marzuna

Wednesday, January 20, 2010

bulan ke 4

Umur Dameea Maisarah dah masuk 4 bulan 13 hari. Hobi terbaru dia menjerit. kalau orang tak nak dukung dia, dia akan jerit sekuat hati.Mlm tadi lagi best, dia macam tarik nafas panjang, kumpul seluruh kekuatan dan lepas tue jerit....Lepas org angkat dia, terus senyum2 sambil kaki cam nak lompat2.. bertuah betul dameea maisarah ni..Mula2 nak marah gak tp bila dia senyum2.. marah pun jadi hilang..
Sekarang ni dia dah tidur awal, pukul 9 dah ngantuk.nak tidur dah.Tidur nak selesa.. tak nak tidur dekat tilam nipis, Nak tilam tebal.Lampu kena malap+suram.. Selagi tak baringkan dia kat tilam tebal, dia akan merengek2..Haru gak kalau pergi rumah orang lain, takkan nak mintak tumpang tidurkan anak kat bilik+katil orang, marah la orang...
Satu lagi perkembangan terbaru dia, dia dah pandai kenal orang.Kalau orang yg dia tak kenal ambik dia, dia akan nangis sampai keluar2 air mata (mmg susah nak tgk dia nangis keluar air mata).Macam sedih sgt.Lepas kita ambik aje dr orang tue, terus senyum2..
Oleh kerana dia suka sgt tgk ikan kat national geographic, New year aritue kita org bwk dia pergi jln2 kat aqua klcc. mula2 dia tidur.kita orang cuba2 la kejutkan dia, kalau tak rugi ajer bayar duit tiket.Alhamdulilah sebelum masuk dia dah terjaga..Boleh la dia tgk haiwan2 kat situ. tapi pertengahan jln dia dah mengamuk2, maybe tak selesa.Dalam tu, agak panas jugak la.
Walaupun dia tak pandai sgt menikmati pandangan lagi mummy + daddy nyer tetap berpuas hati sebab dpt gak bwk dia tgk ikan secara live.