marzuna

Wednesday, June 30, 2010

~ Bercuti Di Pulau Pangkor

Kami sekeluarga telah bercuti di pulau pangkor bermula dari 27-29/06/2010.Seronok dapat meluangkan masa bersama daddy + mya.

:: Hari Pertama::
Kami bertolak dr rumah di damansara kira-kira pukul 1000am.Sepanjang perjalanan mya tidur dengan nyenyaknye..memang tabiat mya,naik kereta aje tidur.kereta mati terus bangun..Kami berhenti rehat di perhentian Tapah.Belikan mya kfc.kentang putar.Tak tahu makanan apa lagi yang boleh belikan untuk dia.untuk daddy+mummy, kami hanya mkn potato wedges+coslow+kentang putar..tak nak penuhkan perut sgt.nanti nak mkn mee udang.hihihi

Gambar Mya dekat Kfc Tapah
Kira - kira pukul 1230 kami bergerak untuk meneruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya iaiti Simpang Pertang.Perjalanan agak meletihkan.Maklumlah drive diwaktu tengahari disertai cuaca yang panas.Mya pun mcm tak selesa.Penat tidur agaknya.Susah jugak nak cari Simpang Pertang.Kawan Daddy ada suggest pergi ke kedai Mak Jah.Dia cakap kat situ paling best.Kita org sampai jugak akhirnya di kedai mak jah dlm pukul 2.30 petang.Perut mmg tengah lapar waktu tue.Dah terbayang-bayang mee udang.hihihi..Mmg byk udang dlm mee udangnya.

Setelah menghabiskan mee udang semangkuk seorg, kami bergerak menuju ke destinasi lain pulak.Lumut.kami akan stay dekat apartment swiss garden sepanjang percutian kami di negeri Perak ini.Kami sampai di hotel kira-kira pukul 3.30 petang.Muka mya dah merah2.Kesian kat dia.Mummy&Daddy pun dah tak sabar nak check-In.Memang penat.Letih.Panas..huhuhuhu



Walaupun penat tapi petang tu kami sempat jugak berjalan-jalan dekat jeti yang berhampiran dengan swiss garden.




Malam kami lepak-lepak dalam bilik aje.Tak larat nak pergi mana-mana dah.Beli makanan dekat pasar malam yang berdekatan.Lepas makan terus lena..z..z..z.z..z.


:: Hari KeDua ::
Pagi2 lagi kami dah bangun dan bersiap-siap nak ke pulau pangkor.Breakfast dekat bilik aje sebab nak keluar awal.Kami sampai dekat jeti pangkor pukul 930 pagi.Just nice sebab feri bergerak pukul 945 pagi.Walaupun masa hanya ada 15 minit, kami tetap sempat snap beberapa gambar..hihihihi..Kenangan tue..



Thursday, June 24, 2010

Ganti Puasa

Puasa Ganti? erm..tahun ni aku perlu ganti puasa sebanyak 30 hari.Maksudnya sebulan ramadhan aku tidak berpuasa pada tahun lepas.Bukan sengaja untuk meninggalkan ibadah itu tapi aku telah mendapat lampu hijau..hihiihih..Masa tu aku telah melahirkan puteriku yang comel ~Nur Dameea Maisarah~.

huhuhu..sekarang dah masuk bulan rejab.Puasa tak habis berganti lagi ni.Nak puasa direct tak boleh sebab nak pam susu mya.nanti mya tak cukup susu pulak..erm..takpe la..plan2 kayuh..insyaAllah..sempat.

kat bawah ni adalah pendapat mengenai ganti puasa:

~~Sekiranya ditangguhkan qadha’ ramadhan sehingga tahun berikutnya, disebabkan oleh uzur seperti sakit sepanjang tahun, atau hamil, atau menyusu sepanjang tahun, maka tidak dikenakan fidyah. Yang wajib hanyalah puasa.

Tapi kalau menangguhkan puasanya tanpa uzur, ada 2 pendapat:

Pertama: Wajib membayar fidyah, iaitu memberi makan kepada seorang untuk satu hari. ini pendapat jumhur ulama, Maliki, Syafie, Hanbali, dan diriwayatkan daripada sebahagian sahabat dan tabien.

Kedua: Tidak perlu membayar fidyah. ini pendapat mazhab Hanafi. Dan ditarjihkan oleh Syeikh Soleh Uthaimin, kerana tiada dalil sahih yang mewajibkan membayar fidyah. Maka kembali kepada hukum asal, iaitu tidak dikenakan apa-apa fidyah.
~~

so kawan2 ramadhan nak dekat dah ni.Marila sama-sama kita ganti puasa.