marzuna

Monday, July 22, 2013

Berbuka Di SACC

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Salam ramadhan.. Dah masuk hari ke 13 hari ini, umat islam di malaysia berpuasa.
Alhamdulilah, kita masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menunaikan ibadah puasa kali ini.

Pada hari sabtu 13/07/2013 yang lepas, saya sekeluarga telah berbuka puasa di SACC (Shah Alam Convention Centre). Beli pun dekat groupon jer..

Pukul 6 lbh baru kami bertolak dari rumah. Nasib baik jln tak jem. Masa sampai tu, 
kena beratur panjang sebab nak dapatkan nombor meja. Nasib baik saya ni cekap potong line...hiihihihih..[tak sebenarnya, tiba2 aje dia orang buka kaunter baru, dan panggil saya.. Alhamdulilah, tue namanyer rezeki dan bernasib baik.. :) ]

Tempat berbuka kali ni, keadaan dia macam dewan. Luas dan senang nak ambik makanan. Nasib baik meja kami berada didepan, takde la susah sangat nak bergerak. Al maklumlah dengan kanak-kanak dua orang tue.. Kejap-kejap nak jalan@dukung nak tgk makanan. Hannah tak padan yang kecik.. nak jugak ikut kalo kita orang pergi ambik makanan (tak nak duduk lama2 kat baby chair).

Makanan pulak agak banyak. Tak boleh nak rasa semua pun. Sejak puasa ni perut jadi kecik.Makan sikit dah kenyang..sebabnya minum air bergelas2.. lagi2 air batu kan...

16hb hari tu,  saya join geng2 opis hubby berbuka di Zone KL pulak. Nanti saya update ek...

Berbuka Di Sacc.



Wednesday, July 10, 2013

Salam Ramadhan.

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Ramadhan datang lagi dan alhamdulilah kita masih berpeluang untuk menyambut ramadhan kali ini.
Semoga  Ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan-ramadhan sebelum ini.

Hari ini, Mya cuba untuk berpuasa. Setakat pukul 12.00 tengahari tadi dia masih mampu melawan 
nafsu lapar dan dahaga. Tiada paksaan untuk Mya, saya dan encik suami hanya bercerita pada dia 
apa itu puasa dan dia sendiri yang hendak puasa. Tiada habuan yang dijanjikan cuma mungkin penghargaan kecil yang saya dan encik suami akan berikan sekiranya dia boleh puasa penuh. Penghargaan itu pun kami belum fikirkan lagi.

Hannah walaupun tak puasa tetap bangun sahur. Tetap sibuk nak makan walaupun tak makan.

Itulah ragam anak-anak. :)

Salam Ramadhan untuk semua umat islam.

SALAM RAMADHAN 

DARI 

MYA DAN HANNAH