marzuna

Wednesday, March 14, 2012

Ulser Mulut

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..
Ulser mulut - Image dr Encik Google :(

Saya tengah sakit mulut.Terkena ulser. Minggu lps seminggu sakit gigi. :(. Nampaknya bulan tiga ni, bulan penghapusan dosa untuk saya..

Apa itu ulser mulut? sure ramai yang tahu kan. Ulser mulut adalah luka di dalam kawasan lembut mulut.Ulser ini nampak seperti tompokan warna putih. Ulser mulut boleh terjadi berulang kali,ia mungkin dalam satu tompok atau berkumpulan,2 hingga 5 tompok. Ulser akan sembuh tanpa meninggalkan parut. Penyakit ulser ini kerap berlaku di bahagian pipi dan ada kalanya di bahagian lidah dan gusi [saya nyer dekat bwh mulut.dekat dgn gusi].

Simptom-simptom ulser adalah
~Tompokan warna putih dan terasa sakit apabila bersentuhan dengan makanan. Tompokan ini boleh berlarutan 7 hingga 14 hari. Ulser mulut menyebabkan anda hilang selera untuk makan dan minum kerana sakit mulut. Kadangkala  berasa malas untuk bertutur .[ Nak makan pun susah, nak cakap pun sakit. Memang susah untuk orang yang suka makan mcm saya ni :( ]

Punca-punca ulser adalah seperti berikut:
  • Jangkitan bakteria, virus atau fungus.
  • Kesemua golongan umur boleh terkena penyakit mulut ulser.
  • Ulser boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal umur.
  • Ulser juga boleh disebabkan kerana kecederaan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah dan terkena dawai alat ortodontik.
  • Pengambilan zat besi, asid folik dan vitamin B 12 yang tidak mencukupi.
  • Sistem imuniti badan yang lemah
  • Alahan
  • Radioterapi
  • Kimioterapi
  • Sebab-sebab yang tidak diketahui.
  • Tekanan 
Kalau korang nak tahu lagi boleh masuk website ni. Saya pun google tadi. :)
 *Sumber dipetik dari : http://www.cybermedik.com/kenapa-kerap-kena-ulser-mulut

No comments: