marzuna

Monday, June 27, 2011

Senarai Semak Keperluan Bayi



Bayi Comel

Mya -sejam selepas dilahirkan.
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulilah, kandungan saya dah masuk 6 bulan. Namun begitu perut saya still kecik yang kembangnya badan saya. Risau jugak kalau orang asyik tanya, "berpa bulan dah?....eh keciknya perut". Kadang-kadang saya asyik berpikir yang bukan-bukan sahaja. Pastu selalu ajak encik Suami 
pergi Scan. Doktor kat klinik tue cam biasa akan cakap.. [Ok jer perkembangan baby awak, kecik sikit tue biasa la. Kalau  semua budak sama je besarnya, semua orang kat dunia ni sama aje la , tak de la yg rendah, kecik, gemuk, kurus..huuhuhuh..sungguh sadis jawapan doktor tersebut. Nak ngata saya rendah aka comel la tue...:) ].

Oleh sebab dah masuk 6 bulan, saya pun saje-saje le search keperluan bayi. Maybe kandungan dah masuk 8 bulan nanti baru la saya shopping yang patut. Encik Suami,sila sediakan budget eh.. :)

Secara Kesimpulannya, barang-barang yang perlu dibeli:
Keperluan Bayi

Pakaian
  • baju lengan pendek/panjang
  • seluar pendek/panjang
  • sarung tangan & kaki
  • topi
  • lampin/lampin pakai buang
  • selimut
  • barut bayi
  • kain 
  • tuala mandi bayi
  • almari/bakul pakaian
  • sapu tangan
  • tikar getah bayi
  • beg bayi

Mandian
  • sabun bayi
  • bedak bayi
  • losyen bayi
  • syampu bayi
  • besen mandi bayi
  • putik kapas
  • bakul alatan mandian
  • pengalas mandian tidak licin
  • sikat/berus rambut


Penyusuan
  • botol susu
  • puting
  • berus botol susu
  • bekas simpan botol susu (warmer)
  • sterilizer
Tidur
  • bantal, bantal peluk dan tilam
  • sarung bantal dan tilam
  • katil bayi
Lain-lain
  • minyak kembung perut
  • tisu lembab
  • pemotong kuku
  • pembersih hidung
 Mya Omei cam biasa, dah semakin pandai memerintah itu dan ini. Yang paling kelakarnyer, dia tahu nak buat tangan "Kita Bakor" ajer. Tah sape lak yang ngajar dia. Kawan-kawan kat school agaknya. Cute pulak dia ckp.. [akar,akar]. Rindunyer dgn Mya Omei..

Friday, June 17, 2011

Mya and Friends

Sayang semua kawan-kawan
Assalammualaikum dan Salam sejahtera,

Hari ni saya nak upload pic Mya ngn friends dia. Sebenarnya pic ni saya ambil untuk buat sticker untuk ditampal kat barang-barang Mya kat nursery. Dah 2 kali botol susu dia tertukar. Kat nursery tu , banyak sangat baby guna jenama yang sama. Saya ada jugak cari kan Mya Omei botol susu yang lain [ dah beli dah pun] tapi dia cam tak nak. Minum pun sikit je.Terpaksa la saya tukar semula botol Mya Omei ke Botol Susu Avent.

Mya ngn Color

Siap Baring-baring lagi

Comotnyer color dia

Inilah kawan-kawan saya
Adik mya belum lahir lagi, so kat rumah semua mainan inilah yang jadi kawan Mya.Lepas adik Mya Omei lahir, Mya dah ada kawan untuk bermain. :)

Tuesday, June 14, 2011

Bayi Lelaki Atau Perempuan?

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Dah lama tak update blog. Bukan takde cerita nak ditulis,cuma saya agak malas kebelakangan ini untuk menulis.
Banyak peristiwa telah berlaku sepanjang bulan Mei dan Jun. Banyak jugak aktiviti si Mya Omei buat yang saya tak dpt update.Nanti bila-bila senang saya upload pic Mya Omei dalam blog ini untuk tatapan kawan-kawan semua. :)
Kandungan saya dah masuk 22 weeks++.Dah 5 Bulan ++. Alhamdulilah.Semoga bayi yang saya kandung ini berkeadaan baik sentiasa dan mudah dilahirkan ke dunia.

Walaupun saya dah buat scan tapi jantina still tak nampak.Orang cakap kalau jantina tak nampak, selalunyer GIRL.Saya tak kisah girl@boy[walaupun saya berharap boy]. Yang saya selalu doakan baby saya ,selamat dalam perut saya yang comei ini. :).

Saya ada jugak search dalam internet, ciri-ciri fizikal ibu mengandung baby Boy or Girl.Nampaknyer saya termasuk dalam golongan girl ngn boy dan saya tak mengandung kembar.Kesimpulannya, fizikal saya tetap tidak dapat mengambarkan saya ni pregnant boy @ girl. 

Kat sini saya list kan fizikal ibu yang hamil anak lelaki@perempuan.So kawan-kawan, sila pilih anda duduk di kumpulan mana.

Tanda Bayi Lelaki
  • Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung.
  • Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit
  • Anda rasakan beban berat dan bahagian depan tubuh
  • Perut anda kelihatan bulat sempurna
  • Bahagian aerola (daerah hitam di sekitar puting) akan menjadi lebih gelap
  • Bentuk perut condong ke arah bawah
  • Sukakan makanan yang masam dan masin
  • Suka makan daging dan keju
  • Tapak kaki selalu berasa sejuk
  • Tangan selalu kekeringan
  • Suka menghadapkan wajah ke utara semasa tidur
  • Bukan hanya anda, tetapi suami juga bertambah berat badannya.
  • Anda kelihatan lebih berseri semasa hamil
  • Hidung tampak lebih mekar
  • Selalu sakit kepala
TANDA BAYI PEREMPUAN
  • Mengalami morning sickness di awal kehamilan
  • Merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan punggung
  • Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
  • Rambut anda berwarna agak kemerahan daripada sebelumnya
  • Bentuk perut condong ke arah atas
  • Perut tampak agak lonjong
  • Mengidam makanan yang manis
  • Sukakan buah-buahan
  • Suka minum air atau jus yang bersifat masam
  • Anda lebih cerewet semasa hamil
  • Mudah moody berbanding sebelumnya
  • Kulit wajah bermasalah berbanding sebelum hamil
  • Tidak suka makan roti bersama kulitnya
  • Payudara kelihatan mengembang
  • Suka menghadapkan wajah ke selatan semasa tidur


Budak Omei yang sibuk - nak telekung tapi takdek saiz so pakaikan ajer la tudung. :)