marzuna

Thursday, December 24, 2009

~24.12.2009

Minggu ni agak busy sikit. Walaupun aku tak termasuk dalam project CSI tapi sikit sebanyak kena gak tempiasnyer.Walaupun busy tapi aku still berjaya mengepam susu untuk Dameea Maisarah 3 kali sehari.Kebelakangan ni, hasil perahan agak mengecewakan, paling banyak aku dpt untuk 3 kali perahan cuma 11 auns aje.Tak tahu mcm mana nak tambahkan susu lagi.Dah macam2 petua aku try. Kadang-kadang macam penuh sgt perut sebab minum air byk sgt .Asyik ke toilet aje. Dah sama situasi mcm pregnant dulu.Demi Dameea Maisarah semua sanggup aku buat. Makanan yang aku tak suka makan pun aku makan.Semata2 nak dapatkan susu yang banyak.Tapi setakat ni semua petua yang aku ikut takde lak yang menambahkan hasil.Apalah agaknyer makanan yang sesuai untuk tambahkan susu ek, sebab setiap org lain.Ada org yg sesuai dan ada jugak orang yang tak sesuai.
Dibawah ni aku senaraikan antara makanan yang leh tambahkan susu.Sesiapa nak try boleh try;
1. Adik-beradik ikang sardin
2. Carrot susu
3. Buah kurma
4. Buah pisang
5. Air madu
6. Air longan @ mata kucing
7. Rasberry cheese kek
8. Air Soya
9. Tauhu goreng & tempe goreng
10. Roti celet planta
11. Air milo + oat
12. Air 100 plus
13. Lobak putih
14. Tuna sandwish
15. Bayam tumis air
16. Ikan tenggiri masak tauchu
17. Daun kucai
18. Sayur Sawi
19. Kentang rebus
20. Kuah kacang ( makan dgn satay)
21. Sayuran kekacang yang dikukus atau masak
22. Ulam pegaga
23. Tempoyak & durian ( pekatkan susu)
24. Minuman tambahan Al-Syaffi (kurma + kismiss)
25. Sambal kering ikan bilis + tempe
26. Sup petola

Nur Dameea Maisarah semakin aktif skrg ni.Suka sgt bertimang.Kadang2 mmg tak larat kalau dia asyik nak bertimbang ajer..Perangai yang tak pernah berubah ialah berborak.Suka sgt borak.Malam2 bgn tukar lampin pun nak borak gak. Hobi lain dia ialah hisap jari.Kadang2 sampai 10 jari dia nak masukkan dlm mulut dia yg comel tue.Mmg Kiut..Menyarap mmg tak pandai lagi, tapi dah pandai mengereng dan pusing2 kan badan.Hopefully next month dia akan pandai menyarap la.Tak sabar nak tunggu dia besar..

Tuesday, December 15, 2009

3 bulan 10 hari

Hari ni umur Dameea dah 3 bulan 10 hari.Sabtu lepas dia kena cucuk untuk 3 bulan. Kuat betul dia.Tak nangis pun.Dr kata perkembangan
otak dan tidak balas dia cepat.Macam budak 5 bulan tp yang membimbangkan aku beratnyer tak naik sgt.Baby yg sebaya dia(anak2 ofismate) semua dah 6kg++.Dia cuma 5++.. Maybe susu badan yang aku bg ni kurang khasiat..perlu ke aku bg susu formula?? dilema gak ni..
Sekarang ni, dameea tidur malam agak lewat jugak.Pukul 11-12 still ajak mummy dan daddy dia borak2..Kalau tak nak borak ngn dia,dia akan panggil sampai ada org lyn dia..Dia mmg suka borak,letak dia dpn t.v.4 sure dia borak ngn orang dlm t.v tue jugak..Kesian gak tgk dia kdg2..tp..terpaksa la kalau time kita org nak mkn, solat atau mandi.

Rancangan kegemaran dia national geographic(rancangan ni ajer yg dia bg byk respon).Kalau dia nmpk ikan melompat2 ke, kaki dia akan naik sama dan mulut pulak mengeluarkan bunyi cam dia excited sgt..Mmg happy tgk dia time tue.

Sekarang ni kita org dah start ajar abc, 123.Walaupun dia tak faham tp kdg2 memek muka dia mcm dia faham aje..Bukan apa, skrg ni semua org bijak pandai,nak tak nak kita kena ikut sama jadi pandai.Tak nak dia
ketinggalan.Harap sgt dia boleh membaca sebelum umur 4 tahun.Maybe agak sukar tapi kami akan tetap mencuba..Doakan kejayaan kami ek..hihihiihi

Tuesday, December 1, 2009

perubahan hidup

0112009.Lagi sebulan nak melangkah ke tahun baru.Macam2 benda berubah sepanjang tahun 2009 ni.Perubahan paling ketara adalah aku mempunyai seorang anak dan menjalani kehidupan sebagai mummy.Seronok ada anak
ecik ni tp kalau dia meragam tue yg jadi tak seronok.Kdg2 tak tahu nak buat pujuk macam mana.Alhamdulilah setakat ni Dameea Maisarah tak pernah lagi meragam teruk sangat.Sikit2 tue normal la untuk baby..

Perubahan kerja pulak- macam takde yg berubah.Sebelum ni dalam kehidupan aku kerja no 1 tapi skrg dah tak
tahu jatuh no berpa.Cuma harapan aku kerjaya aku dekat sini akan menjadi semakin baik hari demi hari..Urat dah banyak terputus ni, wat programming pun kdg2 benda basic pun cam lupa lak...huuhuhuhu..

Perubahan yang paling teruk aku rasa ialah berat badan aku naik mendadak dan tak nak turun2...huuhuhuh...camner nak kuruskan badan.Ada sape2 leh tolong tak? turunkan badan tanpa kurangkan makan...Kalau kurang makan nanti susu lak takdek, sian pulak dekat Dameea maisarah..

Sekarang ni rasa masa cepat sangat berlalu.Rutin harian pun dah berubah.Pagi2 bgn pam susu, siap2 pergi kerja, siapkan anak (susu+tukar baju) tuk hantar rumah nursery.nasib baik la hubby banyak membantu.Kesian kat dia..Terima kasih banyak2 kat dia. Bangun pagi2 sama2 tolong kemaskan dan sediakan beg pam susu tuk bawak pergi ofis,sediakan + labelkan tuk susu Dameea Maisarah.kalau dia tak membantu mmg tak cukup tangan rasanya.

Apa pun setiap perubahan ni membuatkan aku jadi lebih bahagia danSetiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya..