marzuna

Thursday, October 11, 2012

IBU LEGA, MAJIKAN GEMBIRA

Assalammulaikum..

Dah lama giler tak update blogkan.. Dah bersawang-sawang blog saya ni..
Banyak benda nak update tapi mood malas lagi banyak.. huhuuhuh..

Utusan 11/10/2012.
Hari ni gambar Hannah ada masuk surat khabar Utusan. Bukan cerita pasal Hannah pun. Hanya ada gambar budak tecik tu aje. Tajuk berita nyer - IBU LEGA, MAJIKAN GEMBIRA. Cerita pasal taska di tempat kerja.

Secara kesimpulannyer, (cepatnyer kesimpulan ek,cerita baru 3 ayat.. hik hik) kewujudan taska di tempat kerja ini memang banyak membantu. Ibu bapa tidak perlu tergesa-gesa untuk pulang awal dan kebajikan anak-anak sentiasa dan boleh dipantau pada bila-bila masa. Pada ibu yang menyusukan anak juga, ibu boleh direct breastfeeding kerana tempat breastfeeding disediakan. Selalunyer taska yang diwujudkan di tempat kerja akan diselenggara oleh pihak majikan sendiri. Ini bermakna pelbagai kemudahan dapat disediakan untuk keselesaan anak-anak.

Saya  bersyukur taska diwujudkan di Opis saya. Terima kasih kepada opis saya,taska Raihana Childcare , terutama guru-guru taska kerana menjaga anak saya dengan baik... :)

~~~ Entri Skema ~~~

Wednesday, August 15, 2012

Sambutan Hari Jadi Encik Suami


Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Happy Birthday Daddy Cyg.
Happy Birthday kepada encik Suami yang ke 33 pada 03 ogos yang lalu. Lambat saya dapat post dekat blog sebab tersangat la bznyer di bulan ramadhan ni.
Kami di Majlis Berbuka Dan Birthday en Suami

Saya cuma nak cakap, encik Suami @daddy adalah husband dan ayah yang terbaik buat saya dan anak-anak. Terima kasih atas kasih sayang yang dicurahkan. Terima kasih juga menjadi suami yang sangat memahami dan ringan tulang membantu menguruskan keluarga.



Birthday Cake Encik Suami
Doa mummy dan anak-anak.. semoga kebahagian, kegembiraan dan kejayaan sentiasa mengelilingi kehidupan Daddy bersama-sama dengan keredhaan dan rahmat dari Allah swt. We all love you very much. :)
Kami Sekeluarga - Happy Family Forever..Amin

Sambutan birthday encik Suami dibuat oleh opismate encik Suami. Saya tak sempat nak buat apa-apa tahun ni. Maklumlah bulan puasa sekarang ni dan kekangan waktu [ceh..alasan semata2 kan]. Maaf ye Encik Suami..tahun depan kita sambut besar2-besaran..hihihiihih. Terima Kasih kepada geng2 encik suami...tahun dpn tolong buatkan lagi ek :). Majlis tersebut juga sempena berbuka puasa dengan geng2 opismate encik Suami.kira 2+1 la kan..

Semua yang Terlibat - Terima kasih :)

**** SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN ********









Selamat Hari Raya Aidilfitri


Selamat Hari Raya Aidilfitri.Maaf zahir dan Batin daripada kami sekeluarga...

Semoga Aidilfitri kali ini memberikan seribu kegembiraan dan kebahagian kepada semua.

:)



Monday, July 23, 2012

RAMADHAN 1433H

Salam Semua,

Harap masih belum terlewat saya & keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak. Maafla....agak sibuk sikit sampai dah masuk 3 hari puasa baru nak ucap......




Salam Ramadhan
Kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadahn Al Mubarak kepada pelawat2 laman blog kami.... 

Friday, July 13, 2012

Bekalan Hannah Ke Nursery

Bekalan Ke Sekolah
Assalammualaikum..

Hari ni genap hannah 9 bulan. Kejap aje masa berlalukan..
Perkembangan Hannah lak, semakin aktif tak nak duduk diam.. Dah pandai nak panjat2 kerusi kat rumah tue... Tetap peramah tapi jgn ambik/pegang dia.. Sure menangis.. Aduh!! yang paling memeningkan kepala saya, tak boleh berenggang langsung dengan saya.Kalau dekat rumah dia tak nampak kelibat saya, dia akan menangis sekuat hati dengan air mata yg mencurah-curah cam air hujan dan bila saya dekat dengan dia..terus senyum2 dan gelak2... sekelip mata aje emosi dia berubah..Sabar aje la budak cute tue...

Bubur Nasi Sedap.. hikhikhik
Susu Untuk Hananh
Entry kali ni saya nak cerita bekalan hannah ke nursery. Sekarang hannah bawak bekal 3 susu botol dan satu bekas bubur tiap-tiap hari.
Seronok sebab saya dapat sediakan makanan hannah sendiri. Masa Mya dulu, makanan tidak dibenarkan di bawa ke nursery. Memang letih kena bangun awal untuk masak bubur tp kepuasan tue plg penting.Kadang-kadang pening gak kepala nak piki Menu untuk Hannah. Yer la.. takkan nak bagi bubur yg sama aje tiap2 hari..Sure tak lalunyer.. Kita yang dah tua ni pun kalau makan benda sama tiap-tiap hari pun
jemu..inikan pulak budak tomei tue.. :)

Hari ni saya masakkan Hannah Bubur Nasi + Brokoli + Ikan Tenggiri  + Puri Carrot. Saya tak blend dah bubur Hannah sejak gigi sebatang dia tue tumbuh. Saje aje nak ajar dia makan makanan yg lebih kasar sikit..Kalau gigi dah banyak sikit nanti, baru saya ajak makan nasi lembik lak...

Malam-malam lak saya suka buatkan Hannah Oat+Stok Ayam(yg direbus sendiri)+sayur(Bayam/brokoli/carrot/daun sup je).
Minggu ni saya nak ajar dia makan daging ayam lak.. :)

Thursday, July 12, 2012

Pic Mya ke Kebun

Mya Omei mengomel sbb byk nyamuk......

Terjerit-jerit suh Mummy temankan Mya Omei

Mya nk tolong Daddy

Wednesday, July 11, 2012

McD Chicken Foldover Promotion ( Buy 1 Free 1)

Assalammualaikum...

Jom Kawan2.. kita p Mc D.. Beli satu percuma Satu..

Sape2  yang beli tur... bagi yang free pada saya  ek :)


korang leh ambik coupon tue kat Sini : coupon buy 1 free 1