marzuna

Wednesday, April 23, 2008

rabu-16.04.2008-kenangan yang tak best...

Hari ni ase nak cite pasal rumah aku kena masuk pencuri ari rabu lepas.Pencuri tu masuk time kita org tidur.Tapi tak tahu la nape semua orang tak sedar..Nasib baik pencuri tu tak masuk bilik aku.Syukur sesangat...Kalau dia orang masuk bilik aku, tak tahu la apa lak yang terjadi..Pencuri tu masuk bilik pertama(bilik abg ipar aku) ngn ketiga aje(bilik adik aku), maybe dia org tidur tak kunci pintu bilik..Pesan aku pada korang semua, tidur mlm kunci la pintu bilik... Sebenarnya kita orang sedar rumah kena masuk pencuri pun lepas pukul 730 pagi.Masa tu aku nak p keje dah, adik aku tanya, nampak tak hp dia..Aku wat tak tahu aje la..sebab mana la aku tau, rumah dah dipecah masuk, sebab bilik aku elok aje..aku pun p la keje cam biasa..sampi tempat keje lbh kurang sejam, adik aku call..kata barang dia ilang, kunci rumah dia ilang..Call abg ipar aku lak tak dpt2..Terpaksa la aku balik rumah..Sampai rumah aku check la, apa barang yang ilang lagi n wat report...first time dlm idup aku wat report kat balai polis.Lama gak nunggu polis tue..dah wat report kat balai bolis dmnsara mutiara, kena lak p balai polis damansara..Nape la, tak wat satu tempat aje.Kan senang..ni nak kena pergi tempat lain semata2 nak bayar rm2.00... Petang tue, lepas beli kunci baru(kena tukar semua kunci sebab pencuri dah ambik kunci adik aku)..P lak jupe abg ipar aku kat tempat keje dia..Tanya dia barang apa yang ilang..dia kata hp dia takdek masa dia bgn tidur..tp dia kata, dia dah terlambat nak p keje..dia p aje la keje dulu, balik nanti baru carik..sabar aje la..abg ipar aku ni..tp tak leh salahkan dia, sebab pencuri tu tak tinggalkan kesan sangat pun, dia keluar rumah pun siap kunci pintu lagi, gate siap pasang mangga...hampeh tul pencuri tue.. Balik rumah aku pun tergerak hati, nak check kete abg ipar aku,Tapi tak jupe..Aku dah ase semcm..sebab pencuri tue ambik kunci motor adik aku, tp nape tak ambik motor adik aku?patut la...dia tak geladah sgt rumah...masa dia masuk bilik abg ipar aku...dia ambik kunci kete..senang2 la dia nak curik kete tue.malam tu terpaksa wat report sekali lagi..kete lak ilang..muka polis tue dah tension aje.. Kesian kakak aku, kete dia ilang hari rabu,khamislak birthday dia.Sure dia akan ingat sampai bila-bila kejadian ni...dia baru aje lik kg, kena balik kl semula..uruskan claim insurans lak.. Kita org ada gak g jupe seorg pak haji tu, saje nak tau apa yang terjadi.. Dia kata pencuri tu guna ilmu pukau, tp tak tahu la betul ke tak... Pesan aku pada korang semua, kunci la pintu bilik waktu mlm terutama bg kwn2 perempuan aku sekalian...huuhuhuhu

Tuesday, March 18, 2008

18.03.2008...

dah lama dah tak menulis kat sini.Bukan Takde masa nak menulis tapi tak tahu nak cerita apa, sebabnya takde perkara yang menarik yang berlaku kebelakangan ni.
Tempat kerja aje yang berubah,tapi tak tahu la company ni ok ke tak.Setakat ni ok la..harap-harap keadaan ni akan kekal selamanye.Yang paling aku suka kat sini, aku leh balik awal. Mula2 cam janggal gak, balik ontime.Cam Pelik pun ada, sebab pukul 0530 aje semua org dah berkemas2 nak balik.Maybe tak biasa kot dengan suasana camtue.Yela..ofis lama dulu semua orang balik lambat..Yang janggalnye bila orang balik awal..hihihii..
kadang2 cam rindu aje ngn kawan2 kat xybase(walaupun hampir semua dah benti).

Friday, February 15, 2008

Last Day With Utm Team..

09022008..aku jadi tunangan orang. ...tak ramai pun yang tahu aku bertunang. sorry ek kawan2, jangan kecik hati lak.Bukan aku tak nak bagi tahu, tapi saje je nak buat "surprise", hiihihiihi..nanti aku nak kahwin aku jemput la korang...

ari nie last day bersama projek utm, akhirnya aku benti jugak dari xybase nie.. tapi aku tak buat keputusan lagi nak pergi company mana.. dagang net or scope international. satu anak syarikat uem, satu lagi anak syarikat standart chartered.2-2 company besar, gaji pun lbh kurang..pening gak pala nak piki. tgk je la 25 nie aku p ofis nie.Hopefully pilihan aku tepat la kali ni...amin

Sedih jugak nak benti walaupun sebelum ni mmg nyampah dah wat projek nie.Walaupun aku tak berpa suka, tapi melalui projek nie aku mmg belajar banyak, especially dalam skill java.Dari tak tak tahu apa-apa pasal struts aku dah jadi mahir gak dlm framework.Sure aku rindu suasana keje  kat bilik ict, berjaga sampai ke pagi sambil mkn free order from mcD.ehhehehhe...

Apa-apa pun, hidup perlu diteruskan...



sekali dah buat keputusan untuk melangkah kehadapan.. kita harus teruskan..


Utm Team.. i will miss u all...