marzuna

Wednesday, July 10, 2013

Salam Ramadhan.

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Ramadhan datang lagi dan alhamdulilah kita masih berpeluang untuk menyambut ramadhan kali ini.
Semoga  Ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan-ramadhan sebelum ini.

Hari ini, Mya cuba untuk berpuasa. Setakat pukul 12.00 tengahari tadi dia masih mampu melawan 
nafsu lapar dan dahaga. Tiada paksaan untuk Mya, saya dan encik suami hanya bercerita pada dia 
apa itu puasa dan dia sendiri yang hendak puasa. Tiada habuan yang dijanjikan cuma mungkin penghargaan kecil yang saya dan encik suami akan berikan sekiranya dia boleh puasa penuh. Penghargaan itu pun kami belum fikirkan lagi.

Hannah walaupun tak puasa tetap bangun sahur. Tetap sibuk nak makan walaupun tak makan.

Itulah ragam anak-anak. :)

Salam Ramadhan untuk semua umat islam.

SALAM RAMADHAN 

DARI 

MYA DAN HANNAH


No comments: