marzuna

Friday, March 30, 2012

Clay Modelling Art

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Clay Modelling Art Class - Mya Omei join kelas ni pada 12-13 march yang lepas[lambat nak update kan - maaf cerita dah hampir basi :) ]

Saya dan encik Suami decide last minute aje untuk masukkan Mya ke kelas Clay Modelling Art.Nak bagi Mya pengalaman baru. Memang la kat rumah ada plasticine tapi jarang bagi dia main. Takut dia sepah2 kan @ masukkan ke dalam mulut Hannah Cute [mmg kesiankan mya tapi kena piki juga keselamatan hannah]

Hasil usaha keras Mya, alhamdulilah hasilnya amat cantik. Rasanya tak sia-sia Mya join kelas tu.

Friday, March 23, 2012

Sepupu Baru Hannah & Mya

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Selasa lepas (20/3/2012) Mya dan Hannah dah dapat sepupu baru. Baby Boy. Nama Baby tue Irfan Hakimi.

Sangat tomei tapi anak-anak belum berpeluang lagi untuk berjumpa dengan ahli keluarga baru itu. Hari rabu lepas saya pergi dengan encik Suami aje. Maybe this weekend baru saya berpeluang bawa Hannah dan Mya pergi melawat aunty Noi mereka dan Irfan Hakimi.

Alhamdulilah, Hannah dan Mya telah mempunyai 3 orang sepupu dari belah Daddy mereka. InsyaAllah bulan 7 nanti akan lahir lagi seorang. :)

Irfan Hakimi- eh cam buat tunjuk best aje.so cute :)

Wednesday, March 14, 2012

Perkembangan Hannah 5 Bulan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Hannah Yg Cute Di Hati Saya :)

Alhamdulilah, hari ini genap Hannah Cute berumur 5 bulan sehari. Hari ni hannah kena cucuk imunisasi. Sepatutnya kena pergi semalam tapi atas sebab2 tak dapat dielakkan, terpaksa la pergi klinik hari ni.

Sekarang Hannah dah pandai meniarap. Hannah pandai meniarap sebulan lepas lagi.Sehari sebelum dia masuk umur 4 bulan. Sekarang ni dah pandai mengengsot tapi mengundur. Tak boleh ke depan lagi. Hopefully dlm masa terdekat ni, hannah akan belajar mengengsot ke depan pula.

Berat? erm.. aritue baru 6.5 kg. Sekarang tak tahu la.. rasanya paling berat pun 7kg aje. Maybe juga tak naik sebab kes tak nak minum susu dan cirit birit aritu. kurang cute la Hannah kalau kurus ;).

Ulser Mulut

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..
Ulser mulut - Image dr Encik Google :(

Saya tengah sakit mulut.Terkena ulser. Minggu lps seminggu sakit gigi. :(. Nampaknya bulan tiga ni, bulan penghapusan dosa untuk saya..

Apa itu ulser mulut? sure ramai yang tahu kan. Ulser mulut adalah luka di dalam kawasan lembut mulut.Ulser ini nampak seperti tompokan warna putih. Ulser mulut boleh terjadi berulang kali,ia mungkin dalam satu tompok atau berkumpulan,2 hingga 5 tompok. Ulser akan sembuh tanpa meninggalkan parut. Penyakit ulser ini kerap berlaku di bahagian pipi dan ada kalanya di bahagian lidah dan gusi [saya nyer dekat bwh mulut.dekat dgn gusi].

Simptom-simptom ulser adalah
~Tompokan warna putih dan terasa sakit apabila bersentuhan dengan makanan. Tompokan ini boleh berlarutan 7 hingga 14 hari. Ulser mulut menyebabkan anda hilang selera untuk makan dan minum kerana sakit mulut. Kadangkala  berasa malas untuk bertutur .[ Nak makan pun susah, nak cakap pun sakit. Memang susah untuk orang yang suka makan mcm saya ni :( ]

Punca-punca ulser adalah seperti berikut:
  • Jangkitan bakteria, virus atau fungus.
  • Kesemua golongan umur boleh terkena penyakit mulut ulser.
  • Ulser boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal umur.
  • Ulser juga boleh disebabkan kerana kecederaan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah dan terkena dawai alat ortodontik.
  • Pengambilan zat besi, asid folik dan vitamin B 12 yang tidak mencukupi.
  • Sistem imuniti badan yang lemah
  • Alahan
  • Radioterapi
  • Kimioterapi
  • Sebab-sebab yang tidak diketahui.
  • Tekanan 
Kalau korang nak tahu lagi boleh masuk website ni. Saya pun google tadi. :)
 *Sumber dipetik dari : http://www.cybermedik.com/kenapa-kerap-kena-ulser-mulut