marzuna

Friday, January 14, 2011

Once Upon a Time in Bali Part 1

Pada 5/1/2011 saya dan En Suami bersama-sama dengan Mya Omei telah terbang ke negara Indonesia.
Pagi jugak kita orang bangun pada hari itu, lbh kurang jam 0430.Almaklumlah excited terlebih[padahal beg tak siap kemas lagi].Siap punya siap dalam pukul 7 jugak kita orang gerak dari rumah menuju ke airport. Terima kasih pada adik ipar saya kerana sudi tolong hantar ke airport walaupun dia bekerja pada hari tu.Walaupun kami keluar pagi-pagi dah tapi jalan dah mula jem.Nasib baik sempat sampai airport pukul 0830 pagi.Sampai je kat airport saya terus buat self-check in.Ingatkan boleh tapi disebabkan saya bwk infant aka mya omei so saya kena check in dekat counter.Dengan barisan yang panjang dan Mya omei yang tak reti duduk diam,sangat2 la mencabar.

Flight kita orang pukul 1045 pagi, dalam masa sejam setgh kami sempat berbreakfast kat McDonalds LCCT.Kesian kat Mya Omei takut dia lapar.Dalam pukul 0930 kita orang dah masuk tempat menunggu tapi ada pengumuman lak pas tue, flight delay.Mya Omei mmg tak reti duduk diam, dah berjalan ke hulu ke hilir tak nak dipegang dan didukung. Tak boleh nak diumpan dengan apa-apa dah.Maybe dia mengantuk dan penat+buhsan.Kesian kat Mya Omei.

Aksi Mya Dekat LCCT





Dalam pukul 1115 baru la kita orang naik flight.Ini merupakan pengalaman pertama kami menaiki aeroplane.Sian kan kami.hhuhuh.Dalam flight mya Omei baik ajer tapi bila nak sampai dia macam mengamuk.Menangis jerit-jerit.Bila sampai kat hotel, kami tengok badan dia ada 4 tanda merah-merah.kesian dia, patut la dia mengamuk-mengamuk tadi, tapi saya tak tahu apa yang gigit dia.Takkan la dalam kapal terbang ada semut.Agak tidak mustahil sebenarnya...

Kami selamat mendarat di Indonesia aka Bali @ Denpasar Airport lbh kurang 0230 petang.Nasib baik dah ada orang menunggu dan kami dibawa pergi makan tengahari dekat kedai yang mengadap laut.Tak sempat nak snap gambar sebab terlampau penat.Agak cantik jugak permandangan dekat restorn tue.Dalam pukul 0400 pm kami ke hotel dan pukul 0830 kami lena dibuai mimpi.Letih dan penat.Lagipun esok pagi2 dah nak keluar berjalan-jalan.
Nanti saya sambung lak Part 2 ye.Tunggu!!!.hihihihiihih
DenPasar Airport

Tuesday, December 28, 2010

Buli Balik??

Mya dah pandai buli balik?? Tak tahu macam mana dia belajar dan dekat mana dia belajar untuk buli orang lain.
Contohnya kalau kanak-kanak lain jerit kat dia, dia akan jerit semula kat orang tue.Kalau orang  lain tolak dia, dia akan tolak orang tue semula.Tu belum lagi dia akan tampar kanak-kanak lain kalau peluk-peluk dia.huhuhuuh..Ganas sungguh Mya sekarang. Saya tak nak la Mya ganas sangat.Biar la lemah lembut sikit.
Minggu lepas, nursery dia mengadu, dia dah mula nakal.Sebelum ni dia akan "popok" baby lain tuk tidurkan baby tue [sanggup tak tidur siang, semata-mata nak mengasuh baby yang lain, baik-kan Mya Omei saya]tapi khamis lepas dia pukul semua baby tue..huhuuhuh...tak pernah lagi saya dan daddy dia pukul dia.Tak tahu la, mana pulak dia belajar semua ni. Nak kata tgk cartoon, dia tak suka tgk cartoon..Tgk tv pun kurang..
Minggu ni takde lagi aduan yang diterima.Hopefully semuanya baik-baik belaka..Tapi alhamdulilah dia tak menangis dah masa saya tinggalkan dia dekat nursery waktu pagi-pagi. Agaknya dah letih dia menangis tapi tetap kena tinggal kot.Pagi-pagi skrg pun, dia dah boleh menyanyi ikut lagu kat radio.Kalau sebelum ni, asyik merengek-rengek aje[sebab dia tahu, kena p nursery/school].
Hopefully keadaan ni akan berlanjutan sampai bila-bila.Mummy and Daddy Syg Mya Omei. :)
Gambar kat bawah ni saya captured masa p IKEA 2 minggu lepas.
Muka  budak nakal - Nak turun dr stroller.

Naik Troli pulak

Tgk sofa mana yg best - tapi takde duit nak beli..kihkihkih

Wednesday, December 15, 2010

Perkembangan Mya :1 Tahun 3 Bulan :

Alhamdulilah, mya dah berumur 1 tahun 3 bulan pada 7/12/2010 lepas dan pada hari ni [hari ni dlm sejarah] Mya tak nangis masa saya tinggalkan dia dekat Nursery tadi.Hopefully keadaan ini akan berlanjutan sampai bila-bila. :)

http://mybabyomei.blogspot.com/

Wednesday, December 1, 2010

Blog Baru Saya : http://mybabyomei.blogspot.com/

http://mybabyomei.blogspot.com/ adalah blog baru saya untuk menjual barangan baby. Oleh kerana saya suka sgt tgk blog jualan online orang lain, saya cuba-cuba juga la buat blog ini untuk jual barangan baby.Nape saya pilih untuk jual barangan baby? Nape saya tak pilih jual barangan lain cam pinggan mangkuk ke, makanana ke..Jawapan nyer sangat la mudah sebab kalau stok tak habis jual, saya boleh bagi dekat Mya..hihihiih.. [sian mya, dpt baju yang orang dah tak nak] oppss.. bukan semua ye baju yang tak habis dijual je saya bagi kat  mya, kadangkala saya dah pilih yang paling cantik[ atas kaca mata saya] khas tuk Mya. Macam mana la nak untung, bak kata encik Hubby saya.Jual satu tapi bagi anak dua..hahahha.. Takpe la, asalkan saya gembira[syok sendiri]

Kawan-kawan..jgn lupa beli dr blog saya ek dan jangan lupa hebohkan pada kawan kepada kawan awak semua. Tq

Friday, November 19, 2010

Alkisahnya Di Bulan November

Hari ni saya dan Application team telah berpindah ke tingkat 22 dr tingkat 23. Letih mengangkat barang.Ingat petang baru nak pindah tapi owner baru rumah semi-d saya kat tingkat 23 tue tak sabar-sabar nak masuk dan dengan terpaksa rela saya mengangkat semua barang saya pagi tadi , sebelum tengahari saya telah berjaya masuk ke rumah baru saya sekarang.Rumah baru saya ni tak menarik sgt berbanding rumah semi-D saya tue.Rumah baru ni hanya Cluster dan berada di tengah-tengah.Tak dapat la saya nikmati pemandangan jalan raya, deretan rumah banglo kat jalan travers tue lagi.Sedih juga saya meninggalkan workstation saya tue..huhuuhhu(emosional la pulak).

Nasib baik barang saya tak banyak.Ingat nak dekorate workstation saya ni cantik2..tapi bila piki balik membazir ajer sebab tak tahu la berpa lama duduk sini.Maybe tahun 2012 pindah tingkat 23 semula.Saya decorate ala-ala taska aje..hihihiih..sebabnya barang mainan Mya ada kat bawah meja saya. Saya letakkan alas supaya senang Mya nak main.Lepas ni susah la saya nak bawak Mya duduk kat sini sebab bilik Bos saya depan workstation saya ni aje.Terpaksa la saya duduk kat surau sementara menunggu en Hafez balik dari kerja.Saya upload beberapa gambar Mya Omei masa dia main troli (ditolak oleh Auntie Ayu) pada hari selasa lepas.Lepas ni Mya tak leh main tolak troli kat tingkat 23 lagi.Kat tingkat 22 pun macam tak boleh aje.Macam Sempit  je kawasan ni.




Sebelum saya terlupa, saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada En Hafez sebab hadiahkan Bunga sempene Anniversary perkahwinan kami yang ke-2 baru-baru nie.Bunga tue dia letak atas meja lepas saya tidur,bangun-bangun pagi2 saya ternampak bunga tue.Pelik gak aka tgh mamai sebenarnya..hiihih..Ingat bunga apa.Bila dah boleh berpiki ngn waras, baru la tau sempena Anniversary.
Mummy love Daddy n Mya so much...


                                                                       

Tuesday, November 9, 2010

Perkembangan Mya Di usia 1 tahun 2 bulan

Mya telah berumur 1 tahun 2 bulan 2 hari pada hari ini.Besar dah budak kecik tu.

Mya dah boleh berjalan dengan lajunya sekarang, sekejap aje dia dah berada di dapur.Penat jugak nak kejar.Semua tempat dia nak pergi.Pantang "leepa" sikit terus ilang depan mata.Nasib baik la rumah tu kecik, kalau besar mau kurus badan saya.

Mya juga dah boleh mendengar arahan yang mudah.Contohnya mintak ambik barang dan tutupkan botol susu.Kalau suruh duduk, dia akan duduk tapi kejap je la.Dia akan bangun semula cepat-cepat dan terus jadi mandur, buat lawatan ke seluruh pelusuk rumah.Sekarang kalau dia nak apa2 jugak dia akan tunjuk benda tue dengan aksi muncungkan mulut dan luruskan jari telunjuk dia.Sebelum ni jari telunjuk dia tidak la selurus sekarang.

Kalau nak makan, Mya akan baca bismillah tapi terus "amin". Laju sesgt nak amin.Perkataan terbaru dia sekarang MINTAK.Kalau dia nak benda apa-apa pun dia akan sebut MINTAK.Perkataan tue dah jadi favourite dia skrg tapi rasanya-rasanya dia faham makna perkataan MINTAK tue.

Ada juga benda yang dia suka buat dulu, dia dah tak suka buat skrg.Contohnya salam dengan orang.Hanya orang tertentu saja dia nak salam dan bergantung pada mood dia.Kalau dulu semua org dia nak salam.Dia tak kisah sesiapa pun walaupun tak kenal.

Bab Makanan lak,alhamdulilah Mya dah boleh makan nasi biasa.Senang kerja saya, tak payah susah nak buat bubur dah. Mya sekarang nak suap sendiri pulak, tak nak saya suapkan. Dia akan makan lebih banyak kalau suap sendiri[dengan bantuan saya] tapi makanan yang tumpah ke bawah pun sama banyak juga dengan makanan yang dia makan.

Rasanya banyak lagi perkembangan dia tapi bila nak update ni selalu aje lupa..tapi takpe la, sok-sok kalau saya ingat saya update lagi la ek..

Tuesday, November 2, 2010

Jual-jual, beli satu dapat satu.. :)

Seronok pulak jadi penjual ni ek.Walaupun hasil jualan saya tak seberapa tapi saya tetap gembira :)

Hari ini saya telah berjaya menjual 2 busha pants.Terima Kasih pada ibu aatif dari http://muhammadaatif.blogspot.com/   dan mama hakim& haikal http://ejayhusin.blogspot.com/   kerana menjadi customer saya yang pertama.

Malam tadi pula, saya telah menyiapkan 3 balang biskut Conflakes yang ditempah oleh opismate En Suami aka Encik Hafez.Gembira betul sebab berjaya buat walaupun mengantuk.Lambat juga saya tidur malam tadi. Hampir pukul 2 juga la.Nasib baik Encik Hafez mampu menjaga Mya Omei.Terima Kasih Encik Hafez..Duit tue kita beli mixer ek.Senang mummy nak buat biskut@makanan lain... :)
Biskut Conflakes - 1 Balang RM22.00
Lepas ni saya nak buat blog untuk jual pakaian baby lak.Kawan-kawan jgn malu2 beli dengan saya ek..hihiihih..