marzuna

Wednesday, August 26, 2009

Kelahiran

Lagi 11 hari aje lagi due date.Dah mula buhsan duduk rumah walaupun baru 2 hari bercuti.
Tak tahu la mcm mana nak mengharungi lagi 11 hari ni.Tak tahu nak buat dekat rumah.Asenyer dah habis khatam dah
semua majalah yang ada kat umah nie.nAK LAyan internet sepanjang masa pun buhsan gak.
Nak tgk tv pun, cam takde cerita...Nasib ada mak boleh gak borak2...

Hari ni pun takde tanda2 nak bersalin...Alhamdulilah sihat cam selalu..
Walaupun perut aku kecik tapi baby still ada ruang2 untuk mengerakkan kaki dan tangannya..Syukurlah...
Aku sentiasa berdoa semoga Allah memudahkan urusan kelahiran baby yang ku kandungan ini.Amin

gambar 9 bulan

Monday, August 24, 2009

Minggu ke 38

Checkup minggu ke 38
Hari ni wat rutin checkup macam biasa.Ambik berat+tekanan darah+urine.Lepas tue p jupe nurse.Masa jupe nurse..nurse tanya ada tak tanda2 sakit nak bersalin.Aku kata cam takdek aje...Berat badan lak naik mendadak.Naik 1.5 kg.. lbh 1kg dr yg sepatutnya.. Nurse tu ckp..kalau next week tak bersalin lagi dan berat naik mendadak lagi..Dia paksa bersalin ajer.. So...minggu ni kena jaga makan sikit...
Abis checkup pukul 0845pagi.

Berpuasa Dan Bersahur
Ramadhan kali ni first time kita orang sambut sebagai suami isteri. Hari ke tiga berpuasa, kita orang bersahur ngn mak.Mak dtg dari kg, semata2 nak teman aku kat rumah.Dia kata dia risau kalau aku duk kat umah sensorg nanti time my hubby p keje..Tq mak..Jasamu Tak Mungkin dpt kubalas.Pagi tadi kita org bersahur simple aje..Makan nasi + sambal goreng tempe + sayur taughe + telur dadar. Bukak pose nanti..tak tahu lagi nak masak apa...

Bila Nak Bersalin
Sekarang ni dah minggu ke 38...Selalu gak tertanya2..bila la..aku nak bersalin ni..Bukan tak sabar..tapi cam lagi lama aku menunggu..lagi menakutkan lak asenyer..

Tuesday, August 18, 2009

Proses Bersalin

TEKNIK PERNAFASAN KETIKA PROSES BERSALIN

Teknik Pernafasan Peringkat Pertama semasa permulaan dan penghujung suatu kontraksi, anda dikehendaki bernafas secara dalam dan tetap. Masuk melalui hidung dan keluar melalui mulut. Ketika kontraksi berada dikemuncak, cuba pernafasan yang lebih ringan dan cetek. Kedua-dua pernafasan sepatutnya melalui mulut. Jangan lakukan terlalu lama bagi mengelakkan anda berasa pening (hyperventilation).

Teknik pernafasan peringkat Transisi.
Sekiranya anda berasa hendak meneran terlalu awal, sebutlah “huf, huf, tuip” kepada diri anda sendiri sambil mengambil dua pernafasan masuk dan keluar yang pendek, diikuti satu hembusan yang panjang. Apabila desakan untuk meneran hilang, hembuskan keluar nafas yang lembut dan tetap.

Teknik pernafasan peringkat kedua.
Ketika hendak meneran (ia mungkin berlaku beberapa kali setiap satu kontraksi), tarik nafas yang dalam dan bertahan untuk satu masa yang singkat ketika anda menekan ke bawah. Adalah penting untuk melakukan gerakan dan pernafasan mengikut kehendak badan anda. Ketika meneran, ambil beberapa nafas tenang yang dalam. Apabila kontraksi reda, rehatkan diri perlahan-lahan.

TEKNIK MENERAN
Sebelum ini, mungkin kita menjangkakan hanya ibu yang terpaksa bekerja keras mengerah sepenuh tenaga untuk memastikan bayinya selamat dilahirkan. Sebenarnya tanggapan ini adalah salah sama sekali. Semasa peringkat pertama kelahiran, bayi dalam kandungan akan berputar untuk mencari jalan kelahiran. Manakala peringkat kedua kelahiran pula uterus akan mula menolak bayi keluar begitu juga si ibu. Dalam pada itu, bayi juga menolak dirinya keluar dari jalan kelahiran. Oleh itu memilih kaedah meneran yangs esuai dapat membantu melancarkan proses kelahiran. Ikuti beberapa tekbik meneran yang lazim digunakan dalam bilik bersalin.

“Overwhelming Urge“
Teknik meneran ini merupakan teknik yang tidak terkawal. Ada kalanya anda tidak perlu meneran apabila berlakunya kontraksi kerana pembukaan rahim masih belum terbuka dengan sempurna (10cm). Namun, setiap kali berlakunya kontraksi anda mungkin tidak mampu mengawal keinginan untuk terus meneran. Sekiranya tidak mahu berlaku sebarang koyakan, meneranlah sekuat hati setelah mendapat keizinan dari doktor. Tarikan graviti pada posisi semula jadi mungkin akan membantu ibu melahirkan bayi. Namun ada juga kemungkinan graviti tidak mampu meningkatkan tekanan atau desakan sekiranya kelahiran berlaku terlalu cepat.

“so-so urge“
Si ibu mungkin mempunyai keinginan untuk meneran setiap kali datangnya kontraksi atau ketika kontraksi berada di kemuncak. Bagaimanapun desakan ini mungkin juga berlaku pada peringkat awal fasa kedua yang mana bayi masih belum mencecah saraf-saraf yang menghantar isyarat agar si ibu mula meneran dengan kuat (overwhelming urge).

“No Urge“
Hampir sama seperti so-so urge, kali ini ibu tidak mengalami desakan, oleh itu posisi yang tepat semasa bersalin dan masa adalah jalan terbaik untuk membantu ibu-ibu yang menghadapi masalah meneran semasa proses kelahiran.

Teknik spontan
Kaedahnya amat mudah, si ibu hanya mengikut gerak bahasa tubuhnya dan akan meneran jika dia merasakan dia perlu untuk berbuat demikian. Ibu-ibu yang mempraktikan kedah ini biasanya tidak akan menahan nafas lebih dari 6 saat yang sekali gus menyalurkan lebih banyak oksigen kepada bayinya. Istimewanya kaedah ini banyak membantu mengurangkan tekanan pada ibu dan bayi, malah ia membantu menyingkatkan proses kelahiran. Secara umumnya, ibu yang mengikut naluri sebelum meneran harus menahan nafas untuk satu tempoh masa yang singkat dan merehatkan tubuh badan. Ingat, bahagian uterus akan membantu anda meneran walaupun anda tidak berbuat apa-apa.

Teknik Purple Pushing
Mengapa ia dipanggil Purple Pushing, ia kerana wajah ibu digambarkan seolah hampir kebiruan dengan mata yang besar cuba untuk menahan nafas sambil meneran hingga kiraan 10 berakhir. Teknik ini semakin popular, ia banyak membantu para ibu yang tidak mampu ‘mentafsir’ bahasa tubuh agar meneran dengan efektif. Teknik ini bermula dengan menarik nafas dalam-dalam, melepaskannya, menarik nafas semula dan tahan nafas tersebut, bongkokkan sedikit badan dan meneran seiring dengan kontraksi. Sementara itu, suami atau jururawat akan menjarit “PUSH!” dan mengira hingga angka 10 sebelum anda melepaskan semula nafas. Ulang teknik yang sama sehingga bayi selamat dilahirkan.

Teknik Laboring Down
Kaedah ini pula popular digunakan oleh doktor dan jururawat terhadap ibu-ibu yang disuntik epidural. Caranya mudah sahaja, biarkan tubuh meneran secara semulajadi tanpa perlu tolakan yang aktif dari anda. Biarkan sehingga kepala bayi mula kelihatan. Cara ini adalah lebih baik dan kurang meletihkan, malah sesuai dipraktikan oleh si ibu yang tidak mampu meneran

checkup minggu ke 37

Rutin checkup mcm biasa.Sampai klinik lbh kurang 0735am.orang dah ramai..nasib baik dapat angka giliran 2011..No 11..Hari ni berat dan tekanan darah,jururawat pelatih yang buat.Still lambat cam minggu lepas..Pukul 0810 baru nak start dan dengan terkial-kialnya jururawat pelatih dr Uitm tue menambahkan lagi kelembapan checkup hari ni.Tapi apa nak buat... kalau dia orang tak practice..lagi la,lambat, kalau dah keje nanti..
Masa jumpa nurse, nurse tu cakap baby dah engage..So bila2 masa saja boleh bersalin.Takut gak dengar..Lepas tue kena jumpa Dr lak.Last jupe dr untuk klinik kerajaan..Dr tanya 2 soalan aje.
1.Ada masalah kehamilan tak?
-Takdek
2. pernah minum air gula tak?
-Tak pernah
Berat tak naik lak minggu ni.Maybe pedih ulu hati yang dihadapi kebelakangan ni membuatkan aku cam mls nak mkn..keadaan bertambah teruk, bila ase semua makanan tue naik ke hidung...makan sikit ke..makan byk ke.. still hadapi masalah yang sama.. tak tahu nak buat mcm mana lagi...
Lagi 2 minggu++ aje aku nak bersalin..Doa2kan la aku bersalin secara normal dan semuanyer selamat..Amin..

Friday, August 14, 2009

Tanda-tanda Hampir bersalin

Hari ni saja-saja search kat internet cari info pasal tanda-tanda hampir bersalin.Kesimpulan yang aku dapat mengenai tanda-tanda hampir bersalin ialah:

Bayi turun ke bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Kita mungkin terasa:
* sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
* kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
* sakit perut, memulas
* kerap buang air besar
* kerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
* Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
* Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

Sakit belakang
* Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
* Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
* Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
* Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah air ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
{mosimage}Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis

Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi yang tetap dan berterusan

Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel "Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu"



Bila Perlu ke Hospital

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
* kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
* keluar air ketuban.
* pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
* keluar darah dari vagina.
* apa saja masalah yang dialami.

Sekarang ni dah 36 minggu 5 hari..Dah rasa berdebar2..Takut pun ada gak...Tapi piki macam mana sekalipun kena lahirkan gak baby ni..Hilang sikit takut(walaupun kejap).Selalu motivasikan diri sendiri..Orang lain boleh buat nape aku tak boleh...

My Hubby selalu cakap..Insyallah..semuanya akan selamat..Semoga doa dia untuk isteri dia yang kdg2 terdegil ni termakbul...Org cakap time mengandung...doa suami tue penting.Jangan buat suami marah...Kalau wat salah ngn suami, cepat2 mintak maaf.Kalau selalu wat salah ngn husband susah nanti nak bersalin..Hopefully abg maafkan ayg ek kalau ayg wat salah ngn abg...i'm so sorry...tak de niat pun nak degil...cuma kadang2 je terdegil...huuhuhuuhu...

Tuesday, August 11, 2009

minggu ke 36

Sekarang ni checkup dah seminggu sekali.Semalam aku p checkup kat klinik kerajaan.Rutin mcm biasa.Ramai jugak orang semalam...
Keadaan klinik nampak macam tak selesa.Ramai yang batuk2.. Risau jugak pasal H1N1 ni.Nasib baik aku dah pakai mask siap2 dr rumah...so..rasa selamat la sikit...

Semalam punya progress, semuanya ok..baby bergerak dgn aktifnya time nurse nak check denyutan jantung dia..Dia nak tunjuk skill pergerakan dia agaknya.Sampai nurse tue cakap..aktifnya dia...sampai terbojol2 semua bentuk...

lbh kurang 4 minggu++ aje lagi due date..Rasa takut tue, dah mula ada.Sebelum2 ni...tak de la rasa takut sangat..tp..semakin dekat..semakin takut lak...Preparation hampir semua dah siap kecuali pam susu..Tak tahu nak beli bila...Nak beli skrg, takut susu takde lak nanti..membazir aje pam susu tu..Kalau tak beli skrg..bila lak nak beli...My Hubby suruh beli awal2..dia kata senang...masa dlm pantang leh practice guna untuk baby...Tgk la mcm mana..maybe next week beli kot..Hopefully sempat la..

Skrg ni selalu ase sakit dada.asenyer normal untuk ibu mengandung.Tapi tak kisah la...tak sampai sebulan aje lagi nak tanggung semua ni..So kena la sabar..Yang penting baby dapat dilahirkan dengan selamat...Amin..

Friday, August 7, 2009

Anakku Ku sayang

Anakku..
Semoga ko selamat lahir ke dunia.Doaku semoga engkau akan jadi anak yg soleh dan anak yang berjaya di dunia akhirat.Ingatlah wahai anakku cabaran di dunia amat hebat.kadangkala manusia dapat harunginya, tapi ramai juga yang hanyut..Teguhkanlah imanmu dan persiapkan la dirimu agar ko tak tewas dalam mengharungi segala cabaran dan dugaan di dunia ini.
Anakku..
Ilmu adalah pelita hidup.Jangan sesekali terbitkan dalam hatimu untuk berhenti mencari ilmu.Orang yang tanpa ilmu tidak akan berjaya didunia mahupun diakhirat.Kejarlah cita-citamu selagi ko terdaya.
Anakku..
Mummy Sangat menyayangiMu dan ketahuilah olehmu..engkaulah permata hati mummy dan daddy....