marzuna

Wednesday, October 13, 2010

Resepi Biskut Mama Carrie

Tadi saje je google untuk cari resepi biskut mama carrie. Rasa nak belajar buat biskut mama carrie pulak dan hasil pencarian saya di google saya dapat la resepi ini:

Biskut Mama Carrie
Bahan-bahan:
8 auns butter
3 auns gula icing
8 auns tepung Hong Kong
8 auns tepung Top Flour
2 auns tepung jagung
1 sudu besar susu tepung

Cara-cara:
Gaul kesemua bahan di atas sehingga lembut dan cukup kental. Asingkan dan simpan di dalam peti sejuk selama 1/2 jam. Keluarkan dan bentukkan mengikut bentuk yang di sukai (lbh cantik kalu dibentukan heart shape).

Bahan-bahan utk gula icing:
2 biji putih telur
gula icing secukupnya
1/2 sudu kecil esen vanila
sedikit serbuk chocolate atau pewarna coklat

Cara-cara:
Putih telur, gula icing dan esen vanila dipukul hingga kembang. Sekiranya bancuhan gula icing ini cair, tambahkan sedikit demi sedikit gula icing dan sekiranya bancuhan sedikit pekat, tambahkan putih telur. Setelah mendapat bancuhan yang diingini, asingkan sedikit bancuhan dan tambahkan serbuk koko atau pewarna coklat untuk tujuan melukis di atas biskut.

Bila baca balik resepi ni cam rumit pulak kerjanyer[ayat malas nak buat la ni] ;).

Monday, October 11, 2010

Sape Nak jadi Cikgu?

Cikgu adalah cita-cita saya masa kecik, tapi bila naik sekolah menengah saya dengan marahnyer akan ckp tak nak jadi cikgu bila mak ayah saya suruh jadi cikgu.Sekarang rasa cam menyesal lak sebab tak dengar cakap mak ayah saya.Kalau saya mendengar kata sure saya tak payah pening-pening mengadap coding tiap-tiap hari...huuhuhuhu

Post saya kali ni cuma nak bagi tahu:
Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Mod Latihan Perguruan Sepenuh Masa dan Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI j-QAF) Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru(IPG) telah dibuka.So pada kawan-kawan yang berminat tue sila-sila la ek lawati website moe:
http://kpli.moe.gov.my/application_jan2011/iklan.html


Kalau tak salah saya, tarikh tutup permohonan adalah 24 oktober 2010.Pada kawan-kawan yang nak apply dan bercita-cita untuk jadi cikgu yang cemerlang, gemilang, terbilang..(hahhahah..tajuk syarahan saya masa sekolah menengah dulu) jangan ada yang terlajak tarikh pulak ek.Good Luck :)

Thursday, October 7, 2010

Dameea Maisarah dah setahun sebulan

Hari ni genap mya berumur 1 tahun, 1 bulan
Mya still tak boleh berjalan lagi.Sedikit kerisauan di hati saya tapi saya tetap berpegang pada pendirian setiap bayi perkembangannya berbeza-beza.

Dameea Maisarah sekarang sangat suka bermain dengan pen dan kertas.Bila kita tak bagi dia main dengan pen dan kertas tue,dia akan menangis sambil air mata mengalir-ngalir.Taktik yang kadang-kadang berjaya membuat mummy dan daddy terpaksa bagi jugak apa yang dia nak[kadang-kadang aje ye,kadang-kadang memang tak dapat la walaupun menangis bagai nak rak sekali pun, bukan apa, bahaya la pen tu, tersusuk mata ke kan susah]

Hampir setahun sebulan jugak[minus 2-3 hari] mya minum hanya susu dari susu badan sahaja.Alhamdulilah.Semoga saya dapat menyusukan mya sehingga dia berumur 2 tahun.
Apa lagi perubahan mya ek? erm..tak perasan sangat tapi sekarang dah pandai mengeleng-ngeleng kepala kalo tak nak.Kalau dia panggil kita tapi kita tak pedulikan dia, dia akan tampar muka kita..huhuuhuh..sakit gak kadang-kadang.Lagi satu yang selalu dia buat dia akan masukkan jari dia dalam apa2 lubang atau bekas.Pastu wat jerit-jerit mintak orang tolong[tak sakit pun sebenarnya].Lepas kita tolong alihkan jari dia dari tempat tue, dia akan ketawa..erm..memang Cute..

Memang banyak sebenarnya perubahan dia dari kecik sampai la sekarang dan pengalaman itu adalah pengalaman yang cukup indah.Mummy dan Daddy cayang Mya Omei. Moga jadi anak yang baik dan solehah.Amin :)

Tuesday, October 5, 2010

Susu Formula pertama Mya

Enfagrow A+, susu pilihan Mummy untuk Mya Omei [Mya tak boleh pilih sendiri lagi so mummy la kena decide nak kena bagi susu apa.]
Susu Mya Omei

Pening kepala juga nak memilih susu ni.Semua susu mempunyai kelebihan masing-masing.Ada yang baik untuk perkembangan fizikal dan ada pulak yang elok untuk perkembangan otak. 

Malam tadi usaha untuk memperkenalkan mya kepada susu formula memang berhasil.Alhamdulilah.Daddy Mya yang tolong bancuhkan susu. 1 1/2 scoop untuk 3 auns air [tq daddy].Mula-mula tu, dia macam tak nak minum, dia minum tak sampai 10 saat, dia terus bagi botol susu pada saya sambil tunjuk atas meja[atas meja ada susu perahan, tunjuk atas meja tandanya mintak susu atas meja tue la].Saya try bagi lagi tapi dia geleng-geleng kepala sambil sebut nak, nak[sebenarnya tak nak].Saya pujuk-pujuk dia sambil cakap, susu ni sedap, manis walaupun dia tak faham.Mya  buat memek muka nak nangis.Saya terpaksa mengalah time tue dan saya terus bg susu badan secara direct.

Masa Mya leka main-main , saya saje bagi semula botol susu pada dia.Dia ambik botol sambil membaringkan diri di atas tilam.Alhamdulilah time tu tak banyak songeh lak.Boleh terus habiskan 3 auns tue sekali jalan.erm..Mya Omei memang budak baik.Agaknya penat bermain, tak kisah la, air apa pun..janji boleh hilangkan haus dan penat.

Malam ni saya nak try lagi bagi.Sehari 3 auns pun cukup la. Kena ajar dia minum susu formula sebab susu badan saya semakin berkurang dan yang sebenar-benarnya motivasi saya untuk jadi ibu susu yang berjaya, cemerlang semakin merudum [terukkan saya, jangan contohi saya ye kawan-kawan]
Semoga Mya membesar jadi anak yang baik&solehah walaupun terpaksa minum susu Lembu...

Farewell Mya dengan Nursery Anakku

Kelakarkan, Pindah nursery pun nak buat farewall..Sabtu lepas saya dan En hafez telah buat farewell Mya bersama-sama rakan-rakan nursey Anakku.Tak ramai pun yang datang tapi alhamdulilah semuanya berjalan seperti yang saya harapkan.Entry kali ni nak cerita pasal majlis dia aje.Kalau rajin next entry baru cerita pasal preparation nak buat Majlis Farewell  Mya ni.

Sebelum ni, kami hanya sambut birthday Mya bertiga.Oleh itu kami decide nak sekalikan Farewell ini ngn sambutan birthday Mya.Alang-alang dah panggil kawan-kawan Mya datang rumahkan.

Majlis bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga pukul 1230 tengahari tapi tetamu start datang pukul 1030 pagi.Sebenarnya saya dan encik hafez tak berpa kenal pun dengan parents-parents yang lain, tapi pengasuh Mya yang menjemput semua parents + anak asuhan dia.Keadaan rumah kami yang sempit agak menyukarkan untuk tetamu-tetamu kecik ni untuk aktif bergerak..uhuhuhuh..

Invitation Card
Kek birthday Mya dipotong pada pukul 1100 pagi tapi mya tak nak senyum pun sepanjang majlis sebabnya dia memang dah mengantuk sesangat-sangat.Sampai terlelap2 tapi nak buat macam mana, dah dia orang yang diraikan takkan dia takde pulak kan.Tak berseri la majlis...

Pukul 1230 hampir semua tetamu beransur pulang.Mya hanya mahu tidur bila semua kawan-kawan dia balik.Senang sesangat nak tidurkan dia, baringkan atas katil terus lena sampai ke petang.Mummy dan Daddy pun tumpang tidur sekaki.Memang penat tapi happy..yippi!!!

[Pic tak dapat diupdate sebab camera kesayangan saya telah jatuh..uhuhuhu.sedih tau]

Friday, October 1, 2010

First Day Mya di Raihana Childcare (SSM)

Hari ni merupakan First Day mya duduk di nursery Raihana Childcare(SSM).
Pagi-pagi lagi dalam pukul 615 dia dah bangun. Maybe Mya Omei  rasa tak sabar nak ke nursery baru. Nerveous agaknya. Ke mummy Mya yang lebih-lebih??ihihiihih. Lepas mandikan dan siap-siapkan Mya  dengan pakaian + drypers yang bersih, Mya mula merengek-rengek dan saya sedia maklum dengan situasi itu.Mya mahu membuang hajat besarnya.Memang  tabiat Mya sejak dari kecik.Dia hanya akan ber** sekiranya drypersnya bersih.Terpaksa la sekali lagi bawak dia ke bilik air dan buat apa yang patut.

Dalam pukul 0715 pagi kami bertolak ke Ofis mummy aka Nursery baru Mya dan kami sampai dalam pukul 0745 pagi.Cemas jugak, takut jalan jem sebab hari ni hari first kita orang naik kereta ke office.Alhamdulilah kami sampai sebelum pukul 0800 pagi.Mya menangis jugak masa kena tinggal tadi tapi selalunya dia akan menangis sekejap sahaja(di nursery lama).Hopefully Mya Omei dapat menyesuaikan diri di Nursery baru dia itu.

Dalam pukul 0900 pagi tadi, ada bertanya Kak Alia pasal Mya.Kak Alia pun hantar anak dia(Mariam) ke sana. Kak Alia kata mya dah tidur.Alhamduillah la sebab dia  dapat tidur, dapat la dia berehat.

Pukul 1200 tghhari tadi pengetua Nursery baru Mya itu bagi sms tentang bayaran.Sempat jugak saya tanya pasal Mya masa balas sms dr Puan Wani  tadi.Dia kata Mya still tidur.Masa tue hati dah tak berpa sedap.Berfikiran Negatif.~~Lamanyer Mya Tidur~~. Maybe suhu sejuk dan dia bangun awal pagi tadi, sebab tu dia tidur lama[fikiran yang nak sedapkan hati]

Pukul 0100 ptg tadi, pergi beli lunch dan keluarkan duit untuk bayar fee Nursery Mya, sambil-sambil tue jenguk la Mya dan dia masih lagi tidur.Dah 4 jam Mya tidur.Seingat saya, Mya tidak pernah tidur selama itu di waktu siang(non-stop).Dikala itu, fikiran saya memang dipenuhi dengan fikiran negatif dan yang bukan-bukan.Tapi sebagai ibu, saya rasa semua ibu akan berfiikiran macam saya...RISAU...
Kenapa lama sangat anak saya tidur? Dikala ini pun saya masih risaukan Mya Omei saya....
Lambat la pulak pukul 0515.Tak sabar rasanya nak ambik Mya..