marzuna

Friday, August 14, 2009

Tanda-tanda Hampir bersalin

Hari ni saja-saja search kat internet cari info pasal tanda-tanda hampir bersalin.Kesimpulan yang aku dapat mengenai tanda-tanda hampir bersalin ialah:

Bayi turun ke bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Kita mungkin terasa:
* sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
* kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
* sakit perut, memulas
* kerap buang air besar
* kerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
* Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
* Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

Sakit belakang
* Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
* Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
* Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
* Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah air ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
{mosimage}Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis

Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi yang tetap dan berterusan

Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel "Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu"



Bila Perlu ke Hospital

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
* kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
* keluar air ketuban.
* pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
* keluar darah dari vagina.
* apa saja masalah yang dialami.

Sekarang ni dah 36 minggu 5 hari..Dah rasa berdebar2..Takut pun ada gak...Tapi piki macam mana sekalipun kena lahirkan gak baby ni..Hilang sikit takut(walaupun kejap).Selalu motivasikan diri sendiri..Orang lain boleh buat nape aku tak boleh...

My Hubby selalu cakap..Insyallah..semuanya akan selamat..Semoga doa dia untuk isteri dia yang kdg2 terdegil ni termakbul...Org cakap time mengandung...doa suami tue penting.Jangan buat suami marah...Kalau wat salah ngn suami, cepat2 mintak maaf.Kalau selalu wat salah ngn husband susah nanti nak bersalin..Hopefully abg maafkan ayg ek kalau ayg wat salah ngn abg...i'm so sorry...tak de niat pun nak degil...cuma kadang2 je terdegil...huuhuhuuhu...

No comments: