marzuna

Thursday, October 11, 2012

IBU LEGA, MAJIKAN GEMBIRA

Assalammulaikum..

Dah lama giler tak update blogkan.. Dah bersawang-sawang blog saya ni..
Banyak benda nak update tapi mood malas lagi banyak.. huhuuhuh..

Utusan 11/10/2012.
Hari ni gambar Hannah ada masuk surat khabar Utusan. Bukan cerita pasal Hannah pun. Hanya ada gambar budak tecik tu aje. Tajuk berita nyer - IBU LEGA, MAJIKAN GEMBIRA. Cerita pasal taska di tempat kerja.

Secara kesimpulannyer, (cepatnyer kesimpulan ek,cerita baru 3 ayat.. hik hik) kewujudan taska di tempat kerja ini memang banyak membantu. Ibu bapa tidak perlu tergesa-gesa untuk pulang awal dan kebajikan anak-anak sentiasa dan boleh dipantau pada bila-bila masa. Pada ibu yang menyusukan anak juga, ibu boleh direct breastfeeding kerana tempat breastfeeding disediakan. Selalunyer taska yang diwujudkan di tempat kerja akan diselenggara oleh pihak majikan sendiri. Ini bermakna pelbagai kemudahan dapat disediakan untuk keselesaan anak-anak.

Saya  bersyukur taska diwujudkan di Opis saya. Terima kasih kepada opis saya,taska Raihana Childcare , terutama guru-guru taska kerana menjaga anak saya dengan baik... :)

~~~ Entri Skema ~~~