marzuna

Wednesday, February 29, 2012

Tempat Penyimpanan Susu

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Kejap aje masa berlalu, pejam celik, pejam celik dah berakhir bulan februari 2012. Rasanya baru je saya masuk kerja bulan disember hari tu. Erm...sekarang ni, kita yang kena kejar masa.Kalau kita lambat, kita kena tinggal la jawabnyer.Eh!!..Saya bukan nak cerita pasal masa,[tiba2 melalut pasal masa lak :) ]tapi saya nak cerita pasal deep freezer saya. Dah lama dah saya beli. Kalau tak silap, dah hampir sebulan.Saya beli yang biasa2 n kecik aje.Janji boleh simpan susu untuk Hannah Cute :).Peti ais saya dah tak mampu nak tampung bekalan stok susu Hannah lagi. Discuss dengan encik Suami dan dia bersetuju kami beli deep freezer. Takut jugak membazir tapi alhamdulilah setakat ni, deep freezer tue dah hampir penuh [~saya sangat gembira :) ]
Deep Freezer ~ hanya simpan susu Hannah Cute.
Stok susu yang hampir penuh.
Seronok bila tgk susu banyak :
Sekarang ni, freezer 2 pintu saya dah boleh digunakan untuk simpan bekalan lauk pauk pula.Erm.. kena penuhkan semula la freezer saya tu. Baru senang hati bila tgk stok susu untuk Hannah Cute banyak [tamak ke saya??..erm ada la sikit :) ]


Susu -Di dalam peti ais- Hanya tinggal bahagian atas sahaja.Bhgn bawah Hannah dah habiskan. :)

~~ Petua saya ~untuk banyakan susu~ Kena Makan Banyak2.. memang takde istilah diet [ perkataan diet hanya dlm mimpi dan dibibir aje huhuuhuhuhu...:( kena korbankan sesuatu jika hendak sesuatu ]

Monday, February 20, 2012

Kisah Botol Susu MAM

Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Post sebelum ni saya ada tulis pasal problem hannah tak nak hisap botol susu avent dia. Pening kepala memikirkan botol apa yang sesuai untuk Hannah. Mula-mula nak beli botol susu Tommee Tipee[eh??camne ke ejaan dia- lbh kurang la kot :) ] tapi takde pula stok dekat kedai yang saya pergi itu. Pilih-pilih punya pilih, saya dan en Suami decide belikan botol MAM saja untuk hannah. Beli satu sahaja dulu. Tengok kesesuaian Hannah. Sat lagi beli banyak2, Hannah cute tue tak nak.membazir pulak.
Botol Susu MAM  pertama Hannah -Pink Color
Sesi percubaan ambik masa 3-4 hari la jugak. Hannah minum guna botol MAM tu cam ok aje. Botol lama dia pun dia minum elok jugak. Aduh! Confius saya ngn masalah Hannah ni. Sebelum ni tak nak botol, lepas tue nak pulak kedua-dua botol [avent & MAM]. Bincang dengan encik Suami untuk tentukan botol mana yang Hannah perlu guna. Tak boleh guna dua-dua botol.Takut dia confius punting. Nanti timbul pulak masalah lain.

Malas nak pening-pening, saya decide aje Hannah guna botol MAM. Kena beli 2 botol lagi supaya senang pengasuh Hannah. Tak perlu terkejar-kejar nak basuh botol Hannah kalau hannah nak susu. Saya bekalkan 3 Botol Susu MAM dengan 5 Botol Susu Badan setiap hari untuk Hannah Cute. Hopefully lepas ni Hannah takde masalah dengan botol susu dia lagi.


Warna botol Hannah ~ Pink, Hijau, Purple..Cute macam Hannah jugak..~ Hannah mmg Cute :)
Color Hijau - Color Favourite- Mummy&Daddy



Color Ungu - Cute jugak :)

Thursday, February 16, 2012

Kisah Februari ~ Mya Omei Dan Hannah Cute~

Mya Omei
Hannah Cute
Assalammualaikum...

Mya Omei kena sembelit yang agak teruk baru-baru ni.Kesian dia, masa nak membuang sampai keluar2 air mata. Punya la keras najis dia dan yang paling sedih sekali ada ketulan kecil terkeluar [cam buasir]. Akibatnya, sampai ke hari ini , setiap kali Mya omei buang air besar dia akan menangis menjerit2 walaupun najis dia tak keras mana. Time nak basuh pun dia akan menjerit2 tak nak bagi orang basuhkan. Walaupun saya tak sampai hati nak basuh atau letak ubat [sebab dia akan menangis2 sampai basah muka dia] saya kuatkan dan keraskan juga hati saya.Memang terpaksa kalau saya biarkan lagi teruk keadaan Mya omei nanti.Saya pun pelik kenapa Mya Omei boleh kena sembelit. Mya Omei suka dan banyak minum air kosong. Suka makan sayur dan saya dah cairkan susu dia.Maybe sebab genetik.Saya juga selalu sembelit.. :(

Kisah Hannah Cute pula, selepas bercuti 3 hari dan saya hantar dia ke nursery seperti biasa.Kira-kira pukul 10.30++ cikgu dari nursery dia call bagitahu dia tak nak hisap botol susu..Saya tak tahu apa punca masalahnya.Terpaksa la saya turun susukan Hannah Cute. Kesian kat Hannah Cute, menangis sampai serak2 suara dan dia tak boleh tidur. Maybe dia kelaparan sebab tue tak tidur lena. Solution yang saya  buat adalah tukarkan botol susu dia. Nasib baik dia nak dan botol lamanyer juga dia boleh guna semula.erm..tak apa la, saya bazirkan duit beli botol baru asalkan Hannah nak minum susu. Saya tak nak la badan Hannah yang bam, bam tue susut gara-gara tak nak minum susu guna botol.

Semoga masalah anak2 saya tak berlarutan.Kesian pada mereka :(