marzuna

Friday, August 31, 2007

Selamat Hari Merdeka..Tapi aku Tak Merdeka Lagi...Hukhuk...

Semalam pukul 4++ aku dapat satu berita gembira... last day bersama2 utm..gumbira betul ase... tapi kegembiraan tu kejap aje.. coz kul 5++ david dpt call kata aku ngn dia kena masuk semula projek utm.. wah...sedihnya...ase nak nangis n nak marah aje.. sebabnya........ aku tak leh balik kg... kena stay untuk siapkan OR pembayaran...betul2 ase hampa.. ase nak tukar keje aje time tue..tapi piki semula..keje sbg programmer ni..mmg mcm nie...tak kira aku duk company mana pun ...semua sama.

solution yang aku kena ambik kalau tak nak kena kerja mcm ni..adalah tukar career bukan tukar company..tapi aku syg lagi kerja sbg programmer ..huhkhuhk...tapi aku tak  larat dah!!!!!!!!!

org lain sure tgh gembira sambut merdeka..ada p vacation la..balik kg..shoping...bestnya leh merehatkan diri....



mesti mak aku sedih sebab aku dah janji nak balik kg..semua family aku tgh berkumpul kat kg skrg ni.sebab nak buat kenduri arwah+cukur jambul aliesha....orang tu pun balik kg....sedihnya kena duk kl ni sensorg...waaaaaaaaaa nak lik kg gak....

Saturday, August 25, 2007

hari sabtu last bersama projek utm???

hari sabtu last bersama projek utm....hip..hip horey!!!!!!.
harap2 betul  la ini akan jadi kenyataan ..
tapi sama jugak..lepas ni maybe kena masuk projek bless tapi yang ni tak confirm ag...tak kisah pun masuk mana2 projek..semua sama tapi projek  ni gile tahap gaban sikit sebab development tak sampai 2 bulan...
lepas utm masuk bless..ibarat kan lepas mulut harimau masuk lak mulut buaya...tapi nak wat camne..keje sebagai kuli....mcm ni la.. kerja tak tentu masa dan tak terkira masanya...maybe pas ni aku kena tukar target idup lak.. kalau org tanya apa yang awak harapkan dlm masa 5-10 tahun akan dtg..? aku kena jawab nak jadi bos la.. sng..sesuka hati aku aje nak balik n nak datang keje pukul berapa...kehkehkehe..bestnya camtu...

Saturday, August 18, 2007

Kerja DiHari Sabtu

sabtu..18/07/2007 = 14 hari lagi projek utm ni nak habis...tak sabar asenya, dah sebulan dok wat count down aje..betul2 rasa dah tak larat.dah ase cam buruh binaan pulak..buruh binaan pun kerja tak  lebih dari 14 jam sehari..sabtu, ahad kena dtg kerja lagi...
hari2 ngadap  coding...bestnya kalau boleh pergi bercuti kemana2...relaks2kan otak yang letih tahap gaban ni...
bestnya kalo kerja gomen..sabtu ahad confirm cuti..balik pun awal..leh balik kg selalu...waaaaaaaaaa....bila aku nak dpt kerja kerajaan ni...!!!

Friday, August 17, 2007

Renungan

1.Janganlah kamu mengkagumi amal seseorang, sehingga kamu dapat menyaksikan hasil akhir kerjanya



2.Orang tidak berilmu umpama sampan tanpa pendayung.



3.Membantu orang malas umpama memasang pelita waktu siang.


4.Hari yang mendatang tidak memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.


5.Apakah yang dapat kita jadikan harta dimasa hadapan jika makanan hari ini habis semalam, dan makanan esok habis hari ini.


6.Bersyukurlah dengan apa yang ada, agar kita lebih menghargai kehidupan.


7.Tubuh kita adalah taman, dimana semangat kita adalah tukang kebunnya.




8.Manusia jarang mengenang jasa orang lain, sebaliknya sering mencari kesilapan mereka.



9.Musuh menikam kita dari depan, tetapi kawan menikam kita dari belakang.




10.Jangan membiarkan api menyala didalam rumah kamu selama kamu tidur.





11.Berpuas hatilah dengan apa yang kita ada sekarang, kerana apa yang kita ada sekarang, tidak semestinya kekal hingga keesokan harinya.



12.Jangan memandang mudah setiap kesalahan tetapi pandanglah kepada siapa yang kamu sakiti.


13.Seorang mukmin bukanlah pengumpat dan yang suka mengutuk yang keji dan yang ucapannya kotor.


14.Dunia adalah bayangan kematian.


15.Sebodoh-bodoh monyet ia pasti akan ketawa apabila melihat manusia bertenggek sepertinya.


16.Kesedaran tidak pernah datang selagi manusia belum terlanjur dan tersilap langkah.


17.Didalam berat timbangan undang-undang, tidak terdapat walaupun sedikitpun kasih sayang.


18.Tiada lurus iman sesaorang hamba sehingga lurus hatinya dan tiada lurus hatinya sehingga lurus lidahnya.