marzuna

Thursday, July 29, 2010

Hadiah birthday Encik Suami@Encik Hafez

Next week adalah birthday encik Suami.Pening jugak kepala nak piki hadiah apa yang nak dibagi..Ada juga survey beberapa hadiah tapi tak tahu la apa yang sesuai.Kalau tanya encik Suami, jawapan standart dia adalah
"Tak payah la bagi apa-apa.Abang tak mintak apa2 pun...". 
Esok waktu lunch, nak pergi window shopping dekat SOGO. Cari idea apa yang nak dibelikan.Susah jugak nak pilih hadiah untuk lelaki ni.Kalau beli untuk anak senang aje, belikan aje mainan, buku, baju..habis Cerita...
Kalau tahun lepas, rasanya kita orang pergi makan2 aje.Kalau tak salah kita orang pergi makan dekat The Ship  tapi tahun ni maybe makan dekat rumah saje,sendiri masak.Walaupun tak berapa pandai masak, tapi aku try la jugak..hahahahah...Tak tahu la sedap ke tak nanti.Kalau tak sedap, terpaksa la Order dari mana2..ihihihihi..
BlueBerry Cheese Tart --yummmy......
Masa awal-awal bulan dulu, plan nak hantar cupcakes kat office encik Hafez tapi cupcakes tak sedap, cantik diluaran tapi tak semestinya sedap didalam.Lepas tu planning nak buat aje blueberry cheese tart suruh dia bawak pergi office.Planning ni pun tak tahu la jadi ke tak.Kadang-kadang tue, planning nye kemain tapi buat nya idak..ihhiihihii.
Erm..nanti pikir lagi apa yang nak buat untuk birthday encik Hafez..Cari lagi idea.Tak berguna untuk tahun ni, boleh guna untuk tahun depan pulak.Tak Gitu??? hihiihihih. 

Encik Hafez cayang..Selamat Hari Jadi..
 

Tuesday, July 27, 2010

Kereta Idaman

Bercakap pasal kereta idaman, aku selalu berharap aku akan dapat kereta yang cantik tapi kecik..Tapi masalahnya, semua kereta yang aku suka~~~ cantik, mahal tapi takde la kecik mana..
Masa aku study dekat 'U' dulu, aku sangat berminat dengan Honda CRV.Kereta ni dah la besar, amat tak sesuai dengan orang yg kecik cam aku ni tapi tah macam mana aku terminat lak kereta tu...
Habis study, masa aku mula2 keje pulak, aku tersuka dengan Honda Jazz, mmg kecik dan sangat cantik.Walaupun tak de la mahal sgt, tapi aku masih tak mampu nak membelinya.Aku hanya mampu Myvi aje..hihiihih..Alasan aku beli MYVIsebab rupa MYVI tue lbh kurang honda Jazz..hahahhahah...(ni nak sedapkan hati aje). Setelah Myvi aku hilang, aku tawar hati pulak nak beli kereta, tumpang aje la kereta encik suami..hihihihi..
Baru-baru ni aku ternampak kereta yang agak menarik.search+google dan aku terjumpa la kereta itu.Setelah terjumpa secara tak sengaja, aku telah terminat kereta tersebut...huhuhuuh..tapi harganya cukup "memberangsangkan" dan sekali lagi aku berfikir...aku tak akan mampu memilikinya...Tapi takpe, kalau ada rezeki aku , Tuhan nak bagi, InsyaAllah....suatu hari nanti aku akan dapat belinya jugak..hihihiihihi.
                                                Volkswagen Polo GTI 1.8l
                                                   Harga :    RM138,888.

p/s : Encik Suami..bila nak belikan saya kereta ni?Kan seronok dapat hadiah ni untuk ulangtahun perkahwinan kita..hihihihiihihi

Thursday, July 15, 2010

Outstation

Outstation????.Tak bestnya rasa sebab perlu meninggalkan puteri kesayangan aku selama 3 hari.Memang tak lama bagi sesetengah orang tapi bagi aku tersangat la lamanyer sebab Mya breastfeed..Tidak pernah lagi aku tak bersama Mya diwaktu malam.Memang sedih..tapi nak buat macam mana, kerja juga penting dalam hidup aku.Kalau aku tak kerja, susah jugak untuk merealisasikan semua impian aku..Benar, rezeki itu ada dimana2 tapi kita tetap kena berusaha untuk mendapatkanya.

Tak tahu la macam mana Daddy Mya nak jaga mya selama 2 malam tue.Hopefully semua berjalan lancar.Yang pastinya mya akan tidur sambil berdukung sebab dia takde "N***N".Kalau ikutkan hati nak aje aku bawak Daddy&Mya ikut aku sekali tapi malangnya bilik tak dapat satu seorang.Kena berkongsi dgn staf lain..huhuhuuh..

Erm..walaupun lambat lagi(21-23)..rasa sedih+risau tu dah mula terasa.Kalau la aku boleh excuse kan best.."Mya..mummy sayang mya, tapi mummy need go to work" ~~~ayat yang selalu aku cakap kat Mya time pagi2 nak hantar dia dekat nursery~~~~

Mya tak mau nakal2 ek duduk dengan daddy.Jaga diri elok2...tak mau lasak sangat, tak mau main kat tempat berabuk,jangan demam sebab rindu mummy + rindu N****N..Mya kena jadi anak yang baik + kuat...Mummy Sayang & Rindu Mya selalu...♥♥♥♥♥

Wednesday, July 14, 2010

Makanan Bayi

Panduan Makanan Bayi.Panduan ni aku ambik dekat blog mana tah..Copy and Paste aje..huhuhu..
1. Garam, gula atau sebarang perasa tambahan adalah dilarang untuk ditambah ke dalam sebarang makanan bayi berusia bawah 18 bulan kerana organ dalaman bayi masih belum bersedia untuk memproses bahan-bahan tersebut. Walaubagaimanapun, sekiranya bayi telah berusia 1 tahun, anda boleh memberi anak anda sekadar merasa makanan orang dewasa seperti kek, muffin, ayam goreng, atau puding. Ingat, sekadar merasa tetapi bukan untuk kenyang.
2. Hanya 2 keping ikan bilis sahaja yang diperlukan sebagai perasa bagi bubur bayi. Ikan bilis tersebut bolehlah digoreng tanpa minyak, ditumbuk dan tabur dalam bubur bayi anda.
3. Buah-buahan citrus seperti oren, anggur dan limau limau tidak digalakkan diberi kepada bayi berusia bawah 1 tahun. Begitu juga dengan yogurt dan telur.
4. Buah tembikai adalah buah yang baik dan boleh diberikan kepada bayi mengikut cara yang sesuai. Begitu juga dengan keledek dan labu.
5. Air yang ditapis (bukan mineral water) adalah lebih baik diberikan kepada bayi dibandingkan dengan air yang tidak ditapis.
6. Air teh dan kopi tidak dibenarkan diberi kepada anak berusia bawah 4 tahun.
7. Bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya, masa yang paling sesuai untuk mula makanan ialah ketika berusia 6 bulan manakala bayi yang menyusu formula, bergantung kepada kehendak bayi (4-6 bulan). Ada pelbagai tanda yang ditunjukkan oleh bayi seperti sentiasa lapar dan tidak cukup dengan hanya menyusu dan mengecap seolah-olah ingin merasa apabila melihat orang makan.
8. Bagi memperkenalkan bayi tentang cara makan, ketika bayi berusia 5 bulan, anda boleh mula makan di hadapan bayi. Bayi anda akan menonton anda makan dan sekaligus akan faham apa yang anda lakukan.
9. Semasa memberi makan kepada bayi, pastikan anda menunjukkan muka yang gembira dan jadikan aktiviti makan sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan bukan paksaan. Sebaik-baiknya, anda juga turut makan sedikit makanan tersebut kerana bayi akan mengikut apa yang ibu/ bapanya lakukan.
10. Makanan yang diawet seperti fruits puree yang boleh didapati di pasar raya adalah tidak sesuai diberi kepada bayi kerana mengandungi bahan pengawet yang tinggi. Jangan terpedaya dengan label makanan yang menyatakan ‘no preservative’ atau ‘no sugar added’.
11. Untuk menghilangkan bau hanyir pada ikan, perap ikan dengan asam jawa selama 15-20 minit dan basuh ikan sebelum disediakan sebagai makanan bayi.
12. Gunakan minyak bunga matahari, carotine atau minyak zaitun bagi makanan bayi kerana ia lebih berkhasiat berbanding minyak biasa.
13. Untuk memastikan bayi tidak allergy kepada sejenis makanan, cuba beri bayi makan dalam kuantiti yang sedikit selama 4 hari berturut-turut terlebih dahulu bagi melihat kesannya kepada bayi.
14. Cara yang paling baik memasak makanan bayi ialah dengan api yang kuat tetapi sebentar.
15. Ibu/ bapa perlu kreatif dalam menyediakan makanan bayi.

Peringkat pemakanan bayi
Peringkat 1 (5-7 bulan)
• Pada peringkat ini, makanan yang paling sesuai diperkenalkan ialah buah-buahan. Buah-buahan yang sesuai ialah seperti epal, pear, tembikai, pisang, betik, mangga (pastikan tidak ada serat yang diberikan sekali dengan cara menapis buah mangga terlebih dahulu).
• Beri bayi satu jenis buah atau satu tekstur buah yang sama pada satu masa sahaja supaya bayi boleh memahami rasa dan tidak keliru.
• Buat permulaan, beri bayi makan sehari sekali (lunch- antara 11.30 hingga 12.30 tgh). Kemudian boleh ditambah kepada 2 kali sehari (lunch dan dinner- antara 5.30 – 6.30 petang). Selepas dari waktu tersebut, tidak perlu beri makan kepada bayi, memadai dengan susu sahaja.
• Cara penyediaannya fruit puree ialah seperti berikut:
1. Potong buah kepada kiub-kiub kecil dan rebus atau steam buah-buahan tersebut sekejap sahaja (1-2 minit).
2. Lenyekkan atau blender buah.
3. Buat permulaan, beri bayi makan 2,3 sudu sekali makan sahaja dan tambahkan sedikit demi sedikit pada hari berikutnya.

Peringkat 2 (8 – 11 bulan)
Bentuk makanan yang sesuai adalah sayur-sayuran seperti bayam, saleri (boleh membuatkan makanan menjadi wangi dan menyelerakan) sawi, carrot, brokoli, labu, keledek dan kentang.
Boleh beri bayi makan campuran sayur-sayuran yang direbus atau di steam sahaja atau boleh juga ditambah ke dalam bubur nasi.
Pastikan sayur-sayuran tersebut separuh masak sahaja bagi memastikan vitamin dan khasiatnya tidak hilang.
Ikan bilis, ayam atau ikan salmon juga boleh ditambah ke dalam bubur. Pastikan bubur dilenyek atau diblender terlebih dahulu.

Peringkat 3 (12 – 18 bulan)
Pada peringkat ini, air kopi, teh, dan kekacang masih belum sesuai diberi.
Jus buah-buahan yang segar seperti oren atau apple boleh diberi kepada bayi tetapi pastikan dicampur dengan banyak air masak.
Yogurt buah-buahan bukan citrus boleh mula diberikan kepada bayi sebagai campuran ke dalam fruits puree atau dimakan begitu sahaja semasa tea time.
Apabila bayi mencapai usia setahun, bilangan waktu makannya bertambah kepada 4 kali (breakfast, lunch, tea dan dinner). Contoh makanan yang sesuai:
• Breakfast (7.30 – 8.30 pagi): Sekeping roti bakar @ cereal+susu (nestum, cornflakes)
• Lunch (11.30 – 12.30 tgh): Nasi panas+sayur yang dipotong halus+ikan salmon@ayam
• Tea (3 – 4 ptg): Fruits puree + yogurt
• Dinner (6 – 6.30 ptg) : Keledek + kentang + carrot + daun saleri yang direbus sekejap, digaul bersama dan dilenyek.

Monday, July 12, 2010

Perkembangan Bayi10 Bulan

YEE!!Mya dah berumur 10 bulan pada 07 07 2010 yang lepas.
Untuk perkembangan bayi 10 bulan:

:: ~~~
Motorik Kasar

* Gerakannya untuk duduk sudah lebih bebas. Ia pun makin mahir mengatur posisi tubuhnya.
* Bayi mulai berjalan merambat dengan berpegangan pada furnitur yang ada. Ketika berdiri berpegangan, ia sudah dapat bertahan dalam waktu yang lebih lama, sekitar setengah menit atau lebih. Telapak kaki sudah dapat menapak dengan baik.
* Ketika dipegangi tangannya untuk ditatih, ia sudah dapat melangkahkan kakinya untuk berjalan.

Motorik Halus
* Koordinasi kedua belah tangan sudah lebih baik. Kubus atau balok mainan yang dipegang oleh masing-masing tangannya sudah dapat dipukul-pukulkan.
* Karena kerja sama kedua tangannya sudah baik, bayi bisa menirukan gerak tepuk tangan.

Kognitif
* Ia masih senang bermain-main menjatuhkan objek. Bayi pun mulai mencoba-coba melemparkan mainannya dengan gembira, seperti mengharapkan suatu sensasi dari permainan tersebut.
* Kemampuannya untuk mengamati sikap, ucapan dan perilaku orang dewasa yang berinteraksi dengannya semakin bertambah. Ia dapat menirukan beberapa hal sederhana yang baru, seperti peniruan kata maupun gerak tubuh.
* Ketika diajak melihat-lihat buku sambil didongengi cerita, bayi mulai menunjukkan perhatian dan ketertarikan pada gambar-gambar di dalamnya.

Bahasa
* Seperti di usia sebelumnya, bayi suka menirukan ucapan yang dikatakan orang dewasa kepadanya. Lakukan dialog lebih sering dengan menggunakan kata-kata sederhana. Ucapkan berulang kali agar dapat ditirunya meski tidak sempurna.
* Bayi mengerti kata-kata yang dikenalnya, seperti jika ditanya, "Mana Ayah?" ia akan memberi respons dengan memalingkan kepalanya mencari orang yang dimaksudkan. Jika ia menemukan "ayah" akan ditatapnya sang ayah.
* Ia sudah mengerti kata "ya" dan "tidak" dan dapat memberi respons saat mendengar kata tersebut. Ia seperti terdiam ketika yang didengarnya adalah kata "tidak".

Sosial Emosi
* Ia merasa senang ketika mendapat perhatian atau diberi pujian karena melakukan sesuatu. Sesuai yang diharapkan orang dewasa di sekitarnya. Ada kecenderungan ia akan melakukan kembali atau mengulang perilaku tersebut.
* Perasaan takut, khawatir, dan rasa tak nyaman terhadap orang tertentu, situasi atau orang asing, dan ditinggalkan orang terdekatnya masih ditemui di usia ini.
*Antusias mengeksplorasi lingkungan di sekitarnya, apalagi dengan kemampuan motoriknya yang semakin bertambah. Perhatikan faktor keamanan lingkungan di sekitar bayi.

KEMANDIRIAN
* Teruskan melatihnya makan sendiri. Ia akan menggunakan jari-jemari tangannya untuk memasukkan makanan ke mulut. Ajarkan cara memegang sendok untuk mengambil makanan di piringnya.
* Ia bisa menggunakan jempol dan jari tangan lainnya untuk memegang gelas dan belajar minum. Gunakan gelas plastik agar aman.


Secara Amnya
Ia sudah dapat duduk sendiri tanpa bantuan. Merangkak dengan baik, naik di kursi atau tangga rumah, berjalan dengan bantuan, mengangkat kakinya jika Anda sedang memakaikannya celana. Meniru suara terbatuk-batuk. Mengatakan ”papa”, ”mama”, senang bermain dengan mainan tertentu, memegang kue dan memakannya. Mengerti yang diperintahkan dan melakukannya, mulai takut terhadap orang yang tidak dikenal.


Alhamdulilah, boleh kata semua diatas seiring dengan Mya..Mummy sayang Mya.Moga Mya jadi anak yang baik,pandai, dan berjaya dunia Akhirat..Amin

Wednesday, July 7, 2010

Taska

Pagi tadi pergi tanya taska untuk mya.Ingat nak bawak datang ofis aje.senang sikit..
Overall taska tu cam ok aje.Pengasuh pun boleh tahan ramai..
Kalau ok ingat Mya setahun nanti nak anta Mya dekat sana

Tuesday, July 6, 2010

Rumah

Alangkah seronoknya kalau semua yang kita hajati akan termakbul.hihiihih..Tapi realitinya hidup di dunia ini, tiada siapa pun akan terlepas dari cabaran dan dugaan.Tidak semua yang kita inginkan akan kita dapat..Tapi semua yang berlaku ada kebaikan dan keburukan.Sebagai hamba Allah yang lemah, kita harus yakin bahawa semua yang berlaku ada hikmahnya...Semoga ada hikmah disebalik aku lambat di tetapkan dalam jawatan..Amin..
Andainya aku telah ditetapkan jawatan, perkara pertama aku nak buat adalah beli rumah sendiri.Jelesnya tengok rumah kawan-kawan.Cantik, luas dan selesa.Sian dgn mya, rumah yang kami duduk sekarang agak sempit.Dia nak merangkak pun takde kawasan.Terpaksa la dia merangkak bawah meja makan sebab takde ruang..huhuhuhu..

Rumah aku tu nanti, aku berangan nak design bentuk-bentuk seperti gambar kat bawah ni:

Dapur



Ruang Tamu 1


Ruang Tamu 2


Cantik-cantik kan design dia..erm..walaupun hubby aku cakap,
"mahal sgt design tu..mana la kita mampu"
tapi aku tak kisah.Nama pun angan-angan aka impian.Tak kan nak impikan yang biasa-biasa pulak.Mesti la nak impikan yang cantik2 walaupun diluar kemampuan dan kebolehan..hiihhi. Mana la tau, satu hari nanti impian aku akan tercapai.bak kata orang "tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu"..~ayat nak sedapkan Hati~...hiihihihihi

Friday, July 2, 2010

Muffin

Sekarang ni aku memang suka sangat buat muffin.Tak tahu kenapa.Semua perisa muffin aku nak try..hihihihi..
Last week buat muffin pisang chocolate.Sedap tapi lagi suka muffin chocolate.My hubby pun lagi suka muffin chocolate.Next week maybe nak buat Muffin blueberry pulak.Tengah search dekat internet resepi-resepi yang best..hhihihhi..
-Kat bawah ni adalah gambar muffin pisang yang aku buat last week..


Thursday, July 1, 2010

Perkembangan Bayi 9 Bulan

Dameea Maisarah dah berumur 9 bulan ++.. Mya dah pandai panggil Mummy dan Daddy walaupun sebutan dia "Mame, "Dade"..hihihi..Mmg sronok tatkala dia pandai bercakap.Mulut comel tue mmg bising.walaupun tak faham apa yg dia bicarakan tapi kami (mummy& daddy) tetap melayan dia..

Berikut adalah perkembangan yg normal untuk bayi 9 bulan :::
Perkembangan Komunikasi Anak Usia 9 Bulan

:::: Perkembangan bayi akan tumbuh dengan cepat. Maka dari itu, sebaiknya para ibu yang memiliki bayi memiliki pengetahuan mengenai perkembangan bayinya dari waktu ke waktu. Perkembangan ini meliputi kemampuan berkomunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku anak, khususnya pada usia sembilan bulan.

Bagaimana caranya mengetahui apakah perkembangan seorang anak normal? Berikut ini ada tips yang dapat digunakan untuk mengecek perkembangan anak usia sembilan bulan. Kemampuan yang diharapkan pada usia sembilan bulan adalah sebagai berikut.

Bayi di usia ini biasanya sudah mengerti jika dilarang. Kemudian, bayi sudah bisa diajak bermain cilukba. Bayi anda bisa berkata mama, papa, dada, tata, menikmati berbicara banyak yang tidak diketahui maknanya (immature jargoning). Bayi anda sudah bisa berekspresi terhadap lingkungannya dengan tersenyum.

Selain itu, bayi mulai takut terhadap orang yang tidak dikenal dan ia biasanya akan menangis. Lalu, bayi anda sudah bisa mendengarkan secara seksama, ketika mendengar suara dan mencari sumbernya. Bahkan, bayi anda sudah bisa mengamati objek sebaik mengamati orang. Tak hanya itu, bayi anda juga sudah bisa memakan kue yang dipegangnya, minum dari cangkir dan makan dari sendok. Jadi, amatilah terus perkembangan bayi anda dengan seksama ::::


Kalau ikut info diatas, alahmdulilah, mya membesar dengan baik.Harapanku semoga Mya membesar sebagai anak yang solehah dan berjaya didunia dan akhirat.Amin