marzuna

Tuesday, July 6, 2010

Rumah

Alangkah seronoknya kalau semua yang kita hajati akan termakbul.hihiihih..Tapi realitinya hidup di dunia ini, tiada siapa pun akan terlepas dari cabaran dan dugaan.Tidak semua yang kita inginkan akan kita dapat..Tapi semua yang berlaku ada kebaikan dan keburukan.Sebagai hamba Allah yang lemah, kita harus yakin bahawa semua yang berlaku ada hikmahnya...Semoga ada hikmah disebalik aku lambat di tetapkan dalam jawatan..Amin..
Andainya aku telah ditetapkan jawatan, perkara pertama aku nak buat adalah beli rumah sendiri.Jelesnya tengok rumah kawan-kawan.Cantik, luas dan selesa.Sian dgn mya, rumah yang kami duduk sekarang agak sempit.Dia nak merangkak pun takde kawasan.Terpaksa la dia merangkak bawah meja makan sebab takde ruang..huhuhuhu..

Rumah aku tu nanti, aku berangan nak design bentuk-bentuk seperti gambar kat bawah ni:

Dapur



Ruang Tamu 1


Ruang Tamu 2


Cantik-cantik kan design dia..erm..walaupun hubby aku cakap,
"mahal sgt design tu..mana la kita mampu"
tapi aku tak kisah.Nama pun angan-angan aka impian.Tak kan nak impikan yang biasa-biasa pulak.Mesti la nak impikan yang cantik2 walaupun diluar kemampuan dan kebolehan..hiihhi. Mana la tau, satu hari nanti impian aku akan tercapai.bak kata orang "tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu"..~ayat nak sedapkan Hati~...hiihihihihi

Friday, July 2, 2010

Muffin

Sekarang ni aku memang suka sangat buat muffin.Tak tahu kenapa.Semua perisa muffin aku nak try..hihihihi..
Last week buat muffin pisang chocolate.Sedap tapi lagi suka muffin chocolate.My hubby pun lagi suka muffin chocolate.Next week maybe nak buat Muffin blueberry pulak.Tengah search dekat internet resepi-resepi yang best..hhihihhi..
-Kat bawah ni adalah gambar muffin pisang yang aku buat last week..


Thursday, July 1, 2010

Perkembangan Bayi 9 Bulan

Dameea Maisarah dah berumur 9 bulan ++.. Mya dah pandai panggil Mummy dan Daddy walaupun sebutan dia "Mame, "Dade"..hihihi..Mmg sronok tatkala dia pandai bercakap.Mulut comel tue mmg bising.walaupun tak faham apa yg dia bicarakan tapi kami (mummy& daddy) tetap melayan dia..

Berikut adalah perkembangan yg normal untuk bayi 9 bulan :::
Perkembangan Komunikasi Anak Usia 9 Bulan

:::: Perkembangan bayi akan tumbuh dengan cepat. Maka dari itu, sebaiknya para ibu yang memiliki bayi memiliki pengetahuan mengenai perkembangan bayinya dari waktu ke waktu. Perkembangan ini meliputi kemampuan berkomunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku anak, khususnya pada usia sembilan bulan.

Bagaimana caranya mengetahui apakah perkembangan seorang anak normal? Berikut ini ada tips yang dapat digunakan untuk mengecek perkembangan anak usia sembilan bulan. Kemampuan yang diharapkan pada usia sembilan bulan adalah sebagai berikut.

Bayi di usia ini biasanya sudah mengerti jika dilarang. Kemudian, bayi sudah bisa diajak bermain cilukba. Bayi anda bisa berkata mama, papa, dada, tata, menikmati berbicara banyak yang tidak diketahui maknanya (immature jargoning). Bayi anda sudah bisa berekspresi terhadap lingkungannya dengan tersenyum.

Selain itu, bayi mulai takut terhadap orang yang tidak dikenal dan ia biasanya akan menangis. Lalu, bayi anda sudah bisa mendengarkan secara seksama, ketika mendengar suara dan mencari sumbernya. Bahkan, bayi anda sudah bisa mengamati objek sebaik mengamati orang. Tak hanya itu, bayi anda juga sudah bisa memakan kue yang dipegangnya, minum dari cangkir dan makan dari sendok. Jadi, amatilah terus perkembangan bayi anda dengan seksama ::::


Kalau ikut info diatas, alahmdulilah, mya membesar dengan baik.Harapanku semoga Mya membesar sebagai anak yang solehah dan berjaya didunia dan akhirat.Amin

Wednesday, June 30, 2010

~ Bercuti Di Pulau Pangkor

Kami sekeluarga telah bercuti di pulau pangkor bermula dari 27-29/06/2010.Seronok dapat meluangkan masa bersama daddy + mya.

:: Hari Pertama::
Kami bertolak dr rumah di damansara kira-kira pukul 1000am.Sepanjang perjalanan mya tidur dengan nyenyaknye..memang tabiat mya,naik kereta aje tidur.kereta mati terus bangun..Kami berhenti rehat di perhentian Tapah.Belikan mya kfc.kentang putar.Tak tahu makanan apa lagi yang boleh belikan untuk dia.untuk daddy+mummy, kami hanya mkn potato wedges+coslow+kentang putar..tak nak penuhkan perut sgt.nanti nak mkn mee udang.hihihi

Gambar Mya dekat Kfc Tapah
Kira - kira pukul 1230 kami bergerak untuk meneruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya iaiti Simpang Pertang.Perjalanan agak meletihkan.Maklumlah drive diwaktu tengahari disertai cuaca yang panas.Mya pun mcm tak selesa.Penat tidur agaknya.Susah jugak nak cari Simpang Pertang.Kawan Daddy ada suggest pergi ke kedai Mak Jah.Dia cakap kat situ paling best.Kita org sampai jugak akhirnya di kedai mak jah dlm pukul 2.30 petang.Perut mmg tengah lapar waktu tue.Dah terbayang-bayang mee udang.hihihi..Mmg byk udang dlm mee udangnya.

Setelah menghabiskan mee udang semangkuk seorg, kami bergerak menuju ke destinasi lain pulak.Lumut.kami akan stay dekat apartment swiss garden sepanjang percutian kami di negeri Perak ini.Kami sampai di hotel kira-kira pukul 3.30 petang.Muka mya dah merah2.Kesian kat dia.Mummy&Daddy pun dah tak sabar nak check-In.Memang penat.Letih.Panas..huhuhuhu



Walaupun penat tapi petang tu kami sempat jugak berjalan-jalan dekat jeti yang berhampiran dengan swiss garden.




Malam kami lepak-lepak dalam bilik aje.Tak larat nak pergi mana-mana dah.Beli makanan dekat pasar malam yang berdekatan.Lepas makan terus lena..z..z..z.z..z.


:: Hari KeDua ::
Pagi2 lagi kami dah bangun dan bersiap-siap nak ke pulau pangkor.Breakfast dekat bilik aje sebab nak keluar awal.Kami sampai dekat jeti pangkor pukul 930 pagi.Just nice sebab feri bergerak pukul 945 pagi.Walaupun masa hanya ada 15 minit, kami tetap sempat snap beberapa gambar..hihihihi..Kenangan tue..



Thursday, June 24, 2010

Ganti Puasa

Puasa Ganti? erm..tahun ni aku perlu ganti puasa sebanyak 30 hari.Maksudnya sebulan ramadhan aku tidak berpuasa pada tahun lepas.Bukan sengaja untuk meninggalkan ibadah itu tapi aku telah mendapat lampu hijau..hihiihih..Masa tu aku telah melahirkan puteriku yang comel ~Nur Dameea Maisarah~.

huhuhu..sekarang dah masuk bulan rejab.Puasa tak habis berganti lagi ni.Nak puasa direct tak boleh sebab nak pam susu mya.nanti mya tak cukup susu pulak..erm..takpe la..plan2 kayuh..insyaAllah..sempat.

kat bawah ni adalah pendapat mengenai ganti puasa:

~~Sekiranya ditangguhkan qadha’ ramadhan sehingga tahun berikutnya, disebabkan oleh uzur seperti sakit sepanjang tahun, atau hamil, atau menyusu sepanjang tahun, maka tidak dikenakan fidyah. Yang wajib hanyalah puasa.

Tapi kalau menangguhkan puasanya tanpa uzur, ada 2 pendapat:

Pertama: Wajib membayar fidyah, iaitu memberi makan kepada seorang untuk satu hari. ini pendapat jumhur ulama, Maliki, Syafie, Hanbali, dan diriwayatkan daripada sebahagian sahabat dan tabien.

Kedua: Tidak perlu membayar fidyah. ini pendapat mazhab Hanafi. Dan ditarjihkan oleh Syeikh Soleh Uthaimin, kerana tiada dalil sahih yang mewajibkan membayar fidyah. Maka kembali kepada hukum asal, iaitu tidak dikenakan apa-apa fidyah.
~~

so kawan2 ramadhan nak dekat dah ni.Marila sama-sama kita ganti puasa.

Monday, March 29, 2010

Perubahan (29062010)

dah lama tak menulis kat sini.
Ada beberapa perubahan.yang pertamanyer ofis aku dah berpindah ke kl sentral.Bangunan baru..kita org dr tingkat 16 the mall naik tingkat 23 kat kl sentral ni. Dr tempat aku leh nmpk permandangan sekitar bangsar.Seronok gak, sesekala leh tgk permandangan kalo tension ngadap programming ni...hiihihiih
Dameea lak dah bertambah besar.dah nak masuk 7 bulan.Dah pandai mengengsot..Laju ajer dia ngengsot kalo nak ambik brg..Dia pun dah pandai nak manja2..Sekarang ni ari isnin sure menangis kalau hantar nursery.Mmg berat hati nak tinggalkan tapi dah terpaksa..nak wat mcm mana..huuhuhuh

Wednesday, January 20, 2010

bulan ke 4

Umur Dameea Maisarah dah masuk 4 bulan 13 hari. Hobi terbaru dia menjerit. kalau orang tak nak dukung dia, dia akan jerit sekuat hati.Mlm tadi lagi best, dia macam tarik nafas panjang, kumpul seluruh kekuatan dan lepas tue jerit....Lepas org angkat dia, terus senyum2 sambil kaki cam nak lompat2.. bertuah betul dameea maisarah ni..Mula2 nak marah gak tp bila dia senyum2.. marah pun jadi hilang..
Sekarang ni dia dah tidur awal, pukul 9 dah ngantuk.nak tidur dah.Tidur nak selesa.. tak nak tidur dekat tilam nipis, Nak tilam tebal.Lampu kena malap+suram.. Selagi tak baringkan dia kat tilam tebal, dia akan merengek2..Haru gak kalau pergi rumah orang lain, takkan nak mintak tumpang tidurkan anak kat bilik+katil orang, marah la orang...
Satu lagi perkembangan terbaru dia, dia dah pandai kenal orang.Kalau orang yg dia tak kenal ambik dia, dia akan nangis sampai keluar2 air mata (mmg susah nak tgk dia nangis keluar air mata).Macam sedih sgt.Lepas kita ambik aje dr orang tue, terus senyum2..
Oleh kerana dia suka sgt tgk ikan kat national geographic, New year aritue kita org bwk dia pergi jln2 kat aqua klcc. mula2 dia tidur.kita orang cuba2 la kejutkan dia, kalau tak rugi ajer bayar duit tiket.Alhamdulilah sebelum masuk dia dah terjaga..Boleh la dia tgk haiwan2 kat situ. tapi pertengahan jln dia dah mengamuk2, maybe tak selesa.Dalam tu, agak panas jugak la.
Walaupun dia tak pandai sgt menikmati pandangan lagi mummy + daddy nyer tetap berpuas hati sebab dpt gak bwk dia tgk ikan secara live.