marzuna

Friday, June 26, 2009

Penipuan Kad Kredit..

Baru baru ini aku telah menerima satu panggilan telefon yang sungguh mendebarkan dan aku tertipu......
Kat sini aku nak kongsi pengalamaan aku kat korang..

1. Penipu tu menggunakan telefon bernombor 03-21788888 (sama dengan no. Ambank customer service )

2. Penipu akan menggunakan rakaman suara perempuan dan menyatakan bahawa kad kredit anda telah digunakan sebanyak bla,bla,bla...biasanya RM3600.00 dan penipu inginkan anda untuk mendail 1 utk kompem, 2 utk batal dan 5 utk bantuan dari customer service.

3. Aku dgn perasaan gabra + takut + kalut...tah apa2 lagi perasaan masa tue...terus tekan 5 dan panggilan aku dijawab oleh seorang yang pelat bahasanya mirip berbangsa Cina.

4. Aku ckp dgn orang tue - aku takde kad kredit ambank...camne aku nak wat transaksi rm3600 tue...dan aku nak la penjelasan drpd dia...(Bengongnyer aku masa tue..huhuuhuhuh)

5. Penipu tue ckp.. kad kredit tue dah di apply pada 02.04.20009 dekat branch mont kiara.. Had Limit dia rm14.000.Lagi la aku panik tahap cipan.. mati la aku nak membayar rm 14,000. mana aku nak cari duit.

6. Lepas tue, penipu tu terangkan kat aku.. no kad kredit tu...5455-1932-8653-2004..Mmg ase nak nangis masa tue...

7. Penipu tu mintak no telefon aku, dia ckp..maybe ada pemalsuan kad kredit dan akan sambungkan aku kepada Bahagian PEMALSUAN Kad Kredit BNM...

8. Dia mintak aku jgn tutup Hp atau buat panggilan luar sebab BNM akan call aku dlm masa 2-3 minit lagi.Masa tue mmg aku tak leh pikir..mmg kalut + panik sesgt....

9. Lepas 1-2 Minit..aku terima panggilan dr no +999...Mcm no polis pun ada...Seorang lelaki berbangsa Cina yang agak pekak badak sikit menjawab panggilan tersebut dan mengaku dia adalah staff Bank Negara.

10. Penipu tu bertanya berberapa soalan berserta aku janji yang begitu meyakinkan seolah-olah seorang yang membuat laporan palsu dan akan menggertak aku dengan mengatakan bahawa sebarang laporan palsu akan membuatkan aku meringkuk dalam penjara.

11. Penipu tue bertanya.." Cik ada akaun bank @ kad kredit lain tak?"

12. Aku dengan tanpa perasaan curiga terus menjawab ada. Dia minta semua nombor kad-kad kredit dan nombor akaun bank aku..huhhuhuh...aku yg lambat sikit berfikir masa tue...terus je bagi...(Bengong nyer..aku...)

13. Penipu tue minta aku untuk tidak menggunakan kesemua kad-kad tersebut dalam masa 3 hari. Ini bertujuan untuk kononnya memerangkap penjenayah itu dalam masa terdekat jika penjenayah itu ada menggunakan kad kredit.

14.Aku tanya dia.. aku nak kena call semua bank ke.. mintak dia orang block akaun aku..Penipu tue ckp tak perlu.Mereka akan bayar ganti rugi jika..penipu tue mengeluarkan/menggunakan duit aku...

- Setelah habis ckp ngn penipu tue.. baru aku tenang sikit dan boleh berfikir... tak kan la Bank Negara Malaysia Cust Service/Officer dia tak pandai sgt ckp bahasa Melayu.. Cepat2 aku call my hubby.. Dia lak tgh meeting masa tue..Selalunya jgn harap la dia nak angkat fon.. Tapi ari tue,...alhamdulilah aku call dia angkat lak...

-aku cerita la A-Z, dia cpt2 suruh aku block semua kad aku dan call semua bank yg aku ada....Tq Abg.. kalo tak habis la..gaji aku lan ni..huhuuhuh...tp sempat gak dia membebel..katanya..kan dah bgtahu byk kali..dan dah hantar email..penipuan kad kredit..dia tanya aku, nape la..aku leh tertipu lagi..Aku ckp la.. dah panik..bila dgr kad limit rm14,000... banyak tue... sape nak bayar..

-Aku call semua bank mintak dia org block kad2 aku...tak leh nak shoping la ...Hari ni baru nak p bank ambik kad baru..

Pada kenkawan semua..berhati2 la.. jgn tertipu cam aku..

Tips untuk kawan-kawan semua supaya tidak tertipu cam aku:
Bila terima panggilan seperti ini anda dinasihatkan supaya jangan panik. ada berberapa kesilapan yang dilakukan oleh penipu ini.

1.03-21788888 adalah nombor AMBANK. Nombor ini hanya boleh digunakan untuk panggilan dari pelanggan sahaja dan bukannya DARI STAFF BANK!.

2.Pengesahan belian kad kredit bukan dari panggilan rakaman tetapi adalah panggilan LIVE CALL.

3.Bank staff tidak boleh menyambungkan panggilan anda terus ke Bank Negara tetapi anda akan diminta untuk menghubungi BNM.

4.Staff BNM mahir fasih bertutur dalam Bahasa Melayu dan English. Bukannya seperti menalifon kedai nombor ekor.

5.BNM ada semua maklumat peribadi anda dan mereka tidak perlu bertanya sebarang nombor berkaitan akaun bank atau kad kredit anda.

6.Kalau anda tak boleh guna ATM kad seperti yang dipinta selama 3 hari.....nak makan apa kalau duit tadak?.

7.Sila buat pengesahan balik dengan menalifon bank anda dengan menggunakan nombor lain.

8.Jika anda terbagi sebarang nombor.....sila batalkan/menukar kad anda dengan segera.

No comments: