marzuna

Friday, August 27, 2010

Beraya di mana?? Nak raya kat Chemomoi...

~~~Hari Raya adalah hari kemenangan kita berjaya melawan hawa nafsu. Nafsu dari makan minum, nafsu dari bergaduh, mengumpat, nafsu mengantuk, nafsu malas,nafsu mata dan berbagai nafsu lagi. Seharusnya kita sambut Aidilfitri dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Bukannya kita cemari dengan pergaduhan nak beraya rumah siapa.~~~Seronoknya kalau kita boleh beraya di kampung kita setiap tahun..Angan-angan yang tak mungkin tercapai melainkan saya bersalin setiap tahun di bulan syawal..tapi..larat ke..huuhuhuh

Tahun ni saya akan beraya di Klang pula disebabkan saya telah beraya sebulan (sebab saya melahirkan Mya) pada raya tahun lepas di kampung halaman saya, Chemomoi yang Indah.Ini merupakan kali pertama saya tidak menyambut Aidilfitri (raya pertama) bersama mak dan ayah saya dekat kampung.Walaupun raya lambat lagi, ramdhan baru separuh bulan tapi kesedihan itue sudah mula terasa..huhuhuuh..

Tengahari tadi call kakak kat kg.Dia tengah sibuk buat biskut Raya dan Meruku.Ada orang tempah meruku dengan dia.Dia dah janji nak buat biskut kelapa kegemaran saya.Walaupun biskut kelapa ni old fashion tapi saya tetap suka biskut itu.Bagi la saya biskut yang cantik+glamour mana pun(ada badam+coklat dan berbagai2 lagi), biskut kelapa ini tetap berada teratas dalam senarai saya.

Persiapan raya tahun ni lebih tertumpu untuk Mya Omei.Mummy dgn Daddy beli mana yang patut aje.Utamakan anak dulu.Last week pergi sogo beli baju+mainan+stroller Mya habis dekat 700.00++. Kesian Mya takde stroller.Sebelum ni pinjam stroller sepupu mya(dia bagi sebenarnya) tapi stroller tu besar sesuai untuk bayi dan dah tak sesuai untuk Mya lagi.Memandangkan umur Mya dah nak dekat setahun, mummy dan Daddy decide belikan dia stroller tue sebagai hadiah harijadi. Praktikal kan hadiah tue :)

Sebelum saya akhiri celoteh saya kali saya nak bagi tahu, hari ini adalah hari paling bersejarah dlm hidup Nur dameea Maisarah kerana
17hb Ramadhan~~hari nuzul al-quran dan hari ini juga merupakan hari ulangtahun  kelahiran Mya dalam bulan islam.Hari ni Mya genap 1 tahun.Semoga Nur Dameea Maisarah menjadi anak solehah, berjaya di dunia dan akhirat.Mummy dan Daddy sayang sangat dekat Mya... :)

Monday, August 23, 2010

Mya Bukan bongsu Lagi...

Jangan terperanjat dan piki bukan2 bila baca tajuk diatas.Pas tue jgn buat spekulasi yang saya pregnant pulak..Saya tak pregnant dan mya tidak akan dapat adik dalam masa terdekat ini. Mya hanya mendapat adik sepupu saje.Adik sepupu mya selamat dilahirkan oleh kakak kandung saya di Hospital Ampang ke HKL(tak pasti pulak, lupa nak tanya, tengah menaip ni baru terpiki, kakak bersalin dekat mana eh..tapi yang pastinya dekat spital hihihiih).

Cucu ke-11 mak dan ayah saya itue telah selamat dilahirkan pada tengahari semalam.Baby boy.Mya terselamat sikit sebab dia still cucu perempuan paling bongsu.Still org akan sayang lebih dekat dia? ye ke? Takpe pun ..kalau orang lain tak sayangkan Mya, sebab Mummy dan Daddy tetap sayangkan Mya, Rindukan mya.. :)

Mak dan ayah saya mempunyai 8 cucu lelaki dan hanya 3 cucu perempuan. Oleh kerana bilangan cucu perempuan sikit berbanding cucu lelaki, cucu perempuan akan lebih disayangi oleh mereka....ihihihih...

Balik dari keje nanti baru nak pergi melawat kakak dan baby boy tersebut.Nama tak tahu lagi.Yang pasti nama baby boy itu akan bermula dengan Mohammad dan diikuti dengan huruf H.Anak dia yang  2 orang sebelum ini patern nama dia macam tue dan sekarang kakak saya sudah ada 3 orang anak lelaki.
Saya kena tanya dia lepas ni, petua untuk dptkan anak lelaki. Lepas tue boleh la saya letak nama adik Mya
Hafiy Mukhlis..cute kan.hihiihih..:)

Tuesday, August 17, 2010

Sayalah Juara..

"yeay.. Pemenangnya ialah MARZUNA!!! Maap yer, yang lain sumer salah". - Comment dr Kakak Chomel.

Saya menang tapi bukan pertandingan yang disiarkan dimana-mana surat khabar atau pertandingan Dutch Lady yang saya masuk hari tu. Pertandingan ni dianjurkan oleh Kakak Chomel dr blog "http://akugitugini.blogspot.com/" . Pertandingan yang diadakan adalah meneka gambar dia semasa kecik. Memang lain betul muka dia. Dulu dia amat kurus dan kecil.Bukan kata sekarang dia gemuk, tapi agak berisi sikit.(Jangan marah ek kak Umie ).
Hadiah pertandingan tersebut ialah Coklat Cadbury.Ingat nak kongsi dengan kawan-kawan tapi memandangkan bulan puasa, so bawak balik aje la.Bagi kat Mya Omei..Rezeki Bulan Ramadhan.
Hadiah Coklat Cadbury.  tq Kakak Chomel

Kepada Kak Umie aka Kakak Chomel Terima kasih banyak-banyak eh. Buat la lagi pertandingan yang lain pulak.. :)

Monday, August 16, 2010

Concorde lagi...

Last saturday, family belah en Hafez telah berbuka puasa dekat Hotel Concorde Shah Alam.Berbuka puasa dekat concorde ni dah macam jadi  acara tahunan keluarga En Hafez.Tak sempat nak snap pic bebanyak sebab si kecik tue dah mengantuk.Makanan pun tak sempat nak nikmati betul2.
Yummy....

Mya baru bangun tidur. Time ni orang nak balik dah.

Weekend lepas adalah weekend yang betul2 memenatkan.Letih sebab kena berkampung di Hospital Ampang,tengok adik kena admit sebab demam denggi.Hospital tu dah jadi macam rumah kedua. Memang merisaukan sebab dia suspect denggi berdarah. Nasib baik dia kena tahan ICU kejap aje. Malam dia admit tue, dia dah boleh pindah wad biasa.Berkampung di Hospital Ampang tidak habis disitu aje, sebab petang semalam anak saudara aku pula kena admit dekat sana.Dia kekurangan kalsium.Semalam baru aku tahu,boleh kena sawan kalau kurang kalsium ni.Anak Saudara aku tu memang tak nak makan, tak suka makan.Kalau dia tengok orang lain makan dengan muka yang comot2 sure dia akan muntah.Kesian pula tengok dia kat spital semalam.
Malu-malu pulak..padahal dia la yang paling suka tangkap gambar

Kesian Mya, terpaksa tidur berpangku dekat hospital.
Kesimpulannya weekend lepas adalah ramadhan yang paling mencabar untuk aku.Berbuka dlm kereta, terperangkap dlm jem, sesat dan macam-macam hal lagi.Tapi takpe, dugaan bulan puasa..huuhuhuh..
Untuk Haziq dan adik semoga cepat sembuh.

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Datang Lagi..

Ramadhan datang lagi..Seronok pula rasa nak sambut ramadhan..Tahun lepas tak boleh puasa atas sebab-sebab yang tidak dielakkan.
Pagi tadi bangun sahur pukul 430 pagi.Encik Hafez dah kunci jam.Mula-mula terbangun pukul 130.pagi..Masa tu mya terjaga, drypers dia dah basah, minta ditukar, dah merengek2, tak selesa agaknya..Terkejut juga tengok jam masa tue, ingatkan  pukul 6.00 pagi.hihiih..mata mengantuk..Cakap dengan Encik hafez,alamak..dah pukul 600 la abg..Dia pun tgk sama jam tue, "dia ckp, eh tak lah..baru pukul 0130 pagi"..hihihiihih...
Menu pagi tadi simple aje, nasi putih+telur dadar+ikan goreng+sayur goreng.Mata mengantuk, takde la selera sangat nak makan.Nasib baik si kecik tue tak bangun sahur sama, dia tu pantang orang terjaga, sure dia nak join sekali.
Hari ni tak tahu lagi nak masak apa untuk berbuka.Dalam peti ada ikan bawal.Rasanya nak masak kari ikan bawal aje.Goreng sayur dan rebus telur masin.Kuih nanti beli la 1-2 jenis.Tak boleh banyak-banyak, nanti membazir pula.
Kawan-kawan, Selamat Berpuasa.Azam saya ramadhan kali ni nak Puasa penuh.Doakan saya eh :)

Monday, August 9, 2010

Dameea Maisarah dah 11 Bulan..

Dameea Maisarah dah berumur 11 bulan 2 hari hari ini.Still tak boleh berjalan.Maybe dia tak pernah menggunakan "walker" dan sebab tue menjadi penyebab dia lambat berjalan.Tapi tak pe, setiap bayi perkembangan dia berbeza-beza.Letih juga nak menjawab bila orang lain bertanya, dah pandai apa?Tak pandai jln lagi??? lambatnya..huhuhuuh..Biarlah orang cakap dia lambat berjalan, janji dia sihat dan pintar.
Bercakap pasal sihat, mya dah batuk hampir 3 mggu.Rasanya dah 3-4 kali juga pergi klinik tapi doctor kata, batuk biasa.Risau juga bila dia batuk teruk tue,..tapi apa lagi yang boleh aku lakukan selain bagi makan ubat dan tak bagi makanan penyebab batuk.Hari ni nak bawa dia ke klinik lagi.Minta doctor sedut kahak dia pulak.Hopefully lepas tu dia akan ok.
Perkembangan lain, dia semakin rajin mengemas rumah.Letih nak kejar dia.Cepat pulak tue dia bergerak.Ase cam nak ikat aje kaki dia..hihihi..Jadi mummy zalim jup.Tapi bila piki semua tu baik tuk perkembangan otak dia, aku dengan perasaan terpaksa rela, membiarkan dia mengemas apa yang dia nak.
Pilih buku mana nak dibaca

Tak cukup buku ni, kena turunkan sikit lagi la...
Susah sgt,turunkan aje semua..baru best!!!

Wednesday, August 4, 2010

Semalam hari yang mengembirakan..

Memang gembira bila Mya dah boleh menyebut "Mummy" dengan betul.Sebelum-sebelum ni dia akan sebut "Mame".Semalam masa hantar dia dekat nursery, dia menangis.Dalam menangis tue dia terpanggil..Mummy,Mummy...  sambil tarik tudung...hiihihih..Gembira rasa walaupun kesian tgk dia menangis teresak-esak.Semalam juga baru terperasan, gigi atas dia dah nak tumbuh.Bukan satu tapi 3 sekali.Sebab tue la , dia demam last week kot.
Banyak juga yang berlaku semalam, satu antaranya adalah Ulangtahun Kelahiran En Suami aka En Hafez. Dah tua dah.Dah 31 tahun.Saja aje ambik cuti semalam masak2 untuk En Suami. Menu semalam takde la hebat sangat.Aku cuma buat Nasi Ayam dan Jus tembikai untuk minuman.Bagi present yang kecik aje..
Hadiah Birthday En Hafez aka Abg Cyg
Nasi Ayam - Lauk Ayam

Malam lak kita org pergi mkn steamboat, ada orang belanja.Terima kasih banyak2.Tahun depan belanja lagi eh.Tahun depan dah kerja kan...ihhiihih.
Untuk abg cayang. Selamat Ulangtahun kelahiran, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.Mummy dan mya cayang Abg..