marzuna

Monday, February 20, 2012

Kisah Botol Susu MAM

Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Post sebelum ni saya ada tulis pasal problem hannah tak nak hisap botol susu avent dia. Pening kepala memikirkan botol apa yang sesuai untuk Hannah. Mula-mula nak beli botol susu Tommee Tipee[eh??camne ke ejaan dia- lbh kurang la kot :) ] tapi takde pula stok dekat kedai yang saya pergi itu. Pilih-pilih punya pilih, saya dan en Suami decide belikan botol MAM saja untuk hannah. Beli satu sahaja dulu. Tengok kesesuaian Hannah. Sat lagi beli banyak2, Hannah cute tue tak nak.membazir pulak.
Botol Susu MAM  pertama Hannah -Pink Color
Sesi percubaan ambik masa 3-4 hari la jugak. Hannah minum guna botol MAM tu cam ok aje. Botol lama dia pun dia minum elok jugak. Aduh! Confius saya ngn masalah Hannah ni. Sebelum ni tak nak botol, lepas tue nak pulak kedua-dua botol [avent & MAM]. Bincang dengan encik Suami untuk tentukan botol mana yang Hannah perlu guna. Tak boleh guna dua-dua botol.Takut dia confius punting. Nanti timbul pulak masalah lain.

Malas nak pening-pening, saya decide aje Hannah guna botol MAM. Kena beli 2 botol lagi supaya senang pengasuh Hannah. Tak perlu terkejar-kejar nak basuh botol Hannah kalau hannah nak susu. Saya bekalkan 3 Botol Susu MAM dengan 5 Botol Susu Badan setiap hari untuk Hannah Cute. Hopefully lepas ni Hannah takde masalah dengan botol susu dia lagi.


Warna botol Hannah ~ Pink, Hijau, Purple..Cute macam Hannah jugak..~ Hannah mmg Cute :)
Color Hijau - Color Favourite- Mummy&Daddy



Color Ungu - Cute jugak :)

Thursday, February 16, 2012

Kisah Februari ~ Mya Omei Dan Hannah Cute~

Mya Omei
Hannah Cute
Assalammualaikum...

Mya Omei kena sembelit yang agak teruk baru-baru ni.Kesian dia, masa nak membuang sampai keluar2 air mata. Punya la keras najis dia dan yang paling sedih sekali ada ketulan kecil terkeluar [cam buasir]. Akibatnya, sampai ke hari ini , setiap kali Mya omei buang air besar dia akan menangis menjerit2 walaupun najis dia tak keras mana. Time nak basuh pun dia akan menjerit2 tak nak bagi orang basuhkan. Walaupun saya tak sampai hati nak basuh atau letak ubat [sebab dia akan menangis2 sampai basah muka dia] saya kuatkan dan keraskan juga hati saya.Memang terpaksa kalau saya biarkan lagi teruk keadaan Mya omei nanti.Saya pun pelik kenapa Mya Omei boleh kena sembelit. Mya Omei suka dan banyak minum air kosong. Suka makan sayur dan saya dah cairkan susu dia.Maybe sebab genetik.Saya juga selalu sembelit.. :(

Kisah Hannah Cute pula, selepas bercuti 3 hari dan saya hantar dia ke nursery seperti biasa.Kira-kira pukul 10.30++ cikgu dari nursery dia call bagitahu dia tak nak hisap botol susu..Saya tak tahu apa punca masalahnya.Terpaksa la saya turun susukan Hannah Cute. Kesian kat Hannah Cute, menangis sampai serak2 suara dan dia tak boleh tidur. Maybe dia kelaparan sebab tue tak tidur lena. Solution yang saya  buat adalah tukarkan botol susu dia. Nasib baik dia nak dan botol lamanyer juga dia boleh guna semula.erm..tak apa la, saya bazirkan duit beli botol baru asalkan Hannah nak minum susu. Saya tak nak la badan Hannah yang bam, bam tue susut gara-gara tak nak minum susu guna botol.

Semoga masalah anak2 saya tak berlarutan.Kesian pada mereka :(

Thursday, January 12, 2012

Build the #ChurpChurp community with your friends & be the first to share the latest promotions!

Build the #ChurpChurp community with your friends & be the first to share the latest promotions!

Tuesday, January 3, 2012

Style Rambut Hannah yang baru

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Sudah jadi kebiasaan bagi keluarga di pihak saya, bayi yang dilahirkan akan dibotakkan kepalanya. Hannah Maisarah pun dibotakkan kepalanya selepas majlis cukur jambulnya.

Hannah mmg anak yang baik. Tak menangis pun masa atuk  botakkan kepala dia. Ayah saya ambik masa kejap aje nak licinkan kepala hannah. Gerun juga saya tengok pisau kecik tue bermain2 atas kepala hannah tapi Hannah sempat gelak2 lagi bila orang 'agah' dia. Kali ni encik suami ambik part sikit aje. Masa Mya dulu, encik suami kena licinkan kepala mya sendiri setelah ayah saya botakkan kepala mya separuh.


Comel aje muka hannah lepas kepala dibotakkan. Time ni hannah dah mula rimas dan tak selesa. Kesian pulak kat dia. Rambut pun hampir masuk ke dalam mulut.

Sekarang rambut hannah dah tumbuh sikit, nanti kalau rajin saya update picture terbaru hannah ngn Mya Omei. :)

Tuesday, December 27, 2011

Majlis Cukur Jambul Nur Hannah Maisarah

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Pada  17hb December 2011, majlis cukur jambul hannah telah dibuat di kg saya [Kg Chemomoi].

Ni gambar sebelum majlis bermula. Orang kampung bergotong royong siapkan makanan. Anak dara saya si Mya Omei sibuk main kucing. Sampai lembik kucing tu dia duk kejar..Menu pagi tu, mee goreng, roti jala, pulut dengan sambal dan kuih muih. Nasib baik Hannah Maisarah tak banyak ragam pagi tu. Kesian dia dan Mya  kena bangun pagi2 sebab kena  balik kampung pagi-pagi tu jugak.Kami bertolak  dalam pukul 6.00 pagi dan nasib baik sampai kampung pukul 7.30 pagi dan majlis tak bermula lagi. Orang kampung  dah start dtg pukul 830 pagi. Kalau la orang kampung datang dulu sebelum kami sampai mau haru jadinyer.. :(



Hannah Maisarah dah siap2 untuk majlis cukur jambul. Mya Omei? Memang susah nak tangkap gambar dia. Sibuk main dengan sepupu2 yang lain dan kejar kucing. Cari mummy ngn daddy bila nak susu aje. Time lain memang tak hairan kan kami.







Ini pulak Majlis Cukur Jambul Hannah Maisarah. Tgk la rupa Mya Omei.Muka keletihan.
Hannah pula sempat lagi tidur time orang cukur jambul dia. Alhamdulilah Hannah tak menangis dan majlis berjalan dengan lancar.


















Terima kasih kepada seluruh keluarga yang banyak membantu.. :)

Wednesday, December 21, 2011

KidZania @ The Curve


Pagi tadi, sebelum start keje p layan FB jap....mana la tau ada apa2 yg menarik perhatian ke...Tu yg tetiba ternampak lak status dari seorang sahabat ni....''Can't wait for KidZania to open in Vurve NX"
Eh!!! Apa lak benda alah KidZania nie?? Pastu nak bukak kat The Curve.....ish..ish...ish.....kitorang yang dok area sana pun tak tau pasal nie....
Jom tengok apa yang menarik kat sana....

KidZania bakal di buka di The Curve, Petaling Jaya dalam bulan Januari 2012. Hmmm......nampak menarikkan!!!

Rupa-rupanya KidZania ni adalah salah satu lagi tempat beriadah bersama keluarga yang bakal di buka nanti. Memang menarik.....satu Taman Tema baru berkonsepkan pendidikan.

KidZania yang pertama telah di buka di Mexico pada September 1999 di Santa Fe Shopping Mall & sekarang mula mengembangkan konsep tersebut di merata negara termasuklah Malaysia.

Inilah konsep KidZania yang bakal di buka nanti.....Jom kita bawak anak-anak ke sana nanti....


Info:

http://blog.malaysia-asia.my/2011/03/kidzania-kuala-lumpur-at-curve.html?m=1

http://www.kidzania.com.my/


Tuesday, December 20, 2011

Penyusuan susu Ibu

Salam semua,

Rasanya saya pernah post topik ini tapi saje je nak ulang semula.Sekarang ni saya giat mengepam susu.Alhamdulilah stok mencukupi untuk Hannah Maisarah.Harapan saya, saya dapat menyusukan Hannah sekurang-kurangnya sehingga 2 tahun.Mya dulu saya hanya mampu susukan selama 1 tahun 6 bulan, sebab saya telah mengandungkan Hannah.Memang boleh wanita pregnant menyusukan anak tapi saya tak mempunyai kekuatan itu.Mau reput tulang saya...
Susu yang telah dibekukan
Penuh peti ais

Antara kaedah memastikan susu badan kekal adalah:

1. Kerap mengepam susu, selang 3-4 jam sekali - Saya tak buat pun saya pam 4-5 jam sekali.Tak sempat..
2. Pastikan sentiasa direct feeding jika bersama anak. -Yang ni saya buat,senang..tak payah nak susah2 carik air panas.
3. Minum lebih air masak - Dah berbotol-botol saya minum akibatnya saya asyik ke toilet.
4. Elakkan stress - kerja tak banyak dah so saya boleh hindari stress ni.
5. Sokongan dari suami - Encik Suami mmg banyak membantu, tolong basuh, label dan sewaktunya.
6. Makan makanan yang sesuai dengan diri yang boleh membantu membanyakkan susu.


Antara Makanan yang boleh membantu menambah susu badan
1. water chestnut/sengkuang cina
2. kobis
3. halba
4. laici
5. longan
6. lobak putih
7. sawi
8. kailan
9. tenggiri
10. bayam
11. peria
12. jantung pisang
13. soy based product
14. carrot- kalau buat jus carrot susu sedap!
15. Madu lebah asli
16. Spirulina
17. pegaga-jus atau ulam segar

~~~ Jom Susukan anak dengan susu badan~~