marzuna

Wednesday, May 2, 2012

Jimat tanpa diapers

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Jimat tanpa diapers? Semua orang pun tahu kan, sure la leh berjimat kalau tak yah bazirkan duit beli diapers. Alhamdulilah, Mya dah tak pakai pampers waktu siang@malam. Walaupun agak lewat [Mya Omei dah berumur 2 tahun 6 bulan ] tapi saya tetap berbangga dengan Mya Omei. Seminggu sahaja saya ajar dia, tanpa perlu dipukul@dirotan@dimarah, Mya Omei akan beritahu kalau mahu ke toilet. Of course buat masa ni, saya@encik Suami@cikgu kat Taska Raihana perlu menghantar dia ke toilet. Dia masih takut untuk ke toilet seorang diri. Waktu malam pula, dia memang jarang nak ke toilet tapi bila dia nak ke toilet, Mya Omei akan kejutkan saya atau encik Suami. Sekiranya kami berdua tidur "mati" , dia akan jerit kuat2 sampai la kami bangun.

Yang haru bila tak pakai pampers ni, time pergi berjalan-jalan. Lagi-lagi untuk distance yang jauh. Maklumlah public toilet kat malaysia ni kan terkenal dengan "kebersihannyer". Mya Omei akan menjerit-jerit ~ "kotor,kotor ..tak nak kencing".. terpaksa la paksa juga dia kencing dan dalam tak nak kencing tue.. dia kencing juga ~ tak tahan, menahan agaknyer...

Sekarang ini saya cuba pula pujuk dia untuk tidur di bilik sendiri. Ini agak sukar kerana Mya Omei agak penakut, tapi yang peliknya ~ tengok tv sensorg kat ruang tamu boleh pula~...




2 comments:

aidabdulatif said...

wah..kongsi la cara nak ajar mya tak pakai diapers tu wess..

congrats to mya dah tak pakai diapers

marzuna said...

cara dia
1. minggu pertama ko kena tanya dia sejam sekali nak kencing ke tak. malam tak yah pakai diapers( mlm je dia ada bersama ngn kita - nak tidur baru pakaikan)

2. minggu ke dua, biar dia cakap sendiri nak kencing.(kalau dah lama sgt tak kencing tue kena tanya gak la)


3. psiko sikit..hahahha.. ckp dah besar, malu pakai diapers.. nanti nak pergi sekolah mcm along(sepupu dia), sekolah sana tak boleh pakai pampers.

4. Bagi la reward kalau dia berjaya(jgn janji awal2) - cam mya senang aje.. dapat buku+color baru..sure suka sepanjang hari..