marzuna

Friday, April 29, 2011

~ Jom Shopping ~


Salam…..
Harini dah 29hb….maknanya dah ujung bulan la ni….mmm….dah tiba masa nk membeli-belah. Nak kena check apa je barang yg dh abis nk kena beli ni. Esok nak balik kampong dah…..alang-alang belikan sekali barang dapur utk mak ayah kat kampong….
Ni senarai checklist yg perlu di check balik nanti….ada lagi x kt umah tu….….

Barang Dapur
Ikan
Ayam
Minyak masak
Sardin
Sayo
Barang Peribadi
Pencuci muka
Cologne
Colgate
Berus gigi
Barang Mya Omei
Pampers omei
Berus gigi omei
Ubat gigi omei
Sabun mandi omei
Makanan tambahan utk omei

Byk jugak barang nk beli ni…..mana ek yg murah…..???
Jom kita survey
Nk p Tesco ke, nk p Giant ke, nk p Carrefour ke, nk p paso borong ke, nk p kedai cap ayam...hehehehe….

Thursday, April 28, 2011

~ A to Z of Friendship ~

Salam,
Sempena Hari Peluk Kawan ''HUG A FRIEND DAY'' yg lepas, sy nak kongsi la ngan kengkawan semua maksud disebalik huruf A - Z.


All the essentials of Friendship that you must know.

A Friend....

(A)ccepts you as you are
(B)elieves in "you" 
(C)alls you just to say "HI" 
(D)oesn't give up on you
(E)nvisions the whole of you (even the unfinished parts)
(F)orgives your mistakes
(G)ives unconditionally
(H)elps you
(I)nvites you over 
(J)ust "be" with you
(K)eeps you close at heart 
(L)oves you for who you are
(M)akes a difference in your life
(N)ever Judges
(O)ffers support
(P)icks you up
(Q)uiets your fears
(R)aises your spirits 
(S)ays nice things about you
(T)ells you the truth when you need to hear it 
(U)nderstands you
(V)alues you
(W)alks beside you
(X)-plain things you don't understand
(Y)ells when you won't listen and
(Z)aps you back to reality


Wednesday, April 27, 2011

Nakal Tak Mya?

Assalammualaikum...

Mya omei yang Comei

Lihat la aksi puteri kesayangan saya.Orang lain elok aje duduk diluar tapi mya omei boleh pulak duduk di dalam bekas mainan tue.Tapi yang peliknya, kenapa budak-budak lain duduk mengadap dia?

Bila saya hantar dia time pagi-pagi, punya la dia nangis.kadang-kadang tue nampak bangunan aje dah merengek.Alhamdulilah la, bila saya jenguk dia 5 minut lepas tue dia dah senyap.Siap main kejar-kejar lagi sambil menyepahkan barang.

Sekarang ni, kalau saya tanya, nak tinggal dengan cikgu jee ke cikgu sapura.dia akan jawab cikgu jee..Kalau tanya cikgu jee ke cikgu nurul..jawapan dia cikgu jee dan bila saya tanya cikgu nurul ke cikgu sapura.Jawapan dia akan berikan adalah cikgu nurul.Kesimpulannya cikgu jee adalah cikgu yang paling mya omei rapat, 2nd cikgu nurul dan kalau 2-2 cikgu ni takdek dia akan menangis sambil air mata mengalir dengan lajunya.Pening kepala saya.Macam mana dia boleh memilih orang.

Rindu pulak dengan Mya Omei.Rindu dengan senyuman yang nampak gigi 8 batang tue. :)

Tuesday, April 26, 2011

~ SELAMAT HARI PELUK KAWAN SEDUNIA ~ @ ~ HUG A FRIEND DAY~


Eh….Apa ni…cam x penah dengar lak…..Kalau Hari Kawan Sedunia penah gak dengar ….
Tadi saya ada terdengar kat Radio DJ Lea cakap arini 26th April adalah Hari Peluk Kawan Sedunia @ Hug a Friend Day…….
Ooooo…..barula paham bila search kt encik google mmg ada hari mcm ni….
So…..arini leh la p peluk memana kawan rapat kita….sempena ari peluk kawan sedunia ni….
Tapi jangan lak amik kesempatan yek!! Yang pompuan peluk pompuan dah la…..yang laki peluk laki yek…..jangan nak menggatal tau…..

*ps: mana la sayanyer BFF kan….cam jauh je….




Friday, April 22, 2011

Tanggal 22 April 2011..... SeLaMat HaRi BuMi 2011.......

Salam semua....
Alhamdulillah......kita semua masih ada, masih bernyawa pada hari ni.....syukur kepada Allah yang Esa menjadikan, menghidupkan & mematikan semua makhluk di dunia....
Hari ni saya nak kongsi ngan korang semua......

Selamat Hari Bumi 2011
ermmm....korang tau x pasal hari ni???
Jom kita sama-sama meraikan Hari Bumi 2011
Hah!!! Bila??? Apa la korang ni...

Hari Bumi 2011 = hari ini 22 April setiap tahun
korang x baca paper ke??
x dengar radio ke??
x tengok tv ke??
ish...ish...ish...korang ni...

 


 
Tarikh 22 April 2010 ialah sambutan Hari Bumi dan kalau x silap dah mula diperkenalkan sejak tahun 1970. Bulan lepas kita sambut Earth Hour, so bulan ni kita langkah satu lagi ke depan untuk sambut Earth Day. Kalau ada yg tahu atau yg masih x jelas mengenai hari Bumi ni. Ianya merupakan hari untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada alam sekitar.

'' Sejarah sebenar hari bumi ni bermula pada September 1969 iaitu di dalam sebuah persidangan di Seattle, Washington, Senator A.S. Gaylord Nelson pada masa itu mengumumkan bahawa musim bunga 1970 akan diadakan demonstrasi dari akar umbi di seluruh negara bagi pembelaan terhadap alam sekitar.

Senator tersebut pada mulanya mencadangkan bantahan alam sekitar di seluruh negara untuk menjadikan alam sekitar sebagai agenda negara. Pada 22 April 1970 dikatakan hampir 20 juta rakyat Amerika Syarikat memenuhi taman dan auditorium. Hari Bumi pertama menjadi pembuka jalan terbentuknya United States Environmental Protection Agency/US EPA.’’

Jadinya apa yg boleh kita buat sempena menyambut hari Bumi ni? ….So kena la ingat , beringat, ingat-mengingati, mengingatkan antara satu sama lain…..
1. Jom Kitar Semula
2. Jom Hijaukan Bumi dengan menanam lebih banyak pokok
3. Jangan buang sampah merata-rata
4. Buanglah sampah di tempat yg betul, di tong2 yg disediakan
5. Amalkan kebersihan & persekitaran yg sihat
6. Sumbangan pada tabung & dana pemuliharaan bumi….
ada banyak lagi yg boleh membantu menghijaukan bumi….jom sama2 kita amalkan ..Insyaallah…
 

Tuesday, April 19, 2011

Bayi Ditampar pengasuh Di Nursery????

 Assalammualaikum..

Semalam seluruh warga OPIS yg menghantar anak mereke ke Nursery  dikejutkan dengan satu berita yang menggemparkan!!
 
Cuba lihat email dari sorang ibu yg prihatin:-

“DEAREST ALL,

JUST NOW I PEGI TASKA NAK AMBIK AIDID BECOZ TODAY I DPT BALIK AWAL,,,N IM SO UPSET ONE OF THE BABYSITTER""MENAMPAR"" ONE OF THE BABY  N THE BABY WAS KEEP ON CRYING..SERIOUSLY TOO MUCH.. ‘’


Ya Allah…..terkejut saya bila dapat email ni….Apalagi mula la pikir yg bukan2 & syak yg bukan2 ( x pasal2 bertambah dosa saya je…hukhuk…)…..Mya Omei ker yg kena tampar????
 
Aduh……peningnya kepala memikirkan nasib Mya & kawan-kawannya di nursery tu. Apalah nasib si anak2 kecil yg xtau apa2….Kan ke baby memang macam tu….diorang cuma tau nangis je….diorang bukan tau nak kata apa2 sebab diorang masih kecik lagi…..Kalaulah diorg dh pandai buat semua benda sendiri x payah la anto p nursery lg….

Ni ada lanjutan email dari staff2 OPIS….

Tak mengejutkan sbb ada parent (skrg dah tak hantar anak kat situ) pernah nampak baby sitter  tepuk baby yang sedang nangis guna kaki... Cuma di tak berapa cam muka sbb masa tu bilik baby gelap, so she just keep it. Lagipun dia hantar anak sekejap je sbb anak dia takut duduk taska tu. hantar tempat lain ok jer...   & ada baby sitter sanggup tolak baby yang sedang nangis sbb dia nak tidur... Skrg taska buat byk rule sampai ke tahap nak jejak masuk taska waktu ambil anak pun dah tak boleh...

Kenapa la pengasuh2 baby tu bersikap mcm tu?…(bukan semua pengasuh mcm tu….hanya sesetengah saja) Apa agaknya perasaan diorang kalau anak diorg yg masih kecik tu di pukul, di tampar??? Pasti diorg pun marah kan??? Harap pengetua nursery amiklah tindakan sepatutnya…..& sekali sekala pantaulah keadaan di nursery tu…

Kepada semua pengasuh-pengasuh bayi/kanak-kanak, jalankan tanggungjawab sebagai pengasuh nursery secara ikhlas & bersungguh-sungguh….Agak-agak kalau x mampu nak dengar tangisan si kecil tu semua, x mampu nak uruskan bayi…..usahlah keje sana…p la cari keje lain yg sesuai ngn diri sendiri….

Ingat!!! Mungkin kita sebagai parents x nampak apa yg berlaku di nursery…..tp Allah sentiasa nampak apa yg berlaku! Carilah rezeki yg halal…..jgn jadikan rezeki yg halal itu menjadi haram!!!

Mudah-mudahan Mya Omei & friends akan berada dalam keadaan baik & selamatla
hendaknya selepas ni…….Amin…..

Thursday, April 14, 2011

Annual Dinner Di Sime Darby Convention Centre

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Malam semalam [13/04/2011] Company saya telah telah mengadakan Annual Dinner DI SDCC.Konsep pada malam tue evening dress and tuxedo. Memang glamour giler tapi saya ngn encik suami pakai baju biasa2 aje. Encik Suami tak ikut tema pun. Tak cukup masa nak carik baju encik Suami. Almaklumlah encik Suami saya tu dah berubah saiznya.Semua baju masa muda-muda dulu dah kecik[baju kecik ek, bukan orangnyer ke yg dah bertambah saiz?]

Gambar Gelap - Guna Hp
Desert - Hanya gambar desert dapat di"snap".Juadah utama tak sempat sebab terlalu lapar
Cub teka apa ada  dlm kotak ini?


Oleh kerana adik saya datang rumah, dia la menjadi mangsa untuk menjaga Mya Omei. Kesian jugak kat Mya Omei kena tinggal.Nasib baik la dia senang dipujuk tapi bila nak tidur tu agak problem sikit.Selalunyer kalau nak tidur, dia mesti nak saya dan kalau saya takde daddy dia ada.Malam tadi first time Mya Omei tidur tanpa kami[mummy dan daddy] atau salah seorang dari kami.

Kesimpulan dari majlis malam tadi, saya bagi 3 bintang dari  5 bintang.Kenapa sikit sangat?Banyak sebab tapi malas nak taip.Nasib baik la ada Nabil dan Angah [ raja  lawak] yang dapat menghidupkan suasana.Persembahan Nora pun best.Memang mantap suara dia. Saya balik awal [ dlm pukul 10.30++]  sebab mata saya agak mengantuk [saya memang selalu tidur awal].

Sampai rumah pukul 11.00 malam.Nasib baik Mya Omei tak terjaga.Dia tidur dengan lena.
Ingatkan Mya Omei akan terlena sampai ke pagi tapi hanya impian saya saje..Dia terjaga dalam pukul 4.00 pagi.Dia boleh tersenyum2 tengok saya dan mintak didukung.Saya malas nak layan[mmg tak larat] tapi dia terus menunjukkan perasaan dia dengan menangis sekuat hati.Terpaksa la saya dukung dia dan Encik Suami buat susu.Nak minum berpangku.Lepas habis minum nak bukak peti ais pulak.Dia selongkar apa yang patut dan akhir sekali nak makan coklat.Habis coklat  saya suruh Mya Omei tidur tapi dia taknak tidur.Last sekali terlelap jugak.Itupun dah pukul 05.30. pagi .Saya ada 30 minit jer lagi, nak sambung tidur.

Kesan dari semua perkara diatas, saya amat mengantuk sekarang ini, kepala saya amat berat dan mata saya hampir-hampir tertutup sahaja. zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz


Wednesday, April 13, 2011

Mya - "Nak Dok"

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Puteri kesayangan saya dah berumur 1 Tahun 7 Bulan.Dah pandai cakap dan dah pandai menunjuk perasaan. Saya tak perasan sejak bila Mya Omei saya boleh menyebut 2 perkataan,tapi sejak akhir-akhir ni percakapan dia semakin banyak walaupun dalam bahasa pelat.Contohnyer nak suruh daddy dia Menyanyi dia akan sebut " Eddy Olong nyi" - Daddy Tolong Nyanyi.
Perangai terbaru lak pantang orang cakap terus nak.Contohnya pagi tadi dalam kereta, Daddy dia kata nak belikan dia cekodok petang nanti.Terus bangun , carik2 dekat seat belakang, "Nak Dok, Nak Dok"[Nak Cekodok], Nak Cekodok].Tak boleh cakap apa-apa pun depan dia, tapi alhamdulilah dia masih boleh dipujuk. Hopefully dia boleh dibawa berbincang sampai bila-bila.
Sekarang ni nak tidur pun semakin senang, tidak macam saya pregnant masa mula-mula dulu.Nak berpangku sebelum tidur.Sekarang, tiap-tiap malam sebelum tidur, dia akan "bermain" dengan buku sampai la terlelap.Kadang-kadang tak perasan bila masa dia terlelap.
Alhamdulilah..Moga Mya Menjadi Anak yang baik.

Tidur dengan nyenyak..

Cara Buat Telur Tiruan.....

Salam semua...

Tak sangka rupanya telur tiruan ni dah lama ada kat China....sejak 2009 telur tiruan ni dah berleluasa. Cuma baru sekarang ada kat market negara kita. Macam2 cara orang nak buat duit....sampai semua benda pun nak buat tiruan.....kalau pakaian tu boleh gak la nak terima.... ni sampai makanan pun nak buat yang tiruan.
Ada gak kengkawan En.Suami yangberbangsa Cina bagitau.....dah macam2 dah orang buat semata2 nak untung lebih.....diorang cakap ada juga bantal2 atau pun teddy bear yang dijual di isi dengan pelbagai barang buangan seperti sarung tangan plastik, barangan buangan plastik, segala jenis plastik la.....malah ada gak yang cakap sampai pad wanita terpakai pun di sumbat dalam bantal2 & teddy bear yg dijual. Ni semua semata2 nak recycle & buat duit senang......

Wallahualam.....tak tahu la sejauh mana kebenaran tu.....mudah-mudahan tu semua hanya la rekaan....sama-sama la kita berdoa agar kita sekeluarga sentiasa dilindungi daripada segala musibah....
Amin......

Ni saya nak kongsi la ngan kengkawan....macamana rupanya diorang buat telur tiruan......nonton la ek.....
Saksikan seorang jurnalis dari jepun yang menyiasat kes ni.....




Japanese journalist secretly investigates fake eggs made from chemicals in China. 

 SUMBER : YouTube

Tuesday, April 12, 2011

Telur ayam Tiruan

 

Telur ayam Tiruan - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

 

Salam Semua, sekadar nak berkongsi ngan kawan2.....sejak akhir2 ni macam2 isu yang keluar. Ni sekarang ada lak telur tiruan....ntah apa la nak jadi ngan dunia ni...

Jomla kita tengok & baca info2 ni....mudah-mudahan kita tak terkena tipu dengan telur tiruan.....




Awas telur tiruan di pasaran – CAP
  

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.
Pagi kelmarin, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.
Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa.
Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.
Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan.
Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya.
Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain.
Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.

Cara mengenal telur tiruan:
1. Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
2. Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
3. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
4. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
5. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
6. Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
7. Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
8. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.
Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang haram dimakan oleh orang Islam.



Monday, April 11, 2011

Perkembangan Kehamilan Minggu Ke 13

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Kalkulator Tarikh Bersalin


Berdasarkan kalkulator di atas, tarikh bersalin saya adalah 13/10/2011. Ini bermaksud saya dah pregnant 13 minggu. Morning sickness saya masih sama.Tiada perubahan lagi.Saya masih mengalami morning, afternoon dan evening sickness.Orang cakap, walaupun morning sickness ni "menyakitkan" ibu tapi itu petanda yang baby kita membesar dengan sihat.Alhamdulilah..

Perkembangan Bayi Minggu Ke 13.
Sekarang panjang fetus hampir 3 inci / 7 hingga 8 sentimeter dari mercu kepala ke punggung dan beratnya hampir satu auns / 23 gram - agak separuh pisang. Sidik (garis-garis) jarinya yang unik telah terbentuk. Dan jika anda menusuk perut anda dengan perlahan dan dia merasakannya, bayi anda akan menunjukkan refleks mengakar - iaitu bertindak seperti mencari-cari puting.

Jika kandungan anda perempuan, dia sekarang mempunyai lebih kurang 2 juta telur dalam ovarinya; dia hanya mempunyai satu juta pada masa ia dilahirkan. Jumlah telur akan berkurangan semakin dia membesar, dan menjelang umur 17 tahun, jumlah ini akan turun kepada 200,000.

Bagi anda pula, seandai kata, kabus beransur reda. Untuk kebanyakan wanita, kesan sampingan kehamilan awal - kerap kencing, terik keletihan, mual - beransur reda di trimester kedua. Uterus anda pula, yang sudah cukup besar untuk menyiarkan kepada sesiapa yang melihat yang anda sememangnya hamil, tidaklah begitu besar sehingga mengganggu pergerakan anda. Walaupun masih banyak bulan lagi sebelum melahirkan, payudara anda sudah mula mengeluarkan kolostrum, iaitu cecair yang akan membekalkan makanan untuk bayi anda untuk beberapa hari pertama sebelum susu mengalir dengan baik.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

 Petikan Dari Sumber:
http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/perkembangan-fetus/13-minggu/

Thursday, April 7, 2011

Jalan-jalan ke Taman Burung KL (Bird Park KL)

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Pada 29.03.2011 yang lalu, kami sekeluarga telah berpeluang melawat Bird Park KL.First time untuk saya, Encik Suami dan Mya Omei ke situ[nampak sangat kami sekeluarga ni jarang berjalan-jalan]. Kami join rombongan nursery Mya Omei sebenarnya.Memang excited sebab Mya Omei mmg suka tgk burung.

Kami bertolak dr rumah kira-kira 0830 pagi dan pergi ke nursery dulu sebab nak join naik van [bukan terdekut nak bawak kereta cuma nak bagi pengalaman kat Mya Omei naik van]. Sampai kat Bird Park dalam pukul 10.00 pagi.Sempat jugak snap beberapa pic picture kat entrance sebelum masuk.

Memang banyak burung [nama pun taman burung kan]. Burung2 pun amatlah jinak.Maybe dah terbiasa ngn suasana orang ramai.Walaupun cuaca redup tapi amatlah memenatkan.Rasa nak mintak dukung aje. Mya Omei agak berani [berani nak pegang burung], mmg good girl.

Tour guide[tak tahu la, orang panggil apa] bawak kita orang keliling Taman Burung tue, tapi tak semua tempat kita orang jelajah.Maybe sebab bawak bayi, kanak-kanak dan ibu mengandung[bapak yang tak mengandung pun tak larat, sebab kena dukung  anak].

Satu yang tak best kat situ, airnya punya la mahal. Beli dua air pun dah rm8.50.Giler la.Padahal air Ribena ngn Coke aje. Kalau dekat luar baru 3.50.Erm..bukan kami sekelurga tak bawak air tapi kepenatan maka nak gak air yang sejuk.

Sempat jugak kita orang tengok persembahan burung.Memang bijak burung-burung tu, tapi semua kena upah dengan makanan[uhhuuhuh..bird pun pandai rasuah ke].Orang lain sibuk tengok persembahan tapi Mya Omei sibuk nak main kat taman, Sibuk nak oncor[papan gelungsur].Dah tertonggeng baru la nak berhenti tapi siap nangis-nangis tak nak balik.ish..ish..Sabar je la Mya Omei.


Bergambar Di Luar Van
  


Makan Dulu, nanti lapar

Antara Burung yang sempat 'disnap' gambarnya

Mummy yg excited.Mya Omei slumber jer

Kami bersama dengan burung-burung

Keletihan - bersedia untuk pulang

Tuesday, April 5, 2011

Menghadiri Sambutan Hari Jadi

26.03.2011 yang lepas mya omei dapat undangan ke majlis harijadi.

Oleh kerana kami takde benda nak buat pada hari tersebut, saya bawak la Mya omei pergi ke parti itu.Mya omei agak sombong pada mulanyer.Tak nak salam dan tak nak senyum.Dah lama baru la dia mula menunjukkan ciri-ciri peramah dia[itu pun sebab nak belon]

Saya ada captured pic Mya Omei sebelum ke majlis dan semasa dimajlis tersebut.Kami tak lama pun kat majlis tue, sebab Daddy Mya Omei ada Dinner.

Gembira

Menikmati Fries sambil cubaan menanggalkan topi.


Antara Hidangan yang dinikmati

Cara Wardina Latih Anak lekat Solat 5 Waktu...



BERBALOI PENAT LELAH KU...
by Wardina Safiyyah OfficialPage on Friday, March 11, 2011 at 8:47pm

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all
my penat lelah paid off...

I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th
birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi
dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat
since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is
SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very
important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong
signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun
lambat

2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau
tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu
Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) -
lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and
say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her
never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik
cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni
melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik
cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how
we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita,
bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK
solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua
kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat!
I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will
NEVER miss our solat.....

4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask
her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do
it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak
tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love
her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3
kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar
dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau
TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna
solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for
her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i
wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy
and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi
cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im
sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims
that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the
world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as
how Rasulullah asked us!

I love you all!!! Good night.....

But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak
boleh diajar berjalan terus...fahamkan?



*Hari ni saya nak kongsikan bagaimana Wardina membimbing anaknya bersolat..saya rasa tersentuh....& tertarik dengan caranya ..sebab tu saya nak kongsikan dengan kengkawan semua .....