marzuna

Wednesday, March 30, 2011

Read Immediately!! Virus!!

Read Immediately!!

Teresa Ma
Associate Vice President Commodity Tax
Tax Services
TD Bank Group
66 Wellington Street West
5th Floor TD Tower
Toronto, Ontario, M5K 1A2
Phone: (416) 982-8401
Fax: (416) 983-5191
teresa.ma@td.com

READ IMMEDIATELY.....VERY IMPORTANT

Anyone-using Internet  mail such as Yahoo, Hotmail, AOL and so on.
This information  arrived this morning, Direct from  both Microsoft
and Norton Please  send it to everybody you know who has Access to the Internet.  You may receive an apparently harmless e-mail  titled"Here
you have  it" If you open the file, a  message will appear on your
screen saying: 'It is too late now,  your life is no longer beautiful....' or Here It Is  or Just For You.
Subsequently you will LOSE  EVERYTHING IN YOUR PC, And the person who sent it to you will  gain access to your Name, e-mail and password.
This is a new  virus which started to circulate on Saturday afternoon.
AOL has  already confirmed the severity, and the anti virus software's
are not capable of destroying it.

The virus  has been created by a hacker who calls himself 'life  owner'.

PLEASE SEND A COPY OF THIS E-MAIL TO  ALL YOUR FRIENDS, And ask them to PASS IT ON  IMMEDIATELY ..

THIS HAS BEEN CONFIRMED BY  SNOPES.

        http://www.snopes.com/computer/virus/hereyouhave.asp
*PPIM : Tidak dapat dipastikan kebenarannya. Walau bagaimanapun, semasa menggunakan komputer, jangan klik jika anda tidak pasti!

Friday, March 25, 2011

First Checkup Di Klinik Kesihatan Kelana Jaya

Assalammualaikum dan Salam sejahtera,

Semalam saya ambik cuti untuk check up di Klinik Kesihatan Kelana Jaya. First checkup untuk second baby nie.Sebelum pergi klinik, terpaksa hantar mya omei ke Nursery kat Opis dulu sebab dah sedia maklum p klinik kerajaan tak sah kalau tak ambik masa 3-4 jam.Nanti Mya Omei buhsan.Kalau dia buhsan tak aper la, yang paling haru kalo dia buhsan dan ngamuk.Habis satu klinik boleh dengar suara dia nanti.

Sampai kat klinik orang dah ramai.Ye la..dah pukul 0900 pagi.No giliran pun dah 6061.Bermaksud saya orang yang ke-61.Masak la nak menuggu.Lebih-lebih lagi first time.Kena tunggu nurse tue buat buku merah dan key in data.Rasa nak tolong aje dia key-in kan.

Mula-mula kena ambik berat dulu, pastue ambik tinggi n then buat ujian air kencing.Ketiga-tiga prosedur ni tak apa, tak menyakitkan.Yang paling tak best, masa ambik darah.Sakitnya la kena cucuk.Ngadu ngn Encik Suami, dan dia cakap "Ala, mya dulu lagi banyak ambik darah, Mya relaks aje".huhuhuhu..Mmg la Mya relaksss sikit sebab deria sakit baby kurang.Bukan sikit nurse tu ambik darah, sebotol gak la huhuhuhu[tak de la besar sgt pun botolnya, saje je buat gimik].

Lepas siap ambik darah, kena jupe nurse plak.Ni pun ambik masa yang lama.Dia check breast n then bagi talk sikit pasal pemakanan seimbang.Pastu labelkan buku merah saya tue dengan sticker hijau.Maksud sticker hijau adalah "berat kurang".Ala bukan banyak pun berat saya kurang, cuma 2 kg aje.Sepatutnya boleh la dimaafkan.Disebabkan berat saya yang tak cukup untuk paras normal ibu mengandung, saya terpaksa menunggu lagi untuk berjumpa doktor.Dekat 20 minit jugak saya menunggu dan masa jumpa doktor cuma mengambil masa kurang 5 minit.Doktor hanya tanya soalan, "memang berat badan kamu macam ni selalu ke?"Saya dengan confident cakap, "Tak la, selalunyer berat saya 45 kg.Morning sickness saya teruk sebab tue berat saya turun kot".Doktor tu sengeh2 dan cakap 45 kg aje?Kamu tak makan ker? uhuhuhuhu..Dan akibatnya saya terpaksa buat appoiment  lain untuk diagnolisis[saya pun tak tahu, diagnolisis apa yang dia nak buat.jangan saya jadi bahan uji kaji sudah]

Oleh sebab saya dah ambik cuti, sempat la saya p dating ngn encik suami di MidValley Megamall. Jalan-jalan ke MPH[tempat dating masa muda-muda dulu] cari buku untuk Mya Omei dan beli beg Barney kat Toy'sUs.


Friday, March 11, 2011

Japan hit by Tsunami / Jepun Dilanda Tsunami


petikan video dari youtube....



Petikan berita dari Berita Harian:

Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo.
Di beberapa tempat sepanjang peairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan puluhan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.
Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen ootage on public broadcaster NHK.

Pegawai sedang menilai jumlah kerosakan, kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini.

Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu.
 -------------------------------------------------
Semoga semua orang terselamat terutamanya pada warga Malaysia yang berada di Jepun.
Semoga kawan saya *Najah* yang baru saja pergi ke Jepun pagi tadi juga berada dalam keadaan selamat hendaknya.
Marilah kawan-kawan kita mendoakan keselamatan semua. Amin.

(Morning Sickness) Mabuk, Pening, Muntah Semasa Trimester Pertama

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Mabuk kehamilan adalah normal untuk semua ibu yang mengandung.Ia jugak dipanggil "morning sickness".Berbeza masa mengandungkan Mya Omei dulu, saya tidaklah mengalami morning sickness yang teruk begini.Hanya mengalami evening sickness.So takde la terasa sangat sebab telah berada di rumah dan boleh merehatkan diri.Adik Mya Omei ni agak manja pulak, sebab bukan "morning sickness" pada waktu pagi sahaja tapi sepanjang hari..huhuuhuh..Mmg dugaan sungguh.

Tadi saya search kat pakcik google dan dapat la beberapa tips untuk mengurangkan morning sickness.Pada bakal-bakal ibu, leh la praktikkan cara ni.Maybe jugak korang ada cara lain yang leh share ngn saya.

• Makan sedikit dan kerap. Perut yang kosong boleh menambahkan loya. Kekalkan tahap gula secara stabil dalam darah. Cuba makan makanan kering dan hambar dalam jumlah sedikit sepanjang hari.

• Makan apa dan bila anda kehendaki buat sementara waktu, tetapi elakkan daripada makanan yang berlemak, berempah, berasid atau bergoreng dan kurangkan makan lemak secara amnya. Ambil makanan yang kaya dengan protin dan vitamin B seperti yogurt. Makanan yang mudah dimakan dan dihadam seperti biskut juga boleh diambil.

• Simpan snek ringan seperti biskut tawar di sebelah katil anda. Luangkan sedikit masa untuk makan biskut tersebut pada waktu pagi dan berehat sebelum turun dari katil.

• Tulis dalam sebuah diari bila anda berasa lebih teruk – dan lebih baik. Selalunya terdapat pola harian dan terdapat waktu tertentu pada setiap hari untuk anda makan atau minum tanpa terengah-engah.

• Cuba minum di antara hidangan jika anda berasakan sukar untuk minum dan hadkan minuman semasa makan. Pastikan anda minum dengan kerap – cuba menghisap ais kiub jika anda muntah air.

• Dapatkan rehat yang secukupnya dan ambil masa rehat dari bekerja jika perlu. Tekanan dan keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk.

• Hidulah buah lemon – bau sepotong buah lemon boleh mengurangkan loya anda. Tambahkan beberapa hiris buah lemon ke dalam teh ais atau air yang membuih.

• Sediakan teh halia menggunakan akar yang disagat atau ambil sirap halia atau pil. Halia baik untuk melegakan perut dan mengurangkan loya. Walau bagaimanapun, halia perlu digunakan dalam kuantiti yang sederhana dan dengan berhati-hati – sebab ia tidak membantu semua orang.

• Memakai gelang tangan acupressure atau mabuk laut – boleh didapati di farmasi dan kedai makanan kesihatan – boleh mengurangkan loya dan muntah dalam sesetengah wanita.

• Vitamin B6 (piridoksina) atau multivitamin kehamilan boleh mengurangkan mabuk kehamilan. Jika anda mengambil vitamin semasa kehamilan, anda mungkin kurang mengalami simptom yang teruk. Periksa dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang makanan tambahan semasa kehamilan.

• Terapi semula jadi seperti aromaterapi (minyak limau nipis, lemon atau sitrus) atau homeopati boleh membantu anda – tetapi pergi ke pengamal yang berpengalaman dalam merawat wanita hamil.

• Berbincang dengan seseorang yang memahami akan membantu anda.

Hopefully trimester pertama saya akan cepat berlalu..Saya jadi malas sekarang n not in good mood.

Thursday, March 10, 2011

Outstation Dari Selatan Ke Utara Part 2

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Entry kali ni saya nak cerita pasal outstation ke utara pulak.Cam biasa la, setiap outstation, saya akan disertai encik Suami aka Encik Hafez bersama-sama Mya Omei. Kesian Encik Hafez terpaksa ambik cuti lagi. Alamatnya semua cuti encik hafez akan habis mengikut saya ke outstation saje. Sorry ek Abg Cayang and Thank you very much..

Kami bertolak dari KL kira-kira pukul 5.30.Ambik Pn Idaayu dulu kat opis kl Sentral n then ikut highway Utara Selatan.Singgah rehat kat hentian Sg perak.Sampai kat hotel kira-kira pukul 10.00++..Banyak gak la makan langsat.Salah masuk simpang la, tak perasan simpang la..Namun alhamdulilah kami sampai juga di hotel Sunway Seberang jaya tersebut.

Hotel tue mmg cantik, 4 star tapi yang tak berpa bestnya takde gak swimming pool.View Bilik kami menghadap ke bangunan kwsp. Bilik kami bersambung ngn bilik idaayu.Malam tue Mya Omei sembelit la pulak.Auntie Ayu nyer cakap boleh dengar suara dia menangis.Sorry la ayu, nak wat camner, budak2 ngn menangis tak dpt dipisahkan.Kita orang mmg suruh Mya Omei nangis supaya ko boleh teringat kat Uyins..ihihihi :)
Muka Ceria-sebelum kena sembelit

Nasib baik kami dpt siapkan kerja cepat.Boleh la kami jalan-jalan ke Pulau.Walaupun saya duduk kat penang tue 3 tahun ++ tapi saya tetap tak tahu nak pergi mana..Ayu pun sama.2*5 cam saya.Last-last kali kita org decide pergi batu Feringgi je.Dalam masa yang sama dapatla saya tgk USM kesayangan saya.Banyak kenangan kat sana.Kat Feringgi saya snap la 2-3 picture Mya Omei ngn Daddy dia.Tak lama pun kat situ sebab tak tahu nak buat apa.Lagi pun byk sgt burung.Takut terkena bahan buangan depa pulak.Dari Feringgi kami p pasar yang ada jual jeruk-jeruk tapi tak beli banyak pun.Hari hujan.Susah nak bawak barang.


 
Daddy wat tanda peace ke tue?? :)

Antara burung yang berkeliaran di Pantai Feringgi.
Waktu malam lak, kami dibawa makan ke kedai Char Kuey Tiaw.Mmg best.Terima kasih ek Pn Bainey.Comel betul baby awak.Cam budak jepun.Tapi tak boleh borak lama dengan Bainey sebab anak dia meragam.

Kami bertolak dari Penang untuk pulang ke KL kira-kira pukul 12.00 tengahari.Ingat nak singgah makan nasi Kandar tapi bfast lambat jadinya perut masih kenyang.Kami batalkan niat tersebut dan singgah di Hentian Tapah tuk mengalas perut.Sampai rumah kira-kira pukul 530 petang.Sempat jugak singgah pasar malam.Beli makanan dan durian.

Banyak jugak benda yang kami nak tapi tak sempat n tak tahu nak carik dekat mana.Antaranya pasembur.Orang cakap kalau pergi Penang tak perkena Pasembur mmg tak sah atau tak lengkap.Tapi nak buat mcm mana, saya budak baik masa study dulu[masuk bakul angkat sendiri, jgn muntah eh] so saya tak tahu jalan-jalan kat penang tue.Dunia saya hanya di kampus..huhuuhuh..Saya memang baik[sebenarnya nak jimat duit].Takpe la, maybe next time saya dan keluarga akan ke Penang lagi untuk bercuti dan bukannyer untuk bekerja.Masa tu baru bleh pergi tempat-tempat yang lebih menarik. :)

Wednesday, March 9, 2011

Outstation Dari Selatan Ke Utara Part 1

Assalammualaikum..

Bulan March adalah bulan yang plg byk saya travel.Awal-awal bulan aritu saya ngn encik Suami dan tentulah bersama-sama dgn mya omei telah pergi ke Muar.Kita orang bergerak dr rumah kira-kira pukul 9.00 malam++.Singgah kat opis kejap ambik Siti Zarina.Sampai kat Muar[Hotel Muar Traders] tepat pukul 12.00 Malam.Jadi Cinderella la kami malam tue.Nasib baik baju yang kami pakai tak berubah menjadi buruk atau kereta yang kami naik bertukar menjadi tikus.Kalau itu berlaku haru jugak la..hihiihihih.

Mya seperti biasa, akan tidur sepanjang perjalanan.Memang bertuah tapi yang tidak berpa bestnya dia terjaga masa sampai dekat hotel.Pukul 2.00 pagi ++ juga baru dia nak lena.Itupun dah berapa kali dia cungkil mata saya dan Daddy dia, tak bagi tidur[Kita orang mmg mengantuk sesgt, mmg terlelap..terlena jugak rasanya].Kesian kat Mya tapi nak buat macam mana, saya bukan datang nak makan angin atau bersenang lenang tapi saya ke sana untuk bekerja.

Hotel Muar Traders boleh dikategorikan ok.Sesuai dengan harganya.Bilik agak besar dan view jugak cantik tapi yang tak bestnya takde swimming pool,bath tab dan almari baju.Tapi tak per la..Oleh sebab dah sampai ke Muar kami pun perkena la Mee Bandung.Tak sempat nak snap picture sebab mood saya kurang baik pada hari tue..Badan tak berpa sihat dan kepala agak tiong, tiong sikit.Walaupun bapa mertua saya orang Muar dan secara automatik encik suami saya ada darah keturunan Muar tapi dia tetap fail jalan-jalan di pekan Muar.Beberapa kali jugak la, kita orang makan langsat[maksudnya sesat] semata-mata nak cari kedai Mee Bandung yang keluarga mertua saya selalu makan.Nasib baik la ada pakcik gps[siti zarina yang punya].Siap marah-marah lagi pak cik gps tue.Garang betul
Gambar yang ditangkap semasa bfast di Hotel Muar Traders
Pemandangan Muara Sg Dr Cafe Yang kami bfast.

Hari ke dua lak, saya kena turun site ke segamat.Jalan agak mencabar dan meletihkan.Ikut belakang lori.Jalan pun satu line jer..so agak sukar untuk memotong.Kita orang stay kat situ sampai kul 2.00++ dan bertolak balik ke KL.Sampai KL jalan dah start jem.Penat tak yag cerita la.Mya pun dah ngamuk-ngamuk.Kesian kat dia, kita yang dah tua ni penat sure la dia lagi penat.
Sampai rumah pun dah pukul 6.00 petang.Sampai skrg penat outstation tak abis lagi ni.

Nanti saya sambung outstation ke Utara pulak.Nak kena stop dulu sebab dah pukul 0515.Nak p ambik Mya omei kat nursery..Tata..