|
Mya Omei |
|
Hannah Cute |
Assalammualaikum...
Mya Omei kena sembelit yang agak teruk baru-baru ni.Kesian dia, masa nak membuang sampai keluar2 air mata. Punya la keras najis dia dan yang paling sedih sekali ada ketulan kecil terkeluar [cam buasir]. Akibatnya, sampai ke hari ini , setiap kali Mya omei buang air besar dia akan menangis menjerit2 walaupun najis dia tak keras mana. Time nak basuh pun dia akan menjerit2 tak nak bagi orang basuhkan. Walaupun saya tak sampai hati nak basuh atau letak ubat [sebab dia akan menangis2 sampai basah muka dia] saya kuatkan dan keraskan juga hati saya.Memang terpaksa kalau saya biarkan lagi teruk keadaan Mya omei nanti.Saya pun pelik kenapa Mya Omei boleh kena sembelit. Mya Omei suka dan banyak minum air kosong. Suka makan sayur dan saya dah cairkan susu dia.Maybe sebab genetik.Saya juga selalu sembelit.. :(
Kisah Hannah Cute pula, selepas bercuti 3 hari dan saya hantar dia ke nursery seperti biasa.Kira-kira pukul 10.30++ cikgu dari nursery dia call bagitahu dia tak nak hisap botol susu..Saya tak tahu apa punca masalahnya.Terpaksa la saya turun susukan Hannah Cute. Kesian kat Hannah Cute, menangis sampai serak2 suara dan dia tak boleh tidur. Maybe dia kelaparan sebab tue tak tidur lena. Solution yang saya buat adalah tukarkan botol susu dia. Nasib baik dia nak dan botol lamanyer juga dia boleh guna semula.erm..tak apa la, saya
bazirkan duit beli botol baru asalkan Hannah nak minum susu. Saya tak nak la badan Hannah yang bam, bam tue susut gara-gara tak nak minum susu guna botol.
Semoga masalah anak2 saya tak berlarutan.Kesian pada mereka :(
1 comment:
Kesian Mya..smp fobia nak buang air besar..try bagi jus plum utk melembutkan najis..
Post a Comment