marzuna

Friday, August 26, 2011

Dah Bayar Zakat Ke Belum?????

Salam Semua……

Hari ni dah masuk 26 Ramadhan 1432H. Tinggal beberapa hari lagi nak masuk bulan Syawal….
Puasa…puasa gak….tapi….Korang dah bayar zakat lum???
Pastikan segala tanggungjawab korang dah selesai yek!!!
Sebelum Ramadhan berakhir, baiklah korang p bayar zakat cepat-cepat nanti takde la kelam kabut nak buat persiapan raya, nak bayar zakatnya lagi. Jangan kang nak sembahyang raya barulah terhegeh-hegeh nak bayar lak.
Sekarang ni pun dah banyak dah tempat nak bayar zakat, shopping center ada, kat bazaar-bazaar ada, online pun ada dah sekarang…
Saya lak, Alhamdulillah Encik Suami dah p bayar zakat minggu lepas. Bukan mahal pun RM 7.00 je sorang….




Nie Resit Zakat Fitrah Saya - Mya Omei




Resit Zakat Fitrah - Wilayah Persekutuan




‘’ BERZAKAT MENYUCIKAN HARTA DAN JIWA’’

Kadar Zakat Fitrah 2011/1432H Mengikut Negeri

Wednesday, August 24, 2011

Iftar Ramadhan ke 21, 2011 @ Le Meridien Hotel

Laluan ke lobi Le Meridien dari parking
Add caption
Antara juadah berbuka
 Dessert

Sushi pun ada
Antara staff ICT yg terlibat dlm majlis berbuka
Family yg ku Sayang
Keletah Mya Omei


Thursday, August 11, 2011

2011 Berbuka Puasa dan Sambutan Hari jadi En Suami@ Dondang Sayang Restaurant


Ogos 2011 bertempat di Dondang Sayang Restoran @ Chorus Hotel Jalan Ampang… En suami & beberapa rakan-rakan mengadakan majlis berbuka puasa …… so….secara tak langsung saya & Mya Omei akan terlibat sama la…..hehehehehhe. Sebenarnya ofismate encik suami nak pergi  5/8/2011 tapi saya request pada encik suami ajak ofismate dia pergi 3/8/2011 sempena birthday encik Suami yang ke 32. Selamat Ulangtahun kelahiran Daddy :)

Wajah-wajah mereka yang terlibat dalam sessi makan-makan @ Dondang Sayang Restoran. Ini baru menunjukkan 1 Malaysia…..hehehehehe….
En suami memang akan selalu keluar makan ngan diorang ni semua….dah jadi macam satu aktiviti bulanan….

Aksi Mya Omei mengalahkan orang yang berpuasa……hehehehehe dari jam 7 petang sampai ke 9 malam…..mulut Mya x habis2 mengunyah.Alhamdulillah….sepanjang malam ni Mya Omei dapat tidur ngan lena sebab kekenyangan……hehehehe


Friday, August 5, 2011

Doa Mudah Bersalin

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Kandungan saya dah masuk minggu ke 30 atau pun 7 bulan ++. Cepat betul masa berlalukan.Lebih kurang 2 bulan lagi saya akan bersalin.Kadang-kadang rasa takut jugak walaupun dah ada pengalaman bersalinkan Mya Omei sebelum ni.Iye la.. setiap kelahiran anak , ceritanya berbeza.Ada yang sakit sesgt, ada yang mudah aje bersalin.Saya sentiasa berdoa, kelahiran adik Mya Omei kali ini dipermudahkan oleh Allah swt.

Saya dah search doa-doa yang elok dibaca untuk memudahkan bersalin.Rasanya masa bersalinkan Mya Omei dulu dah ada doa-doa ni tapi tak ingat letak mana. Kalau kawan-kawan ada doa-doa yang lain, jangan lupa bagi tahu saya ek. :)


Doa 1

Doa yang patut dibaca oleh bakal ibu utk memudahkan proses bersalin. kalu bole dikerapkan bacaannya. kita hanya mampu bertawakal dan memohon pada Allah. moga2 Allah memperkenankan doa kita.




"Kemudian jalannya dimudahkan" (Surah Abasa: ayat 20)
"Dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat2 kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba2nya". (Surah Ghafir: ayat 44)

“Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang orang yang zalim". (Surah Al-Anbiya': ayat 87)


Bagi si suami yang bakal menjadi bapa, adalah baik bagi suami mendoakan si isteri bagi membantu memudahkan proses bersalin. Antaranya ialah:
  • Ayatul Kursi
  • Surah Al-A'raf: Ayat 54
  • Surah Al-Anbiya': Ayat 87

Ayat ini juga elok dibaca oleh bakal ibu sebagai persediaan utk melahirkan bayi dan moga dapat membantu bagi memudahkan bersalin.

Wallahu akhrajakum mimbutuni ummahatikum la ta'lamu nasyaiaa.
"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu apapun".

Doa 2


Hannah melahirkan Maryam
Maryam melahirkan 'Isa
Keluarlah wahai bayi
Dengan kekekuasaan Tuhan yang dikasihi

Seeloknya dibaca sewaktu datang rasa sakit tu... suami isteri digalakkan baca


Doa 3
Selawat Syifa


Selawat syifa –  dapat mengubat segala penyakit dengan izin Allah.



Doa 4
Doa Mudah Bersalin & Kesejahteraan Anak Dalam Kandungan 

Ya Allah ,
peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan , tidak ada penawar melainkan penawar-Mu , penawar yang tidak meninggalkan penyakit.
Ya Allah ,
Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.
Ya Allah , zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat .
Ya Allah anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna , berakal dan bijaksana , alim dan beramal .
Ya Allah ,
panjangkanlah umurnya dalam ketaatan , sihatkanlah tubuh badannya ,dan indahkanlah akhlaknya , fasihkanlah lidahnya , perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam .

Antara amalan doa yang boleh dipraktikkan sepanjang menunggu hari kelahiran antaranya ialah:
  • Surah Maryam
  • Surah Yassin
  • Surah Yusof
  • Surah Luqman
  • Surah Al-Hasyr: Ayat 3
  • Surah Al-Insyiqaq: Ayat 4
  • Surah Al-Ahqaf: Ayat 35
  • Surah An-Nazi'at: Ayat 46 (tiup pd air > sapu pd perut > minum)
  • Surah Az-Zariyat


Wednesday, July 27, 2011

Ramadhan Menjelma Kembali

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,



Next week seluruh umat islam akan menyambut bulan ramadhan yang mulia.Sure ramai yang tertunggu kedatangan ramadhan kali nie. Ramadhan kali ni saya akan sambut berempat[seorang dalam perut] :).

Saya akan berusaha untuk berpuasa penuh tahun ni. Tak tahu la mampu ke idak tapi semangat dan niat perlu ada. Ingat lagi time mengandungkan Mya Omei dulu, saya memang tak pose sebulan. Masa tue dah sarat sangat dan saya takut kalau saya puasa saya takde tenaga nak teran time nak bersalin
[Mya Omei lahir time lan pose]. Disebabkan takut memudaratkan diri dan Mya Omei , saya dengan terpaksa rela, mengorbankan puasa saya.


Oleh kerana Encik Suami leh balik awal[pukul 5 ptg] saya plan nak masak jer kat rumah.Maybe yang simple2. Yang kami 3 beranak boleh makan. Kalau nak special maybe kena tunggu hari minggu [kalau tak balik klang@chemomoi]. Birthday encik Suami pun jatuh bulan pose tahun ni. Tengah berpiki nak belanja encik Suami bukak pose kat mana.Susah sangat saya masak aje Nasi Ayam[cam tahun lepas].Simple dan mudah dan yang paling penting..JIMAT.:)


Untuk kawan-kawan semua, Selamat Berpuasa Saya dan Family ucapkan. Semoga Ramadhan kali ni lebih baik dari ramadhan sebelum-belumnya. Jgn lupa Puasa Penuh tau !!!

Tuesday, July 26, 2011

Perkembangan Kehamilan Minggu Ke 29

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Kandungan saya dah memasuki minggu ke 29.Alhamdulilah dah masuk trimester ke 3. Hopefully semuanya selamat. Bayi dalam perut saya pun semakin aktif. Kalau saya tunduk sikit, sure dia tendang-tendang. Terpaksa la saya duduk tegak. Perut saya kecik agaknyer.Dia tak banyak space duduk dalam perut tue.
Saya belum buat apa2 persiapan lagi nak sambut si tomei nie. Baju lama Mya Omei pun saya tak basuh lagi.Maybe hujung minggu ni baru nak basuh dan beli apa yang patut dan sentiasa berdoa baby tomei ni tak lahir awal.Kalau lahir awal memang haru la, sape pulak nak p beli barang-barang dia.

Minggu lepas saya duduk hotel seminggu ++.Memang penat.Jadi demam dibuatnya. Terpaksa la saya tinggalkan Mya Omei dengan Daddy@Encik Suami. Terima Kasih banyak2 encik Suami sebab mampu jaga Mya Omei dengan baik.Memang tak senang hati tinggalkan Mya Omei.Masa tue encik Suami dan Mya Omei demam. Kesian..tapi terpaksa la.Bukan saya suka2 nak tinggalkan mereka, saya perlu bekerja.;(

Hari sabtu Mya Omei ngn Encik Suami datang teman saya kat hotel. Petang tue bawak Mya Omei p swimming pool.Mya Omei punya la excited nak join kawan2 berendam dalam air tapi saya tak benarkan.Demam dia still tak ok.Saya tak nak menambahkan lagi demam dia. Mya Omei tgk dari jauh je la budak2 lain main air.Kesian Mya Omei [lain kali kita p mandi swimming pool ek.Suruh daddy belanja ek :) ]

Wednesday, July 13, 2011

Bila Mummy Outstation



Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni dalam sejarah dalam hidup saya. Malam ni adalah malam pertama saya tidur tanpa Mya omei. Saya dah mengantuk tapi still tak boleh tidur.Selalunyer kat rumah saya dah lena ketika ini.Sharp pukul 10.00 aje saya dah landing atas katil sambil peluk Mya Omei. Saya asyik terpikir Mya Omei ok ke padahal dah call encik Suami tadi dan Encik Suami cakap, Mya Omei dah lena dah pun.
Malam esok saya kena tidur sensorang lagi.erm,..rindunyer ngn Mya Omei....Saya rasa mya omei cool aje mummy dia yang lebih-lebih sebenarnya..Kesian Encik suami kena jaga Mya Omei sensorg walaupun tidak sihat.Demam, selesema.Moga Abg Cyg aka Daddy cepat sembuh ek.Jgn lupa makan ubat..

  

Gambar ni saya tangkap masa mya omei main-main kat opis saya.Sementara menunggu Daddy Mya Omei balik dr kerja.



Ni Cubaan menyelongkar laci saya.Mya Omei buat-buat cam mummy dia tak nampak. Dengan harapan dapat keluarkan semua barang dalam laci tue.