marzuna

Thursday, June 24, 2010

Ganti Puasa

Puasa Ganti? erm..tahun ni aku perlu ganti puasa sebanyak 30 hari.Maksudnya sebulan ramadhan aku tidak berpuasa pada tahun lepas.Bukan sengaja untuk meninggalkan ibadah itu tapi aku telah mendapat lampu hijau..hihiihih..Masa tu aku telah melahirkan puteriku yang comel ~Nur Dameea Maisarah~.

huhuhu..sekarang dah masuk bulan rejab.Puasa tak habis berganti lagi ni.Nak puasa direct tak boleh sebab nak pam susu mya.nanti mya tak cukup susu pulak..erm..takpe la..plan2 kayuh..insyaAllah..sempat.

kat bawah ni adalah pendapat mengenai ganti puasa:

~~Sekiranya ditangguhkan qadha’ ramadhan sehingga tahun berikutnya, disebabkan oleh uzur seperti sakit sepanjang tahun, atau hamil, atau menyusu sepanjang tahun, maka tidak dikenakan fidyah. Yang wajib hanyalah puasa.

Tapi kalau menangguhkan puasanya tanpa uzur, ada 2 pendapat:

Pertama: Wajib membayar fidyah, iaitu memberi makan kepada seorang untuk satu hari. ini pendapat jumhur ulama, Maliki, Syafie, Hanbali, dan diriwayatkan daripada sebahagian sahabat dan tabien.

Kedua: Tidak perlu membayar fidyah. ini pendapat mazhab Hanafi. Dan ditarjihkan oleh Syeikh Soleh Uthaimin, kerana tiada dalil sahih yang mewajibkan membayar fidyah. Maka kembali kepada hukum asal, iaitu tidak dikenakan apa-apa fidyah.
~~

so kawan2 ramadhan nak dekat dah ni.Marila sama-sama kita ganti puasa.

No comments: