marzuna

Friday, November 8, 2013

Sambutan Birthday Hannah

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Sambutan birthday Hannah Maisarah dibuat di taska pada 18/10/2013. Wah...lama dah..baru nak update. Maklum la... mummy agak bizi..Sorry ye Hannah..

Majlis bermula pukul 430 ptg. Selalunyer waktu gini, kanak-kanak kat taska tu, minum petang.
Menu hari tue simple jer.. air kotak Milo, kek harijadi Hannah dan ayam KFC.

Goodies Bags dan Kek HariJadi 



Daddy ambik cuti khas untuk sambutan birthday Hannah kali ni. Asyik suruh daddy ngn  Kak Mya nyanyi lagu birthday tuk dia kalau dalam kereta. Kalau tak nak nyanyi, sure nangis. hannah..hannah..
Alhamdulilah..akhirnya dapat jugak buatkan Hannah birthday Party walaupun tarikh terpaksa diubah banyak kali.. Lepas buat birthday party aritu, kurang sikit dia minta orang nyanyikan lagu happy birthday tuk dia..Nasib Baik..:)

Jom Tiup Lilin

Semoga Hannah jadi anak yang baik, berjaya dunia dan akhirat.Mummy, Daddy dan kak mya sayang Hannah.. Love u :)
Hannah Yang Comel Di Mata dan Hati Saya :)





Monday, October 14, 2013

Happy birthday hannah maisarah..

Happy birthday hannah maisarah yg ke -2 pada 13.10.2013... semoga menjadi anak yang baik..yang berjaya dunia dan akhirat,diberikan kebahagian dan kesihatan yang baik...
Mummy,daddy dan kak mya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk hannah..kami semua sayangkan hannah...

Thursday, September 19, 2013

Happy birthday dameea maisarah...

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Happy birthday to anakanda nur dameea maisarah yang ke 4 pada 7hb september yang lepas.. lambat update.

Semoga mya menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat,anak yang baik dan sentiasa dilimpahi kesihatan,kebahagian dan kejayaan..

Mummy,daddy dan adik hannah syg mya

Sarang tebuan jgn dijolok...

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Pernah kena sengat dgn tebuan?sakit sangat.. hanya org yg pernah kena aje tau perasaan itu...

Kisahnyer terjadi pada hari ahad lps.. saya dan encik suami pergi ke kebun untuk membaja..dah habis membaja,kita orang p la tebas2 sikit apa yg patut.sebelum tu pergi betulkan pagar sebab kambing boleh terlepas lak masuk tanah kita orang...

Masa encik suami tebas2 tue..tiba2 dia ckp ngn saya.. lari cpt.. tebuan kejar..aduh!mmg tak cukup tanah nak lari.. dgn kasut pua chu kang tue.huhuk. kami berlari cam atlit lumba lari sukma.. ingatkan kami dah lari sehabis laju tp tebuan tu terbang lagi laju dan sengat kami..sakit giler kena sengat..memang mengigil tangan dan bdn lps kena sengat..hukhuk

Nasib kami baik sebab tak semua tebuan tu kejar kami.. tak dpt nk bayangkan kalo semua menyerang kami..syukur alhamdulilah...kami masih bernafas di muka bumi allah ini.

Lepas ni pergi kebun kena lbh berhati2.. kena alert dgn keadaan sekeliling...hukhuk

Tuesday, August 6, 2013

Salam Aidilfitri 1434H

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Lagi dua hari umat islam di malaysia akan menyambut kedatangan Syawal .. insyaAllah...

Dikesempatan ini, keluarga kami (saya, encik Suami, Mya Dan Hannah) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Kami juga ingin memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa, menguris perasaan sesiapa sahaja selama ini.
Mohon untuk menghalalkan segala yang terambil atau terguna. Kami hanya manusia biasa yang selalu melakukan kesalahan.:(

Untuk yang akan memandu pulang ke kampung, pandulah berhati-hati. Sentiasa ingat orang tersayang. :)

SALAM AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR DAN BATIN UNTUK SEMUA.


Monday, July 22, 2013

Berbuka Di SACC

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Salam ramadhan.. Dah masuk hari ke 13 hari ini, umat islam di malaysia berpuasa.
Alhamdulilah, kita masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menunaikan ibadah puasa kali ini.

Pada hari sabtu 13/07/2013 yang lepas, saya sekeluarga telah berbuka puasa di SACC (Shah Alam Convention Centre). Beli pun dekat groupon jer..

Pukul 6 lbh baru kami bertolak dari rumah. Nasib baik jln tak jem. Masa sampai tu, 
kena beratur panjang sebab nak dapatkan nombor meja. Nasib baik saya ni cekap potong line...hiihihihih..[tak sebenarnya, tiba2 aje dia orang buka kaunter baru, dan panggil saya.. Alhamdulilah, tue namanyer rezeki dan bernasib baik.. :) ]

Tempat berbuka kali ni, keadaan dia macam dewan. Luas dan senang nak ambik makanan. Nasib baik meja kami berada didepan, takde la susah sangat nak bergerak. Al maklumlah dengan kanak-kanak dua orang tue.. Kejap-kejap nak jalan@dukung nak tgk makanan. Hannah tak padan yang kecik.. nak jugak ikut kalo kita orang pergi ambik makanan (tak nak duduk lama2 kat baby chair).

Makanan pulak agak banyak. Tak boleh nak rasa semua pun. Sejak puasa ni perut jadi kecik.Makan sikit dah kenyang..sebabnya minum air bergelas2.. lagi2 air batu kan...

16hb hari tu,  saya join geng2 opis hubby berbuka di Zone KL pulak. Nanti saya update ek...

Berbuka Di Sacc.



Wednesday, July 10, 2013

Salam Ramadhan.

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Ramadhan datang lagi dan alhamdulilah kita masih berpeluang untuk menyambut ramadhan kali ini.
Semoga  Ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan-ramadhan sebelum ini.

Hari ini, Mya cuba untuk berpuasa. Setakat pukul 12.00 tengahari tadi dia masih mampu melawan 
nafsu lapar dan dahaga. Tiada paksaan untuk Mya, saya dan encik suami hanya bercerita pada dia 
apa itu puasa dan dia sendiri yang hendak puasa. Tiada habuan yang dijanjikan cuma mungkin penghargaan kecil yang saya dan encik suami akan berikan sekiranya dia boleh puasa penuh. Penghargaan itu pun kami belum fikirkan lagi.

Hannah walaupun tak puasa tetap bangun sahur. Tetap sibuk nak makan walaupun tak makan.

Itulah ragam anak-anak. :)

Salam Ramadhan untuk semua umat islam.

SALAM RAMADHAN 

DARI 

MYA DAN HANNAH