marzuna

Tuesday, July 3, 2012

Nasi Ambang @ Nasi Ambeng

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Harini nak citer sikit pasal kenduri 23 Jun 2012 tempohari kat kampung Daddy @ Kampung Batu Laut kenduri sempena menyambut Ramadhan 1433H. Tiap2 tahun sure atuk x ketinggalan untuk wat kenduri ni. Ramai gak la orang yang datang kenduri.....maklumla otai kt kampung la katakan.

masing-masing mengambil tempat untuk makan
ada lebih kurang 50 orang gak lah yang datang kenduri ni...antaranya orang2 kampung & orang2 masjid Kampung Batu Laut

Nasi Ambeng Kampung Batu Laut
Menu utama kenduri kali ini - macam biasala nasi ambang @ nasi ambeng

Hah....kalau korang nak tau keluarga belah arwah mak daddy ni keturunan jawa.....so dh tentula pilihan makanan yang ada berkonsepkan jawa.....hehehehhehe
Apa tu nasi ambang @ nasi ambeng???? Jom kita tengok apa maksudnya mengikut wikipedia....
'' Nasi ambeng adalah hidangan khas Jawa berupa nasi putih yang diletakkan di atas tampah dan diberi lauk pauk di sekelilingnya. Lauk pauk dapat berupa perkedel, ikan asin goreng, rempeyek, sambal goreng, telur rebus, tempe goreng, urap, bihun goreng, danopor ayam.
Nasi ambeng adalah hidangan yang disajikan dalam selamatan sebagai sebagai lambang keberuntungan. Nasi dimakan beramai-ramai oleh empat hingga lima orang dewasa. Nasi dimakan dengan memakai dengan tangan telanjang, tanpa sendok dan garpu. Penyajian nasi ambeng mengandung permohonan agar semua pihak yang turut serta dikaruniai banyak rezeki.
Nasi ambeng juga populer di Malaysia, terutama di kalangan orang Malaysia keturunan Jawa, dan juga dikenal dengan nama nasi ambang.[1] Hidangan ini juga dapat dijumpai di Singapura. Lauk wajib nasi ambeng di Malaysia adalah serundeng kelapa. Di Malaysia, lauk nasi ambeng yang populer adalah daging ayam masak kecap, mi goreng, dan sambal goreng.[2] Penyajian nasi ambeng di Malaysia hampir sama dengan penyajian nasi ambeng di Jawa. Nasi dan lauk pauknya diletakkan di atas talam untuk dimakan bersama-sama.''
bestnyer banyak makanan
 Selain nasi ambang ada gak la pelbagai kuih muih, sup cendawan & roti sebagai makanan ringan untuk orang2 kenduri.
proses pertama membahagikan nasi ambeng
Salah sorang akan diwakilkan untuk membahagi-bahagikan nasi ambang tu kepada 4-5 orang untuk dibungkus & di bawa pulang. Maklumla banyak kenduri....so x sempat dorang nak makan. terpaksalah bungkus.....
lepas bahagi2kan ayam....asingkan lak mee, meehoon

lepas dah bahagi sama rata (agak2 je) amik daun pisang untuk bungkus

Dah siap....tinggal nak bungkus je...
selesai bahagi-bahagi untuk beberapa bahagian ....apalagi kasi bungkus la....

Syukur Alhamdulillah kenduri dapat berjalan ngan lancar seperti yang di harapkan. Terima kasih buat semua warga Kampung Batu Laut atas kerjasama bagi melancarkan kenduri tersebut.....

2 comments:

mrs adam said...

hai marzuna,awak nak tahu details pasal smat soleh tu,tapi saya tak jumpa la alamat emel awak,kalau details yuran saya ada tulis kat http://fieda0102.blogspot.com/2011/12/yuran-smart-soleh.html

marzuna said...

ok. tq :)