marzuna

Friday, June 22, 2012

Anak - anak yg disayangi


Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Dah lama tak update pasal anak-anak. Busy skrg ni. Minggu ni baru nak bernafas sikit..

Hannah Maisarah dah masuk 8 bulan. Alhamdulilah banyak perubahan dari segi mental dan fizikal. Sekarang dah boleh merangkak, duduk dan belajar untuk memanjat [ berdiri kat bdn orang@ benda yang tinggi ]. Semua hannah cute nak buat serentak dan sesangat la aktif. Perangai yang saya rasa paling cute adalah suka sngt ckp ah!!.tak kira la suka ke, marah ke, nak tarik perhatian orang ke. Kalau masuk dlm lif dan dia akan tengok muka orang lain tue sampai orang tue tengok muka dia. Kalau dah penat  tgk org tue tapi org tue tak tgk2 kat dia gak, dia akan ckp "aah!!..aah!!..sampai la orang tue tgk dia.. ish2.. sabar jer la budak demok yang dah kurus tue.. :)


Mya Omei ~ tetap sama juga tapi dah pandai bertolak ansur dgn adik. Boleh diharap untuk minta bantuan apa2..agak2 mummynyer malas nak bangun, suruh jer mya omei..hihihi..[kesian mya omei kena buli] tapi dengan syarat, kena cakap elok2, kalau ckp kasar2..jgn harap la, dia wat tak dengar aje.


Last week saya kena outstation, tak jauh pun dalam kl juga tapi kena kerja sampai tgh malam dan encik Suami terpaksa la menjaga mereka di waktu malam[tq Encik Suami]. Kesian Hannah, nangis sampai tak de suara bile nak tidur malam. Maklumlah, first time kena tinggal waktu malam.. :)

****RINDU NGN MAISARAH BERDUA TUE******

Wednesday, June 6, 2012

San Francisco Coffee 15th Anniversary

Salam semua,

Pagi-pagi lagi dah dapat email dari building management Menara Citibank yg harini San Frans ada bg free coffee..apalagi ramai la yg turun p dapatkn kopi tu....
Sampai lobi ....fuh...punya la ramai yg beratur nak dapatkan kopi percuma tu.....daddy pun join la sekali hehehehehehe...............layan.....


'' Dear Tenants,
 Please note the below promotion and event by San Francisco Coffee in conjunction with their 15th Anniversary.
 Today there will give Free Coffee to all tenant. Please see the attached pdf for more detail.''

 

San Francisco is giving away free coffee

San Francisco is celebrating 15th Birthday on 6 June 2012
and to kick off all the birthday happenings,
they are giving away coffee for an entire day
absolutely free
@ All San Francisco Outlets, All Day






Monday, May 28, 2012

Hadiah untuk Mummy

Hadiah utk Mummy sempena Hari Ibu tempohari......


Published with Blogger-droid v2.0.4

Kenduri Perkahwinan Orang Jawa

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Ahad lepas encik suami, saya dan anak-anak telah menghadiri kenduri perkahwinan sepupu encik Suami di Kg Batu Laut, Banting.

Bangun punya la awal ahad tue, tapi siap punya bersiap, pukul 11 juga kami bertolak dr rumah MIL saya di klang.Maklumlah..kena siap2 kan keperluan kanak-kanak 2 orang tu, sediakan makanan tengahari hannah..Sian pulak hannah takde makanan nanti..

Yang bestnya kenduri orang jawa ni, meriah dengan makanan..Rasa macam pergi pasar malam.
Air aje berjenis-jenis. Ada station khas untuk air - Air ABC, Cendol, Cincau, Air Jambu Batu, Honey Dew..aiskrim pun ada [nasib baik mya tak tertarik dengan aiskrim tp dia tertarik dgn air jambu batu lak huhuhu..sama aje sejuknya dan mengundang kepada penyakit batuk..]

Makanan lak -lauk berjenis2..Rendang ayam, ayam masak merah, kurma daging,ikan masin, sambal tempe, gulai rebung, apa tah lagi..sampai saya pun tak ingat.

Kuih  Muih..rasa-rasanya ada dekat 10 jenis..tapi banyak juga kuih yang saya tak kenal tapi saya makan juga.Nak rasakan...memang best..ditambah pulak berbagai jenis kerepek..

Buah-buahan lak ada honey dew, jambu batu dan acar buah..

Yang paling best..station roti canai..roti telur pun ada...huuhuhuh.. mmg takde "chan" la nak berdiet [mmg tak leh tahan selera pun..]

kanak-kanak comel berdua tue~ erm...hannah asyik nangis sebab panas.. Almaklumlah..biasa duduk dalam aircond[di nursery]..mmg tak leh tahan panas langsung. Kesian kat hannah..dia nak main2..sambil golek2..tapi keadaan tak selesa... Mya lak.. malu2 nak kawan ngn "makcik2 dia" [sepupu encik Suami, umur muda2 lagi tapi kerna pangkat terpaksa la panggil auntie n uncle ].Dalam malu2 berkawan tue sempat lagi declare masa dalam kereta.."kawan Mya Ramai kan mummy, kawan mummy pun ada..seronok"..[malu tapi mahu berkawan].

Kami bertolak dr banting pun dah petang.Anak-anak memang lena sepanjang perjalanan...

Keletihan ~Kesian anak2 mummy...

Kesian Puteri-Puteriku....

Mya & Hannah keletihan (tertidur dlm kereta) selepas penat merewang @ Kampung Batu Laut

Wednesday, May 2, 2012

Jimat tanpa diapers

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Jimat tanpa diapers? Semua orang pun tahu kan, sure la leh berjimat kalau tak yah bazirkan duit beli diapers. Alhamdulilah, Mya dah tak pakai pampers waktu siang@malam. Walaupun agak lewat [Mya Omei dah berumur 2 tahun 6 bulan ] tapi saya tetap berbangga dengan Mya Omei. Seminggu sahaja saya ajar dia, tanpa perlu dipukul@dirotan@dimarah, Mya Omei akan beritahu kalau mahu ke toilet. Of course buat masa ni, saya@encik Suami@cikgu kat Taska Raihana perlu menghantar dia ke toilet. Dia masih takut untuk ke toilet seorang diri. Waktu malam pula, dia memang jarang nak ke toilet tapi bila dia nak ke toilet, Mya Omei akan kejutkan saya atau encik Suami. Sekiranya kami berdua tidur "mati" , dia akan jerit kuat2 sampai la kami bangun.

Yang haru bila tak pakai pampers ni, time pergi berjalan-jalan. Lagi-lagi untuk distance yang jauh. Maklumlah public toilet kat malaysia ni kan terkenal dengan "kebersihannyer". Mya Omei akan menjerit-jerit ~ "kotor,kotor ..tak nak kencing".. terpaksa la paksa juga dia kencing dan dalam tak nak kencing tue.. dia kencing juga ~ tak tahan, menahan agaknyer...

Sekarang ini saya cuba pula pujuk dia untuk tidur di bilik sendiri. Ini agak sukar kerana Mya Omei agak penakut, tapi yang peliknya ~ tengok tv sensorg kat ruang tamu boleh pula~...




Friday, April 20, 2012

steambot oh steambot

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Pada hari rabu (11/04/2012) yang lepas, geng ofis encik suami bertandang ke rumah saya untuk buat pot-luck. Menu utama hari tu adalah steamboat.

Saya hanya prepare kuah untuk steamboat dan Sos nya sahaja. Bahan-bahan lain beli aje kat tesco. Rebus.Mudah sesangat.

Bahan-bahan untuk menu Steamboat. Memang banyak n best. Lain kali boleh buat lagi :)









Sempat lagi posing sambil makan-makan. Memang sporting dia orang ni ;)






Baik pulak Mya Omei dengan auntie kakak Priya kali ni. Kadang-kadang tak nak langsung walaupun berkali-kali dah jupe.







Ni selepas kekenyangan, berehat-rehat sambil
menunggu aktiviti 'surprise' yang selanjutnya.
  


 Ini la surprise yang geng encik Suami nak buat untuk salah seorang geng dia.. Ms Mei. Happy Birthday yang ke ** rahsia