marzuna

Wednesday, April 13, 2011

Mya - "Nak Dok"

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Puteri kesayangan saya dah berumur 1 Tahun 7 Bulan.Dah pandai cakap dan dah pandai menunjuk perasaan. Saya tak perasan sejak bila Mya Omei saya boleh menyebut 2 perkataan,tapi sejak akhir-akhir ni percakapan dia semakin banyak walaupun dalam bahasa pelat.Contohnyer nak suruh daddy dia Menyanyi dia akan sebut " Eddy Olong nyi" - Daddy Tolong Nyanyi.
Perangai terbaru lak pantang orang cakap terus nak.Contohnya pagi tadi dalam kereta, Daddy dia kata nak belikan dia cekodok petang nanti.Terus bangun , carik2 dekat seat belakang, "Nak Dok, Nak Dok"[Nak Cekodok], Nak Cekodok].Tak boleh cakap apa-apa pun depan dia, tapi alhamdulilah dia masih boleh dipujuk. Hopefully dia boleh dibawa berbincang sampai bila-bila.
Sekarang ni nak tidur pun semakin senang, tidak macam saya pregnant masa mula-mula dulu.Nak berpangku sebelum tidur.Sekarang, tiap-tiap malam sebelum tidur, dia akan "bermain" dengan buku sampai la terlelap.Kadang-kadang tak perasan bila masa dia terlelap.
Alhamdulilah..Moga Mya Menjadi Anak yang baik.

Tidur dengan nyenyak..

Cara Buat Telur Tiruan.....

Salam semua...

Tak sangka rupanya telur tiruan ni dah lama ada kat China....sejak 2009 telur tiruan ni dah berleluasa. Cuma baru sekarang ada kat market negara kita. Macam2 cara orang nak buat duit....sampai semua benda pun nak buat tiruan.....kalau pakaian tu boleh gak la nak terima.... ni sampai makanan pun nak buat yang tiruan.
Ada gak kengkawan En.Suami yangberbangsa Cina bagitau.....dah macam2 dah orang buat semata2 nak untung lebih.....diorang cakap ada juga bantal2 atau pun teddy bear yang dijual di isi dengan pelbagai barang buangan seperti sarung tangan plastik, barangan buangan plastik, segala jenis plastik la.....malah ada gak yang cakap sampai pad wanita terpakai pun di sumbat dalam bantal2 & teddy bear yg dijual. Ni semua semata2 nak recycle & buat duit senang......

Wallahualam.....tak tahu la sejauh mana kebenaran tu.....mudah-mudahan tu semua hanya la rekaan....sama-sama la kita berdoa agar kita sekeluarga sentiasa dilindungi daripada segala musibah....
Amin......

Ni saya nak kongsi la ngan kengkawan....macamana rupanya diorang buat telur tiruan......nonton la ek.....
Saksikan seorang jurnalis dari jepun yang menyiasat kes ni.....




Japanese journalist secretly investigates fake eggs made from chemicals in China. 

 SUMBER : YouTube

Tuesday, April 12, 2011

Telur ayam Tiruan

 

Telur ayam Tiruan - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

 

Salam Semua, sekadar nak berkongsi ngan kawan2.....sejak akhir2 ni macam2 isu yang keluar. Ni sekarang ada lak telur tiruan....ntah apa la nak jadi ngan dunia ni...

Jomla kita tengok & baca info2 ni....mudah-mudahan kita tak terkena tipu dengan telur tiruan.....




Awas telur tiruan di pasaran – CAP
  

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.
Pagi kelmarin, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.
Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa.
Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.
Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan.
Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya.
Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain.
Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.

Cara mengenal telur tiruan:
1. Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
2. Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
3. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
4. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
5. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
6. Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
7. Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
8. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.
Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang haram dimakan oleh orang Islam.



Monday, April 11, 2011

Perkembangan Kehamilan Minggu Ke 13

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Kalkulator Tarikh Bersalin


Berdasarkan kalkulator di atas, tarikh bersalin saya adalah 13/10/2011. Ini bermaksud saya dah pregnant 13 minggu. Morning sickness saya masih sama.Tiada perubahan lagi.Saya masih mengalami morning, afternoon dan evening sickness.Orang cakap, walaupun morning sickness ni "menyakitkan" ibu tapi itu petanda yang baby kita membesar dengan sihat.Alhamdulilah..

Perkembangan Bayi Minggu Ke 13.
Sekarang panjang fetus hampir 3 inci / 7 hingga 8 sentimeter dari mercu kepala ke punggung dan beratnya hampir satu auns / 23 gram - agak separuh pisang. Sidik (garis-garis) jarinya yang unik telah terbentuk. Dan jika anda menusuk perut anda dengan perlahan dan dia merasakannya, bayi anda akan menunjukkan refleks mengakar - iaitu bertindak seperti mencari-cari puting.

Jika kandungan anda perempuan, dia sekarang mempunyai lebih kurang 2 juta telur dalam ovarinya; dia hanya mempunyai satu juta pada masa ia dilahirkan. Jumlah telur akan berkurangan semakin dia membesar, dan menjelang umur 17 tahun, jumlah ini akan turun kepada 200,000.

Bagi anda pula, seandai kata, kabus beransur reda. Untuk kebanyakan wanita, kesan sampingan kehamilan awal - kerap kencing, terik keletihan, mual - beransur reda di trimester kedua. Uterus anda pula, yang sudah cukup besar untuk menyiarkan kepada sesiapa yang melihat yang anda sememangnya hamil, tidaklah begitu besar sehingga mengganggu pergerakan anda. Walaupun masih banyak bulan lagi sebelum melahirkan, payudara anda sudah mula mengeluarkan kolostrum, iaitu cecair yang akan membekalkan makanan untuk bayi anda untuk beberapa hari pertama sebelum susu mengalir dengan baik.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

 Petikan Dari Sumber:
http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/perkembangan-fetus/13-minggu/

Thursday, April 7, 2011

Jalan-jalan ke Taman Burung KL (Bird Park KL)

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Pada 29.03.2011 yang lalu, kami sekeluarga telah berpeluang melawat Bird Park KL.First time untuk saya, Encik Suami dan Mya Omei ke situ[nampak sangat kami sekeluarga ni jarang berjalan-jalan]. Kami join rombongan nursery Mya Omei sebenarnya.Memang excited sebab Mya Omei mmg suka tgk burung.

Kami bertolak dr rumah kira-kira 0830 pagi dan pergi ke nursery dulu sebab nak join naik van [bukan terdekut nak bawak kereta cuma nak bagi pengalaman kat Mya Omei naik van]. Sampai kat Bird Park dalam pukul 10.00 pagi.Sempat jugak snap beberapa pic picture kat entrance sebelum masuk.

Memang banyak burung [nama pun taman burung kan]. Burung2 pun amatlah jinak.Maybe dah terbiasa ngn suasana orang ramai.Walaupun cuaca redup tapi amatlah memenatkan.Rasa nak mintak dukung aje. Mya Omei agak berani [berani nak pegang burung], mmg good girl.

Tour guide[tak tahu la, orang panggil apa] bawak kita orang keliling Taman Burung tue, tapi tak semua tempat kita orang jelajah.Maybe sebab bawak bayi, kanak-kanak dan ibu mengandung[bapak yang tak mengandung pun tak larat, sebab kena dukung  anak].

Satu yang tak best kat situ, airnya punya la mahal. Beli dua air pun dah rm8.50.Giler la.Padahal air Ribena ngn Coke aje. Kalau dekat luar baru 3.50.Erm..bukan kami sekelurga tak bawak air tapi kepenatan maka nak gak air yang sejuk.

Sempat jugak kita orang tengok persembahan burung.Memang bijak burung-burung tu, tapi semua kena upah dengan makanan[uhhuuhuh..bird pun pandai rasuah ke].Orang lain sibuk tengok persembahan tapi Mya Omei sibuk nak main kat taman, Sibuk nak oncor[papan gelungsur].Dah tertonggeng baru la nak berhenti tapi siap nangis-nangis tak nak balik.ish..ish..Sabar je la Mya Omei.


Bergambar Di Luar Van
  


Makan Dulu, nanti lapar

Antara Burung yang sempat 'disnap' gambarnya

Mummy yg excited.Mya Omei slumber jer

Kami bersama dengan burung-burung

Keletihan - bersedia untuk pulang

Tuesday, April 5, 2011

Menghadiri Sambutan Hari Jadi

26.03.2011 yang lepas mya omei dapat undangan ke majlis harijadi.

Oleh kerana kami takde benda nak buat pada hari tersebut, saya bawak la Mya omei pergi ke parti itu.Mya omei agak sombong pada mulanyer.Tak nak salam dan tak nak senyum.Dah lama baru la dia mula menunjukkan ciri-ciri peramah dia[itu pun sebab nak belon]

Saya ada captured pic Mya Omei sebelum ke majlis dan semasa dimajlis tersebut.Kami tak lama pun kat majlis tue, sebab Daddy Mya Omei ada Dinner.

Gembira

Menikmati Fries sambil cubaan menanggalkan topi.


Antara Hidangan yang dinikmati

Cara Wardina Latih Anak lekat Solat 5 Waktu...



BERBALOI PENAT LELAH KU...
by Wardina Safiyyah OfficialPage on Friday, March 11, 2011 at 8:47pm

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all
my penat lelah paid off...

I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th
birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi
dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat
since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is
SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very
important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong
signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun
lambat

2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau
tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu
Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) -
lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and
say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her
never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik
cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni
melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik
cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how
we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita,
bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK
solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua
kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat!
I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will
NEVER miss our solat.....

4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask
her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do
it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak
tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love
her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3
kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar
dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau
TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna
solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for
her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i
wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy
and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi
cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im
sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims
that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the
world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as
how Rasulullah asked us!

I love you all!!! Good night.....

But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak
boleh diajar berjalan terus...fahamkan?



*Hari ni saya nak kongsikan bagaimana Wardina membimbing anaknya bersolat..saya rasa tersentuh....& tertarik dengan caranya ..sebab tu saya nak kongsikan dengan kengkawan semua .....