marzuna

Wednesday, September 8, 2010

Sambutan Birthday Mya Secara Kecil-kecilan

Malam tadi, selepas berbuka saya & Encik Suami telah menyambut birthday mya omei.Kami hanya beli sepotong kek dr secret recepi.
Nak suruh mya tiup lilin yang sebatang tue..tapi dia tak pandai lagi.Daddy la tolong tiupkan untuk mya.
Kek Birthday Mya Omei






Tak sabar nak tiup lilin [tapi daddy jugak yg tolong]






Gembira betul..






Pic tak berpa jelas sebab guna hp dan terlupa nak bukak lampu..suasana ala-ala romantik..:)

Happy Birthday Mya Omei...

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Ulangtahun Kelahiran Nur Dameea Maisarah

 Epie Birthday Mya omei.Moga jadi anak yang solehah.Berjaya dunia dan akhirat.Mummy doakan mya beroleh kesihatan yang berpanjangan dan semoga mya cepat berjalan.

Sepanjang setahun mummy bersama-sama Mya
1. Mya memang anak yang baik.Jarang menangis cuma skrg dah mula nakal sikit.Kalau nak apa-apa,tak dapat pasti akan menjerit.Macam mana pun mummy tetap sayangkan mya.
2. Mya memang rajin menolong mummy kemas rumah, mummy dah kemas elok-elok tp disebabkan tak berpa cantik, mya dengan bersungguh-sungguh akan kemas semula .Bila mummy tgk semula apa yang mya kemaskan tue, mummy nak marah tp bila tgk mya senyum-senyum sambil buat mata kelip2..mummy tak jadi marah dan mummy tetap sayangkan Mya.
3.Masa dulu-dulu, time bagi mya susu adalah saat yang paling membahagiakan tp sekarang mummy dah fobia sikit sebab mya dah suka gigit.Maybe gigi mya nak tumbuh dan gusi mya gatal.Mummy selalu cakap dgn mya lepas mya gigit n****n mummy, mummy tak nak bagi mya susu dah tapi bila mya merengek-rengek nak susu, mummy bagi juga sebabnya mummy tetap sayangkan Mya. 

Banyak lagi yang mummy nak tulis tapi nanti semua kesimpulanya adalah sama :
~Mummy tetap sayangkan Mya.

Mya dah besar, dah setahun,tak mau nakal-nakal lagi.Walau apa pun Mummy &Daddy Tetap sayangkan Mya.
Tak de hadiah harijadi lagi untuk mya, mummy still berfikir hadiah apa yang paling sesuai untuk mya.
Malam ni kita akan sambut birthday mya kecik2 aje.Nak beli kek yang besar tapi nanti takde sape nak makan pulak, so daddy kata beli kek satu slice aje dulu..ihhiihih..

Akhir sekali, Mummy ucapkan "Happy Birthday Mya Omei".Daddy dan Mummy cyg mya sangat-sangat. :)


 

Wednesday, September 1, 2010

Mya pandai memujuk

Rindunyer ngn Mya..bertambah rindu bila ingat telatah dia.

Mya Sikecik Omei tu dah pandai memujuk saya.Saya nak marah lama-lama pun tak boleh.Kisahnya semalam bagi mya omei susu tapi agaknya dia dah kenyang sebab makan bubur dan kuih, dia hisap susu sambil main-main.Sambil senyum2 dia gigit n***n.Sakitnyer...Saya buat muka masam ala-ala marah dia.Pastu pergi duduk jauh2 sikit dari dia.
Dia sambil senyum-senyum, buat mata kelip-kelip(mata gatal) tengok muka saya. Pas tu siap cakap chak, chak. Saya nak senyum dah mula-mula tapi mengenangkan tengah marah(nak ajar dia sebenarnya) saya still buat muka keras..huhuhu(Sian mya, tapi nak buat mcm mana, kena ajar dia jugak, nanti terlebih manja lagi susah).Beberapa minit juga dia tgk muka saya.Tapi saya still tak senyum. Last-last sekali mya omei sentuh tgn saya sambil sebut mei, mei (mummy)..Time tu mmg ase nak peluk aje dia tapi tak boleh buat tindakan mendadak macam itu..Saya senyum dekat dia, sambil cakap dengan dia.. tak boleh gigit mummy.Mya kan budak baik..Dia dengan manjanyer terus letak kepala dekat bahu saya mcm mintak dipeluk..Erm..rindunyer dengan Mya Omei
Pagi ni masa hantar mya dekat nursery, dia nangis sambil air mata mengalir macam air sungai..Tunggu eh Mya, kul 5++pm nanti mummy ambik mya dekat Nursery.Mummy Sayang Mya Omei..
Mya Omei - mummy cayang Mya.