marzuna

Tuesday, December 27, 2011

Majlis Cukur Jambul Nur Hannah Maisarah

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Pada  17hb December 2011, majlis cukur jambul hannah telah dibuat di kg saya [Kg Chemomoi].

Ni gambar sebelum majlis bermula. Orang kampung bergotong royong siapkan makanan. Anak dara saya si Mya Omei sibuk main kucing. Sampai lembik kucing tu dia duk kejar..Menu pagi tu, mee goreng, roti jala, pulut dengan sambal dan kuih muih. Nasib baik Hannah Maisarah tak banyak ragam pagi tu. Kesian dia dan Mya  kena bangun pagi2 sebab kena  balik kampung pagi-pagi tu jugak.Kami bertolak  dalam pukul 6.00 pagi dan nasib baik sampai kampung pukul 7.30 pagi dan majlis tak bermula lagi. Orang kampung  dah start dtg pukul 830 pagi. Kalau la orang kampung datang dulu sebelum kami sampai mau haru jadinyer.. :(



Hannah Maisarah dah siap2 untuk majlis cukur jambul. Mya Omei? Memang susah nak tangkap gambar dia. Sibuk main dengan sepupu2 yang lain dan kejar kucing. Cari mummy ngn daddy bila nak susu aje. Time lain memang tak hairan kan kami.







Ini pulak Majlis Cukur Jambul Hannah Maisarah. Tgk la rupa Mya Omei.Muka keletihan.
Hannah pula sempat lagi tidur time orang cukur jambul dia. Alhamdulilah Hannah tak menangis dan majlis berjalan dengan lancar.


















Terima kasih kepada seluruh keluarga yang banyak membantu.. :)

Wednesday, December 21, 2011

KidZania @ The Curve


Pagi tadi, sebelum start keje p layan FB jap....mana la tau ada apa2 yg menarik perhatian ke...Tu yg tetiba ternampak lak status dari seorang sahabat ni....''Can't wait for KidZania to open in Vurve NX"
Eh!!! Apa lak benda alah KidZania nie?? Pastu nak bukak kat The Curve.....ish..ish...ish.....kitorang yang dok area sana pun tak tau pasal nie....
Jom tengok apa yang menarik kat sana....

KidZania bakal di buka di The Curve, Petaling Jaya dalam bulan Januari 2012. Hmmm......nampak menarikkan!!!

Rupa-rupanya KidZania ni adalah salah satu lagi tempat beriadah bersama keluarga yang bakal di buka nanti. Memang menarik.....satu Taman Tema baru berkonsepkan pendidikan.

KidZania yang pertama telah di buka di Mexico pada September 1999 di Santa Fe Shopping Mall & sekarang mula mengembangkan konsep tersebut di merata negara termasuklah Malaysia.

Inilah konsep KidZania yang bakal di buka nanti.....Jom kita bawak anak-anak ke sana nanti....


Info:

http://blog.malaysia-asia.my/2011/03/kidzania-kuala-lumpur-at-curve.html?m=1

http://www.kidzania.com.my/


Tuesday, December 20, 2011

Penyusuan susu Ibu

Salam semua,

Rasanya saya pernah post topik ini tapi saje je nak ulang semula.Sekarang ni saya giat mengepam susu.Alhamdulilah stok mencukupi untuk Hannah Maisarah.Harapan saya, saya dapat menyusukan Hannah sekurang-kurangnya sehingga 2 tahun.Mya dulu saya hanya mampu susukan selama 1 tahun 6 bulan, sebab saya telah mengandungkan Hannah.Memang boleh wanita pregnant menyusukan anak tapi saya tak mempunyai kekuatan itu.Mau reput tulang saya...
Susu yang telah dibekukan
Penuh peti ais

Antara kaedah memastikan susu badan kekal adalah:

1. Kerap mengepam susu, selang 3-4 jam sekali - Saya tak buat pun saya pam 4-5 jam sekali.Tak sempat..
2. Pastikan sentiasa direct feeding jika bersama anak. -Yang ni saya buat,senang..tak payah nak susah2 carik air panas.
3. Minum lebih air masak - Dah berbotol-botol saya minum akibatnya saya asyik ke toilet.
4. Elakkan stress - kerja tak banyak dah so saya boleh hindari stress ni.
5. Sokongan dari suami - Encik Suami mmg banyak membantu, tolong basuh, label dan sewaktunya.
6. Makan makanan yang sesuai dengan diri yang boleh membantu membanyakkan susu.


Antara Makanan yang boleh membantu menambah susu badan
1. water chestnut/sengkuang cina
2. kobis
3. halba
4. laici
5. longan
6. lobak putih
7. sawi
8. kailan
9. tenggiri
10. bayam
11. peria
12. jantung pisang
13. soy based product
14. carrot- kalau buat jus carrot susu sedap!
15. Madu lebah asli
16. Spirulina
17. pegaga-jus atau ulam segar

~~~ Jom Susukan anak dengan susu badan~~

Thursday, December 15, 2011

Detik-detik kelahiran Nur Hannah Maisarah

Detik-detik kelahiran Nur Hannah Maisarah

Assalammualaikum..

Dah 2 bulan saya bersalin tapi hari ni baru saya boleh update pasal pengalaman saya bersalin anak saya yang kedua ni.Maklumlah saya berpantang dkt kg saya yang tercinta tue dan u-mobile lak takde coverage kat sana.
Saya selamat melahirkan puteri saya yang kedua pada pukul 9.22 malam , hari khamis 13/10/2011. Saya dah start cuti pada hari selasa 11/10/2011. Malas nak cuti awal-awal sebab masa mya dulu saya cuti awal dalam seminggu lebih. Alih2 mya keluar lewat sehari dari due date dia. Punya la buhsan masa tue, sampai suruh mya keluar cepat2 wpun takut..huhuhu.

12/10/2011 saya ada check-up rutin kat demc. Walaupun saya dah sampai due date tapi bila timbang berat saya tak turun pun dan yang paling "best" berat saya masih lagi naik. Dr Norleen cakap masa tu berat Hannah dlm 2.8++. Kalau tak lahir dalam 2-3 hari lagii berat dia akan naik sampai 3.3++, sebab saat akhir sebelum bersalin, baby akan cepat membesar. Cuak gak la saya bila dengar dr ckp cam gitu. Dr Norleen buat pemeriksaan dan cuma terbuka 1 cm aje. Dia bagi cadangan kalau tak bersalin dalam masa 2-3 hari ni,kena induce. Kami kena pilih tarikh bila nak induce dan dengan terpaksa rela kami memilih 16/10/2011 untuk menyerahkan diri ini.

13/10/2011 Pagi2 bangun, tertunggu2 gak bila nak rasa tanda-tanda bersalin. Encik suami still pergi kerja sebab cuti dia dah tak banyak yang tinggal. Banyak kali gak encik suami tanya, "ada sakit tak?" dan banyak kali jugak la saya kena jawab "tak sakit lagi". Dia cam berat hati nak pergi kerja takut tak sempat nak nganta saya ke spital kalo saya tiba2 sakit nak beranak.
Pukul 11.00 pagi saya ada rasa cam sakit sikit, tapi sejam sekali.Anak kedua-so saya dah tahu dah, lambat lagi nak bersalin kalau sakit sejam sekali ni. Still leh kemas-kemas rumah, main dengan Mya, sms budak2 opis, gosip2..
Pukul 2.00 petang - kontraksi dah jadi setgh jam sekali.Tapi tak sesakit masa Mya dulu dan saya masih lagi cool.SMS encik suami, kata dah sakit 30 minit sekali. Dia cam kelam kabut nak balik tp saya ckp ngn dia lambat lagi ni.Tak yah tergopoh2 sgt.
Pukul 3.30 petang - saya sms encik suami kata dah kontraksi 15 minit sekali.Saya masih lagi cool[iya ke?].Encik suami terus nak balik rumah. Saya cool sebab tak sakit sangat berbanding Mya dulu. Maybe Mya dulu saya terbaring  aje kat katil, tunggu bukaan sampai 8 cm dan asyik piki sakit 2 aje, bertambah2 la sakitnya.
Pukul 4.30 Petang -Encik suami sampai rumah. Saya baru je nak mandi..huhuuhuh..sebakul la kena bebel[encik suami mmg cuak giler masa tue].Encik suami takut saya tak sempat sampai spital.Kena la mandikan.Sat g muntah lak Dr tue bau saya :).
Pukul 5.00 Petang- Saya keluar rumah..Nasib baik la tak jem.Dalam kereta cam sedih lak nak tinggalkan Mya kat rumah.Maklumlah ni first time Mya akan tidur sepanjang malam tanpa saya atau encik Suami.Sampai shah Alam dalam pukul 5.30 petang. Encik suami terus nak pergi spital tapi saya kata takper la.kita p GIANT Shah Alam dulu.Jalan-jalan.Senang sikit nak bersalin nanti.Sempat gak la shopping barang rumah lagi walaupun masa tue saya dah rasa kontraksi 5 minit sekali.Giler ke? giler gak la.. :)
Pukul 7.00 Malam - Saya ajak Encik Suami pergi spital sebab kontraksi dan jadi 2 minit sekali.10 minit jer spital ngn GIANT tue.Kami tak terus pergi wad bersalin tapi jalan2 lu kat lobby DEMC tue. Baca2 doa.Habis segala doa saya baca.Nasib dah print besar2.
senyum tapi sebenarnya tengah tahan sakit.

Pukul 8.00 Malam - Baru lah saya pergi labour room/wad bersalin.
Pukul 8.30 Malam - Nurse check bukaan dan bukaan dah jadi 8 cm.Masuk ubat bontot, buang air besar.Still baca macam2 doa.
Pukul 8.55 Malam - Nurse pecahkan air ketuban.Nurse cakap kalau rasa nak buang air besar[dah sampai waktu nak bersalin] , panggil dia .
Pukul 9.05 Malam - Tak sempat pun Nurse tue nak duduk, dah rasa cam nak bersalin.Doktor tak sampai lagi. Yer la, Dr baru je balik rumah maghrib tadi.
Pukul 9.15 Malam - Dr sampai dan saya rasa dr tue lambat sangat berjalan ke arah saya [perasaan saya je, maklumlah dah tak sabar nak keluarkan baby, sakit sangat masa menahan tue].Saya rasa nak je jerit cepat la Doktor..huhuuhuhuh
Pukul 9.22 Malam - Alhamdulilah, melahirkan Hannah agak senang seperti Mya juga dulu. Amat bersyukur dan terima kasih Allah atas kurniaan yang tidak ternilai itu.

**********Jutaan terima kasih pada Dr Norleen & staff DEMC yang membantu saya melahirkan Nur Hannah Maisarah********

Tuesday, December 13, 2011

Kembali bekerja..

Nur Hannah Maisarah
Hari ni 13/12/2011 hari ke dua saya kembali bekerja setelah 2 bulan cuti bersalin.

Banyak kejadian yang seronok dan tak seronok sepanjang saya bercuti. Yang pertamanya bos saya akan berhenti hujung bulan ni. Risau jugak dapat bos baru. Hopefully lebih baik la kan.CEO saya pun telah ditukarkan.Saya tak kisah pun siapa CEO tapi kali ni saya kisah sebab kenaikan gaji saya akan lewat untuk tahun 2012. Selalunyer dapat bulan 1 tapi sekarang dapat lan 2.ish2...byk effect tue.

Hannah ngn Mya saya dah start hantar nursery minggu lepas. Mya saya hantar hari isnin lagi tapi hannah saya hantar hari khamis. Nak bagi dia orang biasakan diri duduk nursery.Setakat ni alhamdulilah, hannah dan mya ok.Mya tak nangis dah pagi2 masa saya tinggalkan.Pagi2 dekat rumah, masa saya dan encik suami tgh bersiap-siap nak pergi kerja.Dia akan tanya saya nak pergi mana.Bila saya jawab nak pergi work  dan Mya kena pergi school dia akan merengek2 sambil ckp 
Hannah dan Mya
" taknak...taknak..". Senang aje nak pujuk dia..Saya cakap aje.."Mya kena pergi school, tolong mummy jaga adik.Nanti kalau adik nangis sape nak tolong jaga". Tak tahu la dia faham ke tak tapi dia akan berhenti merengek2..Hannah tak tahu apa-apa2 lagi. Of course la dia lagi tak nangis nak mengikut.Tunggu la 3-4 bulan nanti, tengok macam mana, masa tu dia dah kenal orang. Hopefully dia tak ikut perangai kakak dia yang menangis kat nursery.

Pagi-pagi saya agak terkejar2 juga sekarang ni. Tengah biasa kan diri menguruskan anak sambil bersiap2 nak pergi kerja. Mujurlah encik suami banyak membantu. Kalau encik suami takdek mau tunggang terbalik rumah kami agaknya. Alhamdulilah, encik suami mmg suami dan ayah yang baik..."Thank you, abang cyg..Kalau rajin malam2 tolong masak sekali eh :..ihihihihiih "