh la tgk muka baby. Tak sabar nye nak tunggu dia lahir, and hopefully semuanye ok..InsyaAllah.

Sebelum ni dah wat check-up kat Goverment Klinik, tapi tak sempat nak tanya lebih. Faham2 sendiri aje dr Kad Merah tu. Kat situ tulis berat baby untuk 26 minggu 999 gm.Risau gak..kecik sgt ke baby aku nie, walaupun dah search yg berat tue normal.Tak puas hati gak, tanya dekat Dr Ummul. Dia kata ok berat tue, tak besar dan tak kecik.Baru senang hati...huhuhu..Maybe cepat sangat risau.Hari ni scan, baby songsang lak, kaki kat bawah, kepala kat atas.Tapi tak apa, doktor tu kata it's normal.Baby akan berpusing2 sekarang nie... huhuhu..Risau lagi.. Jangan la..Darah tinggi naik lak.. asyik risau aje..

next check-up. 4/7/09. Nanti wat detail scan. Tak Sabarnye nak tunggu tarikh tu..

~~ Dah lama dah tak menulis blog, ayat pun dah tunggang langgang. ..huhuhu~~~~

Friday, June 12, 2009

~~warna-warni kehidupan~~

selamat datang ke blog hafez dan marzuna..hihiihih.. akhirnya berjaya jugak aku create blog ni.Dah lama dah nak buat tapi masa dan keadaan tidak mengizinkan.
diharapkan blog ini dapat dijadikan catatan perjalanan kisah hidup kami sekeluarga.

Wednesday, April 23, 2008

rabu-16.04.2008-kenangan yang tak best...

Hari ni ase nak cite pasal rumah aku kena masuk pencuri ari rabu lepas.Pencuri tu masuk time kita org tidur.Tapi tak tahu la nape semua orang tak sedar..Nasib baik pencuri tu tak masuk bilik aku.Syukur sesangat...Kalau dia orang masuk bilik aku, tak tahu la apa lak yang terjadi..Pencuri tu masuk bilik pertama(bilik abg ipar aku) ngn ketiga aje(bilik adik aku), maybe dia org tidur tak kunci pintu bilik..Pesan aku pada korang semua, tidur mlm kunci la pintu bilik... Sebenarnya kita orang sedar rumah kena masuk pencuri pun lepas pukul 730 pagi.Masa tu aku nak p keje dah, adik aku tanya, nampak tak hp dia..Aku wat tak tahu aje la..sebab mana la aku tau, rumah dah dipecah masuk, sebab bilik aku elok aje..aku pun p la keje cam biasa..sampi tempat keje lbh kurang sejam, adik aku call..kata barang dia ilang, kunci rumah dia ilang..Call abg ipar aku lak tak dpt2..Terpaksa la aku balik rumah..Sampai rumah aku check la, apa barang yang ilang lagi n wat report...first time dlm idup aku wat report kat balai polis.Lama gak nunggu polis tue..dah wat report kat balai bolis dmnsara mutiara, kena lak p balai polis damansara..Nape la, tak wat satu tempat aje.Kan senang..ni nak kena pergi tempat lain semata2 nak bayar rm2.00... Petang tue, lepas beli kunci baru(kena tukar semua kunci sebab pencuri dah ambik kunci adik aku)..P lak jupe abg ipar aku kat tempat keje dia..Tanya dia barang apa yang ilang..dia kata hp dia takdek masa dia bgn tidur..tp dia kata, dia dah terlambat nak p keje..dia p aje la keje dulu, balik nanti baru carik..sabar aje la..abg ipar aku ni..tp tak leh salahkan dia, sebab pencuri tu tak tinggalkan kesan sangat pun, dia keluar rumah pun siap kunci pintu lagi, gate siap pasang mangga...hampeh tul pencuri tue.. Balik rumah aku pun tergerak hati, nak check kete abg ipar aku,Tapi tak jupe..Aku dah ase semcm..sebab pencuri tue ambik kunci motor adik aku, tp nape tak ambik motor adik aku?patut la...dia tak geladah sgt rumah...masa dia masuk bilik abg ipar aku...dia ambik kunci kete..senang2 la dia nak curik kete tue.malam tu terpaksa wat report sekali lagi..kete lak ilang..muka polis tue dah tension aje.. Kesian kakak aku, kete dia ilang hari rabu,khamislak birthday dia.Sure dia akan ingat sampai bila-bila kejadian ni...dia baru aje lik kg, kena balik kl semula..uruskan claim insurans lak.. Kita org ada gak g jupe seorg pak haji tu, saje nak tau apa yang terjadi.. Dia kata pencuri tu guna ilmu pukau, tp tak tahu la betul ke tak... Pesan aku pada korang semua, kunci la pintu bilik waktu mlm terutama bg kwn2 perempuan aku sekalian...huuhuhuhu