marzuna

Thursday, February 17, 2011

Melayu Paling Kaya Di Malaysia

Orang Melayu yang paling kaya di Malaysia adalah Usahawan bumiputera dan pengasas Yayasan Al-Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Kekayaan beliau  sebanyak RM8.84 bilion.Wah hebatnya.Kalau saya dapat 0.84 bilion pun dah bersyukur sesangat.


Siapa Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary ni ? Dari Blog http://mokhtaralbukhary.blogspot.com/
Beliau ni orang-orang biasa-biasa aje masa kecil. Pendidikan pun takde la tinggi melangit tapi maybe usaha keras beliau menyebabkan beliau berjaya macam sekarang. Memang elok jadikan contoh. Kan bagus kalau saya ada visi dan misi macam beliau.Nie tidak, baru berniaga kecil-kecilan dah merasa buhsan, malas.ish2..kena berubah  saya ni.


Yang Paling bagusnya Tan Sri ni walaupun beliau dah kaya raya, beliau tetap ingat nak tubuhkan yayasan untuk membantu golongan miskin. Memang ramai orang kaya kat malaysia ni tapi ramai ke yang ikhlas nak membantu? Hopefully sekiranya saya kaya macam beliau [hahahha, berangan saje, tak salahkan] saya tetap berpijak dibumi yang nyata dan tidak sentiasa memandang ke atas....:)

Monday, February 14, 2011

10 Tanda-Tanda Kehamilan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Entry kali ni pasal 10 Tanda-tanda kehamilan.Saya copy n paste je dari website http://portal.alamhamil.com  .  Pada sesape yang perasan ada tanda-tanda ni sila wat pregnancy test eh :)

1. Rasa lapar yang berpanjangan
Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara
Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil
Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya
Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada
Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.


6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari
Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. Rasa loya dan muntah
Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandung.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan
Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period
Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.

Dan akhirnya..
10. Ujian air kencing yang positif
Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan...


...Tahniah!

Wednesday, February 9, 2011

Bila Anak Fobia Gosok Gigi

Mya sekarang dah berumur 1 tahun 5 bulan.Alhamdulilah, dah besar anak Mummy.

Entry hari ni saya nak cerita pasal gigi Mya. Diwaktu ini gigi mya dah tumbuh 12 batang, smlm saya  check gigi dia mcm nak tumbuh 2 btg lagi.Cepat la pulak gigi si omei tue tumbuh. Yang bagusnya senang  dia nak makan benda-benda keras tapi yang kurang bagusnya, gigi dia akan cepat rosak. Masa mula-mula dulu dia tak nangis pun gosok gigi.Seronok je time mandi.Tapi malam tadi ajak mandi aje dia nangis.Pelik la pulak saya sebab tak pernah lagi dia menolak kalau di ajak mandi.Yang bestnya siap nangis keluar air mata sambil berguling-guling..huuhuhu..[mana pulak dia belajar ni].Puas jugak la nak pujuk dia mandi.Semua idea pujukan dah guna.Last-last saya terpiki, dia tak nak gosok gigi kot.Saya pun ambil la berus gigi sambil cakap ngn dia Mya tak nak gosok gigi ek?Takpe mummy letak berus gigi ni dekat atas meja eh, kita tak yah gosok gigi hari ni .  Apa tindakan dia? Mya Omei dengan cepat-cepat bangun sambil tersengih-sengih jalan ke bilik air. Eh!! Sebab itu aje dia tak nak mandi?Mya tak suka gosok gigi rupanya.

Malam tadi pulak, pukul 12 ++ dia boleh terjaga dari tidur.Yang tak bestnyer, saya kena berjaga sama [saya mmg spesis  tidur awal dan memerlukan waktu  tidur mengalahkan budak-budak], memang mengantuk dibuatnya. Mya Omei tak nak duduk bawah, nak berdukung aje.Lenguh jugak la tangan saya dukung dia sampai kul 4 pagi..huhuhuuh..Saya masih lagi tertanya-tanya kenapa dia tak boleh tidur mlm tadi.Nak kata perut sakit, bukan sebab itu saya rasa,sebab Mya dah pandai ckp kalau perut dia sakit.Saya rasa ni gara-gara gosok gigi jugak.Maybe malam lepas2 saya agak kasar masa mengosok gigi Mya.huhuuhuh..Sekarang Mya Omei yang saya sayang dah fobia nak GOSOK GIGI.Saya kena fikirkan cara nak bagi dia tak takut gosok gigi semula..

Gigi Mya Omei