marzuna

Sunday, June 21, 2009

Mari Memasak

Semalam (20 06 2009) pagi2 lagi kita orang dah keluar pergi bfast dgn office mate & x-office mate husband aku...Saje je pergi jumpa2.Kebetulan 2 org office mate my husband tue pregnant gak. Seronok jumpa dia orang kongsi pengalaman masing-masing.

Tengahari kita orang tak buat apa2 pun.Duduk lepak aje kat umah.Petang baru la ada aktiviti iaitu masak untuk makan malam...Semalam kita orang masak nasi Ayam.Walaupun aku tak pandai masak sgt, tp..alhamdulilah..nasi ayam tue jadi jugak akhirnya..huhuuhuhu....

hari ni nak try wat spagheti goreng lak.. asyik2 buat spaghetti bolognise aje....hiihihih..

Ayam

Nasi Ayam

Wednesday, June 17, 2009

cemas..

Semalam adalah sangat yang mencemaskan. Selalunya baby akan bergerak pada pukul 9++ tapi semalam sampai pukul 1 dia tak bergerak2..Memang sangat2 merisaukan....Rasa nak nangis pun ada huhuhu..Telefon my hubby bagi tahu baby tak bergerak sgt. Dia ckp tunggu sampai ptg, kalau tak gerak jugak, balik kerja pergi klinik wat check-up. Alhamdulilah pukul 1++ dia dah mula menendang2 macam selalu.Gembira tak terkata masa tue. Terus bagi tahu husband, baby dah aktif macam selalu semula...hihihihihii... tak tahu kenapa, sejak pregnant ni mudah sgt risau...

Maybe aku puasa semalam..sebab tue baby mcm letih sikit.Tak tahu la, dah tanya dr dia kata boleh puasa.Nak tak nak kena gak la puasa sebab puasa ganti tak habis bayar lagi ni.Dah la lan puasa akan datang ni tak akan dpt puasa penuhnya..tapi takpe,Insyallah..nanti lepas bersalin boleh puasa..Leh turunkan berat badan yang semakin mengembang ni..huuhuhu..

Hari ni baby bergerak aktif macam selalu.Tak berani lak nak puasa lagi..Kesian lak kat baby..Rasa bersalah buat dia 'letih'..huhuuhuh..

Rasa macam lambat aje 06.09.2009... Walaupun rasa takut nak bersalin....tapi tetap rasa tak sabar nak tgk baby...hihiihihi

Sunday, June 14, 2009

first check-up di UMRA

14.06.2009.Aku dan husband buat first time check-up kat Pusat Perubatan Dan Bersalin UMRA.Tujuan utama kita orang pergi sana cuma nak wat registration.Dah penat gak survey hospital mana nak bersalin. Akhirnya my hubby tolong wat keputusan bersalin kat Pusat Perubatan dan Bersalin UMRA tu aje.

Masa sampai-sampai aje, tanya receptonist apa prosedur kalo nak bersalin dekat situ.Senang aje prosedur dia, register hari tu, pas tue buat first check-up and then secara automatik dah dianggap register untuk bersalin kat sana. Kita orang dah la, tak bawak duit..takut gak kalau feenya mahal..my hubby terpaksa la..bergegas cari mesin atm.Sian kat Dia.. Sorry abg.. terdegil lak..(Dia dah ajak p keluarkan duit tapi ckp kat dia tak payah....tanya dulu, nanti nak bayar baru keluarkan duit...ada ke camtu? nak bayar baru p keluarkan duit....huhuhu)

Yang paling kesiannya, my hubby tak sempat nak join masa Dr Ummul tu buat check-up(org kat mesin atm tu amai la pulak) tadi buat scan 4d. So boleh la tgk muka baby. Tak sabar nye nak tunggu dia lahir, and hopefully semuanye ok..InsyaAllah.

Sebelum ni dah wat check-up kat Goverment Klinik, tapi tak sempat nak tanya lebih. Faham2 sendiri aje dr Kad Merah tu. Kat situ tulis berat baby untuk 26 minggu 999 gm.Risau gak..kecik sgt ke baby aku nie, walaupun dah search yg berat tue normal.Tak puas hati gak, tanya dekat Dr Ummul. Dia kata ok berat tue, tak besar dan tak kecik.Baru senang hati...huhuhu..Maybe cepat sangat risau.Hari ni scan, baby songsang lak, kaki kat bawah, kepala kat atas.Tapi tak apa, doktor tu kata it's normal.Baby akan berpusing2 sekarang nie... huhuhu..Risau lagi.. Jangan la..Darah tinggi naik lak.. asyik risau aje..

next check-up. 4/7/09. Nanti wat detail scan. Tak Sabarnye nak tunggu tarikh tu..

~~ Dah lama dah tak menulis blog, ayat pun dah tunggang langgang. ..huhuhu~~~~

Friday, June 12, 2009

~~warna-warni kehidupan~~

selamat datang ke blog hafez dan marzuna..hihiihih.. akhirnya berjaya jugak aku create blog ni.Dah lama dah nak buat tapi masa dan keadaan tidak mengizinkan.
diharapkan blog ini dapat dijadikan catatan perjalanan kisah hidup kami sekeluarga.

Wednesday, April 23, 2008

rabu-16.04.2008-kenangan yang tak best...

Hari ni ase nak cite pasal rumah aku kena masuk pencuri ari rabu lepas.Pencuri tu masuk time kita org tidur.Tapi tak tahu la nape semua orang tak sedar..Nasib baik pencuri tu tak masuk bilik aku.Syukur sesangat...Kalau dia orang masuk bilik aku, tak tahu la apa lak yang terjadi..Pencuri tu masuk bilik pertama(bilik abg ipar aku) ngn ketiga aje(bilik adik aku), maybe dia org tidur tak kunci pintu bilik..Pesan aku pada korang semua, tidur mlm kunci la pintu bilik... Sebenarnya kita orang sedar rumah kena masuk pencuri pun lepas pukul 730 pagi.Masa tu aku nak p keje dah, adik aku tanya, nampak tak hp dia..Aku wat tak tahu aje la..sebab mana la aku tau, rumah dah dipecah masuk, sebab bilik aku elok aje..aku pun p la keje cam biasa..sampi tempat keje lbh kurang sejam, adik aku call..kata barang dia ilang, kunci rumah dia ilang..Call abg ipar aku lak tak dpt2..Terpaksa la aku balik rumah..Sampai rumah aku check la, apa barang yang ilang lagi n wat report...first time dlm idup aku wat report kat balai polis.Lama gak nunggu polis tue..dah wat report kat balai bolis dmnsara mutiara, kena lak p balai polis damansara..Nape la, tak wat satu tempat aje.Kan senang..ni nak kena pergi tempat lain semata2 nak bayar rm2.00... Petang tue, lepas beli kunci baru(kena tukar semua kunci sebab pencuri dah ambik kunci adik aku)..P lak jupe abg ipar aku kat tempat keje dia..Tanya dia barang apa yang ilang..dia kata hp dia takdek masa dia bgn tidur..tp dia kata, dia dah terlambat nak p keje..dia p aje la keje dulu, balik nanti baru carik..sabar aje la..abg ipar aku ni..tp tak leh salahkan dia, sebab pencuri tu tak tinggalkan kesan sangat pun, dia keluar rumah pun siap kunci pintu lagi, gate siap pasang mangga...hampeh tul pencuri tue.. Balik rumah aku pun tergerak hati, nak check kete abg ipar aku,Tapi tak jupe..Aku dah ase semcm..sebab pencuri tue ambik kunci motor adik aku, tp nape tak ambik motor adik aku?patut la...dia tak geladah sgt rumah...masa dia masuk bilik abg ipar aku...dia ambik kunci kete..senang2 la dia nak curik kete tue.malam tu terpaksa wat report sekali lagi..kete lak ilang..muka polis tue dah tension aje.. Kesian kakak aku, kete dia ilang hari rabu,khamislak birthday dia.Sure dia akan ingat sampai bila-bila kejadian ni...dia baru aje lik kg, kena balik kl semula..uruskan claim insurans lak.. Kita org ada gak g jupe seorg pak haji tu, saje nak tau apa yang terjadi.. Dia kata pencuri tu guna ilmu pukau, tp tak tahu la betul ke tak... Pesan aku pada korang semua, kunci la pintu bilik waktu mlm terutama bg kwn2 perempuan aku sekalian...huuhuhuhu

Tuesday, March 18, 2008

18.03.2008...

dah lama dah tak menulis kat sini.Bukan Takde masa nak menulis tapi tak tahu nak cerita apa, sebabnya takde perkara yang menarik yang berlaku kebelakangan ni.
Tempat kerja aje yang berubah,tapi tak tahu la company ni ok ke tak.Setakat ni ok la..harap-harap keadaan ni akan kekal selamanye.Yang paling aku suka kat sini, aku leh balik awal. Mula2 cam janggal gak, balik ontime.Cam Pelik pun ada, sebab pukul 0530 aje semua org dah berkemas2 nak balik.Maybe tak biasa kot dengan suasana camtue.Yela..ofis lama dulu semua orang balik lambat..Yang janggalnye bila orang balik awal..hihihii..
kadang2 cam rindu aje ngn kawan2 kat xybase(walaupun hampir semua dah benti).

Friday, February 15, 2008

Last Day With Utm Team..

09022008..aku jadi tunangan orang. ...tak ramai pun yang tahu aku bertunang. sorry ek kawan2, jangan kecik hati lak.Bukan aku tak nak bagi tahu, tapi saje je nak buat "surprise", hiihihiihi..nanti aku nak kahwin aku jemput la korang...

ari nie last day bersama projek utm, akhirnya aku benti jugak dari xybase nie.. tapi aku tak buat keputusan lagi nak pergi company mana.. dagang net or scope international. satu anak syarikat uem, satu lagi anak syarikat standart chartered.2-2 company besar, gaji pun lbh kurang..pening gak pala nak piki. tgk je la 25 nie aku p ofis nie.Hopefully pilihan aku tepat la kali ni...amin

Sedih jugak nak benti walaupun sebelum ni mmg nyampah dah wat projek nie.Walaupun aku tak berpa suka, tapi melalui projek nie aku mmg belajar banyak, especially dalam skill java.Dari tak tak tahu apa-apa pasal struts aku dah jadi mahir gak dlm framework.Sure aku rindu suasana keje  kat bilik ict, berjaga sampai ke pagi sambil mkn free order from mcD.ehhehehhe...

Apa-apa pun, hidup perlu diteruskan...



sekali dah buat keputusan untuk melangkah kehadapan.. kita harus teruskan..


Utm Team.. i will miss u all...